Lampiran
Lampiran 18 bertarikh 27 Februari 2023 adalah Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu/Plaintif bagi merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan yang diberikan pada 14 Februari 2023, yang menolak permohonan Saman Pemula Perayu di Lampiran 1 terhadap Responden/Defendan dengan kos sebanyak RM1,000.00 tertakluk kepada alokatur. [2] Bagi memudahkan rujukan, kami akan merujuk kedua-dua pihak sepertimana panggilan mereka Mahkamah Tinggi. Fakta Kes Secara Ringkas [3] Plaintif adalah sebuah syarikat dan tuan punya kepada dua (2) hak milik hartanah iaitu PM32426 dan PM32427 di mana keduaduanya terletak di Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. [4] Plaintif telah didaftarkan sebagai tuan punya kepada kedua-dua hak milik tanah tersebut sejak 12 Mei 2017. 3 [5] Plaintif telah menerima bil cukai tanah bagi tahun 2022 bertarikh 6 Julai 2022 bagi PM32427 sebanyak RM13,255.00 dan RM83,104.00 bagi PM32426. [6] Setelah menerima bil cukai tanah tersebut, peguamcara Plaintif telah menulis surat kepada Defendan bagi mendapatkan klarifikasi dan pembetulan mengenai cukai tanah ini. [7] Pada 24 Ogos 2022, Plaintif telah memfailkan Saman Pemula (Lampiran 1) memohon perintah-perintah berikut: (i) Deklarasi bahawa cukai tanah bertarikh 6 Julai 2022 yang dikeluarkan oleh Defendan bagi PM32427 Lot 160929, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan Pahang berjumlah RM13,255.00 adalah salah, tidak sah dan tidak teratur menurut undang-undang; (ii) Deklarasi bahawa cukai tanah bertarikh 6 Julai 2022 yang dikeluarkan oleh Defendan bagi PM32426 Lot 160928 Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan Pahang berjumlah RM83,104.00 adalah salah, tidak sah dan tidak teratur menurut undang-undang; (iii) Deklarasi bahawa kenaikan kadar cukai tanah dalam kaedah 22, Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No.4) 2019 [Phg.P.U.54) adalah tidak terpakai ke atas hak milik PM32427 dan PM32426; 4 (iv) Supaya Pentadbir Tanah Daerah Kuantan, Pahang hendaklah membatalkan cukai tanah bertarikh 6 Julai 2022 bagi tahun 2022 dan apa-apa tunggakan amaun bagi hak milik PM32427 untuk tahun 2019 hingga 2021 dan tidak mengeluarkan cukai tanah selanjutnya bagi hak milik PM32427; (v) Supaya Pentadbir Tanah Daerah Kuantan, Pahang hendaklah membatalkan cukai tanah bertarikh 6 Julai 2022 bagi tahun 2022 dan apa-apa tunggakan amaun berjumlah RM83,104.00 bagi hak milik PM32426 untuk tahun 2017 hingga 2021 serta mengekalkan bayaran cukai tahunan sebanyak RM3,710.00 tanpa apa-apa kenaikan dan/atau tunggakan bagi tahun 2017 hingga 2022; (vi) kos; dan (vii) lain-lain relief atau apa-apa perintah yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini. [8] Pada 14 Februari 2023, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah menolak permohonan Plaintif di Lampiran 1 tersebut. [9] Terkilan dengan keputusan tersebut, pada 27 Februari 2023, Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan ini. Peruntukan Undang-Undang Berkaitan [i] Seksyen 5 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] mentafsirkan seperti berikut: 5 “rent” includes— (a) any annual sum payable to the State Authority by way of rent; (b) any other annual payment due to the State Authority which by any written law is to be collected as if it were rent or land revenue; and (c) any fee due to the State Authority in respect of arrears of rent by virtue of rules under section 14. (ii) Seksyen 380 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] memperuntukkan seperti berikut: 380. Correction of errors in documents of title, etc. (1) Where the Registrar is satisfied— (a) that any document of title has been registered or issued in the wrong name, or contains any misdescription of land or boundaries, or other error or omission; or (b) that any memorial or other entry has been made in error on any document of title or other instrument relating to land; or (c) that any memorial or other entry made on any such document of title or instrument itself contains any error or omission, he may, subject to subsections (2) and (3), make such correction on the document or interest in question as may be appropriate in the circumstances of the case. 6 (2) The State Director may if he thinks fit direct that, in such cases or class or classes of case as may be specified in the direction, the powers conferred by subsection (1) shall not be exercisable in respect of land held under Land Office title, or the corresponding form of qualified title, except with his prior approval. (3) The said powers shall not without his prior approval be exercised so as to affect any plan prepared by or on behalf of the Director of Survey and Mapping, except in cases where he has taken action under section 396A. (4) The Registrar shall maintain for the purposes of this section a book, to be called the “Correction Note-book”, in which he shall record details of all corrections made by him thereunder. (iii) Seksyen 417 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] memperuntukkan seperti berikut: General authority of the Court 417. (1) The Court or a Judge may by order direct the Registrar or any Land Administrator to do all such things as may be necessary to give effect to any judgment or order given or made in any proceedings relating to land, and it shall be the duty of the Registrar or Land Administrator to comply with the order forthwith. 7 (iv) Seksyen 418 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] memperuntukkan seperti berikut: 418. Appeals to the Court (1) Any person or body aggrieved by any decision under this Act of the State Director, the Registrar or any Land Administrator may, at any time within the period of three months beginning with the date on which it was communicated to him, appeal there from to the Court. (v) Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No.4) 2019 [Phg.P.U.54]. [vi] Aturan 1A KaedahKaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: Regard shall be to justice (O. 1A) In administering these Rules, the Court or a Judge shall have regard to the overriding interest of justice and not only to the technical non-compliance with these Rules. [vii] Aturan 2 kaedah 2, KaedahKaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: 2. (1) An application to set aside any proceedings, any step taken in any proceedings or any document, judgment or order therein for non-compliance with these Rules shall not be allowed unless the application is made within a reasonable time and before the party applying has taken any fresh step after becoming aware of the 8 irregularity and the non-compliance has occasioned a substantial miscarriage of justice or occasioned prejudice that cannot be cured either by amendment or an appropriate order for costs. (2) An application under this rule may, after notice of the irregularity has been given to the other party, be made by notice of application and the grounds of objection shall be stated therein. [viii] Aturan 53 KaedahKaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: 1. Application for judicial review (O. 53, r. 1) (1) This Order shall govern all applications seeking the relief specified in paragraph 1 of the Schedule to the Courts of Judicature Act 1964 and for the purposes therein specified. (2) This Order is subject to the provisions of Chapter VIII of Part 2 of the Specific Relief Act 1950 [Act 137]. 2. Applications (O. 53, r. 2) (1) An application for any of the reliefs specified in paragraph 1 of the Schedule to the Courts of Judicature Act 1964 (other than an application for an order of habeas corpus) shall be in Form 109. (2) An application for judicial review may seek any of the reliefs, including a prayer for a declaration, either jointly or in the alternative in the same application if it relates to or is connected with the same subject matter. 9 (3) Upon the hearing of an application for judicial review, the Court shall not be confined to the relief claimed by the applicant but may dismiss the application or make any orders, including an order of injunction or monetary compensation: Provided that the power to grant an injunction shall be exercised in accordance with the provisions of section 29 of the Government Proceedings Act 1956 [Act 359] and section 54 of the Specific Relief Act 1950. (4) Any person who is adversely affected by the decision of any public authority shall be entitled to make the application. Isu-Isu Utama Untuk Diputuskan (i) Sama ada peruntukan pindaan kaedah 22, Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No.4) 2019 [Phg.P.U.54] terpakai ke atas hakmilik tanah PM32426; (ii) Sama ada amaun bagi cukai tanah dan tunggakan bayaran cukai tanah bagi tahun 2017 hingga 2021, serta cukai tanah bagi tahun 2022 bagi tanah PM 32426 yang berjumlah RM83,104.00 adalah betul, sah dan menurut undang-undang; dan (iii) Sama ada Plaintif telah memulakan tindakan dengan mod yang betul. 10 Keputusan Kami [10] Sebelum kami membincangkan mengenai cukai tanah PM32426 adalah wajar bagi kami mengupas secara ringkas mengenai cukai hakmilik tanah PM32427. Cukai Tanah bagi Hakmilik PM32427 [11] Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa bagi tanah PM32427 Defendan sendiri telah mengakui berlaku pecah sempadan pada tahun 2017 dan tanah PM 32427 telah menjadi hakmlik batal dan oleh yang demikian cukai tanah tahun 2022 dan tuntutan cukai tanah beserta tunggakan bagi tahun 2019 hingga 2021 yang keseluruhan berjumlah RM13,255.00 seharusnya dibatalkan oleh Mahkamah. [12] Di atas pengakuan tersebut, Defendan telah mengambil tindakan membuat pembatalan terhadap cukai tanah bagi hakmilik PM32427. Para 7, 8, 9 dan 12 Afidavit Jawapan Defendan jelas menerangkan maksudnya. (sila rujuk Lampiran 4 m/s 33-34 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). “7. Saya merujuk kepada perenggan 10, Afidavit Sokongan tersebut dan mengakui fakta yang terkandung di dalam perenggan tersebut. Walau bagaimanapun, pembatalan cukai tanah telah dibuat ke atas PM32427 pada 10 Ogos 2022. (Sesalinan carian rasmi pembatalan hakmilik hartanah PM32427 serta bil cukai tanah (endorsan batal) dilampirkan dan ditandakan sebagai ekshibit "BA 2") 11 8. Saya merujuk kepada perenggan 11, 12, 13, 14 dan 15 Afidavit Sokongan tersebut dan mengakui fakta yang terkandung di dalam perenggan tersebut. 9.Saya merujuk kepada perenggan 16, Afidavit Sokongan tersebut dan menafikan fakta yang terkandung dalam perenggan tersebut kerana pihak Defendan telah berbincang dengan wakil peguam yang hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada 9 Ogos 2022 supaya pembetulan dibuat ke atas cukai tanah tahunan bagi hakmilik PM32426 dan seterusnya pembatalan cukai tanah tahunan dibuat ke atas hakmilik PM32427." 12.Saya merujuk kepada perenggan 17.3 dan mengakui fakta yang terkandung dalam perengan tersebut. Walau bagaimana pun, Pihak Defendan telah membuat pembetulan cukai tanah bagi hak milik PM32427 pada 9 Ogos 2022 dengan kadar cukai tahunan sebanyak RM14,840.00 serta membatalkan bil cukai tanah bertarikh 6 Julai 2022 yang berjumlah RM85,330.00.” [13] Setelah pembatalan tersebut dibuat, Plaintif kemudiannya telah menerima bil cukai tanah tahun 2022 bertarikh 6 Julai 2022 bagi PM32427 sebanyak RM13,255.00. [14] Peguamcara Plaintif yang bijaksana selanjutnya menghujahkan bahawa meski pun Defendan telah membuat pengakuan bahawa cukai tanah yang dikeluarkan bagi PM32427 adalah salah, tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang namun Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah terkhilaf apabila menolak permohonan Plaintif dalam prayer (i) dan prayer (iv) Saman Pemula (Lampiran 1) bagi PM32427 dan 12 mengenakan cukai tanah beserta tunggakan bagi tahun 2019 hingga 2021 yang keseluruhan berjumlah RM13,255.00. [15] Dengan hormatnya, penghujahan yang dibangkitkan oleh Plaintif ini tidak mempunyai merit untuk dibenarkan. Ini adalah kerana Defendan telah pun mengambil tindakan pembatalan ke atas cukai tanah hakmilik PM32427 tersebut serta endosan cukai tanah yang dikenakan terhadap hartanah tersebut. Hakmilik PM32427 tidak terjejas dan tiada sebarang kerugian pun yang perlu ditanggung oleh Plaintif dan tiada juga apa-apa pembayaran yang perlu dibayar oleh Plaintif satelah pembatalan cukai hakmilik tersebut dibuat (rujuk Lampiran 5 m/s 68-71 Rekod Rayuan Jilid 3 Bahagian C). [16] Wajar ditegaskan bahawa Defendan hanya mengenakan cukai terhadap Plaintif yang perlu dibayar untuk tahun 2022 sahaja. Oleh itu kami tidak nampak di mana terkhilafnya Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana di dalam membuat keputusannya bila beliau dikatakan gagal membuat perintah untuk mengarahkan Pentadbir Tanah Daerah Kuantan, Pahang membatalkan cukai tanah bertarikh 6 Julai 2022 bagi tahun 2022 dan apa-apa tunggakan amaun bagi hakmilik PM 32427 untuk tahun 2019 hingga 2021 dan tidak menggunakan bidang kuasa yang ada pada nya untuk mengeluarkan cukai tanah selanjutnya bagi hakmilik PM32427 menurut seksyen 417 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] . Cukai Tanah bagi Hakmilik PM32426 [17] Pada tahun 2019 Kerajaan Negeri Pahang telah membuat semakan cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] yang telah dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 13 dan diluluskan. Majlis Mesyuarat juga turut bersetuju pelaksanaan cukai tanah tahun 2020 berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 terhadap kesemua hakmilik di Negeri Pahang. Warta Kerajaan No P.U 54 bertarikh 31 Oktober 2019 telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. [18] Hakmilik PM32426 telah didaftarkan di atas nama Plantif sejak dari tarikh 12 Mei 2017 dan mempunyai keluasan tanah berukuran 14,840 meter persegi. Cukai Tanah yang tercatit pada hakmilik PM32426 adalah sebanyak RM 3,710.00 setahun. [19] Namun begitu, apabila Pihak Berkuasa Negeri menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No.4) 2019 [Phg. P.U.54] pada 1 Januari 2020 maka cukai tanah bagi PM32426 milik Plaintif telah dinaikkan daripada RM3,710.00 kepada RM22,260.00 setahun. [20] Plaintif kemudiannya mendapati terdapat tunggakan cukai tanah bagi tahun 2017-2021 dikenakan di mana melibatkan amaun di atas pengiraan cukai tanah yang baru (dari tahun 2020, 2021 dan 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM 83,104.00). [21] Peguamcara Plaintif yang bijaksana menghujahkan bahawa bagi hakmilik PM32426, Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No.4) 2019 [Phg. P.U.54] yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 menetapkan kadar bayaran cukai tanah mengikut kategori tanah, syarat tanah dan lokasi tanah tersebut terletak, tidak terpakai ke atas tanah-tanah yang telah diberi milik sebelum 1 Januari 2020. [22] Oleh kerana hakmilik PM32426 adalah didaftarkan pada 25 Januari 2017 setelah dilakukan pecah bahagian, maka dihujahkan lagi bahawa 14 kadar cukai yang ditetapkan di dalam Kaedah-Kaedah Tanah tersebut yang berjumlah RM83,104.00 adalah tidak terpakai ke atas tanah milik Plaintif. Oleh itu, adalah jelas bahawa Defendan telah melaksanakan kadar bayaran cukai tanah yang baru menurut kaedah 22, Kaedah Kaedah Tanah tersebut ke atas PM32426 milik Plaintif secara salah, tidak teratur dan tidak mematuhi Kaedah-Kaedah Tanah sejak dari tahun 2020 lagi. [23] Malah Plaintif juga menghujahkan bahawa Defendan tidak mempunyai kuasa untuk menaikkan amaun bayaran cukai tanah dan/atau mengenakan bayaran tunggakan bagi PM 32426 kerana had pemakaian kaedah 22 Kaedah-Kaedah Tanah tersebut hanya terpakai ke atas tanah-tanah yang baru bermilik sahaja yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. Oleh itu, amaun cukai tanah bagi PM32426 adalah tidak sah dan terbatal. [24] Dengan hormatnya, kami tidak bersetuju dengan penghujahan Plaintif ini. Adalah penting untuk diperjelaskan bahawa Defendan di dalam perenggan 11 Afidavit Jawapan (sila rujuk Lampiran 4 m/s 33 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B) telah mengakui fakta bahawa bil cukai tanah PM32426 bertarikh 6 Julai 2022 yang dikeluarkan oleh Defendan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang dan Defendan telah mengambil langkah di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] untuk melakukan pembetulan cukai tanah tahunan bagi PM32426 pada 9 Ogos 2022. Walau bagaimana pun, Plaintif menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima salinan pembetulan cukai tanah bertarikh 9 Ogos 2022 tersebut. 15 [25] Susulan dari itu, Defendan telah membuat pembetulan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] di mana amaun cukai tanah hakmilik PM32426 telah dipinda dari RM22,260.00 kepada RM14,840.00 setahun. [26] Pada hemat kami, memandangkan pembetulan telah dibuat oleh Defendan, maka tidak wujud lagi apa-apa ketidakadilan yang substansial kepada Plaintif. Tambahan lagi, pada sepanjang masa dari tahun 2017, Plaintif juga tidak pernah membuat bayaran cukai tanah terhadap hartanah PM32426 dan Plaintif juga tidak mengalami apa-apa kerugian pun atas kadar cukai tanah yang dikenakan terhadapnya. Adalah nyata bahawa tindakan yang diambil oleh Plaintif ini bersifat pra matang, tidak suci hati dan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada membayar cukai tanah yang dikenakan. Jelas tiada merit di dalam isu ini. Mod Tindakan [27] Peguamcara Plaintif yang bijaksana menegaskan bahawa Plaintif telah memulakan tindakan melalui Saman Pemula dan bukannya melalui Semakan Kehakiman kerana pertikaian yang timbul melibatkan tanah-tanah hakmilik Plaintif (private law) dan Plaintif adalah terkilan dengan keputusan Defendan yang mengenakan cukai tanah ke atas hakmilik batal PM32427 dan amaun yang salah ke atas hakmilik PM32426. Maka dengan itu, mod tindakan yang dibawa oleh Plaintif melalui Saman Pemula adalah betul menurut seksyen 418 dan seksyen 417 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828]. [28] Dihujahkan juga oleh Plaintif bahawa isu mengenai mod tindakan yang dikatakan salah ini hanya dibangkitkan buat pertama kalinya oleh 16 pihak Defendan di dalam Hujahan Bertulis mereka bertarikh 23 Disember 2022. Defendan juga tidak pernah menyerahkan suatu notis ketidakpatuhan kepada Plaintif dalam tempoh yang munasabah serta gagal membangkitkan sebarang bantahan awal di dalam afidavitnya dan/atau memfailkan apa-apa permohonan bagi membatalkan Saman Pemula yang difailkan oleh Plaintif. Ini telah memprejudiskan Plaintif memandangkan Plaintif terhalang untuk menjawab isu mod tindakan tersebut di dalam afidavitnya. [29] Disebaliknya pula, Defendan menghujahkan bahawa mod yang betul yang seharusnya digunakan oleh Plaintif adalah dengan memfailkan prosiding Semakan Kehakiman di bawah Aturan 53 KaedahKaedah Mahkamah 2012 dan bukannya melalui tindakan Saman Pemula. lni adalah kerana permohonan Plaintif adalah untuk mencabar keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenakan kadar cukai tanah dalam menjalankan bidang kuasanya sebagai public authority dan bukannya public law. Oleh itu remedi bagi tuntutan tersebut sepatutnya dibuat melalui permohonan Semakan Kehakiman. Malah jika merujuk kepada perintah-perintah yang dipohon oleh Plaintif, ianya adalah bersifat mandamus di mana ianya tidak boleh diperolehi melalui mana-mana peruntukan Kanun Tanah Negara. Permohonan yang betul hanyalah melalui Semakan Kehakiman. [30] Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana di dalam alasan penghakiman memutuskan seperti berikut: 29. Berpandukan kepada hujahan di atas, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan di mana Plaintif seharusnya memfailkan prosiding Semakan Kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah- 17 Kaedah Mahkamah 2012 untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh kerana Pihak Berkuasa Negeri adalah merupakan public body dan permohonan secara Saman Pemula bukanlah satu mod yang betul. 30. Plaintif juga masih belum membayar apa-apa cukai bagi hartanah PM32426 dan dengan itu tindakan Plaintif adalah pra matang. 31. Dengan itu, permohonan Plaintif adalah tidak bermerit dan ditolak dengan kos. [31] Pada hemat kami, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah terkhilaf di dalam membuat keputusannya menolak Saman Pemula Plaintif tanpa mengambilkira kegagalan Defendan untuk mematuhi Aturan 2 kaedah 2 KaedahKaedah Mahkamah 2012 yang mengkehendaki Defendan menyerahkan notis ketidakpatuhan kepada Plaintif dalam tempoh yang munasabah dan memfailkan Notis Permohonan yang mengandungi bantahan mengenai mod memulakan tindakan ini. [32] Tambahan lagi, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi ini adalah berdasarkan kepada isu yang tidak pernah ditimbulkan sama sekali oleh Defendan di dalam afidavitnya. Ini sudah semestinya memprejudiskan dan mengakibatkan ketidakadilan yang substansial kepada Plaintif kerana Plaintif telah dihalang serta dinafikan haknya untuk menjawab isu berkaitan mod tindakan sebenar tersebut di dalam afidavitnya. 18 [33] Rujukan dibuat kepada kes Joseph Paulus Lantip v. Tnio Chee Chang & Another Appeal [2020] 4 CLJ 79 di mana Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mary Lim HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: "[28] The role played by pleadings cannot be overstated. It is a fundamental principle of fair play which extends to the court that all parties are bound by their pleadings. It would be most damaging to our administration and system of justice if parties are allowed to plead a certain complaint, lead evidence on another and the court decides on something entirely different. The Federal Court recently reminded and expressed the following view on the importance pf proper pleadings in lftikar Ahmed Khan v. Perwira Affin Bank Bhd [2018] 1 CLJ 415: [29] It is settled law that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded: Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank. In Lee Ah Chor v. Southern Bank Bhd [1991] 1 CLJ 667; [1991] 1 CLJ (Rep) 239 it was held that where a vital issue was not raised in the pleadings, it could not be allowed to be granted and to succeed on appeal. A decision based on an issue which was not raised by the parties in their pleadings is liable to be set aside: In The Chartered Bank v. Yong Chan [1990] 1 CLJ 1113; [1990] 1 CLJ (Rep) 330; [1990] 1 MLJ 157, the Federal Court set aside the judgment of the trial judge as it was decided on an issue not raised on the pleadings. In that case, the trial judge erred in concluding that the pleadings included a claim for breach of contract as well as a claim for libel.” 19 [34] Selanjutnya, di dalam kes Tan Keng Yong @ Tan Keng Hong & Anor v. Tan Hwa Ling @ Tan Siew Leng & Ors [2022] 2 MLJ 805, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Che Mohd Ruzima HMR menyatakan seperti berikut: [70] On the first issue, it is trite law that parties bound by their pleadings. Abundance of authorities decided on the issue, Federal Court in the case of Anjalai Ammal & Anor v. Abdul Kareem [1969] 1 MLJ 22 had made the following observation and had opined that: There is considerable authority in regard to the purpose and effect of particulars filed pursuant to O. 19. r. 7A of the Rules of the Supreme Court. At p. 31 of Halsbury (3rd Edn.) Vol. 3, the learned commentator has this to say:- A party is bound by his pleadings unless he is allowed to amend them, and he is therefore bound by his particulars, which are, in effect, part of the pleadings under which they are delivered. In Thomson v. Birkley [1883] 47 LTR p. 700 Watkin Williams J says:- The object of particulars is to prevent surprise and to tinrift and particularise events in order that both parties should come to trial fully prepared for the issues. In Speding v. Fitzpatrick (1668) 38 Ch D 410 at 413 Cotton LJ says:- The object of particulars is to enable the party asking for them to know what case he has to meet at the trial, and so to save 20 unnecessary expense and avoid avowing parties to be taken by surprise. On the same principle of law related to the rule of pleadings, this court in the case of Pembenaan SPK Sdn Bhd v Jalinan Waja Sdn Bhd [2014] 2 MLJ 322 has made the following observation: [24] That classic, authoritative text on the rules of pleadings - Sir Jack Jacob & Ian S Goldrein, Pleadings: Principles and Practice - provides four ‘objects’ Pleadings - their dual object in summary. Pleadings serve a two-fold purpose: (a) first to inform each party what is the case of the opposite party which he will have to meet before and at the trial; and (b) secondly concurrently to appraise the court what are the issues, the identity of the issues is crucial; not only for the purposes of trial, but also for the purposes of all the pre-trial interlocutory proceedings. Kesimpulan [35] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, kesemua kertas-kertas kausa yang dizahirkan dan penghujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak, kami sebulat suara mendapati terdapat merit di dalam rayuan ini untuk mewajarkan kami campurtangan terhadap perintah Mahkamah Tinggi. 21 [36] Rayuan Plaintif dibenarkan dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi diketepikan. Kes diremitkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. [37] Kos sebanyak RM5,000.00 di sini dan di bawah hendaklah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif tertakluk kepada alokatur. Tarikh: 4 Jun 2024 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Perayu Pertama : Norazura binti Mohamed Mokhtar [Nurhayatie binti Mahadzir bersamanya] [Azura Mokhtar & Low] Bagi Responden : Munirah binti Shamsudin @ Baharum (ASLA)