Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-4-02/2020 ANTARA MD NAWI BIN SULAIMAN (NO. K/P: 431005-03-5531/2726997) …PLAINTIF
DA-21NCvC-4-02/2020
High Court of Malaysia26 Jul 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“laintiff is specific performance against the Director of Lands and Mines, who is an officer of the State Authority, which is a Government body, such relief is not sustainable pursuant to s. 29 of the Government Proceedings Act 1956. Section 29(1) reads: 29(1). In any civil proceedings by or against the Government the c”
“ion of an act, which would be contrary to the rights of the plaintiff." [8] Prinsip di dalam membenarkan sesuatu injunksi interim telah diperjelaskan di dalam kes American Cyanamid Co v. Ethicon Ltd [1975] AC 396. Mahkamah perlu berpuashati bahawa terdapatnya isu serius untuk dibicarakan (a serious question to be tried”
“ching Division & Ors v. Kuching Waterfront Development Sdn Bhd [2009] 6 CLJ 751.” [19] Terbaru, Mahkamah Persekutuan di dalam kes YKK (M) Sdn Bhd v. Pengarah Tanah dan Galian Johor [2021] 8 CLJ 179; [2021] MLJU 1206 telah memutuskan: “[108] As the relief sought by the plaintiff is specific performance against the Direc”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-4-02/2020 ANTARA MD NAWI BIN SULAIMAN (NO. K/P: 431005-03-5531/2726997) …PLAINTIF
1
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
2
2.
3
KERAJAAN NEGERI KELANTAN …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah merupakan permohonan Plaintif di Kandungan 3 bagi satu perintah injunksi ke atas Defendan-defendan dari mengambil 07/09/2022 12:03:00 DA-21NCvC-4-02/2020 Kand. 70 tindakan ke atas Plaintif sehingga Mahkamah memutuskan tuntutan Plaintif ke atas Defendan-defendan di dalam tindakan utama. [2] Perintah-perintah yang dipohon oleh Plaintif bagi permohonan ini adalah seperti berikut: a) Satu Perintah Larangan Menghalang Defendan Kedua sama ada melalui pegawai atau pekerjanya atau kakitangannya atau wakilnya atau ejennya daripada menghalau Plaintif keluar dariada menduduki Lot PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan; b) Satu Perintah Larangan Menghalang Defendan Kedua sama ada melalui pekerjanya atau kakitangannya atau wakilnya atau ejennya daripada merobohkan atau memusnahkan rumah kediaman Plaintif yang terletak di atas Lot PT 32 (Lot Baru), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan; c) Bahawa Perintah Larangan ini adalah berkuatkuasa dari tarikh Perintah ini sehinggalah wujud perintah lain dari Mahkamah Yang Mulia ini; d) Bahawa jika Defendan Kedua melalui mana-mana pegawai atau pekerjanya atau kakitangannya atau wakilnya atau ejennya gagal atau abai untuk mematuhi Perintah Larangan ini, maka Plaintif adalah diberi keizinan untuk mengambil tindakan pengkomitan (commital proceedings) terhadap mana-mana pegawai atau kakitangannya atau wakilnya atau ejennya tersebut; dan e) Bahawa Plaintif diberi kebenaran untuk memohon apa-apa perintah lain yang diperlukan untuk memberi kesan kepada perintah ini. [3] Bagi tindakan utama, relif-relif yang dituntut oleh Plaintif adalah seperti berikut: a) Satu deklarasi bahawa pengambilan tanah Plaintif di Lot PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan seluas 0.0620 ha melalui Borang H bertarikh 26 Februari 2016 adalah suatu pengambilan yang melebihi keperluan awam, tidak sah dan hendaklah dibatalkan; b) Suatu Perintah diberikan kepada Defendan-defendan untuk membuat pengukuran semula Lot PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan berdasarkan keluasan yang diperlukan mengikut keperluan awam yang ditentukan dalam plan Jabatan Kerja Raya bagi Projek Jalan Pasir Mas ByPass Fasa 2; c) Suatu deklarasi bahawa bayaran pampasan bagi rumah kediaman Plaintif di Lot PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan berjumlah RM515,317.00 yang dibayar oleh Jabatan Kerja Raya melalui Defendan Kedua adalah bayaran pampasan kerosakan dan keretakan rumah kediaman Plaintif, bukannya bayaran pampasan pengambilan; d) Defendan-defendan hendaklah membayar gantirugi-gantirugi am kepada Plaintif yang akan ditaksirkan; e) Defendan-defendan hendaklah membayar gantirugi-gantirugi khas kepada Plaintif yang akan dibuktikan dan ditaksirkan; f) Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua sama ada melalui pegawai atau wakil, atau pengkhidmat atau ejennya ditegah daripada menghalau Plaintif keluar dari Lot PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan; dan g) Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua sama ada melalui pekerjanya atau kakitangannya atau wakilnya atau ejennya ditegah daripada merobohkan atau memusnahkan rumah kediaman Plaintif yang terletak di Lot PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan. Fakta kes [4] Di dalam permohonan ini, kertas-kertas kausa yang telah difailkan adalah seperti berikut: a) Notis Permohonan berarikh 18.02.20200 (“Kandungan 3”); b) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Plaintif pada 18.02.2020 (“Kandungan 4”); c) Afidavit Tambahan Plaintif yang diikrarkan pada 20.02.2020 (“Kandungan 8”); d) Perintah Injunksi ex-parte bertarikh 20.02.2020 (“Kandungan 10”); e) Afidavit Jawapan Defendan Kedua yang diikrarkan oleh Amalil Ariffin bin Salleh pada 08.03.2020 (“Kandungan 16”); f) Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan pada 12.05.2020 (“Kandungan 27”) dan g) Afidavit Balasan Defendan Kedua yang diikrarkan oleh Amalil Ariffin bin Salleh pada 03.06.2020 (“Kandungan 33”). [5] Berdasarkan kertas-kertas kausa ini, fakta kes bolehlah diringkaskan seperti berikut: a) Plaintif merupakan pemilik bersama untuk ½ bahagian berdaftar bagi 2 lot tanah yang dipegang di bawah hakmilik berikut: i) GRN 58784, Lot 11491 (dahulunya HSD 13/86, PT 31), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan (“PT 31”); dan ii) HSD 14/86, PT 32 (Lot Baru 1404), Seksyen 4, Bandar Pasir Mas, Negeri Kelantan (“PT 32”). (PT 31 dan PT 32 akan dirujuk sebagai “tanah-tanah tersebut”). b) Sebahagian daripada tanah-tanah tersebut telah terlibat bagi pembesaran jalan yang terdapat pembinaan flyover berdekatan yang mana projek tersebut dikenali sebagai Projek Jalan Pasir Mas ByPass Fasa II, Kelantan iaitu sebuah projek berkepentingan awam (selepas ini disebut sebagai ‘Projek Jalan Tersebut’); c) Tanah-tanah tersebut telah terlibat dengan pengambilan balik tanah sebagaimana Warta Kerajaan No 853 bertarikh 23.04.2015 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Warta A’) dan perbicaraan pengambilan telah dijalankan masing-masing pada 23 Ogos 2015 dan 25 Oktober 2015 sebagaimana Pembicaraan Pengambilan No: 10/2015; d) Semua kepentingan atas tanah-tanah tersebut telah diambilkira mengikut jajaran Projek Jalan Tersebut, maka suatu tawaran pampasan telah ditawarkan oleh Defendan Kedua melalui Borang H, Akta Pengambilan Tanah 1960.
Preamble
Mengikut tawaran melalui Borang-borang H yang diserahkan kepada Plaintif, keluasan dan tawaran adalah seperti berikut: Butiran/Perkara PT 31 PT 32 Tarikh Borang H 24 Februari 2016 26 Januari 2016 Luas asal Tanah 0.1813 hektar 0.0887 hektar Luas Tanah Dikehendaki 0.1813 hektar 0.0620 hektar Jenis Kepentingan Pemilik (1/2 bahagian) Pemilik (1/2 bahagian) Bahagian Pemberian (Tanah) RM323,260.50 RM133,480.00 e) Plaintif menerima kedua-dua tawaran yang ditawarkan oleh Defendan Kedua tanpa apa-apa bantahan; f) Semasa pembinaan Projek Jalan Tersebut pada tahun 2015/2016, telah berlaku kerosakan dan keretakan serius terhadap beberapa bahagian rumah kediaman Plaintif di atas PT 32 yang membangkitkan aduan Plaintif kepada Defendan Pertama; g) Pada tahun 2017, di atas pengesyoran Defendan Pertama Plaintif telah memanjangkan aduan kepada Jabatan Kerja Raya (“JKR”) serta mengambil inisiatif tambahan dengan mengemukakan aduan kepada Unit Komunikasi Korporat dan juga kepada JKPTG Persekutuan bagi menarik perhatian pihak berwajib tentang masalah yang berlaku kesan daripada perlaksanaan Projek Jalan Tersebut; h) Defendan Pertama, pada sekitar Mac 2017 telah memberikan jawapan melalui email yang dihantar kepada anak Plaintif, yang kemudiannya email berkenaan dihantar kepada Defendan Kedua pada 10hb. Disember 2017 yang mengesahkan bahawa rumah kediaman Plaintif adalah terletak di luar dari kawasan pengambilan. Oleh itu, Plaintif disarankan mengemukakan bukti-bukti kerosakan kepada pihak JKR; i) Aduan Plaintif kemudiannya disiasat dan disemak oleh pihak JKR yang kemudiannya pada 2hb. Oktober 2017, JKR telah mengesahkan bahawa struktur dinding dan lantai rumah Plaintif mengalami kesan keretakan yang agak serius berpunca daripada kerja-kerja pembinaan serta perobohan bangunan berhampiran yang terlibat dengan Projek Jalan Tersebut; j) Defendan Kedua telah mewartakan semula pengambilan tanah PT 32 dan kemudiannya suatu Borang H yang baru bertarikh 3hb. Jun 2018 telah dikeluarkan di mana Plaintif telah ditawarkan gantirugi/tawaran pampasan kerosakan rumah sebanyak RM515,317.00 yang mana diterima oleh Plaintif; dan k) Setelah bayaran pampasan, Plaintif telah dianggap oleh Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua sebagai menduduki tanah Kerajaan berdasarkan keluasan dalam Borang H bertarikh 26hb. Januari 2016. Plaintif diberi notis oleh Defendan Kedua untuk mengosongkan rumah serta merobohkan kediaman Plaintif di atas tanah PT 32. Analisis dan dapatan Mahkamah [6] Permohonan ini adalah di bawah A.20 k.1 dan A.82 k.4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Ia secara amnya memperuntukkan tatacara bagi sesuatu perintah injuksi interim yang merupakan satu perintah bersifat interlokutori. Perintah ini boleh dibuat ke atas mana-mana entiti sama ada untuk mengarahkan atau menghalang perlakuan sesuatu perbuatan sehingga sesuatu tuntutan diputuskan secara perbicaraan penuh. Ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa atau mana-mana peringkat perbicaraan. [7] Berkenaan tempoh kuatkuasa injunksi interim tersebut, Seksyen 51 Akta Relif Spesifik 1950 telah memperuntukkan seperti berikut: "(1) Temporary injunctions are such as are to continue until a specified time, or until the further order of the court. They may be granted at any period of a suit, and are regulated by the law relating to civil procedure.
2
A perpetual injunction can only be granted by the decree made at the hearing and upon the merits of the suit; the defendant is thereby perpetually enjoined from the assertion of a right, or from the commission of an act, which would be contrary to the rights of the plaintiff." [8] Prinsip di dalam membenarkan sesuatu injunksi interim telah diperjelaskan di dalam kes American Cyanamid Co v. Ethicon Ltd [1975] AC 396. Mahkamah perlu berpuashati bahawa terdapatnya isu serius untuk dibicarakan (a serious question to be tried). Lord Diplock di dalam kes tersebut menyatakan: "The use of such expressions as 'prohibitory', 'a prima facie case' or 'a strong prima facie case' in the context of the exercise of a discretionary power to grant an interlocutory injunction leads to confusion as to the object sought to be achieved by this form of temporary relief. The court no doubt must be satisfied that the claim is not frivolous or vexatious; in other words, that there is a serious question to be tried... " [9] Prinsip ini telah diterima pakai oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Keet Gerald Francis Noel John v. Mohd Noor @ Harun b Abdullah [1995] 1 CLJ 293; [1995] 1 MLJ 193. Di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan garis panduan seperti berikut; "[31] To summarize, a judge hearing an application for an interlocutory injunction should undertake an inquiry along the following lines:
1
He must ask himself whether the totality of the facts presented before him discloses a bona fide serious issue to be tried. He must, when considering this question, bear in mind that the pleadings and evidence are incomplete at that stage. Above all, he must refrain from making any determination on the merits of the claim or any defence to it. It is sufficient if he identifies with precision on the issues raised on the joinder and decides whether these are serious enough to merit a trial. If he finds, upon a consideration of all the relevant material before him, including submissions of counsel, that no serious question is disclosed, that is an end of the matter and the relief is refused. On the other hand, if he does find that there are serious question to be tried, he should move on to the next step of his inquiry;
2
Having found that an issue has been disclosed that requires further investigation, he must consider where the justice of the case lies. In making his assessment, he must take into account all relevant matters including the practical realities of the case before him. He must weigh the harm that the injunction would produce by its grant against the harm that would result from its refusal. He is entitled to take into account, inter alia, the relative financial standing of the litigants before him. If after weighing all matters, he comes to the conclusion that the plaintiff would suffer greater injustice if relief is withheld, then he would be entitled to grant the injunction especially if he is satisfied that the plaintiff is in a financial position to meet his undertaking in damages. Similarly if he concludes that the defendant would suffer the greater injustice by the grant of an injunction, he would be entitled to refuse relief....
3
The judge must have in the forefront of his mind that the remedy that he is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result for the period between the date of the application and the trial proper and intended to maintain the status quo,. Accordingly, the judge would be entitled to take into account all discretionary considerations, such as delay in the making of the application or any adequate alternative remedy that would satisfy the plaintiff's equity, such as an award of monetary compensation in the event that he succeeds in establishing his claim at the trial. Any question going to the public interest may, and in appropriate cases should, be taken into account" [10] Secara amnya, di dalam kes ini, Mahkamah berpandangan garis panduan sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Keet Gerald Francis (supra), telah dipatuhi oleh Plf. Terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan berkenaan tuntutan utama Plaintif seperti berikut: i. Sama ada aduan kerosakan premis kediaman Plaintif yang telah disahkan oleh JKR berpunca daripada perlaksanaan Projek Jalan Tersebut, menjadi isu award yang tertinggal sehingga membawa kepada proses pengambilan balik untuk bangunan sahaja; ii. Sama ada struktur bangunan kediaman Plaintif termasuk di dalam schedule land sebagaimana pelan asal bagi Projek Jalan Tersebut; iii. Sama ada perbicaraan berkaitan pengambilan terhadap rumah kediaman Plaintif di atas PT 32 tersebut yang dijalankan bersandarkan kepada Warta No. 1856/2017 dan bukannya berdasarkan Warta No. 1857/2017, adalah sah; iv. Sama ada bayaran sebanyak RM515,317.00 yang dibayar oleh JKR kepada Plaintif melalui Defendan Kedua, adalah pampasan bagi kerosakan premis kediaman Plaintif atau pampasan pengambilan tanah; v. Sama ada Warta No. 1857/2017 tersebut (yang mencatatkan No. Lot 1404, No. Hakmilik HSD 13/86 iaitu PT 31) adalah sah dan berkuatkuasa bagi maksud pengambilan terhadap bangunan kediaman Plaintif yang terletak di atas tanah PT 32; vi. Sama ada Notis Pengosongan bertarikh 31hb. Dsember 2018 yang dikeluarkan ke atas Plaintif selaku pemilik rumah kediaman yang dibina atas PT 32, adalah sah dan mempunyai kesan kuatkuasa sedangkan Warta Kerajaan bagi pengambilan berkenaan dibuat atas tanah PT31; dan vii. Sama ada pengambilan terhadap bangunan kediaman Plaintif oleh Defendan Kedua dibuat atas dasar kepentingan/keperluan awam (public interest). [11] Selanjutnya, bagi maksud imbangan keselesaan, Mahkamah mengambil maklum bahawa projek pembinaan jalan yang menjadi alasan kepada pengambilan tanah tersebut telahpun siap dan telahpun digunakan. Tiada sebarang keperluan yang segera bagi Defendan Kedua untuk merobohkan rumah kediaman Plaintif yang terletak di atas tanah tersebut. [12] Ia juga pada pandangan Mahkamah tidak akan membawa sebarang kerugian ke atas Defendan-defendan dan tidak timbul sama sekali ia akan melewatkan atau menjejaskan projek Kerajaan. Namun sebaliknya, Plaintif yang berhadapan dengan situasi rumahnya didakwa mengalami kerosakan dan berhadapan dengan risiko akan dirobohkan. [13] Akhir sekali, Mahkamah turut berpandangan bahawa gantirugi bukanlah satu remedi yang memadai kerana jika Plaintif berjaya di dalam tuntutannya ia akan melibatkan tuntutan pampasan ke atas rumahnya yang merupakan satu kerugian yang tidak boleh dipampas. Mahkamah berpegang kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Kekatong Sdn Bhd v. Danaharta Urus Sdn Bhd [2003] 3 CLJ 378 yang memutuskan: “If the Act is enforced, the land sold and it later transpires that the plaintiff was right in its argument the land would forever be lost to it. It is the argument of learned counsel for the second defendant that in such event, the plaintiff may recover damages from the second defendant. With respect, this argument falls on principle. For it is settled law that land is always deemed to have a special value the loss of which may not be adequately compensated by an award of damages. See, Tan Ah Chim v. Ooi Bee Tat [1993] 4 CLJ 476, where Edgar Joseph Jr. SCJ at p. 494 said: Land is always deemed to have a special value the loss of which may not be adequately compensated by damages.” [14] Namun Tuan Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri (PPUUN) telah membangkitkan isu awalan yang siknifikan dan perlu diputuskan oleh Mahkamah sebelum Mahkamah dapat memberi sebarang perintah injunksi interim. Ia adalah sama ada satu perintah injunksi interim boleh dikenakan ke atas Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memandangkan mereka adalah merupakan sebuah Kerajaan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam seksyen 2 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] sebagaimana yang berikut: “Government” includes the Federal Government and the Governments of the States; [15] Tuan PPUUN membawa perhatian Mahkamah ke atas Seksyen 29 Akta 359 dan menghujahkan bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk membuat perintah tersebut. Seksyen tersebut memperuntukkan seperti yang berikut:
1
In any civil proceedings by or against the Government the court shall, subject to this Act, have power to make all such orders as it has power to make in proceedings between subjects, and otherwise to give such appropriate relief as the case may require: Provided that—
a
Where in any proceedings against the Government any such relief is sought as might in proceedings between subjects be granted by way of injunction or specific performance, the court shall not grant an injunction or make an order for specific performance, but may in lieu thereof make an order declaratory of the rights of the parties, and……. [16] Berdasarkan hujahan Tuan PPUUN tersebut, isu yang perlu diputuskan terlebih dahulu adalah sama ada tindakan berbentuk injunksi terhadap Kerajaan, sepertimana relif di dalam kes ini, boleh diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi. Sekiranya Mahkamah tidak mempunyai kuasa, maka permohonan injunksi yang difailkan oleh Plaintif adalah tidak boleh bertahan dan bertentangan dengan subseksyen 29 (1) (a) Akta 359. [17] Mahkamah Agung di dalam kes Government of Malaysia v Lim Kit Siang & Anor Case [1988] 1 CLJ Rep 63 telah berhadapan dengan isu yang sama dan melalui penghakiman YAA Salleh Abas, KHN telah memutuskan seperti yang berikut: “This means that no injunction could be directly or indirectly issued against the Government or its officers. Similarly, the court has no jurisdiction to grant an injunction against a private litigant if the injunction would have the effect of restraining the Government or its officers from performing their functions.” [18] Selanjutnya, YAA Azahar Mohamad HMR (pada ketika itu) di dalam kes Tan Bun Teet & Ors v Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia & Ors [2013] 3 CLJ turut memutuskan: “An injunction, interim/interlocutory or permanent, cannot be granted against the government under s.29 of the GPA and under s.54 of the SPA. The authority to support this proposition can be found int the decision of our then Supreme Court in Lim Kit Siang v. United Engineers (M) Bhd & Ors [1987] 2 CLJ 195; [1987] CLJ (Rep) 170 SC. In particular, the relevant passage from the judgment states: This means that no injunction could be directly or indirectly issued against the Government of its officers. Similarly, the court has no jurisdiction to grant an injunction against a private litigant if the injunction would have the effect of ‘restraining the Government or its officers from performing their functions. This has been the interpretation which has been placed by the courts in England as well as in this country. The principle of law enunciated above has been reaffirmed by the Court of Appeal in Superintendant of Lands and Surveys, Kuching Division & Ors v. Kuching Waterfront Development Sdn Bhd [2009] 6 CLJ 751.” [19] Terbaru, Mahkamah Persekutuan di dalam kes YKK (M) Sdn Bhd v. Pengarah Tanah dan Galian Johor [2021] 8 CLJ 179; [2021] MLJU 1206 telah memutuskan: “[108] As the relief sought by the plaintiff is specific performance against the Director of Lands and Mines, who is an officer of the State Authority, which is a Government body, such relief is not sustainable pursuant to s. 29 of the Government Proceedings Act 1956. Section 29(1) reads: 29(1). In any civil proceedings by or against the Government the court shall, subject to this Act, have power to make all such orders as it has power to make in proceedings between subjects, and otherwise to give such appropriate relief as the case may require: Provided that:
a
Where in any proceedings against the Government any such relief is sought as might in proceedings between subjects be granted by way of injunction or specific performance, the court shall not grant an injunction or make an order for specific performance, but may in lieu thereof make an order declaratory of the rights of the parties; and... [109] In dealing with s. 29 of the Government Proceedings Act 1956 which relates to injunction against the Government, the Court of Appeal in Superintendent Of Lands And Surveys, Kuching Division & Ors v. Kuching Waterfront Development Sdn Bhd [2009] 6 CLJ 751, held: Notwithstanding the High Court's discretion to grant an injunction, s. 29 of the GPA does not permit the granting of any injunction against the government. Likewise, section 54 of the SRA prohibits the grant of an injunction against any Malaysian government department. The words of section 29(1)(a) of the GPA are quite clear and there is no reason to depart from it. Hence, the relief of specific performance is not sustainable against the defendant.” [20] Berdasarkan kes-kes duluan yang diputuskan oleh Mahkamah, ia menunjukkan bahawa peruntukan seksyen 29 Akta 359 adalah sangat jelas dan nyata menghalang injunksi diberikan terhadap Kerajaan. Keputusan duluan Mahkamah adalah konsisten di dalam menghadkan kuasa Mahkamah ini di dalam memberi perintah injunksi interim ke atas Kerajaan. [21] Seksyen 29 Akta 359 turut tidak membezakan injunksi interim atau kekal. Prinsip ini adalah selaras dengan keputusan Hakim Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh HMT di dalam kes Business Leap (M) Bhd. v. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan & 2 yang lain [2018] 1 LNS 400 yang memutuskan: “In the result, and I say this with respect, I cannot find any authority from a court of competent jurisdiction that has departed from the majority judgment of the Supreme Court in the United Engineer’s case. Neither s.29 of the GPA nor s.54 of the SRA makes a distinction between an interlocutory or permanent injunction. Unless there is a parliamentary intervention in the form of a statutory amendment to the relevant provisions of these Acts which expressly makes that distinction. I do not find any amount of judicial creativity and innovation that could alter the position as described by the then Supreme Court in United Engineers.” [22] Di dalam kes semasa, tanah milik Plaintif telah dibuat pengambilan melalui prosedur pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang mana Defendan Kedua telah membuat pengambilan tanah Plaintif di atas permohonan JKR. Berlanjutan itu, Defendan Kedua telah membuat pengisytiharan dan pewartaan tanah yang terlibat serta menjalankan perbicaraan tanah dengan memanggil pemilik tanah iaitu Plaintif dan mengeluarkan award pampasan terhadap pengambilan tanah tersebut. Proses perundangan ini telah menjadi lengkap dan oleh itu tanah tersebut kini adalah terletak hak kepada Kerajaan. [23] Plaintiff di dalam tuntutan utama, tidak mempertikaikan bahawa tanah kini telah menjadi tanah Kerajaan, namun sebaliknya mempertikaikan proses pengambilan balik tanah yang pada hemat Plaintif terdapat kesilapan di dalam warta yang dikeluarkan. Isu yang menjadi pertikaian adalah sama ada pengambilan ke atas Lot 32 sebagaimana warta 853/2015 bertarikh 23/4/2015 adalah untuk keluasan 0.0620 hektar yang termasuk binaan rumah kediaman Plaintif. [24] Namun Plaintif menyatakan bahawa pampasan sebanyak RM 133,480.00 yang dibuat hanyalah bagi pengambilan tanah sahaja. Plaintif kini memohon agar Defendan Kedua membuat pewartaan semula bagi Lot 32 kerana terdapat pembinaan bangunan yang tertinggal di dalam warta tersebut. [25] Bersandarkan kepada prinsip undang-undang yang telah dibincangkan berkaitan bidangkuasa Mahkamah ini, maka Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan satu perintah injunksi interim ke atas Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kerana Mahkamah ini adalah terhalang untuk memberikan perintah injunksi terhadap Defendan Kedua dan Dfendan Ketiga selaku Kerajaan. Kesimpulan [26] Berdasarkan analisis ini, Mahkamah memutuskan bahawa permohonan di Kandungan 3 oleh Plaintif adalah ditolak. Tiada perintah berkaitan kos. Bertarikh: 7hb. September, 2022 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Plaintif: Norazham bin Yahaya & Hamiza Tetuan Hasif Azham Rizal & Co. Peguambela dan Peguamcara Lot 718 Jalan Sri Cemerlang 14/27 Off Jalan Pengkalan Chepa 15300 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Defendan 1: Ahmad Armi Najamuddin bin Azmi Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Aras Bawah, Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Defendan 2&3: Adam bin Mohamed @ Mamat Penolong Penasihat Undang-Undang Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Aras Bawah, Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu, Kelantan. Tarikh Bicara : 19hb. Mei, 2022 Tarikh Keputusan : 26hb. Julai, 2022 Perundangan Yang Dirujuk: Akta Pengambilan Tanah 1960 A.20 k.1 dan A.82 k.4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 Akta Prosiding Kerajaan 1956 Kes-Kes Yang Dirujuk: American Cyanamid Co v. Ethicon Ltd [1975] AC 396 Keet Gerald Francis Noel John v. Mohd Noor @ Harun b Abdullah [1995] 1 CLJ 293; [1995] 1 MLJ 193 Kekatong Sdn Bhd v. Danaharta Urus Sdn Bhd [2003] 3 CLJ 378 Government of Malaysia v Lim Kit Siang & Anor Case [1988] 1 CLJ Rep 63 Tan Bun Teet & Ors v Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia & Ors [2013] 3 CLJ YKK (M) Sdn Bhd v. Pengarah Tanah dan Galian Johor [2021] 8 CLJ 179; [2021] MLJU 1206 Business Leap (M) Bhd. v. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan & 2 yang lain [2018] 1 LNS 400
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.