Alasan-alasan pihak Defendan mengemukakan permohonan ini ialah seperti berikut : i) Bahawa Defenden tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap pemfailan tindakan kes ini, di mana Defenden tidak pernah menerima apa-apa kertas kausa dan/atau mempunyai pengetahuan tentang Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 21.2.2024 (Penghakiman tersebut); ii) Defenden tidak lagi menghuni di premis beralamat di No. 258, Kelang Sago, 09000 Kulim, Kedah (Alamat tersebut) dan tidak pernah memberi kuasa kepada orang lain untuk mengakui terima apa-apa dokumen bagi pihak Defenden; iii) Defenden mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan Plaintif; iv) Hak Defenden akan diprejudiskan sekiranya beliau tidak diberikan peluang untuk mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan Plaintif; dan v) Terma-terma dalam penghakiman tersebut yang dikeluarkan terhadap Defenden adalah tidak benar dan perlu diketepikan dengan serta merta. S/N Bb1vze6RCkuszb9BsY40xw B.