Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI PUTRAJAYA, MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN SIVIL) RAYUAN SIVIL NO : W-02 (NCvC)(W)-1997-09/2018 ANTARA METAL FAB SDN BHD (NO. SYARIKAT : 879639-D) …PERAYU DAN LIM CHIN THENG (NO. K/P : 620119-07-5227) …RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA BAHAGIAN SIVIL GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-686-12/2017] ANTARA METAL FAB SDN BHD (NO. SYARIKAT : 879639-D) …PLAINTIF DAN LIM CHIN THENG (NO. K/P : 620119-07-5227) …DEFENDAN 2 FAKTA RINGKAS KES [1] Plaintif di dalam kes ini membuat tuntutan terhadap Defendan untuk jumlah wang sebanyak RM1,015,938.08 berserta faedah, gantirugi dan kos ekoran suatu pelanggaran kewajipan fidusiari dan penyalahgunaaan maklumat sulit yang dikatakan diperolehi oleh Defendan dari Plaintif. Kes Plaintif [2] Plaintif merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan fabrikasi dan pencetakan logam (metal fabrication and moulding) di mana Defendan pada 13.11.2009 telah dilantik sebagai Pengarah Plaintif dan pada masa yang sama Defendan juga bekerja sebagai Pengarah dan Pemegang Saham untuk sebuah syarikat yang dikenali sebagai I-WEALTH INDUSTRIES SDN BHD (“Syarikat Defendan”). [3] Defendan kemudiannya pada 3.11.2016 telah meletak jawatan sebagai “Person-In Charge of the Company’s Operation and Administration” di syarikat Plaintiff. Pada 6.3.2017, Defendan meletak jawatannya sebagai Pengarah Plaintif dan pada masa yang sama juga telah dilucutkan jawatannya sebagai Pengarah Plaintif melalui suatu Resolusi Pengarah yang dikeluarkan oleh Plaintif. 3