Selanjutnya dan/atau di dalam alternatifnya Defendan-Defendan memplidkan dan menegaskan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan pada keseluruhannya dan/atau disumbangkan secara besarnya oleh kecuaian Si mati sebagai penunggang motorsikal bernombor pendaftaran DCK 1262 tersebut.” [49] Laporan Polis Responden/Defendan Pertama di muka surat 203 Rekod Rayuan mengesahkan kejadian kemalangan tetapi telah mengatakan bahawa Si mati yang menyebabkan kemalangan tersebut. Namun Responden/Defendan Pertama di dalam Laporan Polisnya tersebut telah mengesahkan bahawa kerosakan keretanya ialah di “bahagian body sebelah kanan”. Ini adalah konsisten 23 dengan keterangan pihak Perayu/Plaintif di mana SP1 mengesahkan motorsikal tersebut menghadapi kerosakan di sisi tepi kiri, selain daripada bahagian belakang dan kereta tersebut rosak “di bahagian hadapan dan body sebelah kanan”. Keterangan ini menguatkan lagi kes Plaintif bahawa Responden/Defendan Pertama telah melanggar Si mati dari belakang dan sisi kiri motorsikal yang ditunggang Si mati. [50] Di dalam hujahannya, Defendan menafikan versi Plaintif. Oleh kerana pihak Responden/Defendan telah tidak memberi apa-apa keterangan, malahan menawarkan “no case to answer”, sedangkan beban telah berpindah kepadanya, maka Defendan telah gagal untuk menidakkan apa yang disarankan oleh Perayu/Plaintif. Di dalam erti kata lain Responden/Defendan Pertama telah gagal untuk mematahkan kes Plaintif. [51] Di dalam kes Ma Clyde v. Wong Ah Mei & Anor [1970] 2 MLJ 183, yang melibatkan kes Defendan berlanggar dari belakang dan Defendan telah tidak memberi keterangan sedangkan beban pembuktian untuk menidakkan kejadian berpindah kepadanya, Mahkamah Persekutuan telah memberi keputusan yang memihak kepada Plaintif. [52] Di dalam kes Jaafar bin Shaari & Anor (Suing as Administration of the Estate of Shofian binti Ahmad (deceased) v. Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 409. Mahkamah Agung memutuskan “Once 24 a Defendant in civil proceedings elects not to call, then all the evidence led by the Plaintiff must be assumed to be true”. [53] Di akhir kes, setelah membandingkan versi Perayu/Plaintif dan versi Responden/Defendan Pertama (yang tidak berjaya mematahkan kes Plaintif), Mahkamah mendapati versi Perayu/Plaintif adalah lebih probabel. Seterusnya Mahkamah mendapati bahawa di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya tetapi tertakluk kepada sumbang cuai yang “disumbangkan” oleh Si mati. Sumbang Cuai [54] Mahkamah telah meneliti segala keterangan yang ada. Mahkamah mendapati bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan Liabiliti 100% ke atas bahu Responden/Defendan Pertama. Mahkamah mendapati bahawa Si mati juga telah menyumbang cuai kerana semasa kejadian Si mati tidak mempunyai lesen. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa prima facie, Si mati tidak mempunyai kepakaran, pengalaman dan skill untuk menunggang motorsikal secara selamat dan tidak mengetahui Kod/Peraturan jalan raya. Si mati juga telah tidak memakai topi keledar sepertimana keterangan SP1 yang tidak dipertikaikan oleh Plaintif. Si mati juga gagal untuk memastikan bahawa beliau hanya keluar simpang setelah kedudukannya adalah amat selamat dan sewajarnya berada terus di tepi paling kiri jalan utama tersebut selepas melintas dan bukan berada hampir ditengah jalan seperti di 25 dalam kes ini. Justeru itu Mahkamah ini berpendapat Responden/Defendan Pertama adalah cuai/bertanggungan 60% dan Si mati/Perayu/Plaintif adalah menyumbang cuai sebanyak 40%. Kuantum [55] Pihak Perayu/Plaintif/Si mati telah merayu terhadap Kuantum dan Mahkamah ini telah membenarkan sepertimana Kuantum “provisional” yang diberikan Majistret. Pihak Perayu/Plaintif tidak memfailkan rayuannya ke Mahkamah Rayuan mengenainya. Sebaliknya pihak Responden/Defendan Pertama yang telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai Kuantum. [56] Tuan Majistret telah memberi alasannya mengenai Kuantum “provisional” di muka surat 11 Rekod Rayuan Tambahan seperti berikut: “(7) Namun begitu jika Mahkamah atasan memutuskan sebaliknya, Kuantum atas Liabiliti 100% bagi gantirugi Am untuk “Pain and Suffering” Mahkamah ini membenarkan sejumlah RM50,000.00 sebagai jumlah yang munasabah, walaupun pihak Peguam menghujahkan bahawa RM100,000.00 adalah jumlah yang munasabah berdasarkan kes Goh Chai Huat (Administrative Of the Estate of Goh Min Teck Deceased) v. Lee Mui Ping [2004] 4 MLJ 428 di mana di dalam kes ini RM6,000.00 telah diawardkan untuk “Pain and Suffering” walaupun Si mati hanya sakit satu hari 26 sebelum kematian. Di dalam kes ini Mahkamah ini telah mengambil kira Si mati meninggal dunia setelah 97 hari selepas kemalangan. Manakala bagi gantirugi Khas pula Mahkamah ini membenarkan RM10,000.00 untuk gantirugi kesedihan-kesedihan, manakala untuk tuntutan pengkebumian Mahkamah ini membenarkan sebanyak RM3,000.00. Sementara itu bagi kos makanan dan minuman berkhasiat pula Mahkamah ini membenarkan gantirugi sebanyak RM4,489.50 sepertimana eksibit-eksibit yang dikemukakan dalam P2. Bagi kos-kos dokumentasi yang dibenarkan pula adalah seperti berikut: a) Laporan Polis Rajah Kasar dan Kunci RM16.00 b) Carian Jabatan Pengangkutan Jalan RM10.00 c) Laporan Perubatan RM50.00” [57] Secara keseluruhannya Responden/Defendan Pertama menghujahkan mengenai gantirugi Khas sahaja di mana ianya sepatutnya diplidkan dan dibuktikan. Mana-mana yang tidak diplidkan dan dibuktikan menurut Responden/Defendan Pertama perlu ditolak. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan ini. [58] Responden/Defendan Pertama menghujahkan bahawa gantirugi Khas kesedihan hanya layak dibenarkan sebanyak RM10,000.00 27 dan tuntutan pengkembumian ialah RM3,000.00 (lihat muka surat 12 dan 13 “Hujahan Bertulis Responden”). Tuan Majistret telah memberikan sejumlah itu sepertimana di atas. Mahkamah ini bersetuju dengan jumlah tersebut dan Perayu/Plaintif tidak merayu. [59] Responden/Defendan Pertama juga menghujahkan bahawa kos-kos berikut dipersetujui: