Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 3 KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO. WA-83-9720-11/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MD JONAYEDUL [Passport No.: EL0008516] ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
WA-83-9720-11/2024
Magistrates Court of Malaysia13 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be de”
“ipal asas untuk “stay of execution” adalah: ” No appeal shall operate as a stay of execution except in the case of a sentence of whipping and death.” (Seksyen 311 CPC dan Seksyen 57 dan 89 Couts of Judicature Act 1964 adalah dirujuk) The applicant has a duty to show special or exceptional circumstances that would justi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 3 KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO. WA-83-9720-11/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MD JONAYEDUL [Passport No.: EL0008516] ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
1
Pada 13.11.2024, Orang Kena Tuduh (OKT) bernama Md Jonayedul (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) telah dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 3 Kuala Lumpur di atas pertuduhan dibawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (seterusnya dipanggil sebagai “KK”). OKT pada masa itu, diwakili oleh Peguam Simran Kaur dari Tetuan Kelvin Sidhu & Partners.
2
Selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu, OKT telah mengaku salah. Mahkamah telah medapati OKT bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara empat belas hari (14) dari tarikh tangkap dan denda RM2000 gagal bayar enam bulan penjara.
3
OKT tidak berpuas hati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ini. Pada 13.11.2024, OKT telah memfailkan rayuan ke atas hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
4
Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 28/10/2024 jam lebih kurang 1300hrs bertempat di Blok B, B2-20-03 Sri Putramas 2 Condo Jalan Putramas Off Jalan Kuching Kuala Lumpur, di Dalam Daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, secara salah telah mengurung penama Jamilah Akter Putul, No Paspot: EH0553865 dan adalah dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan. Hukuman Jika di sabitkan dengan kesalahan, kamu hendaklah diseksa dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
5
Fakta kes tidak dikemukakan dan Fakta kes adalah seperti pertuduhan. D. Prosiding di Mahkamah
6
Eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh mahkamah ini: i) Laporan polis - P1 ii) Laporan Tangkapan - P2 iii) Gambar kecederaan mangsa - P3 iv) Gambar tempat kejadian di tandakan secara kolektif bersama gambar barang kes -
7
Kesemua eksibit telah ditunjukkan kepada OKT dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat.
8
Setelah berpuas hati dengan pengakuan salah OKT dan kesemua eksibit yang dikemukakan, mahkamah ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah OKT seperti mana dalam pertuduhan.
9
Rayuan OKT adalah seperti berikut: Dengan izin Puan, OKT ini berumur 42 tahun sudah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masing – masing berumur 4 tahun dan 6 tahun. OKT ini telah berada dalam tahanan reman sejak 12 hari telah jadi pengajaran. OKT ini ada sakit darah tinggi. Ini merupakan kesalahan pertama OKT dan OKT tidak ada rekod kesalahan lampau. Saya juga difahamkan bahawa OKT ini telah berasa amat kesal dan telah insaf dalam perbuatan ini. OKT janji tidak melakukan kesalahan ini lagi. Pengakuan salah OKT ini telah menjimatkan masa dan kos pihak pihak yang terlibat dalam kes ini. Oleh yang demikian kami memohon satu hukuman denda yang paling minima. Itu sahaja Puan.
10
Puan Timbalan Pendakwaraya sebaliknya memohon kepada mahkamah ini agar menjatuhkan hukuman berat dan setimpal ke atas OKT sebagai pengajaran seperti berikut: - “Dengan izin Puan, saya pohon satu hukuman yang setimpal dan berat memandangkan kerana kes ini merupakan satu kesalahan Jenayah yang serius dan seperti eksibit yang di tender sebentar tadi mangsa mengalami kecederaan Puan, yang saya percaya diakibatkan oleh OKT kepada mangsa. Oleh itu saya pohon satu hukuman yang berat dan setimpal. Terima kasih Puan.”
11
Mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT berdasarkan prinsip undang-undang yang selamat. Begitu juga dengan hukuman bagi kes ini telah diterangkan dan dijelaskan serta diakui sendiri oleh OKT. Oleh yang demikian, mahkamah ini telah menerima pengakuan salah OKT dan mensabitkannya berdasarkan prosedur yang jelas selamat untuk diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang sedia ada.
12
Berdasarkan Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu pada 13.11.2024, OKT telah merayu terhadap keputusan Mahkamah berkenaan hukuman di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang dijatuhkan terhadapnya. Maka, ini adalah alasan Mahkamah ini ke atas hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT.
13
Mahkamah ini merujuk kepada Seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah dan dilampirkan seperti berikut: “When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence.”
14
Adalah jelas di sini bahawa jika sekiranya seorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan di atas pengakuannya, tiada rayuan boleh difailkan melainkan ke atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
15
Mahkamah ini merujuk kepada kes MAUNG MIN AUNG & ANOR v PP [2001] 5 CLJ 160 yang mana Yang Arif Augustine Paul (pada ketika itu) menyatakan bahawa: “Thus, a conviction must be recorded only after the court is satisfied that the sentence to be imposed warrants a conviction. The court can be so satisfied only after a plea in mitigation has been advanced in order to assess the sentence to be passed, that is to say, whether the sentence is one that must carry with it a conviction”
16
Jelaslah di sini bahawa sabitan perlulah direkodkan setelah Mahkamah berpuas hati rayuan mitigasi telah dikemukakan bagi menjatuhkan hukuman ke atas OKT.
17
Mahkamah ini ketika menjatuhkan hukuman ke atas OKT setelah mendengar dan merekodkan pengakuan salah OKT dan setelah menanda ekshibit. Mahkamah juga telah memberi peluang kepada OKT untuk memberikan rayuan mitigasinya.
18
Setelah Mahkamah mendengar rayuan mitigasi dan hujahan Puan Timbalan Pendakwaraya, barulah Mahkamah merekodkan sabitan ke atas OKT dan seterusnya menjatuhkan hukuman ke atas OKT.
19
Maka, jelaslah di sini bahawa tiada sebarang pre-mature conviction telah dijatuhkan atau direkodkan oleh Mahkamah ini ke atas OKT.
20
20.
Preamble
Menurut kes Mohd Asri Ahmad v. PP [2005] 3 MLRH 150: “S.173(b) contains built-in safeguards to the accused who wished to plead guilty to a charge in court”
21
Mahkamah ini merujuk kepada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah dan juga kes Lee Wee Tuck & Anor v PP [1989] 1 MLRA 171 yang menyatakan: “…A plea of guilty must be valid and unequivocal, and in order to determine the validity of a plea of guilty, the safeguards which must be followed might be stated as follows:
i
The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty
II
(ii) The Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea.
III
(iii) The Court must ascertain that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him.”
22
Oleh yang demikian, dalam mengapilikasikan kes di atas dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini dalam merekodkan pengakuan salah OKT pada hari tersebut telah memastikan bahawa OKT itu sendiri telah membuat pengakuan salahnya, Mahkamah ini juga memastikan bahawa OKT telah memahami sifat dan akibat pengakuan salahnya dan mengaku salah ke atas pertuduhan tanpa syarat.
23
Maka, adalah jelas bahawa di sini Mahkamah ini telah mematuhi kehendak keperluan Seksyen 173(b) dan juga garis panduan yang dinyatakan di dalam kes di atas sebentar tadi.
24
Oleh yang demikian, sabitan yang direkodkan ke atas OKT adalah sah.
25
Mahkamah ini berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang terkandung dalam Halsburys Laws of England Vol 9, perenggan 365 yang menyatakan seperti berikut telah dirujuk dan telah disokong di dalam kes Mohamed Jusoh bin Abdullah And Another v. PP [1947] 1 LNS 73: “…The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the provocation which he had received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of the sentence, his age and character…”
26
Mahkamah di dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT telah turut menggunapakai prinsip yang dinyatakan di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 yang seperti berikut “The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused.”
27
Pada pandangan Mahkamah, OKT telah mengaku salah keatas pertuduhan dimana peruntukkan hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya. Tambahan OKT dalam kes ini adalah warganegara Bangladesh dan kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dengan mengambilkira kesannya ke atas masyarakat pada amnya. Mahkamah sewajarnya mengambilkira kepentingan masyarakat dan juga mengambilkira faktor pengajaran ke atas OKT dan dalam pada masa yang sama untuk cuba memberikan keseimbangan pada kedua-duanya.
28
Semasa rayuan mitigasi, peguambela OKT telah membuat rayuan seperti berikut: “Rayuan : Dengan izin Puan, OKT ini berumur 42 tahun sudah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masing – masing berumur 4 tahun dan 6 tahun. OKT ini telah berada dalam tahanan reman sejak 12 hari telah jadi pengajaran. OKT ini ada sakit darah tinggi. Ini merupakan kesalahan pertama OKT dan OKT tidak ada rekod kesalahan lampau. Saya juga difahamkan bahawa OKT ini telah berasa amat kesal dan telah insaf dalam perbuatan ini. OKT janji tidak melakukan kesalahan ini lagi. Pengakuan salah OKT ini telah menjimatkan masa dan kos pihak pihak yang terlibat dalam kes ini. Oleh yang demikian kami memohon satu hukuman denda yang paling minima. Itu sahaja Puan.”
29
Berdasarkan rayuan mitigasi peguambela OKT, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dari tarikh tangkap dan denda RM 2000 gagal bayar enam bulan penjara. Mahkamah berpendapat bahawa, OKT telah melakukan satu kesalahan yang serius dimana telah membuat kurungan salah terhadap penama Jamilah Akter Putul. Kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang serius dan salah disisi undang – undang.
30
Tambahan pula, jenayah warga asing di negara Malaysia semakin hari semakin berleluasa. Berdasarkan rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), dari tahun 2016 sehingga Ogos 2023 sejumlah 42,451 kes jenayah direkodkan melibatkan warga asing.
31
Di samping itu, di dalam kes di hadapan Mahkamah pada hari ini, OKT telah mengaku salah pada kali pertama kes dipertuduhkan di Mahkamah. Peguambela OKT telah pohon satu hukuman denda yang minima. Mahkamah ini mengambilkira pengakuan salah OKT dan menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas OKT dengan memberikan hukuman penjara 14 hari dari tarikh tangkap dengan denda RM2000 gagal bayar enam bulan penjara. Hukuman yang dijatuhkan keatas OKT adalah sangat minima dan berdasarkan kepada peruntukkan hukuman yang dibenarkan dibawah Seksyen 342 KK.
32
Tambahan, Mahkamah juga berpendapat bahawa OKT adalah warga asing, hukuman denda tidak akan bertindak sebagai deterrant, bukan sahaja kepada OKT tetapi juga kepada bakal pesalah yang ingin melakukan kesalahan ini kelak. Salah satu fungsi hukuman adalah untuk menghalang bakal pesalah yang ingin melakukan kesalahan yang sama. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk keputusan sokongan YA Datuk Abdul Malik Ishak JCA dalam kes Mahkamah Rayuan Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56 di mana Yang Arif memutuskan bahawa:- "[35] The sentences imposed by the sentencing judges have a signalling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused. On mitigation, Abdoolcader J (later SCJ) made these erudite remarks in PP v. Teh Ah Cheng [1976] 1 LNS 116; [1976] 2 MLJ 186, at p. 187: The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should of course have thought of this before committing the offences and not after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in another case that an offender should not expect to excite or harness any sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the I impetuous youth who killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an orphan. [36] ……. [37] No criminal is deterred by a slap on the wrist type of sentence or the wink of an eye type of sentence. The criminal will continue to commit the same crime, over and over again. Lawlessness will then prevail. It is crucial to impose deterrent sentences for serious offences in order to maintain law and order."
33
Hukuman yang dijatuhkan keatas OKT ini adalah berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKT dan tidak berlebihan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Abdul Karim v. Regina [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- "In the matter of punishment, the 'type of offence' is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the Court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type".
34
Kes tersebut diatas dengan jelas menunjukkan bahawa adalah tidak realistik untuk menetapkan formula tetap atau formula matematik untuk menjadualkan hukuman bagi sesuatu kesalahan dan Mahkamah perlu menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman setelah mengkaji segala fakta dan faktor-faktor terlibat dalam sesuatu kes. Oleh yang demikian, hukuman yang dijatuhkan keatas OKT dalam kes ini adalah tidak keterlaluan atau eksesif.
35
Maka berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 14 hari dari tarikh tangkap dan denda RM2000 gagal bayar enam bulan yang dikenakan terhadap OKT adalah satu perintah yang wajar dan munasabah.
36
Selepas OKT dijatuh hukum, peguambela OKT telah pohon kes dipanggil semula untuk pergantunggan pelaksanaan hukuman pemenjaraan (“stay of execution”). Walaubagaimanapun, Mahkamah tidak membenarkan “stay of execution dengan alasan pembelaan tidak mengemukakan alasan yang munasabah atau “special circumstances”.
37
Prinsipal asas untuk “stay of execution” adalah: ” No appeal shall operate as a stay of execution except in the case of a sentence of whipping and death.” (Seksyen 311 CPC dan Seksyen 57 dan 89 Couts of Judicature Act 1964 adalah dirujuk) The applicant has a duty to show special or exceptional circumstances that would justify the grant of stay:
38
Mahkamah merujuk kepada kes – kes berikut: a. Sharma Kumari a/p Oam Parkash v. PP (2000) 6 MLJ 847 yang menyatakan bahawa: "It has long been the common law .... that bail will not be granted to a person convicted of an offence pending the hearing of an appeal against his conviction unless special or exceptional circumstances are shown by him to exist." • R v. Ljobe Velevski (2000) New South Wales Criminal Court of Appeal 445 b. Upon conviction, the presumption of innocence ceases to exist: • Sabudin bin Kassim v. PP (1991) 1 CLJ 292. Barr J - "... This is a recognition by the common law of the fact that the applicant for bail has already been tried and convicted and no longer has any presumption of innocence in his favour." • R v. Ljobe Velevski (2000) New South Wales Criminal Court of Appeal 445 c. It must be accepted that a conviction resulted from a trial that has been properly conducted and without error of law: • Re Kwan Wah Yip & Anor (1954) 20 MLJ 146
39
Semasa hujahan Peguambela, Mahkamah telah bertanyakan apa alasan atau “special circumstances” bagi Mahkamah membenarkan permohonan peguam tersebut dan Mahkamah merujuk kepada hujahan peguambela seperti berikut: “Mah : apa alasan untuk stay? P : Puan seksyen 342 KK dibenarkan untuk bayar denda sahaja dan bukan kedua dua Puan. Mah : DPP, semak hukuman adakah hukuman denda sahaja? DPP : Mahkamah telah memberikan keputusan yang benar di mana hukuman adalah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya sekali. Oleh itu Puan saya percaya hujahan peguambela tadi adalah tidak berasas. P : Puan, OKT juga adalah seorang warganegara asing Puan jika dipenjarakan dia akan dihantar pulang Puan dan dia juga ada keluarga di sini Puan. Nanti akan di depot pulang sebab OKT ada keluarga di sini. Oleh itu kami kami berhasrat untuk buat satu stay of execution dan kami akan failkan notis rayuan. DPP : Dengan izin Puan, pohon rekodkan bantahan terhadap permohonan stay dari pembelaan sebab tiada alasan alasan khusus atau special circumstances yang warrantkan satu stay of execution dan alasan atau risiko OKT akan hantar pulang ke negara asal adalah bukan alasan kukuh itu adalah consequence kepada Jenayah yang dilakukan oleh OKT. Oleh itu Puan pohon permohonan peguam ditolak dan tidak dibenarkan. Mah : Keputusan Mahkamah adalah Permohonan stay ditolak sebab tiada special circumstance yang wajar dinyatakan.”
40
Memandangkan pengumabela OKT tidak mengemukakan alasan yang munasabah untuk permohonan “stay of execution”, maka Mahkamah telah tolak permohonan tersebut. Bertarikh 18 December 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.