Lampiran
Lampiran 45, Mahkamah ini mendapati alasan Plaintif untuk meminda plidingnya adalah “untuk memberikan penjelasan yang lebih terang dan mendalam untuk kefahaman semua pihak” dan “untuk menyatakan kronologi kes yang lebih jelas bagi memudahkan kefahaman Mahkamah ini”. Itu sahaja alasannya. [14] Berdasarkan nas-nas undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati kedua-dua alasan yang diberikan oleh Plaintif dalam Lampiran 45 tersebut bukanlah alasan yang kukuh (cogent), munasabah dan bermerit untuk membenarkan permohonan untuk pindaan pliding seperti di Lampiran 44 tersebut. Mahkamah ini mendapati tiada satu pun nas undang-undang yang dirujuk oleh Plaintif tersebut menunjukkan yang Mahkamah pernah membenarkan permohonan untuk pindaan pliding sepertimana alasan-alasan yang dinyatakan oleh Plaintif tersebut, iaitu untuk memberikan penjelasan yang lebih terang dan mendalam untuk kefahaman semua pihak dan untuk menyatakan kronologi kes yang lebih jelas bagi memudahkan kefahaman Mahkamah. [15] Pada pendapat Mahkamah ini, jika tujuan Plaintif memfailkan Lampiran 44 tersebut adalah semata-mata untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam untuk kefahaman semua pihak dan menyatakan kronologi kes yang lebih jelas kepada semua pihak dalam tindakan ini, penjelasan dan kronologi kes tersebut boleh diberikan dan dijelaskan oleh Plaintif semasa perbicaraan tanpa perlu meminda plidingnya. Lazimnya, tujuan permohonan untuk pindaan pliding dibuat adalah untuk meminda atau membetulkan kandungan pliding tersebut termasuk kesilapan perkeranian (clerical error) atau untuk memasukkan apa-apa fakta tambahan atau yang tertinggal dalam pliding tersebut. [16] Keperluan untuk pemohon memberikan alasan yang kukuh, munasabah dan bermerit apabila berlaku kelewatan dalam memfailkan permohonan untuk pindaan sesuatu pliding telahpun diputuskan dalam kes Hong Leong Finance Bhd v. Low Thiam Hoe & Another Appeal (supra) seperti yang berikut: “Explanation For Delay [25] The courts in Malaysia have consistently held that where there is a delay in making an amendment application, the onus is on the applicant to furnish a reasonable explanation for such a delay. They seem to have considered this as an additional factor to the Yamaha Motor’s rules. The need to show “some material and advance some cogent reasons” was applied in Taisho Company Sdn Bhd v. Pan Global Equities Bhd & Anor [1999] 1 CLJ 703, Haidar JCA. (as he then was) held: The learned judge intimated that the application was made after the appellant failed on appeal to this court to affirm the judgment entered by it initially. Further, he said that the appellant had knowledge of the “acknowledgement” as late as April 1987, that is, four years before the action was filed. Furthermore, the application was filed four years after the commencement of this action. We would add further that no reasons were given for the delay in filing the application when the point of admission was obviously available even before filing the proceedings. As rightly opined by the learned JC in Multi-Pak Singapore Pte Ltd and correctly followed by the learned judge, the appellant did not place some material and advance some cogent reasons to impel the court to lean on its side. We would further add that the application borders on lack of bona fides, one of the basic question set out in Yamaha Motor Co Ltd. (emphasis added) The requirement to advance some material and cogent reasons was likewise followed in the subsequent decisions in the cases of Raphael Pura v. Insas Bhd & Anor [2000] 4 CLJ 830 and Everise Hectares Sdn Bhd v. Citibank Bhd [2011] 2 CLJ 25. [26] It is to be stated here the requirement that a cogent explanation for such a delay must be furnished when making a late application to amend would be clearly in line with pre-trial case management procedures (introduced in year 2000). The management of cases by the courts prior to the trial is intended to ensure “just, expeditious and economical disposal” of an action. (See O. 34 r. 4(1) of the RHC 1980 (now O. 34 r. 1(1) of the RC 2012 ) and the Practice Direction No. 2 of 2014 issued by the Chief Judge of High Court in Malaya). Timely disposal of cases and the limitation of cost are now the primary considerations under the present regime.”. [17] Memandangkan kedua-dua alasan yang dinyatakan oleh Plaintif dalam Lampiran 45 bagi menyokong dan menjustifikasikan permohonan Lampiran 44 tersebut adalah tidak kukuh, tidak munasabah dan tidak bermerit, maka Mahkamah ini berpendapat bahawa permohonan Plaintif seperti di Lampiran 44 tersebut tidak wajar dipertimbangkan dan dibenarkan oleh Mahkamah ini. [18] Ketiga, berdasarkan penelitian Mahkamah ini terhadap Cadangan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif seperti di Lampiran A dalam Lampiran 45 tersebut, Mahkamah ini mendapati pindaan-pindaan yang dicadangkan itu tidak mencerminkan kedua-dua alasan pindaan pliding seperti yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan Plaintif (Lampiran 45) tersebut. Ini kerana, pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran A tersebut adalah banyak, bersifat ekstensif, menambah kausa tindakan baru dan mengubah sifat (character) asal pliding tersebut kepada suatu tindakan guaman yang lain. [19] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa cadangan pindaan-pindaan tersebut merupakan suatu tindakan tactical manoeuvre di pihak Plaintif untuk menambah kausa tindakan baru dan mengubah sifat asal plidingnya kepada suatu tindakan guaman yang lain. Ini dapat dilihat, inter alia, dalam perenggan-perenggan seperti yang berikut: (a) di perenggan 4a terpinda Lampiran A tersebut, Plaintif telah memplidkan klausa-klausa kontrak tersebut, sedangkan perkara ini tidak diplidkan oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan asalnya; (b) di perenggan 7 terpinda Lampiran A tersebut, Plaintif telah memasukkan satu butiran baru berkenaan dengan penyelarasan harga yang dicadangkan bagi “Site Clearance and Earthworks” dengan jumlah kontrak sebanyak RM4,109,768.87 dan jumlah penyelarasan sebanyak RM10,020,023.58 dan perbezaan kedua-duanya berjumlah RM5,910,254.72, sedangkan perkara ini tidak pernah diplidkan oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan asalnya; (c) di perenggan 31 terpinda Lampiran A tersebut, Plaintif telah memplidkan bahawa Defendan telah memungkiri kontrak tersebut dan memberikan butiran-butiran mengenai kemungkiran tersebut, sedangkan perkara ini tidak pernah diplidkan oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan asalnya; (d) di perenggan 31a terpinda dalam Lampiran A tersebut, Plaintif telah memplidkan yang beliau mengalami kerugian dan kerosakan-kerosakan akibat daripada kemungkiran kontrak tersebut, sedangkan perkara ini tidak pernah diplidkan oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan asalnya; dan (e) di perenggan 32 terpinda dalam Lampiran A tersebut, Plaintif antara lain telah menuntut pengisytiharan untuk restitusi kontrak tersebut, gantirugi keterlaluan dan teladan dan gantirugi akibat penamatan kontrak secara salah di sisi undang-undang, sedangkan perkara ini tidak pernah diplidkan oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan asalnya. [20] Berdasarkan prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 213, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan Plaintif cuba meminda dan mengubah kausa tindakan dan sifat asal pliding tersebut kepada suatu tindakan guaman yang lain seperti dalam cadangan di Lampiran A dalam Lampiran 45 tersebut tentunya akan memprejudiskan dan menyebabkan ketidakadilan kepada Defendan. Dalam kes ini, semasa menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan, Mohamed Azmi FJ telah memutuskan seperti yang berikut: “(1) the general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result (a) whether the application was bona fide (b) whether the prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (c) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character;”. [Penekanan ditambah] [21] Selanjutnya, dalam kes Hong Leong Finance Bhd v. Low Thiam Hoe & Another Appeal (supra), Mahkamah Persekutuan juga telah menjelaskan mengenai keperluan untuk memberikan penjelasan yang kukuh dan munasabah dan bukan merupakan tindakan tactical manoeuvre dalam kes melibatkan kelewatan memfailkan permohonan untuk pindaan pliding seperti yang berikut: “Tactical Manoeuvre [28] Another factor which our courts have taken into consideration is whether the amendment application was made as a tactical manoeuvre. In the Court of Appeal case of Everise Hectares Sdn Bhd v. Citibank Berhad (supra) the amendment application was disallowed as the application was a tactical manoeuvre to delay and prevent the respondent bank from completing the sale of land. In the case of Ismail Ibrahim & Ors v. Sum Poh Development Sdn Bhd & Anor [1988] 2 CLJ 632; [1998] 1 CLJ (Rep) 606 the amendment application was disallowed as that amendment was made to circumvent the striking out application of the original writ and the statement of claim. … [33] Having considered the facts and the circumstances of the present case, our views are as follows: (a) … (b) … (c) That there has to be a cogent and reasonable explanation in the applicant's affidavit as to why the application was filed late. (d) That the application to amend the pleadings is not a tactical manoeuvre.”. [Penekanan ditambah] [22] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menjawab isu undang-undang yang berbangkit dalam tindakan ini sebagai tidak. KESIMPULAN [23] Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah menolak permohonan Plaintif untuk pindaan pliding seperti di Lampiran 44 dengan kos sebanyak RM2,000.00. Tarikh : 7 Julai 2022 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar Kedah Darul Aman Peguam Cara Pihak-Pihak – Peguam Cara Plaintif Encik Muhammad Yusoff Naim bin Mohd. Noor Tetuan Kevin & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. 1030-A (GF) Jalan PSK 3 Kompleks Simpang Kuala Pekan Simpang Kuala 05400 Alor Setar Kedah Darul Aman Peguam Cara Defendan Encik Muhamad Najib bin Rohim (bersama Encik Meor Amir bin Meor Omar Baki) Tetuan Mohd Anuar & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. 7, Jalan Siakap Seberang Jaya 13700 Perai Pulau Pinang