Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEMENYIH DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA [KES TANGKAP NO: BM-62PT-1691-07/2026] ANTARA MD HEBJU MIA ... PERAYU DAN PENDAKWARAYA
BM-62PT-1691-07/2026
Sessions Court of Malaysia2 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“of guilty, the safeguards which must be followed might be stated as follows: i) The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty. Thus, in Rex v Tan Thian Chai & Anor [1931] LJU 27; [1931] 1LNS 27. [1932] MLJ 74, Whitley J held that an accused person should plead guilty or claim to tried”
“h must be followed might be stated as follows: i) The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty. Thus, in Rex v Tan Thian Chai & Anor [1931] LJU 27; [1931] 1LNS 27. [1932] MLJ 74, Whitley J held that an accused person should plead guilty or claim to tried by his own mouth and not throu”
“mat serius dan membimbangkan dari segi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara, ancaman kepada masalah sosial, ekonomi dan juga peningkatan kadar jenayah secara amnya. Dalam kes PP Iwn Azuan [2021] CLJU 1670; [2021] 1 LNS 1670 YA Pesuruhjaya Kehakiman Awg Armadajaya Awg Mahmud menegaskan seperti yang berikut:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEMENYIH DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA [KES TANGKAP NO: BM-62PT-1691-07/2026] ANTARA MD HEBJU MIA ... PERAYU DAN PENDAKWARAYA
1
Orang kena tuduh (OKT) seorang warganegara Bangladesh telah dituduh di mahkamah ini atas kesalahan dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002. Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan "Bahawa kamu pada 16.06.2026 jam lebih kurang 1240hrs, bertempat di Restoran BBST Pitha Ghar, (dimiliki oleh: RX Global United Sdn Bhd), No. 52, Jalan 2, BBST Business Park, 43900 dalam daerah Sepang dalam negeri Selangor Darul Ehsan sebagai seorang bukan warganegara Malaysia didapati masuk tanpa suatu pas yang sah ke negara ini. Oleh itu, kamu telah melanggar peruntukkan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pind. 2002 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta yang sama." Hukuman Diperuntukkan Denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak lebih lima (5) tahun atau kedua-duanya dan hendaklah bertanggungan tidak lebih daripada enam (6) sebatan.
2
Sebutan pertama kes ini adalah pada 02.07.2026 yang mana OKT ini tidak diwakili peguam. Setelah pertuduhan dibaca dan diterangkan dalam Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah, OKT telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan dia faham akan sebab dan akibat pengakuan bersalahnya. Jurubahasa mahkamah juga telah membacakan hukuman yang boleh dikenakan, dan OKT tetap ingin mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Saya juga berpuashati dan mendapati pengakuan salah OKT dibuat secara sukarela, tidak dipaksa dan tidak tertakluk kepada apa-apa syarat sepertimana diputuskan dalam kes Lee Weng Tuck & Anor v PP [1989] 1 CLJ Rep 75 yang menegaskan seperti yang berikut: "A plea of guilty must be valid and unequivocal, and in order to determine the validity of the plea of guilty, the safeguards which must be followed might be stated as follows: i) The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty. Thus, in Rex v Tan Thian Chai & Anor [1931] LJU 27; [1931] 1LNS 27. [1932] MLJ 74, Whitley J held that an accused person should plead guilty or claim to tried by his own mouth and not through his Counsel. ii) The Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. iii) The Court must ascertain that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. Fakta Kes Bertindak atas aduan awam pada 16.06.2026 jam lebih kurang 12.40 hrs, pengadu bersama sepasukan pegawai imigresen dari Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya telah melakukan serbuan/pemeriksaan di Restoran BBST Pitha Ghar, (dimiliki oleh: RX Global United Sdn Bhd), No. 52, Jalan 2 BBST Business Park, 43900 dalam daerah Sepang dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Hasil pemeriksaan, telah menahan seramai lima (05) warga asing disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Hasil siasatan, sabjek B5 berumur 31 tahun, seorang lelaki warga Bangladesh mengaku masuk ke Malaysia pada tahun 2023 melalui KLIA untuk bekerja. Sabjek mengaku tidak bekerja di lokasi kejadian sebaliknya datang sebagai pelanggan di lokasi kejadian. Berdasarkan semakan melalui Sistem Pengesahan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod kemasukkan ke negara ini dan didapati telah memasuki dan berada di negara ini tanpa suatu pas yang sah. Dengan itu, tertuduh telah melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pind.2002 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 Pind.2002 yang mana sekiranya disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen dari Akta yang sama.
3
OKT di dalam kes ini telah mengakui fakta kes yang dibacakan terhadapnya. Mahkamah seterusnya telah menerima fakta kes tersebut dan ditandakan sebagai ekshibit P2. Ekshibit P3(A-B) hingga P5 juga telah ditunjukkan kepada OKT dan OKT mengakui ekshibit-ekshibit tersebut tanpa sebarang syarat. Mahkamah setelah mendapati OKT bersalah dan disabitkan telah memberi peluang kepada OKT untuk mengemukakan rayuan mitigasinya.
4
OKT telah membuat rayuan sepertimana berikut: OKT menyatakan telah mengaku salah dan merupakan kesalahan pertama serta berasal dari keluarga yang miskin. OKT berkerja di tapak pembinaan dan sudah satu bulan tidak bekerja serta memohon kepada mahkamah agar hukuman penjara yang ringan dapat diberikan bermula dari tarikh OKT ditangkap.
5
Pegawai Pendakwa dalam kes ini sebagai hujah pemberatan telah memohon kepada mahkamah agar dapat memberi hukuman yang setimpal terhadap OKT sebagai pengajaran.
6
Setelah mahkamah ini mendengar rayuan dari OKT dan juga hujahan pemberatan dari pihak pendakwaan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan bermula dari tarikh OKT ditangkap.
7
Hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah terletak pada budi bicara mahkamah yang membicarakan kes tersebut sepertimana diputuskan dalam kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606; [1982] 1 MLJ 27: "The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court. It will exercise that power judicially but will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment either by the prosecution or the defendant in respect of such right".
8
Mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT, mahkamah berpendapat hukuman yang telah dijatuhkan adalah adil, wajar dan munasabah. Secara amnya tertuduh yang telah mengaku bersalah bolehlah diberi kredit ataupun diskaun terhadap hukuman pemenjaraanya memandangkan ianya telah menjimatkan masa dan kos mahkamah (Sau Soon Kim v PP [1975] 2 MLJ 134).
9
Walau bagaimanapun ia bukanlah satu faktor utama yang wajib diambil kira oleh mahkamah sebelum melihat kepada faktor faktor lain. Ini adalah kerana salah satu pertimbangan utama di dalam menilai serta menjatuhkan hukuman sudah tentunya persoalan kepentingan awam. Kepentingan awam perlu diutamakan berbanding kepentingan OKT sendiri (R v Kenneth John Ball 35 Cr Appr 164).
10
Kebanjiran warga asing di negara ini tanpa memiliki suatu pas yang sah adalah amat serius dan membimbangkan dari segi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara, ancaman kepada masalah sosial, ekonomi dan juga peningkatan kadar jenayah secara amnya. Dalam kes PP Iwn Azuan [2021] CLJU 1670; [2021] 1 LNS 1670 YA Pesuruhjaya Kehakiman Awg Armadajaya Awg Mahmud menegaskan seperti yang berikut: “Terdapat berapa peringkat dalam konsep kepentingan awam. Yang paling utama ialah keselamatan negara. Tanpa jaminan terhadap keselamatan negara kesemua perkara seperti “kedaulatan undang-undang”, “hak asasi manusia”, “pemerintahan yang adil dan saksama”, serta “pengaturan kendiri oleh masyarakat dan norma am yang diterma”, adalah impian indah semata-mata..Jika berlaku pertembungan diantara kepentingan awam dan hak individu, kepentingan awam hendaklah mengatasi segalanya. Ini tidak bermakna penafian hak individu tetapi kewujudan individu dalam dunia bertamadun bergantung kepada kewujudan masyarakat dan dunia secara keseluruhan. Bukan sebarang dunia tetapi dunia yang mendaulatkan undang-undang, melaksanakan keadilan, mempertahankan hak warganya dari diceroboh, pentadbiran urusan manusia secara teratur dan pemerkasaan jiwa kemanusiaan dalam setiap insan yang ada..keduanya adalah ketenteraman awam dimana kedaulatan undang-undang, prosedur yang betul dipatuhi dan tidak dibimbangi berlakunya keadaan dimana seseorang tidak terkeliru dengan keadaan huru-hara yang menyerupai undang-undang rimba..Undang-undang Imigresen melarang warga asing yang tidak ada kebenaran untuk berada di Malaysia. Jumlah warga asing tanpa izin adalah satu pencabulan kedaulatan undang-undang Malaysia dan mengundang hukuman berat”
11
Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II (beliau pada ketika itu), semasa perbahasan di Dewan Rakyat dalam senarai Penyata Rasmi (Hansard) Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas (2008) Bil. 30 10 Julai 2008 menyatakan kawalan kemasukkan warga asing ke Malaysia adalah perlu demi melindungi keselamatan negara kerana kedaulatan negara perlu dipertahankan. Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015, Kerajaan Negeri dalam jawapan bertulis menyatakan kebanjiran PATI telah menyumbang pelbagai impak negatif kepada ekonomi, sosial dan persekitaran. PATI juga telah mengambil alih ekonomi rakyat tempatan dan semakin berani menutup periuk nasi rakyat tempatan. Malah ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024, isu mengenai kebanjiran warga asing di negeri Selangor dan kos-kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan telah dibangkitkan sekali lagi berdasarkan aduan-aduan awam yang telah diterima.
12
Oleh itu mahkamah perlu memelihara kepentingan awam dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal dan wajar kepada OKT. Hukuman yang setimpal terhadap OKT juga adalah sebagai pengajaran dan peringatan terhadap OKT dan warga asing yang lain agar tidak melakukan kesalahan serupa seperti dilakukanya dengan masuk dan tinggal di Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang pas atau dokumen. Hukuman berbentuk pencegahan adalah perlu dan penting. Sekiranya hukuman ringan dikenakan, ianya tidak akan memberi mesej dan pengajaran akan seriusnya kesalahan memasuki negara berdaulat ini tanpa sebarang dokumen yang sah.
13
Saya merujuk kepada kes Lee Tak Keong v PP (1989) 1 MLJ 307 di mana Yang Arif Hakim Zakaria Yatim menegaskan seperti yang berikut: "In the cases of robbery, the court must take into consideration the element of public interest. This means that the court must impose a deterrent sentence not only to deter the respondent from committing the same offence again but to deter others from committing the same type of crime...the court must also consider society's abhorrence of this type of crime".
14
Oleh yang demikian hukuman berbentuk pencegahan perlu dijatuhkan terhadap OKT memandangkan kes-kes kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ini telah menjadi sangat berleluasa (rampant) yang kerap kali berlaku di negara ini. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kos dan tenaga yang tinggi dari segi operasi-operasi pihak Imigresen dan juga pengurusan warga asing tanpa dokumen yang sah di penjara dan depot-depot tahanan di seluruh negara. Malah, lambakan warga asing tanpa pas ini juga telah menjejaskan dan menganggu ekosistem pasaran buruh rakyat tempatan apabila peluang pekerjaan kini dimonopoli oleh warga asing disebabkan majikan yang lebih cenderung untuk menggajikan pendatang asing tanpa izin dengan kos yang lebih murah.
15
Walaupun OKT telah mengaku salah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, ia bukanlah satu faktor utama untuk mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. Hukuman yang setimpal ini bertujuan bukan sahaja bertindak sebagai pencegah dan pengajaran, malah ianya dapat melindungi kepentingan, kedaulatan dan ekonomi negara serta kepentingan awam. Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT di dalam kes ini adalah adil, wajar dan munasabah serta mengikut prinsip undang-undang. Bertarikh: 15 Julai 2026 (LUKMAN HAKIM BIN ABU BAKAR SEDIK) Hakim Mahkamah Sesyen Khas PATI, Semenyih Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.