Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-2912-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MEENA SUNDRAM A/L KRISHNASAMY [NO K/P: 650213-10-6701]
WA-83-2912-03/2022
Magistrates Court of Malaysia29 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“idak", maka kes prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-2912-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MEENA SUNDRAM A/L KRISHNASAMY [NO K/P: 650213-10-6701]
1
Ini adalah Alasan Penghakiman yang telah disediakan bagi rayuan oleh pihak Pendakwaan ke atas keputusan Tertuduh (selepas ini dirujuk sebagai OKT) dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan.
2
OKT di dalam kes ini telah dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan di bawah seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
3
Dilampirkan pertuduhan pindaan ke atas OKT yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada 12.9.2023 yang telah ditandakan sebagai Lampiran A seperti yang berikut: Bahawa kamu pada 20.3.2022 jam lebih kurang 2110 hrs, di Jalan Klang Lama menghala ke Pusat Bandar dalam kawasan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan dapati kamu sebagai pemandu kenderaan jenis Honda HRV No VAF 8753 telah memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dengan kandungan alkohol di dalam darah kamu sebegitu banyak didapati sebanyak 117 MG dalam 100 ML kandungan darah iaitu melebihi 67 MG alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 MG alkohol dalam 100 ML kandungan darah dan menyebabkan kematian kepada pelanggan kedai nama Soh Cheng Keong @ Soh Chin Kiew (No. K/P: 460703-10-5122) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan denda tidak kurang denda RM30,000 dan tidak lebih daripada RM100,00 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 7 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.
4
Pendakwaan telah mengemukakan seramai tiga belas (13) orang saksi pendakwaan iaitu: SAKSI NAMA PERANAN SP1 Harisfadilah Bin Abdullah Pegawai Teknologi Maklumat DBKL SP2 See Sit Siang Saksi Mata SP3 Soh Hui Ching Waris si mati SP4 RF/195325 Mohd Nazrin Bin Mohd Yusof Standby kemalangan SP5 Koperal RF/147814 Khairul Azreen Bin Khozen Jurugambar SP6 Dr Salmah Binti Arshad Pakar Forensik SP7 Mohd Azhan bin Md Deros Ahli kimia SP8 Inspektor G/ 22514 Mohd Hafiz Hafizul Bin Mohd Khaidir Pegawai Penguatkuasaan Trafik SP9 Ng Soon Fatt Pemilik restoran SP10 Mohd Khairul Bin Yakin Metrologist assistant SP11 Muhammad Ejaron bin Abdullah Pegawai Penyiasat SP12 Lai Kok Choy Saksi awam SP13 Phang Poh Ong Saksi awam
5
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT dan OKT telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan pada 29.8.2025.
6
Pada 20.3.2022, jam lebih kurang 9:30 malam, semasa SP12 memandu kenderaan jenis jip no pendaftaran VAU 737 dari parkir kedai makan Hokien Mee Jalan Klang Lama di lorong kedua jalan ingin masuk ke lorong ketiga untuk memulakan perjalanan selepas mengambil ahli keluarga menaiki kenderaan tersebut tanpa memadamkan isyarat lampu kecemasan (hazard light) , tiba-tiba kenderaan dipandu SP12 telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan jenis Honda HRV warna putih no pendaftaran VAF 8753 yang dipandu OKT.
7
Akibat pelanggaran tersebut, kenderaan yang dipandu SP12 telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah kenderaan jenis Perodua Axia no pendaftaran 4579 yang diparkir di lorong pertama jalan.
8
Kenderaan jenis Perodua Axia tersebut kemudiannya telah merempuh sekumpulan keluarga yang sedang makan di Restoran Sing Pao Dim Sum di Jalan Klang Lama termasuk si mati, SP2 dan
9
SP3 menyatakan semasa sedang makan, SP3 terdengar suatu suara kuat sebelum tiba-tiba sebuah kenderaan telah melanggar meja makan tempat mereka sedang makan.
10
Susulan dari pelanggaran tersebut, ibu saudara SP3, Soh Cheng Keong @ Soh Chin Kiew (si mati) telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan telah dirujuk ke Zon Merah di bahagian kecemasan.
11
Pada 24.3.2022, si mati telah telah disahkan meninggal dunia dan sebab kematian adalah “complication of intraabdominal injury due to motor vehicle crash”.
12
Hasil ujian hembusan EBA yang dijalankan ke atas OKT mendapati kadar bacaan alkohol dalam darah OKT adalah 117 mg dalam 100 ml darah dan hasil ujian urin OKT juga dikesan mengandungi alkohol dengan kadar 81 mg dalam 100 ml urin.
13
OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 13 (Trafik) pada 31.3.2022 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
14
14.
Preamble
Menurut Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), apabila kes bagi pihak pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838 seperti berikut: - “… A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution … [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209). Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19;; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’s evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.”
15
Mahkamah dalam memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah bertanggungjawab mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan dengan memberikannya satu penilaian yang maksima. Seterusnya, Mahkamah perlu mengutarakan persoalan muktamad berikut: Jika Mahkamah membuat keputusan untuk memerintahkan tertuduh membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan berdasarkann keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pendakwaan. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Ya", maka tertuduh mestilah diperintahkan untuk membela diri. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Tidak", maka kes prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).
16
Justeru, dalam membuat penilaian maksimum ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah perlu menentukan sama ada elemen-elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telahpun berjaya dipenuhi oleh pihak Pendakwaan atau tidak.
17
Bagi mengenal pasti elemen-elemen bagi Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Mahkamah ini telah merujuk kepada satu kes Olivia Chong Oi Yun v PP [2020] 4 CLJ 246, yang mana Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “What requires to be proven for the purpose of the charge under s. 44(1)(b) of RTA as highlighted by the learned SCJ are: that the appellant was the one driving the said motor vehicle on a road or public place and it was the said motor vehicle which caused the whole accident; that the alcohol level in the appellant's body exceeded the "prescribed limit", the limit allowed by the law is 80mg of alcohol in 100ml of blood; and, and that the reckless driving of the appellant had caused the death of four persons and injury to another person”. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN Intipati pertama: Tertuduh telah memandu kenderaan di atas jalan raya atau tempat awam;
18
SP11 (Pegawai Penyiasat) telah mengesahkan bahawa OKT merupakan pemandu kenderaan Honda HRV nombor pendaftaran VAR 8753 yang dibawa oleh SP4 ke Balai Polis Trafik untuk menjalankan ujian pernafasan EBA. Keterangan ini disahkan melalui laporan polis Trafik Rpt: 20930/2022 (Eksibit P11).
18
Keterangan SP4 (anggota standby kemalangan) juga telah mengesahkan bahawa SP4 yang membawa OKT ke Balai Polis untuk dilakukan ujian EBA dan SP4 mengecam OKT yang berada di kandang tertuduh.
19
Fakta bahawa OKT merupakan pemandu kenderaan jenis Honda HRV nombor pendaftaran VAF 8753 yang memandu di Jalan Klang Lama menghala ke Pusat Bandar dalam kawasan Kuala Lumpur juga tidak pernah pada bila-bila masa dipertikaikan oleh pembelaan semasa pemeriksaan balas. Tambahan lagi, OKT juga telah buat repot polis Trafik/ 25678/22 (Eksibit IDD44) mengesahkan kenderaan tersebut miliknya.
20
Justeru, elemen pertama pertuduhan adalah dipenuhi. Intipati kedua: Kadar alkohol di dalam badan OKT telah melebihi had yang ditetapkan;
21
Keterangan melalui slip ujian hembusan menunjukkan kadar alkohol dalam darah OKT adalah 117 mg dalam 100 ml darah ketika membuat ujian hembusan menggunakan mesin EBA-11 (Eksibit P12A & P12B) dan terdapat 81 mg alkohol di dalam 100 ml urine sebagaimana Laporan Kimia OKT (Eksibit
22
Mahkamah mendapati Sijil Penentusahan Evidential Breath Analyzer (EBA II) mempunyai no siri 80-002154. Manakala Slip EBA (Eksibit P12A) menunjukkan no siri EBA adalah 80-02154. Mahkamah mendapati perbezaan no siri telah dibiarkan lompong dengan sengaja oleh pihak Pendakwaan. Tiada mana-mana pihak yang dipanggil bagi menutup cela ini.
23
Mahkamah merujuk kepada pemeriksaan semula pihak pendakwaan terhadap SP8 Inspektor G/ 22514 Mohd Hafiz Hafizul Bin Mohd Khaidir iaitu Pegawai yang menjalani ujian hembusan EBA II terhadap OKT. TPR : Perbezaan nombor siri dalam sijil penentusahan dan slip EBA. Ada pengetahuan kenapa beza? SP8: Alat EBA ini kami hanya dapat sijil Dari SIRIM, selepas collaboration sijil akan dikeluarkan. Perbezaan pada nombor kosong. TPR : Tahu kenapa? SP8: Tidak tahu
24
SP11 (Pegawai Penyiasat) juga tidak tahu adanya perbezaan nombor siri yang tertera pada P22, P26 dan alat EBA yang digunakan. Mahkamah merujuk kepada Pemeriksaan Semula SP11 seperti berikut: TPR: Rujuk dengan no siri yang berbeza, slip Eba 80-20154, manakala pada sijil penentusahan dan no pengenalan 80-002154, boleh jelaskan perbezaan? SP11: Saya tak tahu no siri, selenggara no machine di bawah team kuatkuasa. TPR: Peguam cadangkan no siri ini tak sama, impliaksi digunakan hembusan ini tak sah. Bagi kes ini boleh jelaslkan? SP11: kami guna 1 mesin di KL. Untuk semua jabatan, saya tak pasti ada kesilapan pihak SIRIM atau balai. Di balai ada no sirim yang sebenar. TPR: Peguam cadangkan terdapat keraguan pengaruh alcohol, boleh jelaskan? SP11: Kalau ikutkan normal dan mesin kita pakai, akan ada kekeliruan tiada ikut piawai. Saya tak tahu silap saya. Kami atau pihak SIRIM. Lebih 0 sahaja. Mungkin typo sahaja. Saya tak pasti. Keaslian ujian EBA di balai itu, kita guna sejak dulu sehingga sekarang dan diterima pakai Mahkamah sebagai alat EBA yang sah. TPR: Peguam juga cadangkan keraguan tersebut, pengaruh alcohol tak dibuktikan. Ada apa apa nak jelaskan? SP11 : Saya setuju berdasarkan kesahihan no siri. Namun hembusan tu betul. Sebenarnya EBA tak boleh digunapakai boleh guna darah dan urine OKT. Satu eksibit yang sah, dan hasilnya juga dikeluarkan pakar kimia sendiri.
25
SP10 (Metrologist Assistant) telah mengesahkan no siri mesin EBA II adalah 80-002154. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan tidak menggunakan peluang yang ada untuk bertanyakan soalan kepada SP10 mengapakah terdapat perbezaan no siri pada mesin EBA 11 dan slip EBA II yang ditandakan sebagai eksibit P12A.
26
Maka, Mahkamah mendapati mesin EBA II yang digunakan mempunyai no siri yang berbeza dengan slip EBA 11 yang telah dikeluarkan. Sekali gus menunjukkan SP8 gagal membuktikan sama ada mesin EBA II yang digunakan terhadap OKT mempunyai sijil penentusahan dari pihak SIRIM.
27
Walaupun terdapatnya Laporan Kimia OKT eksibit P28 yang menunjukkan urin OKT mengandungi 81 mg per 100 ml. Namun, pertuduhan pindaan Lampiran A hanya menyatakan kandungan alkohol di dalam darah OKT dan tidak menyatakan kandungan urin OKT. Darah OKT pula disahkan tidak dikesan eti alkohol dan dadah biasa.
28
Maka, elemen kedua ini adalah tidak dipenuhi. Intipati ketiga: OKT menyebabkan kematian seseorang.
29
Adakah pemanduan OKT telah menyebabkan kematian mangsa di dalam kes ini? SP6 (Pakar Forensik) mengesahkan sebab kematian mangsa adalah “complicaton of intraabdominal injury due to motor vehicle crash” dengan merujuk kepada laporan bedah siasat (eksibit P17).
30
Mahkamah merujuk semula kepada P3 video rakaman CCTV. P3 adalah amat penting bagi menentukan punca kemalangan.Pada minit 21:10:01 kelihatan kenderaan dinaiki OKT telah berada di lorong ketiga jalan manakala separuh kenderaan SP12 telah masuk dari lorong kedua ke lorong ketiga jalan (laluan
32
Pada minit 21:10:03, dapat dilihat akibat tindakan SP12 yang masuk ke laluan OKT tanpa memadamkan lampu isyarat kecemasan menyebabkan OKT tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan
33
Pada minit 21:10:04, apabila OKT melanggar kenderaan SP12 dari belakang telah menyebabkan kenderaan SP12 melanggar motokar Axia BPY 4579 sebelum motokar Axia tersebut melanggar pelanggan yang berada di Restoran Sing Pao Dim Sum di sebelah kiri.
32
Mahkamah mendapati kemalangan ini berpunca dari SP12 kerana tidak memadam lampu isyarat kecemasan (hazard light) menyebakan OKT tidak dapat tahu bahawa SP12 ingin masuk ke lorong kedua jalan tersebut.
33
Tindakan SP12 yang masuk ke laluan OKT juga berlaku dengan amat pantas dalam tempoh 3 saat dari mini 21:10:01 ke minit 21:10:04. Mahkamah mendapati tidak mungkin OKT yang berada di laluannya yang sah dapat mengelak dari melanggar kenderaan SP12 kerana tindakan SP12 adalah secara tiba-tiba.
34
Oleh hal yang demikian, Mahkamah mendapati Pendakwaan gagal membuktikan elemen ketiga pertuduhan ini.
22
Isu 1: kecatatan pertuduhan Pembelaan telah membangkitkan isu kecacatan pertuduhan.
Preamble
Mengikut kertas pertuduhan, initipati yang harus dibuktikan oleh Pendakwaan adalah: i. Tertuduh pada tarikh dan masa seperti pertuduhan telah memandu kenderaan VAF 8753, ii. Tertuduh sewaktu memandu kenderan berada di bawah pengaruh alkohol’; iii. Dengan kandungan alkohol di dalam darah sebegitu banyak iaitu 117 mg dalam 100 ml kandungan darah, iv. Melebihi 67 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 mg dalam 100 ml kandungan darah; dan v. Menyebbakan kematian kepada pelanggan kedai bernama Soh Cheng Keng @ Soh Chin Kiew. vi. Maka dituduh di bawah seksyen 44(1)(b) APJ 1987.
23
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Pembelaan yang menyatakan bahawa elemen-elemen di bawah seksyen 44(1)(a) dan (b) telah dimasukkan dalam satu pertuduhan.
24
Initipati di bawah seksyen 44(1)(a) dan (b) APJ adalah seperti berikut:
1
Seksyen 44(1)(b) Mana-mana orang sewaktu memandu kenderaan motor;
1
Mana-mana orang sewaktu memandu kenderaan motor
2
Berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan;
3
Setakat tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya dan;
4
Menyebabkan kematian.
2
Mempunyai sebegitu alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol dalam nafas, darah atau air kencing melebihi had yang ditetapkan dan
3
Menyebabkan kematian.
25
Ketika membacakan keputusan di akhir pendakwaan, Mahkamah menyatakan telah ada campur aduk antara pertuduhan di bawah seksyen 44(1)(a) dan seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan. Namun setelah diteliti semula nota keterangan dan eksibit yang dikemukakan, Pendakwaan telah pun meminda pertuduhan tersebut sebelum perbicaraan dimulakan dengan mengemukakan pertuduhan pindaan sebagai lampiran A. Rujukan dapat dibuat semula terhadap muka surat 2 alasan penghakiman ini.
26
Walaupun pada hari OKT dilepaskan dan dibebaskan, Mahkamah ini telah membacakan alasan ringkas seperti yang dirakamkan di dalam nota keterangan. Kini Mahkamah nyatakan alasan-alasan menurut Seksyen 307(3) Kanun Tatacara Jenayah dan merujuk keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Yusof Omar v. PP [2001] 3 CLJ 122 yang berbunyi “Dalam kes ini kami bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan perayu bahawa tidak terdapat dua alasan penghakiman. Ini kerana alasan-alasan yang diberi secara lisan, walau pun ditulis dan dibaca, walaupun dicatat dalam nota-nota keterangan, bukanlah alasan penghakiman yang ditandatangani mengikut s. 307(3) KTJ.”
27
Isu 2: Kecuaian sumbangan pihak ketiga Mahkamah juga mendapati pemandu kereta Axia BPY 4579 telah meletakkan kenderaan bersama kereta lain di lorong pertama di jalan tersebut. Lorong pertama bukanlah satu tempat untuk meletakkan kenderaan. SP11 bersetuju bahawa kesemua kereta yang diletakkan di lorong pertama telah melakukan kesalahan.
28
Seterusanya, mahkamah mendapati pemilik kedai makan iaitu SP9 dan SP13 yang meletakkan meja-meja di atas baju jalan bagi pelanggan restoran turut menyumbang kecuaian kerana meja dan kerusi tidak boleh diletakkan di atas bahu jalan.
29
PENUTUP Setelah Mahkamah ini mendengar dan meneliti semua keterangan semua saksi, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah ini memerintahkan OKT ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Wang jaminan dikembalikan kepada penjamin.
30
Walaubagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret KUALA LUMPUR Bertarikh: 12 Disember 2025 Timbalan Pendakwa Raya: Pendakwa Raya, Kamar Peguam Negara, Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan, Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Height, 50512 Kuala Lumpur Peguambela: Tetuan Rao & Kamal Peguambela & Peguamcara, 15-3, 3rd Mile Square Business Centre, No. 151, Old Klang Road 58000 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.