OKT tanpa alasan munasabah telah melanggar syarat Pas/ Permit/ Pas Sempadan/ Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah. DAPATAN MAHKAMAH INI DI AKHIR KES PENDAKWAAN [12] OKT telah dibuktikan sebagai warga asing iaitu dari Bangladesh. Pembelaan mengesahkan bahawa intipati pertuduhan ini tidak akan dibantah. Mahkamah ini perturunkan fakta tersebut iaitu semasa SP3 disoal balas – “Q11 PSP3 - passport boleh sahkan passport B1 dan passport B2. Camkan. Dalam Q11, no EH031764, yg asal EH0311764. PO: Kenapa beza? Typing error tinggal 1 nombor dalam PSP3. Ya. Mahu buat pindaan. Tambah satu nombor. DC tiada bantahan. CT: Benarkan. DC mohon rekodkan bahawa isu pas tiada di dlm kes ini, pertuduhan ialah Peraturan 39 (b), pas adalah sah. Mahkamah rekodkan. Pas ada di sektor pembinaan . Tanda passport B1 dan PLKS sebagai P15 dan P15a (masing2)…” [13] Selain daripada itu, keterangan mengenai kewarganegaraan OKT dari Bangladesh telah disahkan oleh hasil siasatan dengan siasatan dan semakan sistem Imigresen MyIMMs iaitu eksibit-eksibit P21 dan P22. Keterangan ini diperolehi melalui SP5. [14] Mahkamah juga secara selamat mendapati keterangan bahawa OKT mempunyai Pas/ Permit/ Pas Sempadan yang sah dan dalam kes ini ialah Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS). Pembelaan menyatakan dengan jelas bahawa isu mengenai pas tidak akan dibantah seperti dinyatakan di perenggan [12] di atas. [15] Malahan, SP3 di dalam keterangannya juga mengesahkan OKT memiliki ePLKS yang masih sah laku melalui semakan passport OKT iaitu eksibit P15a. Keterangan ini selari dengan SP4 semasa dalam pemeriksaan utama, diperturunkan di sini: “…Q8: carian MyIMMS B1 dikemukakan. Dicamkan. No. passport. Warganegara Bangladesh dan nama sabjek dan mengenai majikan Infinity Renewables dan tarikh tamat pas 9/3/2025 . Peguam: Tiada bantahan. Ditanda P22…” [16] Malahan pegawai penyiasat (SP5) juga mengesahkan fakta ini melalui semakan sistem Imigresen MyIMMs iaitu eksibit P22. Keterangan SP5 melalui pernyataan bertulis beliau (PSP5) adalah dirujuk di perenggan 10 dan 11 masing-masing. [17] Seterusnya mengenai intipati ketiga iaitu OKT tanpa alasan munasabah telah melanggar syarat Pas/ Permit/ Pas Sempadan/ Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah, pihak pendakwaan harus membuktikan OKT “bekerja” [penekanan saya] di Alamin Enterprise bagi melanggar syarat tersebut. Mahkamah ini dapati selepas penilaian maksimum, keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan gagal dibuktikan secara prima facie. [18] Mahkamah ini merujuk melalui keterangan SP2 (penyamar dan jurugambar) dan dari keterangan Ketua Serbuan (SP3) diperturunkan di sini: (Keterangan SP2) “…Para 8, PSP2 dirujuk, Q: Pembantu bagi siapa? Majikan kan? Siapa? Hanya mereka dua di sana. Jadi salah keterangan kamu? Bantu siapa? Kamu tidak dapat sahkan? Ya. Buku rekod keterangan kehadiran pekerja tidak rampas? Tak pasti. (Keterangan SP3) “…PUT: kamu tak rampas CCTV dari kedai itu? Ya Kamu tidak rampas kad perakam pekerja masuk? Ya Kamu tidak soal pemilik Alamin samada dia bayar gaji kepada B1 dan B2? Ya Kamu tidak rampas ap-apa kunci kedai dari B1/B2? Ya Ada CD gambar. Eks. P14 dirujuk: Ya borang serah terima. Saya ketua serbuan, bukan pegawai penyiasat, Ya saya serah kepada pegawai penyiasat. Eks. 21 dirujuk: Q-Tiada gambar dan CD tidak diserah kepada pegawai penyiasat ? Ya PUT: Kita tiada bukti serah menyerah CD dan gambar dalam kes? Ya Itu sahaja…” [18] Pertamanya keterangan SP4 (Penolong Pegawai Penyiasat) semasa pemeriksaan balas dengan jelas mengatakan tiada apa-apa keterangan dibawa bagi menunjukkan status OKT “bekerja” dengan Alamin Enterprise. Diperturunkan keterangan tersebut: “…Ya saya pergi ke tapak. Saya tiada kad perakam, CCTV dan slip gaji sahkan bayar gaji, surat tawaran Alamin pun tiada. Q4, Sebagai Penolong Pegawai Penyiasat kamu telah serahkan kepada pegawai penyiasat. Q6, dalam keterangan kamu itu, kamu tidak panggil pemilik Alamin Enterprise? Setuju. PUT: Jika panggil pemilik Alamin, boleh buktikan B1 telah ditawar kerja? Ya PUT: Pemilik Alamin boleh buktikan telah bayar gaji kepada B1? Ya tanpa pemilik Alamin, tidak boleh buktikan B1 bekerja bawah seliaan beliau…” [19] Keterangan pemeriksaan semula SP4 bagi menjelaskan kelompangan siasatan tersebut tidak menunjukkan tindakan siasatan lengkap sewajarnya. Diperturunkan di sini: “…Tidak panggil pemilik Alamin sebab saya telah hubungi pemilik syarikat dan telah ke lokasi untuk mendapatkan maklumat pemilik syarikat Alamin Enterprise namun tidak berjaya…” [20] Keterangan ini berhenti di situ sahaja. Mahkamah ini tercari-cari usaha-usaha lain secara wajar tindakan siasatan oleh SP4 dengan badan-badan berauotoriti lain bagi mengesan dan menyiasat pemilik, pengurus atau sesiapa sahaja dari Syarikat Alamin Enterprise bagi menjelaskan status sebenar OKT dengan syarikat tersebut. [21] Di dalam keterangan SP5 (pegawai penyiasat) pula, ada diterangkan bahawa siasatan “ada” di buat dengan pemilik Alamin Enterprise namun masih lagi gagal mengaitkan status pekerjaan OKT dengan Alamin Enterprise. Kewujudan siasatan di sini menunjukkan keterangan yang tidak selari di antara SP4 dengan SP5. Dua versi siasatan telah dikemukakan. Di perturunkan keterangan tersebut di sini: “…PUT: Jika OKT bekerja, patutnya ada bukti kerja seperti surat tawaran kerja, punch card, bukti bayar gaji? Ya Dalam kes ini tiada? Ya, tiada di Mahkamah. PUT: adalah tanggungjawab pegawai penyiasat dapatkan bukti-bukti untuk buktikan kesalahan, bukan dari majikan? J: setuju. Kamu ambil keterangan pemilik Alamin Enterprise? Ada Adakah pemilik Alamin dituduh di mahkamah menggajikan pekerja yang tidak sah? Tiada PUT: Tak buat apa-apa pertuduhan kerana tiada bukti mereka gajikan OKT atau benarkan OKT kerja di situ? Tidak setuju. Majikan macam itu boleh dituduh? Ya. Setakat ini belum ambil tindakan. Ya kes ini sudah 2024, setahun? Ya. OKT tiada akses terhadap kedai Alamin Enterprise? Tak setuju Tiada rampasan kunci kedai dari OKT? Setuju. Jadi tanpa kunci kedai, keterangan kamu buka tutup kedai tak benar? Tidak setuju. Tiada bukti tunjukkan OKT pegang kunci kawalan kedai itu? Sistem kunci guna barrier tutup kedai bukan kunci. Mangga atau kunci? Tiada rampasan kunci. Tiada gambar kunci mangga yang dirampas dari OKT? Ya Kad perakam waktu kerja, slip gaji tiada, OKT tidak bekerja di Alamin Enterprise? Ya. Setuju. Itu sahaja….” [22] Mahkamah ini dalam keadaan terpinga-pinga dengan keterangan sedia ada tersebut kerana pihak pendakwaan menanggung beban pembuktian secara prima facie bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT. Walaupun wujudnya keterangan daripada SP1 dan SP2 yang menyamar dan OKT kononnya ada melayan mereka sebagai pelanggan kedai Alamin Enterprise, namun tiada siasatan lengkap bagi mengesahkan “status OKT bekerja” di Alamin Enterprise dan oleh yang demikian, Mahkamah ini secara selamat mendapati tiada kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan gagal mengemukakan siasatan lengkap yang “berkecuali” bagi menyokong kes pendakwaan. [23] Mengenai isu “siasatan lengkap” Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Cheong Teck Paw [2023] 10 CLJ 614; [2024] 7 MLJ 753, Mahkamah Tinggi telah memberi takrifan yang jelas mengenai apakah yang terjumlah kepada "siasatan yang lengkap": [34] This court finds that in the absence of a credible explanation as to why there was no investigation. the failure to investigate by PW11 as the investigating officer warrants an acquittal and discharge of the accused. The investigation done in this case was not only done casually but was also based on a catch load investigation. It is the finding of this court that there is an incomplete investigation herein. A complete investigation is one that includes investigation of the defence that crop UP from the investigation and such investigation would eliminate the gaps or weaknesses and provide substance to be tested against defences when raised (see Bunya ak Jalong v. Public Prosecutor [2015] 5 CLJ 893; [2015] 5 MLJ 72). [24] Malahan pembelaan di peringkat kes pendakwaan ini berjaya membangkitkan keraguan munasabah dengan menyatakan bahawa keberadaan OKT di Alamin Enterprise semasa serbuan ialah untuk membeli belah kerana tiket kapal terbang telah dibeli sebelum OKT “balik kampung”. Keterangan SP4 diperturunkan di sini – B1 bekerja bawah Infinity bawah syarikat pembinaan. P23 dirujuk. Ya OKT tidak bekerja di sana. Dia pergi sana sebelum balik ke Bangladesh, ada tiket. Saya minta tiket. Tidak dapat tiket. PUT: satu salinan tiket penerbangan ke Bangladesh dirujuk. PO: sebelum ini dokumen ini tidak diserah. Baru sekarang. DC: Dok pembelaan. Nama Md Rajib Sarkar pd 7/5/2024, tarikh itu sebelum tangkapan B1, departure pada 19/5/24 dari KL ke Dhaka. PUT: Tiket pada 7/5/24 ia telah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat bahawa dia ada tiket untuk balik dan ke sana untuk jumpa kawan sebelum pulang. 19/5/24 dalam surat rayuan dan tiket juga tarikh sama 19/5/24. [25] Seterusnya adalah keterangan SP5 mengenai keberadaan OKT di Alamin Enterprise semasa serbuan ialah untuk membeli belah kerana tiket kapal terbang telah dibeli sebelum OKT “balik kampung”. Diperturunkan keterangan SP5 berkenaan: Para 14(i), PSP5 dirujuk A5 adalah pengarah syarikat untuk buat surat buat permohonan bebaskan sabjek (eks. P23), tandatangan oleh Krishnababu Pengarah bagi Infinity Renewables? Ya. Tajuk surat, mohon bebaskan pekerja kami. Dia beri keterangan pekerja dia tidak bekerja di Kenanga. Ada minta tiket? Ada. Saya semak. IDD 28 (Salinan tiket dirujuk) itukah tiketnya? Ya. Untuk OKT. Tiket 19/5/24 dan tangkapan pd 16/5/24. PUT: Keterangan majikan adalah benar berdasarkan tiket itu? Ya Kamu semak ketulenan tiket? Ya. PB mohon jadikan eksibit kerana pegawai penyiasat telah semak. PO: bantahan pegawai penyiasat kata telah semak, belum sahkan. PB: Soalan saya dah “semak? Ya. Semak. Saya di sini tak boleh sahkan tiket tulen atau tak. Saya perlu pengesahan. Surat pd 21/5/24 dan sekarang 7/3/25, masa cukup dapatkan ketulenan, masa cukup? Ya Masih belum dapat ketulenan. PB: Mohon tanda D melalui keterangan pegawai penyiasat. PO: IDD 28 ini dikemukakan semasa prosdiding lepas SP4, jadi tidak adil kpd saksi sekiranya tarikh semakan yg diambil kira pd tarikh penerimaan surat pd 21/5/2024. CT: IDD 28 dijadikan D28 (pegawai penyiasat sudah terima dan semak). [26] Berkenaan surat rayuan tersebut iaitu eksibit P23 ia telah ada dalam pengetahuan pegawai penyiasat sejak 21/5/2024 dan sewajarnya tindakan siasatan lengkap telah dibuat ke atas keterangan pembelaan OKT iaitu mengenai keberadaan OKT di Alamin Enterprise semasa serbuan ialah untuk membeli belah kerana tiket kapal terbang telah dibeli sebelum OKT “balik kampung”. Mahkamah bersetuju dengan rujukan peguambela dengan kes yang diputuskan di Mahkamah Rayuan iaitu Pendakwa Raya v. Yap Chai Yee [2016] 1 MLJ 1 tentang siasatan pegawai penyiasat yang “shoddy” dan tindakan ini juga telah memprejudiskan tertuduh. Seterusnya Mahkamah ini juga bersetuju dengan rujukan kes di Mahkamah Persekutuan yang dirujuk oleh peguambela iaitu kes Chan King Yu v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 457 di perenggan 84 yang ringkasnya menyatakan beban pendakwaan ialah untuk semak “to their veracity” bagi maklumat pembelaan yang telah dinyatakan oleh tertuduh. Mahkamah ini juga bersetuju dengan rujukan oleh peguambela di dalam kes di Mahkamah Persekutuan iaitu Lee Kwan Woh v. Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301. [27] Seterusnya Mahkamah ini membangkitkan “adverse inference” di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 secara selamat ke atas pihak pendakwaan apabila gagal memanggil pemilik Alamin Enterprise bagi membolehkan pembuktian bahawa OKT bekerja di sana dengan rekod surat tawaran kerja, rekod kehadiran bekerja malahan rekod pembayaran gaji oleh pemilik syarikat tersebut. Beliau adalah saksi penting bagi merungkai antara intipati pertuduhan iaitu “OKT bekerja” di sana. Dengan kewujudan dua fakta berbeza iaitu SP4 mengatakan siasatan tidak berjaya dengan pemilik Alamin Enterprise dan SP5 pula ada mengambil pernyataan pemilik syarikat Alamin Enterprise, membuatkan Mahkamah ini terfikir benarkah pendakwaan membuat siasatan secara jujur dan lengkap terhadap pemilik Alamin Enterprise atau sebenarnya tiada siasatan atau siasatan ada dibuat namun keterangannya tidak boleh menyokong pihak pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan prinsip “adverse inference” seperti duluan kes-kes yang dirujuk oleh peguambela iaitu: a) Subramaniam Ramachandran lwn. Pendakwa Raya [2012] MLRHU 1135; b) Tan Puan Chee v PP (1981) 2 MLJ 2 MLJ 282 dan c) Dato Haji Azman Mahalan v PP [2007] 4 MLJ 142. [28] Kewujudan keterangan bahawa pemantauan ada dibuat sebelum serbuan dan tangkapan berlaku tidak dapat membuktikan secara prima facie bahawa OKT “bekerja”di sana. Pemantauan dibuat hanya dalam tempoh 15 minit seperti didakwa oleh SP1 dan SP2 iaitu dari jam 1230 hrs hingga 1245 hrs apabila tangkapan dibuat. Inference selamat yang wajar Mahkamah ini buat ialah kemungkinan OKT hanyalah membantu SP1 dan SP2 membeli belah di kedai tempat serbuan tanpa apa-apa gaji. [29] Selain itu terdapat kemungkinan juga OKT semata-mata membantu pemilik Alamin Enterprise sementara pemiliknya tiada di tempat atau berada di kedai tersebut tanpa gaji, upah atau dengan gaji atau upah. Oleh itu, pemilik Alamin Enterprise sahaja yang boleh menerangkan tujuan keberadaan OKT di kedainya pada masa material. [30] Daripada apa yang saya nyatakan tersebut, nampaknya pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan pada keterangan SP5 iaitu berkaitan dengan siasatan. Pihak pendakwaan telah memilih untuk tidak memanggil pemilik syarikat Alamin Enterprise. Walaupun pihak pendakwaan berhak untuk memilih saksi mana yang hendak dipanggil untuk mengemukakan keterangan menurut s. 134 Akta Keterangan 1950 (AK 1950) dan tiada bilangan tertentu saksi diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta, namun begitu perlulah ditekankan bahawa pihak pendakwaan menanggung beban untuk membuktikan kesnya terhadap OKT tanpa sebarang keraguan yang munasabah. [31] Tanpa keterangan siasatan yang lengkap, sebarang keraguan yang munasabah akan memihak kepada pihak pembelaan. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Majlis Privy yang sering kali dirujuk oleh mahkamah di negara kita di dalam kes Adel Muhammed El Dabbah v. Attorney-General of Palestine [1944] AC 156, keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes-kes Abdullah Zawawi v. PP [1985] CLJ 19; [1985] 2 MLJ 16; Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1; PP v. Chia Leong Foo [2004] 4 CLJ 649; Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113, dan di dalam kes Azrol Nizam Mohd Zaid lwn. PP [2022] 6 CLJ 346. [32] Dalam hal ini, pihak pendawaan sewajarnya peka dengan keperluan untuk memanggil mana-mana saksi yang dapat menyokong kesnya. Setelah SP4 dan SP5 memberikan jawapan yang boleh menyebabkan inferens dibuat atau wujudnya kemungkinan lain semasa disoal balas. [33] Oleh yang demikian, merujuk kepada panduan yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 MLJ 393 serta perundangan jelas di dalam seksyen 180 (2) Kanun Tatacara Jenayah, adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT dan oleh yang demikian Mahkamah ini melepaskan dan membebaskan OKT daripada pertuduhan. Bertarikh 13hb Ogos 2025 Mohd Zaki bin Mohd Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah No 12 Kuala Lumpur Nama Peguam dan Firma Guaman- 1) Pegawai Pendakwa, Tuan TPPK Khairul Amri bin Mohd Zainuddib, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Imigresen Cawangan Kuala Lumpur; 2) Cik Low Carmen, Tetuan Harpal & Associates, Kuala Lumpur