Lampiran
Lampiran 28 tersebut, Pemohon telah menyatakan alasan-alasan seperti berikut-a) Wahab telah memohon Perintah Pembahagian 1/3 harta pusaka Spiah Binti Haji Sahad, simati melalui Guaman Pembahagian No: JKPTG/PK/07/01/0199/2007 dan 1/3 bahagian harta pusaka simati diturun milik kepadanya seorang melalui Borang E bertarikh 12.3.2008 dan tanpa mendedahkan fakta sebenar bahawa simati meninggalkan dua (2) oarng lagi waris iaitu Che Jah dan Sidek yang juga berhak di sisi undang-undang ke atas harta pusaka simati. b) Pada 26.6.2008, Wahab telah memindahmilik 1/3 bahagian tanah tersebut kepadanya (9/60 bahagian), Saadiah Binti Osman (8/60 bahagian) (R3), Md Su’aimy Bin Wahab (2/6 bahagian) (Pemohon) dan Rahmah Binti Ahmad (1/6 bahagian) (R1) secara salah dan tidak sah melalui Pindahmilik Perserahan No: 0701SC2008003901. [30] Seterusnya melalui Afidavit yang diikrarkan oleh Saadiah Binti Osman yang diikrarkan pada 5.3.2020, Defendan Ketiga menyatakan bahawa pengakuan yang dibuat oleh Wahab semasa membuat permohonan Perintah Pembahagian di Pejabat Pusaka Kecil adalah dibuat atas permintaan dan persetujuan waris-waris kepada benefisiari, S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA Che Jah yang telah meninggal dunia pada 4.3.1999 dan Sidek yang telah meninggal dunia pada 1.8.2003 dengan alasan bagi mempercepatkan dan mempermudahkan permohonan Perintah Pembahagian tersebut. [31] Defendan Ketiga turut menyatakan bahawa persetujuan tersebut dicapai kerana salah seorang daripada benefisiari kepada simati iaitu Sidek telah menjual 1/3 bahagian kepentingannya atas tanah tersebut kepada suaminya, Harun Bin Wahab yang juga anak kepada Wahab pada 31.7.1995 dengan wang balasan sebanyak RM4,000.00. Oleh itu, Defendan Ketiga menyatakan bahawa waris-waris Sidek dan Che Jah tidak lagi berhak kepada kepentingan atas pusaka simati kerana mereka telah menjual kepentingan masing-masing di dalam tanah tersebut kepada Harun Bin Wahab (suami Defendan Ketiga) dan Rahmah Binti Ahmad (Defendan Pertama) dan penjualan tersebut telah diberi kesan melalui pindahmilik secara hibah. Isu Pertama: Sama ada Pemohon harus memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 29 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 atau memfailkan permohonan melalui Lampiran 28 untuk mengenepikan dan/atau membatalkan Perintah Pembahagian bertarikh 12.3.2008? [32] Mahkamah ini berpandangan bahawa ia berbidang kuasa untuk mendengar permohonan Pemohon dan mengeluarkan perintah deklarasi bagi pembatalan Borang E yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pusaka Kecil bertarikh 12.3.2008. S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA [33] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pemohon untuk memelihara dan memulangkan semula kepentingan dan hak semua waris yang terlibat di dalam harta pusaka si mati memandangkan fakta tidak dipertikaikan (undisputed facts). [34] Mahkamah ini mendapati bahawa walaupun Pemohon bukanlah pihak yang telah memohon Borang E bagi harta pusaka simati, tetapi beliau sebagai anak kepada kepada Wahab dan cucu kepada simati, mempunyai kepentingan. Malah permohonan Pemohon ini untuk membetulkan keadaan atas tindakan bapanya (Wahab) yang telah mengakui bahawa tiada waris lain bagi simati, sehingga Borang E telah dikeluarkan mengakibatkan prejudis dan/atau menafikan hak serta kepentingan waris-waris simati iaitu Che Jah dan Sidek. [35] Mahkamah dengan ini bersetuju dengan hujahan Pemohon yang merujuk kepada kes Ahmad Bin Abd Majeed v Habibah Binti Abdul Majid dan 1 Lagi [2007] 1 MLRA 577; [2007] 3 MLJ 418; [2007] 4 CLJ 355; [2007] 3 AMR 85, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan- “Di dalam rayuan ini mahkamah berpendapat bahawa peruntukan s 29 Akta tersebut tidak terpakai. Plaintif bukanlah pihak yang telah dinamakan oleh defendan semasa defendan membuat permohonan untuk pembahagian harta pusaka simati... “peguam Plaintif di dalam penghujahannya menyatakan bahawa perintah yang telah diberi oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak adalah tidak teratur kerana tidak mengikut prosedur yang diperuntukkan oleh Akta Harta Pesaka (Pembahagian) 1955 (Akta 98) dan peraturan-peraturannya. Di antara prosedur yang tidak dipatuhi ialah di dalam permohonan yang dibuat di Pejabat Tanah, nama kesemua waris si mati yang berhak tidak disenaraikan. Tidak dipertikaikan bahawa permohonan itu telah dibuat oleh Defendan Pertama. Defendan-Defendan juga tidak menafikan bahawa di dalam permohonan Borang A nama Plaintif tidak disenaraikan sebagai waris yang sah dan berhak keatas harta pesaka si mati.Borang A yang digunakan oleh S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA Pejabat Tanah mengkehendaki pemohon menyenaraikan nama semua waris simati.” [36] Seterusnya kes Ahmad Bin Abd Majeed (supra) memutuskan- “Defendan seterusnya menyatakan bahawa plaintif sepatutnya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dan bukannya mengemukakan permohonan untuk mengenepikan keputusan Pentadbir Tanah. Hakim Mahkamah Tinggi di dalam keputusannya bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh defendan.” “Di dalam rayuan ini saya berpendapat bahawa peruntukan s 29 Akta tersebut tidak terpakai. Pertama, plaintif bukanlah suatu pihak yang telah dinamakan oleh defendan semasa defendan membuat permohonan untuk pembahagian harta pesaka si mati sungguhpun defendan tahu bahawa plaintif adalah waris yang paling berhak ke atas harta pesaka si mati. Ini bukanlah satu kesilapan tetapi satu perbuatan yang sengaja dilakukan oleh defendan untuk mengenepikan hak plaintif sebagai seorang waris. Apabila defendan menamakan abang si mati sebagai waris dan bukannya plaintif (anak lelaki si mati), ini pada pendapat saya adalah satu perbuatan penipuan (fraud) yang sengaja dilakukan oleh defendan untuk mengenepikan hak plaintif ke atas harta pesaka si mati. Pada pendapat saya, mengikut hukum syarak apabila si mati meninggalkan seorang anak lelaki maka abang atau adik lelaki si mati tidak mempunyai apa-apa hak ke atas harta pesaka si mati. Di dalam kes ini, bukan sahaja defendan telah melakukan penipuan tetapi juga abang si mati yang telah membuat pengakuan yang si mati tidak mempunyai anak lelaki dan dia adalah pewaris dan seterusnya dia melepasnya sebagai pewaris. Pentadbir Tanah telah memberikan perintah berasaskan dokumen-dokumen yang palsu itu. Dengan itu, perintah yang dibuat berasaskan surat-surat palsu tersebut adalah tidak sah dan terbatal.” “Keduanya, apabila defendan memohon untuk membuat pembahagian harta si mati mereka tidak ada memberitahu plaintif. Defendan tidak menafikan perkara ini tetapi cuba mencari alasan bahawa plaintif telah mendapat pembahagian harta pesaka arwah bapa mereka. Pada pendapat saya, itu bukanlah satu alasan yang kukuh. Plaintif sememangnya berhak ke atas harta pesaka itu bersama-sama dengan ibunya (si mati). Walau apapun, alasan yang telah diberikan oleh responden, ia bukanlah satu sebab untuk tidak memberitahu plaintif ke atas permohonan pembahagian harta pesaka si mati. Ini juga pada pendapat saya satu sebab mengapa perintah pembahagian oleh Pentadbir Tanah adalah tidak sah dan terbatal.” S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA “Ketiga, plaintif tidak tahu-menahu langsung berkenaan permohonan dan pembahagian harta pesaka si mati, sehinggalah beberapa tahun kemudian. Dari keterangan yang ada, defendan sendiri telah menyembunyikan semua itu dari pengetahuan plaintif. Apabila plaintif mendapat tahu bahawa pembahagian harta pesaka tersebut telah dibuat beberapa tahun kemudian, tarikh untuk membuat rayuan telah luput. Plaintif hanya boleh memohon untuk mengenepikan perintah dan ini telah dilakukan oleh plaintif dengan secepat mungkin apabila mengetahui berkenaan perintah tersebut. Mengikut peruntukan s 29 Akta tersebut had memfailkan rayuan adalah satu bulan selepas Perintah diberikan iaitu mengikut peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.” “Keempat, semasa perbicaraan pembahagian harta pesaka si mati dijalankan di Pejabat Pentadbir Tanah, plaintif bukan sahaja tidak hadir tetapi yang paling jelas ia tidak diberitahu langsung berkenaan perbicaraan tersebut. Dengan itu, saya berpendapat s 29 Akta tersebut tidak terpakai ke atas plaintif di dalam kes ini.” “Peguam defendan telah mengemukakan beberapa autoriti yang menunjukkan bahawa keputusan Pentadbir Tanah di dalam pembahagian harta pesaka hanya boleh dirayu dan tidak boleh diketepikan dengan permohonan sepertimana yang dibuat oleh plaintif sekarang. Saya telah meneliti autoriti-autoriti tersebut dan mendapati di dalam kes-kes tersebut bukan sahaja semua waris hadir semasa perbicaraan pembahagian harta itu berjalan tetapi juga tidak ada penipuan atau fraud dilakukan oleh sesiapa.” “Di dalam rayuan ini, plaintif telah menyatakan yang dia cuba berunding dengan defendan untuk mengemukakan semula kes ini kepada Pentadbir Tanah tetapi defendan tidak mahu berbuat demikian. Defendan tidak menafikan perkara ini.” Setelah meneliti fakta-fakta yang terdapat di dalam afidavit afidavit yang telah difailkan, penghujahan-penghujahan dan autoriti-autoriti yang telah dikemukakan, saya berpendapat plaintif tidak mempunyai apa-apa remedi lain dan dengan itu berhak memohon perisytiharan dan perintah untuk mengenepikan Perintah yang telah diberikan oleh Pentadbir Tanah sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohamed Azmi HMA (beliau ketika itu) di dalam kes Development & Commercial Bank Bhd v Land Administrator, Wilayah Persekutuan & Anor [1991] 2 MLJ 180... Di dalam kes yang dinyatakan di atas, tidak terdapat apa-apa penipuan seperti fraud. Yang terdapat ialah Pentadbir Tanah tidak ada memberitahu perayu sebagai pemegang gadaian berkenaan dengan kaveat pendaftar tersebut. Oleh kerana perayu tidak ada mempunyai remedi selain daripada S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA remedi perisytiharan, maka perayu berhak mendapat perintah perisytiharan. Di dalam rayuan ini sekarang, defendan bukan sahaja tidak memberitahu plaintif tetapi juga melakukan penipuan (fraud) untuk menyingkir hak-hak plaintif. Plaintif tidak mempunyai apa-apa remedi selain daripada memohon untuk mendapatkan perisytiharan sebagaimana dipohonnya. Saya berpendapat plaintif berhak untuk membuat permohonan yang dibuatnya. YA Hakim tidak sepatutnya menolak dan membatalkan permohonan plaintif.” (Penekanan Ditambah) [37] Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa berdasarkan kes Ahmad Bin Abd Majeed (supra), Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa dan boleh mendengar serta memutuskan permohonan ini memandangkan Pemohon bukanlah pihak yang membuat permohonan bagi Borang E, dan permohonan ini adalah remedi bertujuan untuk memelihara kepentingan dan memulangkan semula kepentingan dan hak semua waris simati untuk mengenepikan Perintah yang telah diberikan oleh Pentadbir Tanah. [38] Oleh itu, alasan yang diberikan oleh Defendan Ketiga tidak boleh diterima memandangkan simati mempunyai waris-waris yang lain selain daripada Wahab. Sekiranya benar bahawa waris-waris kepada Che Jah dan Sidek bersetuju untuk Wahab membuat pengakuan sedemikian, nama-nama waris mereka (iaitu waris Che Jah dan Sidek) perlu dimasukkan di dalam Borang Permohonan Pembahagian Pusaka (Borang A) dan Borang Penolakan hak boleh dikemukakan sekiranya mereka telah bersetuju. [39] Namun, Defendan Ketiga gagal mengemukakan dokumen-dokumen bagi menyokong nyataannya. Tambahan berdasarkan Nota Perbicaraan Pusaka tersebut, semasa membuat permohonan tersebut, Wahab telah gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen sokongan S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA bahawa semua waris Che Jah dan Sidek telah memberikan persetujuan atau menolak hak dan kepentingan mereka atas hartanah tersebut. [40] Selain itu, adalah diperhatikan bahawa semasa semua dokumen dan maklumat tersebut diperoleh oleh Pemohon pada tahun 2018, sedangkan tempoh rayuan ke Mahkamah Tinggi menurut Seksyen 29 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 tersebut telah luput dan Pemohon langsung tidak dimaklumkan tentang permohonan dan perbicaraan pusaka si mati. Isu Kedua: Sama ada Pemohon mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini? [41] Mahkamah ini berpandangan bahawa Pemohon mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini kerana Pemohon merupakan waris kepada Wahab dan cucu kepada pemilik asal hartanah tersebut iaitu Spiah Binti Haji Sahad, simati. [42] Dalam hal ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pemohon yang merujuk kes Mahkamah Persekutuan Al Rashidy Kassim & Ors v Rosman Roslan [2007] 1 MLRA 307; [2007] 4 MLJ 297; [2007] 3 CLJ 361 yang memutuskan seperti berikut- ”In the present case the action was commenced by the beneficiaries of the estate in order to regain the said land from the respondent whom they alleged had by fraudulent means transferred the land to himself. The respondent had also entered upon the land and damaged the fruit trees and demolished buildings found on the said land. Further, the said land is liable to be sold by the respondent to a third party. In that event the said land may be lost forever. This becomes more urgent in view of the decision of this court in Adorna Properties Sdn. Bhd v Boonsom Boonyamit @ Sun Yok Eng [2001] 1 MLJ S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA 241, which confers immediate indefeasible title to a purchaser in good faith for valuable consideration.” “Thus, the appellants have had to act fast in order to protect and preserve the estate of the deceased. Therefore, on the facts of this case, we find, there exist special circumstances for the beneficiaries to commence legal action against the respondent qua beneficiaries for the purpose of protecting and preserving the asset of the estate. Quite apart from that we also hold that the beneficiaries in the present case have at least an equity in the estate of the deceased to entitle them to seek a declaratory judgment. Thus, on the above grounds are agree with the learned counsel for the appellants that the appellants in this case had the locus standi to commence this action at least for the limited purpose of protecting and preserving the asset of the estate.” “In the present case the High Court found that the title to the said land was obtained by the respondent through fraud and declared that the transfer of the said land to the respondent was null and void. The court ordered the respondent to transfer or cause to be transferred the said land to the appellants. The Court of Appeal agreed with the finding of the High Court that the respondent had obtained the title to the said land through fraudulent means but because of lack of locus standi ordered the said land to be re-transferred to the respondent, but in the mean time ordered that a registrar’s caveat be lodged against the said land pending disposal of the suit to be filed by the appellants.” Isu Ketiga: Sama ada Perjanjian Jual Beli bertarikh 31.7.1995 untuk menjual 1/3 bahagian tanah oleh Sidek kepada Harun Bin Wahab, suami kepada Defendan Ketiga adalah sah. [43] Pemohon turut memohon deklarasi bahawa Pindahmilik bagi 1/3 bahagian tanah tersebut melalui Perserahan No. 0701SC200800391 oleh Wahab kepada Defendan-Defendan adalah tidak sah dan terbatal. Defendan Ketiga membantah atas alasan bahawa terdapat Perjanjian Jual Beli berkenaan dengan 1/3 bahagian tanah tersebut oleh Sidek yang didakwa telah menjual 1/3 bahagian kepentingannya dalam tanah tersebut kepada suaminya iaitu Harun Bin Wahab yang merupakan anak S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA kepada Wahab di mana Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani pada 31.7.1995 dengan jumlah bayaran sebanyak RM4,000.00. [44] Berkaitan perkara ini, dalam kes Futuristic Builders Sdn Bhd v Harinder Singh & Ors [2008] 1 MLRA 57; [2008] 2 MLJ 273; [2008] 3 CLJ 117, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan- “This court agreed with the view expressed by the Court of Appeal that the 2nd and 6th respondents put their respective signature to the agreement, not for and behalf of the estate but as having been signed by the estate… It is only an administrator appointed under the Probate and Administration Act 1959 that will have authority to do so. Until the grant of letters of administration is made no body has the authority to act on behalf of the Estate…” [45] Mahkamah ini turut bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan Pemohon berdasarkan autoriti yang telah dirujuk bahawa undang-undang adalah jelas dan terang bahawa waris-waris dan benefisiari tidak berhak untuk memasuki apa-apa perjanjian jual beli selagi mereka tidak mendapat Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian Pusaka mengenai harta pusaka simati. [46] Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan ini berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan melalui kes Ahmad Bin Abdul Majeed (supra). Pemohon juga mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini sebagai waris dan benefisiari yang sah bagi harta pusaka simati. Oleh itu, pindahmilik yang dibuat oleh Wahab kepada Defendan-Defendan adalah tidak sah dan terbatal. KESIMPULAN S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA [47] Setelah meneliti hujahan dan afidavit pihak-pihak, Mahkamah membenarkan Saman Pemula Terpinda di Lampiran 28 berdasarkan alasan-alasan yang diberikan seperti berikut- (a) Perintah Pusaka Kecil yang dibuat di dalam Guaman Pembahagian No. JKPTG/PK/07/01/0199/2007 bertarikh 12.3.2008 berkenaan dengan 1/3 bahagian harta pusaka Spiah Binti Haji Sahad, simati yang dikenali sebagai GM 772, Lot 1586, Mukim 15, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) adalah tidak sah dan terbatal (“null and void”); (b) Pindahmilik bagi 1/3 bahagian Hartanah tersebut bertarikh 26.6.2008 melalui Perserahan No. 0701SC200800391 oleh Wahab Bin Md Isa kepada Wahab Bin Md Isa (9/60 bahagian), Saadiah Binti Osman (8/60 bahagian), Rahmah Binti Ahmad (1/60 bahagian) dan Md Su’aimy Bin Wahab (2/60 bahagian) adalah tidak sah dan terbatal; (c) 1/3 bahagian hartanah tersebut hendaklah didaftarkan semula sebagai harta pusaka Spiah Binti Haji Sahad, simati di dalam geran hakmilik Hartanah tersebut; (d) Suatu bicara pusaka yang baharu ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Pulau Pinang (JKPTG) (Unit Pusaka) ditetapkan berkenaan dengan harta pusaka Spiah binti Haji Sahad, si mati. (e) Pentadbir Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang untuk S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA mendaftarkan dan memberi kesan ke atas perintah ini menurut peruntukan di bawah Seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965; dan (f) Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa. BERTARIKH: 11 APRIL 2026 -SGD- (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Georgetown 3 Pulau Pinang PIHAK-PIHAK Peguamcara Pemohon: Norhisham Bin Shaidi Tetuan Norhisham & Co. Peguamcara Defendan Ketiga: Rohani Binti Ibrahim Tetuan Amin, Nizam & Rohani S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA S/N lMm4z7B3Qkptxqm4gQpA