"Cannabis", adalah seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Kuasa Mahkamah Untuk Campur Tangan [5] Telah diputuskan oleh Mahkamah Agung bahawa Mahkamah yang menjalankan kuasa rayuannya hendaklah perlahan untuk campur tangan atau mengganggu hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah di bawah, kecuali jika ia jelas salah atau tidak sah atau tidak sesuai dengan fakta dan keadaan yang telah dibuktikan. Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors [1985] CLJU 25 menyatakan: In this regard, we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances. And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence. S/N H9pOwldcW0uNherfkTpjxg Hujahan Perayu [6] Perayu diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Peguam Perayu telah menghujahkan bahawa hukuman yang dijatuhi oleh Puan Majistret adalah berlebihan dan/atau keterlaluan yang memerlukan campur tangan Mahkamah. Ini adalah kerana, semasa hukuman diberikan, Perayu sedang menjalani hukuman di penjara selama 8 tahun dan hukuman itu masih sedang berjalan. Puan Majistret telah memerintahkan agar hukuman penjara selama 30 bulan bagi kes ini dijalankan setelah Perayu selesai menjalani hukuman penjara sedia ada. Peguam Perayu menghujahkan Perayu kini berusia 28 tahun dan sepatutnya akan dibebaskan daripada hukuman terdahulu pada umur 31 tahun. Namun begitu dengan perintah Majistret, hukuman pemenjaraan akan disambung selama 30 bulan atau 2 tahun 6 bulan dan akan menyebabkan Perayu dibebaskan pada usia 34 tahun. [7] Perayu menghujahkan bahawa hukuman penjara 8 tahun yang sedang dijalaninya adalah suatu tempoh yang lama yang cukup untuk Perayu menginsafi perbuatannya. Justeru, hukuman pemenjaraan ini tidak wajar diasingkan memandangkan Perayu masih muda dan telah benar-benar insaf. Tambahan kepada hukuman sedia ada iaitu 2 tahun 6 bulan adalah suatu bentuk ketidakadilan dan sangat getir kepada Perayu. Peguam S/N H9pOwldcW0uNherfkTpjxg menghujahkan bahawa hukuman pemenjaraan Perayu sewajarnya bemula dari tarikh dia ditangkap iaitu 30.5.2023. Hujahan Responden [8] Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan adalah tidak wajar untuk hukuman pemenjaraan dikira dari tarikh ditangkap memandangkan Perayu sedang dalam pertuduhan di bawah seksyen 39A (2) ADB semasa kesalahan ini dilakukan. Kes ini adalah kes yang berbeza dengan kes dibawah seksyen 39A (2) ADB yang dihadapi oleh Perayu. Disamping itu, cara dadah dijumpai adalah:- ia telah ditelan oleh Perayu selepas selesai kesnya di Mahkamah Shah Alam. Jika dilihat berat dadah Cannabis yang dirampas adalah menghampiri garis sempadan bagi kesalahan di bawah seksyen 39A (2) ADB. Responden memohon bagi maksud kepentingan awam, perintah Majistret hendaklah dikekalkan. Keputusan Mahkamah [9] Faktor utama yang perlu Mahkamah ambil kira adalah kepentingan awam. Pertimbangan terhadap kepentingan awam tidak semestinya bermaksud memberikan hukuman pemenjaraan yang panjang. Adalah menjadi undang-undang yang mantap, mengutamakan kepentingan awam juga bermaksud pesalah didorong untuk berpaling dari kehidupan jenayah kepada kehidupan yang jujur. Ini S/N H9pOwldcW0uNherfkTpjxg bermaksud hukuman yang diberikan mempunyai tujuan pemulihan terhadap pesalah. (Rujuk kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606 ;1982] CLJ 38B) [10] Bagi menentukan berapa lama hukuman penjara wajar diberikan, saya merujuk kepada kes Mahkamah Agung Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209 [1987] 2 CLJ 405 yang memutuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang perlu Mahkamah ambil kira sebelum memberikan hukuman pemenjaraan. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan melihat kepada fakta sesebuah kes itu sendiri. Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut: [2] In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentence that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than the facts of the offence S/N H9pOwldcW0uNherfkTpjxg warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. [11] Majistret terpelajar telah menjatuhi hukuman 30 bulan penjara dan 5 kali sebatan terhadap Perayu. Di dalam kes ini hukuman minima di bawah seksyen 39A (1) ADB adalah 2 tahun penjara dan 3 kali sebatan. Saya mendapati beliau telah sampai kepada konklusi yang betul apabila menetapkan tempoh hukuman penjara dan sebatan tersebut. Ini dapat dilihat di dalam Alasan Penghakiman yang ditulis oleh beliau. Namun begitu hukuman pemenjaraan yang dijatuhi oleh Majistret telah diperintahkan bermula dari tarikh Perayu selesai menjalani hukuman di bawah seksyen 39A (2) ADB. Alasan kepada keputusan Majistret terpelajar adalah seperti berikut: