Content
WA-A53KJ-309-07/2024 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA SAMAN NO.WA-A53KJ-309-07/2024 ANTARA MEKADEV A/L SATIVELL ... PLAINTIF
WA-A53KJ-309-07/2024
Sessions Court of Malaysia4 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
WA-A53KJ-309-07/2024 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA SAMAN NO.WA-A53KJ-309-07/2024 ANTARA MEKADEV A/L SATIVELL ... PLAINTIF
2
DARMAWI BIN MD SHARIF ... DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Mahkamah telah mendengar keterangan tiga orang saksi plaintiff dan seorang saksi Defendan. Setelah membaca hujahan bertulis kedua pihak, maka atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan bahawa Defendan-defendan adalah bertanggungan 100% cuai dalam menyebabkan kemalangan tersebut. FAKTA RINGKAS [2] Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 4.7.2024 memplidkan di mana pada 31.12.2023 jam lebih kurang 2.30 pagi, Plaintif sedang menunggang motosikal bernombor VJA 642 dari rumah menghala ke Petronas di lebuhraya KESAS. Apabila sampai dan/atau berhampiran lebuhraya KESAS, Plaintif sedang bergerak terus di laluan sahnya, namun secara tiba-tiba satu perlanggaran telah berlaku antara Defendan Pertama yang menunggang motosikal No. VBT 196 dengan Plaintif . Akibat daripada Kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan dan kerosakan pada motosikal. BEBAN PEMBUKTIAN [3] Undang-undang telah mantap bahawa beban pembuktian atas imbangan kebarangkalian terletak pada Plaintif bagi membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Seksyen 101 dan Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 menetapkan seperti berikut:
101
Beban membuktikan
1
Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu.
102
Pada siapa letaknya beban pembuktian Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh manamana pihak. [4] Mahkamah Persekutuan dalam kes Wing Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 memutuskan seperti berikut: In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believe, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.
1
ISU KECUAIAN [5] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa fakta kes ini adalah 'straightforward' kerana Defendan Pertama telah mengaku semasa memberikan keterangan dan beberapa fakta yang telah disahkan sendiri telahpun menyokong versi kemalangan Plaintif. Sheela :Tadi Peguam kamu tanya, kamu katakan kelajuan motosikal kamu iaitu 70-80 km? sb1 : Betul. Sheela : So, kamu taka da apa-apa bukti dekat Mahkamah pada hari ini untuk menunjukkan Motosikal VJA 642 telah langgar bahagian belakang motosikal kamu, setuju? spD1 : Setuju. Sheela : Okey Encik Raveanraj, saya cadangkan pada hari itu kamu mengubah haluan Menyebabkan motosikal VIA 642 telah melanggar motosikal kamu, setuju? SD1: Setuju. Sheela: Cadangan saya, saya cadangkan pada hari itu kamu telah menghalang laluan sah motosikal VIA 642 dan menyebabkan kemalangan berlaku, setuju ke tak setuju? SD1 :Setuju. [6] Semasa soal balas berlaku dan Defendan Pertama berada dalam keadaan bersumpah telah mengesahkan dan memberikan keterangan secara konklusinya; pada waktu kemalangan berlaku, Defendan Pertama telah menunggang motosikal 70 ke 80 km dan mengubah haluan menghalang laluan sah motosikal Plaintif dan mengakui telah menyebabkan kemalangan berlaku. Plaintif telah mengalami kecederaan kepala menyebabkan beliau ingat-ingat lupa bagaimana kemalangan berlaku. [7] SP1 iaitu Pegawai Penyiasat dalam kes ini telah mengesahkan bahawa semasa Plaintif memberikan keterangan, beliau telah menyatakan bahawa motosikal Defendan Pertama ada ubah haluan semasa kemalangan berlaku. [8] Mahkamah mendapati fakta yang telah disahkan oleh Defendan Pertama semasa Bicara iaitu menunggang dengan laju, cuai dan merbahaya, memasuki laluan sah Plaintif dan menghalang laluah sah Plaintif sehingga menyebabkan perlanggaran. Versi kemalangan yang dikemukakan cleh Plaintif adalah kukuh . Mahkaamh dirujuk kepada kes Siti Puyoh v Rashidah Salam [2014] 5 CLJ yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak; [19] In any action for negligence, the burden is on the plaintiff to prove certain specific acts or omissions on the part of the defendant to show some negligent conduct. Sometimes a prima facie inference of negligence may be drawn from the circumstances of the case by recourse to the maxim known as res ipsa loquitur. Loosely translated, this colourful Latin phrase means "the event speaks for itself". It is essentially a rule of evidence premised on common sense, fair play and justice... There must be some reasonable evidence of negligence... [9] Berdasarkan kes diatas, maxim res ipsa loguitor adalah terpakai kerana pihak plaintiff telah membuktikan pada Mahkamah bahawa kemalangan ini berpunca daripada kecuaian Defendan yang telah mengaku menunggang dalam 70-80 km dan ubah haluan sehingga menyebabkan halangan kepada motosikal Plaintif. [10] Fakta kes ini adalah 'straightforward' kerana Pembelaan, adalah tidak terpakai sama sekali kerana Defendan telah gagal untuk mempertahankan versinya. Mahkamah lebih pertimbangkankan versi kemalangan di pihak Plaintiff. [11] Mahkamah dirujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dalam Kanekeshwaran a/l Ravindran v Badrulrozi bin Md Isa & Anor [2024] 1 PIR [16] di mana Mahkamah mendapati pihak plaintiff telah berjaya melepaskan beban pembuktian seorang plaintiff dan kini beban beralih ke bahu defendan untuk membuktikan pembelaannya. Walau bagaimanapun mahkamah mendapati pihak defendan dalam kes ini gagal memanggil defendan untuk memberi keterangan dalam kes ini tanpa memberi apa-apa alasan yang munasabah dan ini membangkitkan s 114(g) Akta Keterangan 1950. [12] Mahkamah berpendapat liabiliti adalah 100% terhadap Defendan kerana telah gagal untuk mempertahankan versi beliau dalam Pembelaan. 2) ISU KUANTUM-GANTIRUGI AM [13] Prinsip-prinsip yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ONG AH LONG V DR. S UNDERWOOD [1983] 324 TAG 4; "... It must be borne in mind that damages forpersonal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act and for natural and direct consequences of the wrongful act, so far as money can compensate..."" [14] Mahkamah juga akan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan seperti kadar inflasi, nilai matawang, kos kehidupan pada masa kini, umur Plaintif status dan status Plaintif yang terlibat dengan kemalangan. [15] Mahkamah merujuk kes Mahkamah Tinggi Seremban RAJI TRANSPORT SDN BHD & ANOR V. IDAYU ZULKAFLI [2004] 5 CL] "vii Fall in value of money The fall in the value of money must be taken into account in the use of comparables so that an award which is eventually given would be reflective of the current value of money: 162: Abdul Ghani Hamid v. Abdul Nasir Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLi 317. The judgment of Abdul Malik Ishak Jin Abdul Ghani, supra, is in line with the trend in Singapore where Choor Singh J in delivering the judgment of the Court of Appeal also considered changes in the value of money, the decrease in the purchasing power of the dollar there or the increase in the cost of living over the years, as relevant factors in the assessment of damages. A similar approach was adopted by Yusoff J in Wong Tin Vui v. Patrick Midok & Anor [1975] 2 MLJ 260. I am of the view that these time-honoured principles have become entrenched and settled principles which should continue to apply as they are in keeping with economic reality." [16] Laporan pakar neurologi (P19) dan laporan ortopedik (P20) telah dipersetujui kerana tiada 'rebuttal'. Plaintif juga telah bersetuju dengan laporan pakar kulit pihak Defendan demi untuk menjimatkan masa dan kos pihak-pihak. [17] Berdasarkan kesemua Laporan Perubatan tersebut dapat disimpulkan bahawa Plaintif telah mengalami kecederaan berikut:- a) Severe traumatic injury with intracranial bleed [(mild personality changes (short tempered, stammer, headache), memory impairment (difficulties in understanding, difficulties in concentration, orientation), intellectual impairment-had problem with recall)]; b) Dento alveolar fracture 12-21 region with maxillary fracture, fracture tooth 12 with reitained root 12 dan nasal bone fracture; c) Bilateral lung contusion; d) Chronic left 1st MTP] subluxation with k-wire; e) Multiple abrasion (deep abrasion wound right foot, bilateral shoulder, right elbow, left forearm, bilateral hands, 6xlcm forehead), laceration mandible; f) Scars; g) Pain & suffering; [18] (Closed Severe traumatic injur ith intracranial bleed [(mild personality changes (short tempered, stammer, headache), memory impairment (difficulties in understanding, difficulties in concentration, orientation), intellectual impairment-had problem with recall]}: Plaintif Koogeleswaran a/l A Soundarajan{seorang kurang upaya yang menuntut melalui ibunya, Kalaiveni a/p Thangiah sebagai wakil litigasi beliau) v Norzarina binti Roslan & Anor [2023] 2 PIR [16]; yang mana Mahkamah telah membenarkan sebanyak RM 300, 000.00 bagi kecederaan kepala yang sama. Mahkamah bersetuju untuk awardkan sebanyak RM300, 000.00 adalah jumlah yang munasabah dengan mengambil kira keseluruhan keilatan diatas dan faktor umur Plaintifyang sangat muda semasa kemalangan berlaku iaitu 20 tahun dan bekerja. [19] Dento alveolar fracture 12-21 region with maxillary fracture, fracture tooth 12 with reitained root 12 dan nasal bone fracture; Mahkamah merujuk kes Tai Hong Siong v LKPP Corporation Sendirian Berhad (dahulunya dikenali sebagai LKPP Equities Sendirian Berhad dan menjalankan perniagaan di bawah nama dan gaya Ladang Warisan PKPP Sabak) [2025] 2 PIR [49] yang membenarkan sebanyak RM 30, 000.00 bagi kecederaan dentoalveolar fractures sahaja. Dalam kes ini, Plaintif juga mengalami kecederaan kepatahan tulang maxilla. Oleh yang demikian, Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM 50,000.00 wajar dibenarkan dengan mengambil kira kedudukan gigi yang patah ini di bahagian hadapan dan sudah tentu memberi kesan yang mendalam terhadap Plaintif yang baru berusia 20 tahun. [20] Bilateral lung contusion; Mahkamah dirujuk kepada kes Mohamad Shahirul Aiman bin Abu Seman & Anor v Alias bin Jusoh [2026] 1 PIR [25], dimana Mahkamah membenarkan sebanyak RM 8,000.00 bagi kecederan lung contusion biasa. Mahkamah bersetuju untuk awardkan sebanyak RM 10,000.00 wajar dibenarkan kerana Plaintif mengalami kecederaan di kedua-dua bahagian paru-paru beliau. [21] Chronicleft 1st MTP] subluxation with k-wire; Plaintif telah berhujah sebanyak RM20, 000.00 wajar dibenarkan bagi kecederaan ini kerana sekiranya tidak serius maka kecederaan ini tidak perlu dirawat dengan k-wire. Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM10,000.00 adalah jumlah yang adil dan munasabah. [22] Multiple abrasion (deep abrasion wound right foot, bilateral shoulder, right elbow, left forearm, bilateral hands, 6x1cm forehead), laceration mandible; Mahkamah merujuk kes Nur Alissa binti Abdul Rahim & Anor vShuib bin Mat [2026] 1 PIR [8] 9; dimana Mahkamah telah memutuskan sebanyak RM 20,000.00 bagi luka-luka di bahagian muka. Plaintif telah mengalami kecederaan lukaluka bukan sahaja di muka, tetapi di bahagian pergelangan tangan, kedua-dua belah bahu dan kaki. Plaintif dalam kes ini juga telah menjalani pembedahan skin grafting bagi merawat luka tersebut. Oleh yang demikian, pampasan yang munasabah bagi kecederaan Plaintif adalah 50,000.00. Mahkamah besretuju untuk awardkan jumlah RM30,000.00. [23] Scars; Mahkamah merujuk kepada mukasurat 2-3 Ikatan C yang mengandungi laporan pakar kulit pihak Defendan yang mengesahkan sendiri parutparut Plaintif; Mahkamah dirujuk kepada kes Mohd Saiful Izwan bin A Rahman v Thai Yen Fu & Anor [2017] 2 PIR [61] TAG 10, dimana Mahkamah Tinggi telah membenarkan sebanyak RM 20, 00.00 bagi parut kekal di muka sahaja. Plaintif berhujah sebanyak RM 40, 000.00 wajar dibenarkan memandangkan dalam kes ini parut tersebut bukan tertumpu di bahagian muka namun merangkumi bahagian badan yang lain seperti yang dinyatakan dalam laporan perubatan dan laporan pakar Defendan sendiri. Mahkamah bersetuju awardkan RM30,000.00. [24] Pain & Suffering; o Plaintif berhujah sebanyak RM 20,000.00 adalah jumlah yang munasabah bagi kesakitan yang perlu dihadapi oleh Plaintif selepas kemalangan. Mahkamah bersetuju awardkan 10,000. GANTIRUGI KHAS SEPERTIMANA DALAM IKATAN A (PLIDING) a) Perbelanjaan perjalanan keluarga melawat Plaintif Pertama di hospital Mahkamah awardkan RM1000.00 adalah munasabah bagi kos ini. b) Perbelanjaan perjalanan untuk rawatan pesakit luar/susulan/fisoterapi; Plaintif dalam kes ini telah mendapatkan rawatan susulan beberapa kali akibat kemalangan ini dan rujukan boleh dibuat berdasarkan resit-resit pembayaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Oleh itu, Mahkamah awardkansebanyak RM 1,000.00. ¢} Perbelanjaan perjalanan untuk diperiksa oleh Doktor Pakar Plaintif telah hadir ke 3 rujukan Pakar Plaintif dan Mahkamah bersetuju awardkan sebanyak RM 1,000.00 adalah jumlah yang munasabah bagi item ini. d) Bil-bil Hospital resit rasmi daripada kerajaan Malaysia dan merupakan dokumen awam. Oleh yang demikian, Plaintif memohon agar satu judicial notice wajar diambil bil kos rawatan Plaintif di PPUM dibenarkan sebanyak RM 21, 729.00 dan RM 200.00. Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM11,623.00 g) Kos laporan perubatan dan/atau pakar Mahkamah awardkan RM 2, 600.00 wajar dibenarkan kerana laporan pakar neuro ini juga telah dipersetujui dan ditandakan sebagai eksibit dan tiada 'rebuttal'. g)- Kerosakan pakaian akibat kemalangan Plaintif berhujah pampasan yang munasabah bagi kerosakan ini adalah sebanyak RM 500.00 dan judicial notice boleh dipertimbangkan. Mahkamah bersetuju awardkan RM300.00 Kos rawatan/pembedahan masa hadapan a) Untuk rawatan masa hadapan Dental Mahkamah bersetuju untuk aawardkan jumlah RM32,250.00 b) Untuk rawatan masahadapan scar revisionary Mahkamah bersetuju awardkan RM120,000.00 c) Kos rawatan masa hadapan scar management Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM5,000.00 d) Untuk kos rawatan masa hadapan laser therapy Mahkamah bersetuju awardkan RM20,000.00 KESIMPULAN [25] Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan Defendandefendan bertangungan 100%: beserta kos dan faedah
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.