Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI YAN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KH-A73KJ-16-01/2023 MD NAZRI BIN ABU BAKAR (NO.K/P:701223-07-5547) ...PLAINTIF DAN SARANAH BINTI ABDULLAH (NO.K/P:640929-02-5692) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
KH-A73KJ-16-01/2023
Magistrates Court of Malaysia3 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“antation Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 491 telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950 ). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burd”
“to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. This is highlighted in the case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253 where Terrell, Ag CJ stated: ... it is clear that the onus is on the”
“aian Defendan yang menyebabkan kemalangan tersebut. Plaintif sendiri telah gagal melepaskan beban pembuktian sebagai suatu pihak yang membuat tuntutan. Merujuk kepada kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] CLJU 151, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly”
“over right lateral thigh dan right gluteal region RM 6000 untuk dua hematoma Kes: 1) Norzuraida Ahmad v Azizul Mohd Yusof 2015 (2) PIR 9: RM 3000 RM 3000 Kes: 1) Muhammad Ariff &Anor v Baskaran &Anor [2015] PILRU 53 : RM 1000 b Fracture proximal third of right femur RM 35000 Kes: 1) Dinesh Raj Suresh v Ratni Jumal [202”
“a sebab kemalangan berlaku untuk memudahkan beliau dan tidak mengambil berat kepentingan pengguna jalan raya lain terutamanya Defendan. Defendan merujuk kepada kes Khamis Mat &Anor v Norazimah Othman [2017] MLRSU 135 dimana kemalangan mengenai pusingan U, Mahkamah memutuskan seperti berikut: “…the decision of the learn”
“Ratni Jumal [2022] 2 PIR 43 : RM 35000 RM 25 000 Kes: 1) Manjula Suparmaniam (Plaintif pertama adalah wakil diri dalam harta pusaka Mohamad Firdaus Moorthy Abdullah ) & 3 Ors v Yau Chai Fatt & 3 Ors [2017] MLRSU 138 : RM 20000 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING po”
“ims ("the Compendium") is a useful gauge for the awards prescribed for personal injury claims, as was stated by S Nantha Balan J (as he then was) in Abdul Waffiy Wahubbi & Anor v. AK Nazaruddin Ahmad [2017] SMCU 52; [2017] 5 LNS 52: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFIL”
“untuk membuktikan bahawa kemalangan berlaku akibat daripada kecuaian Defendan. Mahkamah merujuk kepada panduan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Chandramogan Manogaran & Anor v. Kong Wai Seng & Ors [2021] CLJU 158 seperti berikut: “[11] On the outset, this Court takes note that there are 2 versions to the events which”
“ahkamah terdahulu agar jumlah gantirugi diberikan adalah munasabah dan adil. Hal ini adalah selaras dengan prinsip Mahkamah Tinggi dalam kes Sabri Abdul Talib & Anor V. Tiong Mee Kooi & Another Cases [2021] CLJU 2275 yang menyatakan seperti berikut berkaitan compendium: “[41] I am mindful that the Compendium of Minimum”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI YAN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KH-A73KJ-16-01/2023 MD NAZRI BIN ABU BAKAR (NO.K/P:701223-07-5547) ...PLAINTIF DAN SARANAH BINTI ABDULLAH (NO.K/P:640929-02-5692) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 8.5.2022 dI Jalan Titi Lahar Guar Cempedak melibatkan Plaintif yang merupakan penunggang motosikal KEL 4650 dan Defendan yang merupakan penunggang motosikal KDV 4156.
2
Perbicaraan telah dijalankan dengan Plaintif mengemukakan (2) dua orang saksi seperti berikut: SP1 SARJAN MOHD AMIR BIN ABDUL RAZAK PEGAWAI PENYIASAT SP2 MD NAZRI BIN ABU BAKAR
3
Seterusnya Defendan mengemukakan (1) satu orang saksi seperti berikut: SD1 SARANAH BINTI ABDULLAH
4
Berikut merupakan senarai dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan: BIL
1
TANDAAN Ikatan Dokumen Plaintif
2
A Ikatan Dokumen Tambahan
3
B Rajah Kasar Kunci Rajah Kasar
4
P1a 8 Keping gambar
5
P2 A-H Laporan Polis Trafik Yan 429/22
6
D3 Laporan Polis Trafik Yan 482/22
7
P4 Keputusan Kes
8
P5 Laporan perubatan Hospital Yan 28.7.2022
9
P6 Laporan perubatan Hospital Sultan Abdul Halim 7.9.2022
10
P7 Resit Hospital Sultan Abdul Halim P8
5
Mahkamah mendapati adalah suatu yang tidak dipertikaikan bahawa kemalangan berlaku apabila motosikal Defendan melanggar motosikal Plaintif dari arah belakang. Walau bagaimanapun, Plaintif dan Defendan memberikan versi yang berbeza tentang bagaimana kemalangan ini berlaku.
6
Berdasarkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati terdapat dua versi yang telah dihujahkan oleh pihak-pihak: 1) Versi Plaintif mengikut laporan polis P4 adalah semasa Plaintif menunggang motosikal bersama isteri dari Guar Cempedak menghala ke Gurun, sampai di tempat kejadian berdekatan lampu isyarat Titi Lahar, Plaintif membuat pusingan U untuk kembali ke arah Guar Cempedak, tiba-tiba motosikal yang ditunggang Defendan datang dari arah belakang dan melanggar sebelah kanan motosikal Plaintif. 2) Manakala versi Defendan mengikut laporan polis D3 adalah semasa Defendan menunggang motosikal dari Guar Cempedak hendak ke Gurun, apabila sampai di tempat kejadian di Jalan Titi Lahar, tiba-tiba sebuah motosikal nombor tidak tahu yang berada dihadapan Defendan telah membelok ke kanan jalan dan Defendan cuba brek dan mengelak tetapi terlanggar bahagian belakang tayar sebelah kanan motosikal Plaintif.
7
Sebelum Mahkamah membuat penentuan berkaitan isu liabiliti pihak-pihak, prinsip asas beban pembuktian adalah dirujuk. Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan Penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
8
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 491 telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950 ). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. This is highlighted in the case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253 where Terrell, Ag CJ stated: ... it is clear that the onus is on the plaintiff to prove his case. After the conclusion of the whole case, there must be some preponderance in his favour. It may be true that the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial, the learned Judge has found that the position was exactly even, i.e. that any preponderance in the plaintiff's favour had disappeared. That being the case, the plaintiff must necessarily fail, as he has not discharged the onus which is upon him. No doubt the defendant would equally have failed if he had been the claimant and had tried to establish, as a substantive part of his case, the alternative version which he tried to prove in answer to that of the plaintiff. ”
9
Oleh itu, beban pembuktian kes adalah pada Plaintif untuk membuktikan bahawa kemalangan berlaku akibat daripada kecuaian Defendan. Mahkamah merujuk kepada panduan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Chandramogan Manogaran & Anor v. Kong Wai Seng & Ors [2021] CLJU 158 seperti berikut: “[11] On the outset, this Court takes note that there are 2 versions to the events which will be elaborated in due time. When faced with more than one version, the duty of the Court is to scrutinise the different versions, in the pleadings or the evidence as well as documents where possible.
10
Dalam situasi terdapat percanggahan dalam keterangan lisan, dokumen-dokumen memainkan peranan yang penting kepada kes. Kepentingan dokumen ini diterangkan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Tam Tai Ying v. Tey Hoe & 3 Ors [2019] 6 AMR 387, yang menyatakan seperti berikut: “…. (3) Oral Evidence cannot be led to contradict such a document as documents are sometimes referred to as “silent witness”. Having fulfilled the twin requirements of authenticity and truthfulness, not only such documents passed the threshold of admissibility and relevancy, they also carry great weight as evidence especially when faced with oral evidence of witnesses who may or may not tell the truth. Such documents too, carry with them the clout of corroboration that few could muster an equal claim…”
11
Oleh yang demikian, dalam membuat penentuan ini, mahkamah ini turut mengambil kira saksi senyap atau silent witness yang ada di dalam kes ini. Berkaitan saksi senyap, hal ini dijelaskan di dalam kes Ong Teik Seng v. Ho Swee Chee [1987] 2 MLJ 650 : "… In a situation like this, the Court must look for aid from the silent witness, i.e. the police reports and the sketch plan, together with the condition of the road, side table and the traffic signs."
12
Oleh itu,mahkamah ini dalam menilai versi Plaintif dan Defendan turut berpandukan saksi senyap iaitu ekshibit berikut: Bil Ekshibit Maklumat diperolehi daripada ekshibit 1. Rajah kasar (P1) dan kunci rajah kasar (P1a) i) Ekshibit ini menunjukkan tentang keadaan jalan iaitu jalan yang mempunyai dua garisan berterusan (berkembar) di atas jalan ii) Terdapat garis putus-putus di atas jalan bertentangan dengan simpang di kiri jalan ke Sungai Belida. iii) Ekshibit ini menunjukkan tiada papan tanda pusingan U. iv) Ekshibit ini menunjukkan kedudukan motosikal Plaintif yang tidak diubah iaitu berada sebelum garis putus-putus yang mana konsisten dengan gambar kemalangan P2 A dan B.
2
8 keping gambar (P2 A-H) i) Ekshibit P2 A dan B menunjukkan kedudukan motosikal Plaintif yang tidak diubah iaitu berada sebelum garis putus-putus yang mana konsisten dengan rajah kasar dan kunci rajah kasar ii) Ekshibit P2 C dan D menunjukkan keadaan dan kerosakan motosikal Plaintif iaitu KEL 4650. iii) Ekshibit P2,E,F,G,H menunjukkan keadaan dan kerosakan motosikal Defendan iaitu KDV 4156.
3
Laporan Polis Trafik Yan 429/22 (D3) Laporan polis Defendan ini menyatakan seperti berikut: …Saya menunggang motosikal No KDV 4156 dari Guar Cempedak hendak pergi ke Gurun. Apabila sampai di tempat kejadian di Jalan Titi Lahar Guar Cempedak, tiba-tiba sebuah motosikal nombor tidak tahu yang berada dihadapan saya telah membelok ke kanan jalan. Saya cuba brek dan mengelak tetapi terlanggar bahagian belakang tayar sebelah kanan motosikal tersebut…
4
Laporan Polis Trafik Yan 482/22 (P4) Laporan polis Plaintif ini menyatakan seperti berikut: …Semasa saya menunggang motosikal No Pendaftaran KEL 4650 bersama isteri nama Ramadeni, No Passport: B7149103 (Warganegara Indonesia) dari Guar Cempedak menghala ke Gurun, sampai di tempat kejadian berdekatan lampu isyarat Titi Lahar, saya membuat pusingan U untuk kembali ke arah Guar Cempedak, tiba-tiba 1 motosikal No pendaftaran KDV 4156 datang dari arah belakang dan melanggar sebelah kanan motosikal saya…
13
Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip-prinsip perundangan yang dibincangkan di atas, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah ini untuk menentukan versi yang manakah yang lebih berkemungkinan atau munasabah untuk diterima dengan berpandukan semua bukti-bukti yang dikemukakan kepada mahkamah merangkumi keterangan, pliding serta semua dokumen berkaitan. Saksi senyap dalam kes ini memainkan peranan yang penting.
14
Terdapat 3 persoalan yang akan dibincangkan dalam penentuan liabiliti ini: a) Sama ada Plaintif boleh membuat pusingan U di tempat kejadian? b) Sama ada saman yang dikeluarkan membuktikan Plaintif cuai dan 100% bertanggungan dalam kes ini? c) Sama ada terdapat sumbang cuai oleh Defendan dalam menyebabkan kemalangan ini berlaku? a) Sama ada Plaintif boleh membuat pusingan U di tempat kejadian?
15
SP2, Plaintif semasa pemeriksaan utama menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses membuat pusingan U dan sudah sampai di tengah jalan, nampak motosikal Defendan 30 meter di belakang, sudah memberikan isyarat dan motosikal Defendan datang dari arah belakang dan melanggar motosikal beliau disebelah kanan.
16
Peguam Plaintif menghujahkan bahawa SP1, Pegawai Penyiasat tidak arif dengan undang-undang jalan raya dan siasatan tidak tepat apabila beliau mendapati SP2 cuai kerana membuat pusingan U ditempat kejadian iaitu garisan putus-putus yang mana SP2 menyatakan kenderaan boleh merentasi garisan putus-putus, tidak logik garisan putus-putus hanya untuk kenderaan keluar masuk Kg Belida dan SP2 sahkan tiada tanda tidak boleh membuat pusingan U.
17
Peguam Defendan menghujahkan Plaintif membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.
18
Mahkamah berpendapat fakta yang material dalam kes ini adalah Plaintif membuat pusingan U. Hal ini diakui oleh Plaintif sendiri melalui laporan polis P4 dan semasa keterangan beliau di Mahkamah.
19
Kaedah 13 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 LN 166/1959 memperuntukkan berkaitan Pusingan U (U-Turns) seperti berikut: “(1) Subject to subrule (2), no driver of any motor vehicle whilst being driven on any road shall cause his motor vehicle to be turned in such a manner that it is made to face the opposite direction unless either-
a
he shall have first negotiated a round-about; or
b
such turn is permissible by virtue of the road sign No. 34E, Traffic Signs (Size, Colour and Type) Rules 1959 [L.N. 167/1959]’’
20
Oleh yang demikian, pusingan U tidak dibenarkan kecuali dua keadaan iaitu pemandu kenderaan bermotor telah melepasi bulatan atau pusingan U dibenarkan menurut isyarat jalan NO. 34E, Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (Saiz, Warna dan Jenis) 1959 seperti dinyatakan dalam Kaedah 13 di atas.
21
Dalam kes ini, Plaintif telah mengakui melalui keterangan di Mahkamah dan juga melalui laporan polis P4 bahawa beliau membuat pusingan U di tempat kejadian. SP1 juga melalui keterangan beliau menyatakan bahawa plaintif membuat pusingan U ditempat kejadian dan tiada papan tanda ditempat kejadian yang membenarkan plaintif membuat pusingan U.
22
Oleh yang demikian, Plaintif telah membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan menyebabkan kemalangan ini berlaku kerana Plaintif bukan memandu melepasi bulatan dan tiada sebarang papan tanda atau simbol pusingan U yang membenarkan Plaintif membuat pusingan U ditempat kejadian. .
23
Namun, yang menimbulkan persoalan adalah sama ada pusingan U berlaku di garisan putus-putus atau di dua garisan berterusan (garisan berkembar).
24
Kaedah 17B (1) Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 LN 166/1959 memperuntukkan berkaitan dua garisan berterusan seperti berikut: “Where there are two continuous lines placed on a road, the driver of a vehicle travelling on either direction of the road shall not overtake a vehicle in front of him or cause his vehicle to cross the lines.’’
25
SP1 dalam keterangan semasa pemeriksaan utama menyatakan seperti berikut: Soalan : Apa yang dirujuk gambar P2 A? Jawapan : Kedudukan motosikal KEL 4650 di atas garisan berkembar bukan atas garisan putus-putus Soalan : Kedudukan motosikal di permulaan garisan putus-putus bukan ? Jawapan : Tidak Soalan : Sarjan buat andaian bahawa kemalangan berlaku di garisan berkembar bukan putus-putus berdasarkan gambar P2 A tersebut? Jawapan : Ya Soalan : Kedudukan motosikal dalam P2 A ini adalah selepas berlaku pertembungan? Jawapan : Betul Soalan : Jadi betul-betul dimana pertembungan berlaku tidak boleh dipastikan? Jawapan : Teknikal Soalan : Apa maksud teknikal Jawapan : Saya tidak berada di lokasi ketika kemalangan berlaku Soalan : Dimana pertembungan berlaku tidak tahu, tidak pasti Jawapan : Ya tak pasti
26
Pada pendapat Mahkamah ini, berpandukan ekshibit gambar P2 A dan B, adalah jelas menunjukkan jalan tempat kejadian merupakan jalan yang mempunyai dua garisan berterusan (berkembar) di atas jalan dan kedudukan motosikal Plaintif selepas kemalangan adalah sebelum garisan putus-putus di atas jalan. Teori yang selaras dengan ini adalah pertembungan antara motosikal Plaintif dan motosikal Defendan berlaku sebelum garisan putus-putus dan Plaintif membuat pusingan U di garisan berkembar. Sekiranya Plaintif membuat pusingan U di garisan putus-putus, adalah mustahil selepas pertembungan kedua-dua motosikal, menyebabkan motosikal Plaintif berada di belakang daripada tempat berlaku perlanggaran. Perlanggaran adalah melibatkan impak yang mana kenderaan sudah pasti ke hadapan dan bukan berpatah balik ke belakang.
27
Namun perlu diambil perhatian bahawa dalam situasi kes dihadapan mahkamah ini, adalah jelas bahawa tindakan Plaintif membuat pusingan U sama ada di garisan putus-putus atau dua garisan berterusan (berkembar), kedua-duanya adalah salah dan tidak dibenarkan oleh Kaedah 13 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 LN 166/1959 iaitu bukan melepasi bulatan atau tempat yang mempunyai papan tanda kebenaran membuat pusingan U. b) Sama ada saman yang dikeluarkan membuktikan Plaintif cuai dan 100% bertanggungan dalam kes ini?
28
Peguam Plaintif menghujahkan bahawa tuduhan ke atas Plaintif tidak munasabah dan kekhilafan SP1 serta Plaintif membayar saman kerana tidak boleh membuat urusan lain seperti memperbaharui cukai jalan dan lesen. Peguam Plaintif turut menghujahkan pembayaran kompaun tidak relevan dan tidak boleh dianggap kecuaian sepenuhnya atas Plaintif terutamanya apabila telah memberikan penjelasan di Mahkamah.
29
Manakala, Defendan menghujahkan bahawa saman dikeluarkan SP1 kerana Plaintif membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan dan telah menyebabkan kemalangan ini.
30
Mahkamah ini berpendapat bahawa saman yang dikeluarkan adalah berdasarkan siasatan SP1 Pegawai Penyiasat berkaitan kemalangan dengan menimbangkan keterangan dan bukti yang beliau perolehi. Dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa saman yang dikeluarkan oleh SP1 kepada Plaintif adalah wajar memandangkan Plaintif membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.
31
Namun adalah ditegaskan bahawa saman ini sahaja bukanlah bukti kukuh Plaintif bertanggungan 100% mengakibatkan kemalangan yang mana mahkamah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah untuk menentukan tahap kecuaian pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan. c) Sama ada terdapat sumbang cuai oleh Defendan dalam menyebabkan kemalangan ini berlaku?
32
Dalam kes semasa, pihak Plaintif cuba membangkitkan isu kecuaian di pihak Defendan. Plaintif dalam kes ini menghujahkan bahawa Defendan mengekori Plaintif pada jarak satu kereta dan kelajuan 40km/j, cuba memotong Plaintif dan Plaintif telah memberikan isyarat dan Plaintif menghujahkan inferens yang timbul dari pengakuan Defendan sendiri seperti di atas, Plaintif sedang membuat pusingan U dekat “X” dengan memberi isyarat, Defendan mengikuti Plaintif dalam jarak dekat dan kelajuan tinggi, telah cuba memotong Plaintif di kanan dan telah mengakibatkan kemalangan.
33
Defendan menghujahkan bahawa sangat jelas Plaintif adalah punca kepada kemalangan dan plaintif sendiri mengakui membuat pusingan U lalu kemalangan berlaku dan tindakan beliau satu-satunya sebab kemalangan berlaku untuk memudahkan beliau dan tidak mengambil berat kepentingan pengguna jalan raya lain terutamanya Defendan. Defendan merujuk kepada kes Khamis Mat &Anor v Norazimah Othman [2017] MLRSU 135 dimana kemalangan mengenai pusingan U, Mahkamah memutuskan seperti berikut: “…the decision of the learned magistrate to apportion liability at 50:50 is flawed and erroneous. The learned magistrate appears to have been rather too generous towards the plaintiff with an award of damages based on 50% liability against the second defendant, which is in the circumstances and on the evidence plainly wrong in law. In my view, the plaintiff is more to be blamed for this collision. It is wrong in these circumstances, to apportion liability equally. It is important to bear in mind that the second defendant rider of motorcycle No. WFW 8150 was riding lawfully along the said road when the plaintiff made a U-turn at the "gap" along the road.”
34
Mahkamah meneliti kes Khamis Mat tersebut yang mana mahkamah ini sememangnya tidak membahagikan liabiliti secara sama rata memandangkan punca kemalangan ini berlaku adalah jelas daripada kecuaian Plaintif yang membuat pusingan U ditempat yang tidak dibenarkan. Plaintif melalui keterangannya di Mahkamah dan melalui laporan polis P3 mengakui beliau membuat pusingan U.
35
Berkaitan sama ada kecuaian disumbangkan juga oleh Defendan, mahkamah mendapati Defendan tidak menyumbang cuai kepada kemalangan tersebut memandangkan Defendan berada di laluannya yang sah. Mahkamah ini merujuk kepada kes Abdul Kadir Mohamad v. Kamrulzaman Mohd Zin & Anor [2000] 4 MLRH 239; [2001] 5 CLJ 249; [2001] 1 AMR 599 di mana telah diputuskan: "[7] As the collision was on the lawful path of the plaintiff, it could be inferred that the plaintiff had taken reasonable care for his own personal safety. Therefore, there was no contributory negligence on the part of the plaintiff and the first defendant was found wholly blameworthy for the road accident. The brut of negligence should be shouldered by the defendants."
36
Chang Min Tat FJ in Murugan v. Lew Chu Cheong [1980] 1 MLRA 527; [1980] 2 MLJ 139 at p 140 in clear terms said: “... that a road user must have regard for his own safety and the safety of others as not to turn to his right unless he can be reasonably certain that he could do so without causing traffic coming up from behind to run into him or without putting such traffic into emergency action. ”
37
Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan Plaintif sendiri yang menyebabkan kemalangan berlaku. Keterangan beliau yang mana beliau semasa pemeriksaan utama menyatakan telah nampak motosikal Defendan di belakang, sudah memberikan isyarat, sedang dalam proses membuat pusingan U, sudah sampai di tengah jalan, dan motosikal Defendan datang dari arah belakang dan melanggar motosikal beliau di sebelah kanan adalah jelas mengakui tindakan beliau membuat pusingan U. Maka, adalah tidak wajar untuk meletakkan kecuaian sepenuhnya terhadap Defendan yang mana Defendan mempunyai hak laluan yang sah disisi undang-undang. Plaintif telah nampak bahawa motosikal Defendan berada di belakang dan masih meneruskan tindakan membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.
38
Tambahan itu daripada ekshibit D3 dan keterangan Defendan di Mahkamah, Defendan menyatakan telah cuba brek dan mengelak tetapi terlanggar bahagian tayar sebelah kanan motosikal Plaintif. Maka, Defendan telah mengambil tindakan sewajarnya dengan cuba mengelak daripada kemalangan berlaku.
39
Dalam kes ini kerosakan motosikal Plaintif ialah patah cermin sisi sebelah kanan, ekzos sebelah kanan bengkok, cover set sebelah kanan calar, dan pemijak kaki kanan sebelah hadapan dan belakang bengkok. Kerosakan motosikal Defendan ialah penutup hadapan pecah, penutup tayar (mudguard) patah, penghadang angin kiri dan kanan rosak, pemijak kaki belakang sebelah kiri patah.
40
Kerosakan motosikal Plaintif yang bertumpu di sebelah kanan dan kerosakan motosikal Defendan di bahagian hadapan adalah selaras dengan teori bahawa motosikal Plaintif dan keadaan sedang membuat pusingan U ketika perlanggaran berlaku. Mahkamah berpuas hati bahawa daripada kerosakan kenderaan ini juga menunjukkan hasil siasatan SP1 adalah tepat dan boleh dipercayai berkenaan bagaimana kemalangan ini terjadi iaitu dariapda tindakan Plaintif membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.
41
Berkenaan isu yang mana melibatkan kelajuan motosikal Plaintif dan Defendan, berpandukan kerosakan kedua-dua motosikal dan kecederaan dialami Plaintif dan Defendan, mahkamah ini berpandangan sekiranya Defendan memandu laju dan perlanggaran berlaku, kerosakan motosikal Plaintif dan Defendan akan teruk dan bukannya seperti yang dapat dilihat dalam ekshibit P2 C, D, E, F, G, dan H. Malahan kecederaan Plaintif dan Defendan juga akan lebih teruk.
42
Hal ini jelas adalah tidak wajar untuk meletakkan sepenuh tanggungjawab terhadap Defendan bahawa Defendan menyebabkan kemalangan berlaku atau membahagikan kecuaian ini dengan Defendan sedangkan Defendan mempunyai hak laluan yang sah disisi undang-undang dan telah mengambil tindakan cuba brek untuk mengelak daripada kemalangan berlaku. Punca kemalangan adalah tindakan Plaintif sendiri membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan. Kesimpulan isu liabiliti
43
Dalam tindakan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk melepaskan beban pembuktian dan membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa kemalangan tersebut telah disebabkan oleh Defendan dan kecederaan, kerosakan serta kerugian yang dialami oleh Plaintif adalah berpunca daripada kecuaian Defendan yang menyebabkan kemalangan tersebut. Plaintif sendiri telah gagal melepaskan beban pembuktian sebagai suatu pihak yang membuat tuntutan. Merujuk kepada kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] CLJU 151, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. "Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.": see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260.”
44
Kesimpulannya, setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan saksi Defendan, meneliti pliding, dokumen dan hujahan yang dikemukakan kepada mahkamah, mahkamah mendapati Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya di atas imbangan kebarangkalian. Kecuaian adalah sepenuhnya oleh Plaintif. Maka, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif ke atas Defendan dengan kos.
45
Berkaitan isu kuantum yang melibatkan kecederaan diri, adalah prinsip undang-undang yang mantap sepertimana kes Fletcher v. Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 All ER 726 yang menyatakan: "The damages should be such that the ordinary sensible man would not instinctively regard them as either mean or extravagant, but to consider them to be sensible and fair."
46
Tambahan itu, rujukan juga dibuat kepada Revised Compendium of Personal Injury Award (as revised at 6 July 2018) sebagai panduan kepada mahkamah ini dalam pemberian jumlah gantirugi.
47
Mahkamah ini dalam membuat keputusan berkaitan pemberian jumlah gantirugi sentiasa berpandukan compendium, fakta kes dan keputusan-keputusan mahkamah terdahulu agar jumlah gantirugi diberikan adalah munasabah dan adil. Hal ini adalah selaras dengan prinsip Mahkamah Tinggi dalam kes Sabri Abdul Talib & Anor V. Tiong Mee Kooi & Another Cases [2021] CLJU 2275 yang menyatakan seperti berikut berkaitan compendium: “[41] I am mindful that the Compendium of Minimum and Maximum Awards for Personal Injury Claims ("the Compendium") is a useful gauge for the awards prescribed for personal injury claims, as was stated by S Nantha Balan J (as he then was) in Abdul Waffiy Wahubbi & Anor v. AK Nazaruddin Ahmad [2017] SMCU 52; [2017] 5 LNS 52: It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering for personal injuries, the court must endeavour to ensure that the sum awarded falls within the range as stipulated in the Compendium and it would be wrong for trial courts to ignore the range of damages as recommended in the Compendium and to pluck a quantum from the air and make an award for a particular injury which does not resonate with the range in the Compendium. [42] However, at the same time, it must also be noted that the Compendium is not cast in stone. The fact that it is revised from time to time is also an indication that it is not a static guide. The rationale for the Compendium may be obtained from the following paragraph of the Malaysian Bar Circular No 255/2018: We wish to highlight to Members that the Compendium is merely a guideline, intended as a guide reference for judges and lawyers. The Compendium is not meant to stifle the rights of the parties to submit below or above the stipulated quantum, nor is it meant to fetter the discretion of the court. Judges and lawyers are at liberty to depart from the Compendium if case law or factual circumstances so dictate. [1] GANTIRUGI AM (atas dasar 100% liabiliti)
48
Berdasarkan hujahan bertulis dan hujahan balas Plaintif dan Defendan, berikut merupakan ringkasan berkaitan gantirugi am yang dituntut: BUTIR KECEDERAAN TUNTUTAN PLAINTIF TUNTUTAN DEFENDAN a Hematoma over right lateral thigh dan right gluteal region RM 6000 untuk dua hematoma Kes: 1) Norzuraida Ahmad v Azizul Mohd Yusof 2015 (2) PIR 9: RM 3000 RM 3000 Kes: 1) Muhammad Ariff &Anor v Baskaran &Anor [2015] PILRU 53 : RM 1000 b Fracture proximal third of right femur RM 35000 Kes: 1) Dinesh Raj Suresh v Ratni Jumal [2022] 2 PIR 43 : RM 35000 RM 25 000 Kes: 1) Manjula Suparmaniam (Plaintif pertama adalah wakil diri dalam harta pusaka Mohamad Firdaus Moorthy Abdullah ) & 3 Ors v Yau Chai Fatt & 3 Ors [2017] MLRSU 138 : RM 20000 d) Hematoma over right lateral thigh dan right gluteal region
49
Berkaitan “Hematoma over right lateral thigh dan right gluteal region”, Plaintif menghujahkan untuk jumlah RM 6000 iaitu melibatkan dua hematoma dan Defendan menghujahkan untuk jumlah RM 3000.
50
Merujuk kepada “Compendium Of Personal Injury Awards (Revised - 2018) Circular No 255/2018” jumlah berikut dinyatakan: Injury Low (RM) High (RM) Haematoma 1,200 2,500
51
Merujuk kepada kes Norzuraida Ahmad v Azizul Mohd Yusof 2015 (2) PIR 9 yang dirujuk Plaintif, jumlah RM 3000 dalam kes ini dibenarkan bagi “haematoma over the right lower limb” namun tidak diperincikan berkaitan kecederaan tersebut secara lanjut.
52
Manakala Defendan merujuk kepada kes Muhammad Ariff & Anor v Baskaran &Anor [2015] PILRU 53 yang mana mahkamah membenarkan RM 3000. Namun kes yang dirujuk ini adalah berkaitan kecederaan “3 cm and 6 cm laceration wounds over the forehead” dan bukan hematoma sepertimana kes di hadapan Mahkamah ini.
53
Dalam kes dihadapan Mahkamah ini, mahkamah berpendapat RM 2500 adalah wajar dan berpatutan bagi kecederaan “Hematoma over right lateral thigh dan right gluteal region” memandangkan melibatkan kawasan kecederaan yang berdekatan dan boleh pulih. e) Fracture proximal third of right femur
54
Berkaitan kecederaan ini, Plaintif menghujahkan untuk jumlah RM 35000 dan Defendan menghujahkan untuk jumlah RM 25000.
55
Merujuk kepada “Compendium Of Personal Injury Awards (Revised - 2018) Circular No 255/2018” bagi kecederaan melibatkan bahagian tulang peha atau dengan spesifiknya “femur” jumlah berikut dinyatakan: Injury Low (RM) High (RM) Femur 21,500 48,500
56
Merujuk kepada kes yang dirujuk Plaintif iaitu Dinesh Raj Suresh v Ratni Jumal
2022
2 PIR 43, mahkamah membenarkan jumlah RM 35000 bagi kecederaan “closed fracture midshaft of the right femur with residual pain in the right thigh’’. Hal ini berbeza dengan kes ini yang mana Plaintif cedera pada bahagian tulang peha dibahagian atas iaitu “Fracture proximal third of right femur”.
57
Defendan pula merujuk kepada kes Manjula Suparmaniam (Plaintif pertama adalah wakil diri dalam harta pusaka Mohamad Firdaus Moorthy Abdullah ) & 3 Ors v Yau Chai Fatt & 3 Ors [2017] MLRSU 138 yang mana mahkamah membenarkan RM 20000 bagi kecederaan “Closed Fracture Proximal Of The Third Right Femur”. Untuk kes yang dirujuk defendan ini,mahkamah dalam kes tersebut menyatakan jumlah tersebut berpatutan kerana tiada bukti menunjukkan apa-apa kecacatan lain disebabkan kecederaan ini.
58
Dalam kes di hadapan mahkamah ini, memandangkan tiada keterangan atau bukti lanjut dalam kes ini Plaintif menghadapi kecacatan lain disebabkan kecederaan tulang peha ini seperti tulang yang makin pendek atau kesakitan berpanjangan atau apa-apa masalah lanjut atau Plaintif masih sakit akibat kecederaan ini serta mahkamah mengambil kira bahawa kecederaan Plaintif adalah “Fracture proximal third of right femur” yang melibatkan tulang peha atas yang mana bahagian ini penting dalam pergerakan, mahkamah berpendapat RM 30000 adalah wajar dan berpatutan. [2] GANTIRUGI KHAS (atas dasar 100% liabiliti)
59
Mahkamah meringkaskan seperti berikut: Item Perkara Tuntutan Plaintif Hujahan Defendan Mahkamah A Kos bagi dokumen Dimasukkan dalam kos RM 500 Ditolak kerana tiada sebarang bukti dikemukakan dan isu ini tidak dibangkitkan di mahkamah Kos bagi dokumen ditolak kerana jenis dokumen dan kos tidak dinyatakan dengan jelas dan tidak dibuktikan. B Perbelanjaan perjalanan RM 500 Ditolak kerana tiada sebarang bukti dikemukakan dan isu ini tidak dibangkitkan di mahkamah Perbelanjaan perjalanan tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. C Kos membaiki motosikal Plaintif Tarik balik Plaintif tarik balik Tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif D Kos perubatan Kerajaan Dipersetujui RM 500 berdasarkan resit bayaran P8 Dibenarkan sepertimana dipersetujui RM 500 E Kos perubatan/pembedahan masa depan Ditarik balik Ditolak kerana tiada sebarang bukti dikemukakan dan isu ini tidak dibangkitkan di mahkamah Tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif F Kehilangan pendapatan Ditarik balik Ditolak kerana tiada sebarang bukti dikemukakan dan isu ini tidak dibangkitkan di mahkamah Tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif
60
Oleh yang demikian, berdasarkan 100% liabiliti, mahkamah ini membenarkan gantirugi am berjumlah RM 32500 seperti berikut: a) Hematoma over right lateral thigh dan right gluteal region : RM 2500 b) Fracture proximal third of right femur: RM 30000
61
Disamping itu, berdasarkan 100% liabiliti, mahkamah ini membenarkan gantirugi khas seperti berikut: a. Item (A) Kos bagi dokumen ditolak kerana jenis dokumen dan kos tidak dinyatakan dengan jelas dan tidak dibuktikan. b. Item (B) Perbelanjaan perjalanan tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. c. Item (C) Kos membaiki motosikal tidak dibenarkan kerana tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif d. Item (D) Kos perubatan Kerajaan dibenarkan sepertimana dipersetujui RM 500 e. Item (E) Kos perubatan/pembedahan masa depan tidak dibenarkan kerana tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif f. Item (F) Kehilangan pendapatan tidak dibenarkan kerana tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif
62
Faedah yang dibenarkan adalah seperti berikut : i. Faedah 5% untuk gantirugi am dikira dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman; ii. Faedah 2.5% untuk gantirugi khas dikira dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; iii. Faedah 5% ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga sehingga penyelesaian penuh.
63
Kos adalah mengikut skala kos dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Bertarikh pada : 3 September 2024 ( ANIS SURAYA BINTI AHMAD ) Majistret Mahkamah Majistret Yan Kedah Darul Aman.
1
Peguam Plaintif: TETUAN MANOVEERA&CO 54, Lengkok Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darulaman.
2
Peguam Defendan : TETUAN ZAID IBRAHIM &CO No. 50 -22 B-C Menara BHL,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.