Hari kejadian pula dikatakan oleh SP1 sebagai hari sekolah cuti 5 iaitu hari Sabtu. SP2 pula di dalam laporan polisnya (eksibit P3) dan di dalam mahkamah memberitahu bahawa kejadian jenayah seksual ini berlaku pada 16 Oktober 2023 yang kebetulan jatuh pada hari persekolahan iaitu 10 hari Isnin. Apabila isu ini dibangkitkan oleh pembelaan, SP2 menyatakan bahawa anaknya iaitu SP1 tidak pergi ke sekolah pada hari itu kerana tidak sihat. Persoalannya, adakah Aina yang sudah berada di darjah 5 juga turut tidak ke sekolah pada 16 Oktober, 2023 dan dapat bermain hujan dengan SP1. Oleh sebab percanggahan ini maka keterangan 15 sokongan Aina samada benar atau tidak pada tarikh 16 Oktober, 2023 dia ada bermain air hujan dengan SP1 dan seterusnya menyuruh SP1 menunggu di hadapan rumahnya sementara dia menukar baju adalah penting bagi menentukan kesahihan kejadian amang seksual ini benar-benar berlaku pada tarikh dan hari tersebut. Tidak dinafikan bahawa 20 Aina yang berada di dalam rumahnya tidak melihat kejadian dengan matanya namun dia boleh mengesahkan samada mereka benar-benar tidak sekolah pada tarikh 16 Oktober, 2023 dan bermain hujan bersama-sama pada tarikh tersebut. 25 Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan Aina sebagai saksi bagi membuktikan kejadian tersebut benar-benar berlaku pada tanggal 16 Oktober 2023 seperti dakwaan SP1 membolehkan mahkamah menggunapakai peruntukan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dan beranggapan bahawa sekiranya Aina dipanggil memberikan keterangan, 30 keterangannya tidak akan berpihak kepada kes pihak pendakwaan. Seterusnya, meneliti akan keterangan SP2 di muka surat 62 dan 5 63 Nota Keterangan, saya mendapati bahawa SP2 ada memberitahu yang suaminya iaitu bapa SP1 semasa bersemuka dengan OKT telah menunjukkan video dan/atau gambar yang menunjukkan perbuatan jenayah OKT terhadap SP1. Ini telah menyebabkan OKT dikatakan telah mengaku bersalah di hadapan suami SP2. SP2 bukan seorang kanak- 10 kanak dan justeru itu keterangannya tidak boleh digunapakai sebulat-bulatnya tanpa sebarang keterangan sokongan. Sepanjang perbicaraan kes ini, tiada sebarang rakaman video mahupun gambar yang dinyatakan oleh SP2 dikemukakan sebagai 15 eksibit di mahkamah. Suami SP2 juga tidak dipanggil untuk memberikan keterangan bagi menyokong dakwaan bahawa OKT telah mengaku bersalah di hadapannya sehingga membawa kepada laporan polis (P3) dibuat. 20 Meneliti akan nota oleh Hakim terdahulu, didapati SP2 telah ditegur beberapa kali supaya lebih serius memberikan keterangan dan tidak menganggap sesi perbicaraan ini seperti ‘sembang di kedai kopi’. Walaupun saya sendiri tidak melihat dan menilai demeanour SP2 secara langsung, namun melalui catatan Hakim terdahulu tersebut, saya 25 berpendapat adalah tidak wajar untuk menerimapakai keterangan SP2 sebulat-bulatnya tanpa sebarang keterangan atau bukti sokongan kepada keterangan-keterangan tersebut. Sekali lagi, tanpa kedua-dua bukti sokongan terbabit iaitu rakaman 30 video/gambar kejadian jenayah seksual berlaku dan keterangan sokongan suami SP2 yang mana pengakuan OKT dikatakan dibuat di 5 hadapannya, maka anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 digunapakai dan mahkamah beranggapan bahawa bukti dan keterangan tersebut jika dikemukakan, ianya tidak akan berpihak kepada kes pihak pendakwaan. Pada masa yang sama, mahkamah juga tidak dapat menolak keujudan perasaan tidak puashati di antara SP2 dan SD2 10 berkenaan isu penjagaan anak-anak dan bayaran upah. Saya berpendapat pembelaan OKT bukanlah satu penafian kosong semata-mata atau bersifat afterthought. Ini kerana, OKT telah membuat laporan polis iaitu eksibit D-8 sebaik sahaja selesai perjumpaan atau sesi 15 bersemuka dengan suami SP2 pada 17 Oktober, 2023 jam 8.58 malam. Manakala, jika dirujuk kepada eksibit P3 iaitu laporan polis SP2, ianya dibuat pada 17 Oktober, 2023 jam 8.36 malam. Beza antara dua report ini hanyalah kurang lebih 22 minit. 20 Secara keseluruhannya, saya mendapati pembelaan OKT di dalam kes ini tidak tergolong di dalam kategori khayalan, kebarangkalian yang terpencil, dugaan yang kabur atau suatu kesimpulan dari satu kemungkinan seperti yang telah diputuskan di dalam otoriti-otoriti kes Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 25 MLJ 180 dan Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37. 30 KESIMPULAN 5 Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diterangkan di awal tadi maka saya mendapati bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta 10 Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan telah memerintahkan OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. BERTARIKH 19 DISEMBER 2025 15 SITI AMINAH BINTI GHAZALI HAKIM MAHKAMAH SESYEN 20 KLANG