i
(i) penamatan kontrak secara tidak sah oleh D1 dan D2 berdasarkan Notis 29.7.2000; dan
/akn/my/judgment/court-of-appeal/1900/267902d8-0103-4813-9edc-e76e50cd5ee1
Court of Appeal of Malaysia1 Jan 1900B-02(IM)(NCVC)-1172-06/2017, B-02(IM)(NCVC)-1173-06/201, B-02(IM)(NCVC)-1174-06/20177
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“necessary that there must be something said or done which was directly introduced to keep the plaintiff from knowledge of his right to sue or apply. This is the interpretation of the old s. 18 of the Limitation Act 1908 which is now s. 17 with modifications" (The Limitation Act by M.R. Mallick (supra ) at 306). [peneka”
“ect in striking out the appellant's pleading as being plainly and obviously unsustainable. Both principle and authority favour her decision. First the principle. It is to be found in s. 340(1) of the National Land Code to which she adverted in her judgment. 41 That section immunises the title of a registered proprietor”
“s directly introduced to keep the plaintiff from knowledge of his right to sue or apply. This is the interpretation of the old s. 18 of the Limitation Act 1908 which is now s. 17 with modifications" (The Limitation Act by M.R. Mallick (supra ) at 306). [penekanan ditambah] [42] Pliding plaintif dalam tuntutan ini tidak”
“u fakta-fakta terbongkar kerana beban adalah atas plaintif untuk mencari fakta-fakta berkenaan. Ini adalah prinsip undang-undang mantap (Liaw Hen Kyun@ Alex Liaw & Others v. Ho Mui Fan @ Ho Kon Thiam [2016] MLJU 1741). Dalam kes ini perkara yang didakwa mengenai Laporan dan Surat D3 yang menjadi asas pengataan fraud te”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: B-02(IM)(NCVC)-1172-06/2017 ANTARA DATO’ HAJI ABDUL JABAR BIN KAMIN DIDENGAR BERSAMA-SAMA DENGAN RAYUAN SIVIL NO.: B-02(IM)(NCVC)-1173-06/2017 ANTARA 2
section
1. PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR
section
2. PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD
section
3. MD. YUNUS @ ISKANDAR BIN MD. NOOR DIDENGAR BERSAMA-SAMA DENGAN RAYUAN SIVIL NO.: B-02(IM)(NCVC)-1174-06/2017 MOHD MASLORO BIN HJ. ABDULLAH Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam (Bahagian Sivil) Guaman Sivil No. BA-21NCVC-52-08/2016 Antara Metroway Sdn. Bhd. … Plaintif Dan 3
section
1. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor 2. Permodalan Negeri Selangor Berhad 3. Dato’ Haji Abdul Jabar Bin Kamin 4. Md. Yunus @ Iskandar Bin Md. Noor
section
5. Mohd Masloro Bin Hj. Abdullah 6. Benua Ehsan Sdn. Bhd. … Defendan KORUM : VERNON ONG LAM KIAT, HMR (kini HMP) YEW JEN KIE, HMR HAS ZANAH MEHAT, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman (Yang Arif pada ketika itu) bertarikh 11.5.2017, di mana Yang Arif telah membenarkan permohonan-permohonan oleh 4 responden-responden/defendan-defendan masing-masing di bawah A. 18, K. 19 (a), (b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KM 2012) untuk membatalkan tuntutan perayu/plaintif terhadap responden-responden/defendan-defendan. Permohonan di kandungan 7 oleh defendan ketiga (“D3”), kandungan 9 oleh defendan pertama, kedua dan keempat (“D1”, “D2” dan “D4”) dan kandungan 18 oleh defendan kelima (“D5”). Oleh kerana kesemua permohonan tersebut telah dibenarkan oleh Yang Arif, maka plaintif telah memfailkan tiga (3) rayuan berasingan yang telah ditetapkan di hadapan kami iaitu rayuan B-02(IM)(NCVC)-1172-06/2017 terhadap D3, rayuan B-02(IM)(NCVC)- 1173-06/2017 terhadap D1, dan D4 manakala rayuan B-02(IM)(NCVC)-1174-06/2017 terhadap D5. [2] Ketiga-tiga rayuan ini telah didengar bersama. [3] Kami sebulat suara telah menolak kesemua rayuan perayu/plaintif. Ini adalah alasan penuh kami. [4] Dalam penghakiman ini kami akan merujuk pihak-pihak seperti yang dirujuk di Mahkamah Tinggi. 5 PIHAK-PIHAK [5] Plaintif adalah suatu syarikat persendirian dengan liabiliti terhad dan menjalankan aktiviti sebagai pemaju perumahan. Plaintif pernah digulungkan pada 24.3.2006 atas petisyen oleh D6 berdasarkan penghakiman dalam guaman yang lain. Walau bagaimanapun perintah penggulungan tersebut telah digantung pada 3.6.2016. [6] D1 adalah sebuah badan berkanun yang telah diperbadankan di bawah Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Diperbadankan) 1995 dan pemilik benefisial tanah seluas 80 ekar yang dikenali sebagai Lot 6468 Mukim Petaling, Daerah Petaling Jaya, negeri Selangor Darul Ehsan (“Tanah tersebut”). [7] D2 juga adalah syarikat persendirian dengan liabiliti terhad. Melalui perjanjian pengurusan dan surat kuasa wakil bertarikh 24.6.1992, D1 telah menyerah segala hak, manfaat dan segala tanggungjawab terhadap Tanah tersebut kepada untuk membangunkan tanah tersebut sebagai projek pembangunan perumahan kos rendah (“Projek”). 6 [8] D3 adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan D4 adalah pengurus D2 pada masa material. D5 adalah pengarah D2 bermula pada 1.11.2004 hingga 21.3.2008. D6 juga adalah suatu syarikat persendirian dengan liabiliti terhad. Plaintif telah menarik balik tuntutan terhadap D6 dan kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah pada 17.11.2016. LATAR BELAKANG FAKTA [9] Berdasarkan pliding dan afidavit pihak-pihak, fakta dan latar belakang kes boleh dirumuskan seperti berikut. Plaintif, D1 dan D2 telah memasuki suatu perjanjian usaha sama bertarikh 21.3.1995 dan perjanjian tambahan bertarikh 15.4.1996 (kedua-duanya dirujuk sebagai “JVA”) untuk plaintif melaksanakan Projek di atas Tanah tersebut. [10] Berdasarkan fasal 8.17 JVA, tempoh pelaksanaan oleh plaintif terhadap obligasi dalam JVA tersebut adalah dalam tempoh empat (4) tahun dari tarikh perjanjian yang akan luput pada 20.3.1999 kecuali dilanjutkan dengan persetujuan bertulis kedua-dua pihak. Fasal 8.17 memperuntukkan seperti berikut: 7
section
8.17 PERIOD OF THE AGREEMENT This agreement shall be for a period of four (4) years from the date hereof which period may be extended by the mutual agreement in writing of both parties under this agreement. [11] Dalam tempoh empat (4) tahun tersebut plaintif dikehendaki memperolehi semua kelulusan yang diperlukan untuk membangunkan tanah tersebut daripada pihak berkuasa untuk kerja-kerja pembangunan
section
2. Tanah tersebut untuk beberapa fasa (phases) [fasal 2.05, 2.09, 2.10(a), 11- RR2(1), m.s 312-314 RR]. Berdasarkan fasal 2.01, plaintif dikehendaki mengemukakan pelan susun atur projek sebelum atau pada 21.6.1995, fasal 2.02 plaintif dikehendaki mendapat kelulusan pihak berkuasa terhadap pelan susun atur tersebut dan 2.03 adalah tanggung jawab plaintif untuk memperolehi pelan-pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tiga (3) bulan selepas dikemukakan kepada pihak berkuasa. [12] Apabila kewajipan-kewajipan di bawah JVA tidak dapat disempurnakan oleh plaintif dalam tempoh empat (4) tahun tersebut, dua (2) hari sebelum luputnya tempoh JVA, plaintif telah memohon kepada D2 untuk pelanjutan masa melalui surat bertarikh 18.3.1999 (pernyataan tuntutan perenggan 18). 8 [13] Dalam pliding plaintif mendakwa kelewatan yang berlaku untuk plaintif mendapat kelulusan adalah di luar bidang kuasa plaintif, oleh itu hendaklah melanjutkan masa untuk plaintif melaksanakan kewajipan-kewajipan tersebut seperti yang terkandung dalam proviso kepada fasal 2.02 dan 2.03. Oleh itu plaintif menafikan bahawa plaintif telah memungkiri fasal-fasal tersebut. [14] Melalui surat peguam D2 bertarikh 29.7.2000 (selepas satu tahun empat bulan tarikh JVA luput), D2 melalui peguamnya telah secara rasmi memaklumkan bahawa JVA tersebut telah luput pada 20.3.1999 dan tiada pelanjutan masa dipersetujui. Plaintif juga diminta untuk mengembalikan pelan-pelan lukisan dan lain-lain yang berkaitan kepada D2 dan plaintif tidak lagi boleh bertindak sebagai pemaju Projek (“Notis 29.7.2000”) (pernyataan pembelaan perenggan 19). [15] Plaintif tidak berpuashati terhadap Notis 29.7.2000 telah memfailkan tuntutan terhadap D1 dan D2 di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui guaman sivil No: 21-178-2001 (Guaman 2001). Dalam Guaman 2001 plaintif hanya menuntut terhadap D1 dan D2 sahaja. Kausa tindakan plaintif dalam guaman 2001 adalah berdasarkan penamatan kontrak yang tidak sah oleh D1 dan D2 berasaskan Notis 9
section
29.7.2000. Guaman 2001 kemudiannya telah dibatalkan kerana ketidakhadiran plaintif. Plaintif tidak merayu atau memohon untuk menghidupkan semula Guaman 2001. [16] Plaintif sebaliknya sekali lagi memfailkan tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No: S6-21-95-2002 (Guaman 2002). Dalam Guaman 2002, plaintif telah menambah bilangan defendan dengan memasukkan D3 dan D6. Dalam Guaman 2002 plaintif membawa tindakan di bawah kausa tindakan:
i
(i) penamatan kontrak secara tidak sah oleh D1 dan D2 berdasarkan Notis 29.7.2000; dan
subparagraph
(ii) konspirasi secara fraud untuk mencederakan plaintif oleh D1, D2, D3 dan D6 dalam menamatkan JVA; [17] Guaman 2002 telah dibatalkan apabila plaintif digulungkan kerana ketiadaan sanksi daripada Jabatan Insolvensi untuk meneruskan tindakan. 10 [18] 17 tahun setelah JVA luput dan selepas 16 tahun Notis 29.7.2000 disampaikan, pada 19.8.2016 plaintif memfailkan semula tindakan terhadap D1, D2, D3 dan D6 dengan menambah D4 dan D5 sebagai pihak dalam prosiding (“Tuntutan ini”). Tuntutan terhadap D6 kemudiannya tidak diteruskan dan telah ditarik balik semasa prosiding pada 17.11.2016. Berdasarkan pliding Tuntutan ini juga berasaskan dokumen yang sama iaitu Notis 29.7.2000 dan juga berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh D3 kepada lembaga pengarah D2 mengenai status Projek dan cadangan untuk tidak melanjutkan tempoh JVA melalui surat bertarikh 19.3.2001 beserta laporannya (“Laporan”) dan surat D3 bertarikh 5.7.2001 (“Surat D3”) mengenai perkara yang sama. [19] Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan berdasarkan pernyataan tuntutan adalah seperti yang diplidkan perenggan 90 pernyataan tuntutan seperti berikut:
i
(i) deklarasi bahawa Notis tersebut [sic] adalah terbatal dan tidak sah dan tidak berkesan dan dibatalkan;
subparagraph
(ii) deklarasi bahawa JVA masih wujud dan masih sah; 11
subparagraph
(iii) deklarasi bahawa perjanjian dengan Benua Ehsan (D6) adalah tidak sah dan terbatal serta tidak berkesan;
subparagraph
(iv) satu injunksi menghalang defendan-defendan dan setiap daripada mereka sama ada melalui pengkhidmat atau ajen mereka dihalang daripada memasuki apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak berkaitan Tanah tersebut;
v
(v) pelaksanaan spesifik JVA;
subparagraph
(vi) gantirugi kerana pelanggaran JVA atau in lieu atau sebagai tambahan kepada pelaksanaan spesifik, ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar;
subparagraph
(vii) gantirugi kerana kospirasi dan fraud;
subparagraph
(viii) gantirugi kerana menyebabkan kemungkiran kontrak (procuring breach of contract) dan campur tangan secara tidak sah dalam kontrak (unlawful interference with contract);
subparagraph
(ix) faedah atas gantirugi yang diberikan; 12
x
(x) kos; dan
subparagraph
(xi) relif-relif lain yang sesuai diberikan. ASAS PERMOHONAN UNTUK MEMBATALKAN TUNTUTAN [20] Berdasarkan pliding, plaintif memfailkan tindakan terhadap D3 kerana D3 telah menyediakan Laporan kepada lembaga pengarah D2 dan Surat D3 yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan lembaga pengarah D2 termasuk Menteri Besar untuk tidak melanjutkan tempoh JVA. Plaintif memplidkan bahawa D3 melalui dokumen-dokumen tersebut telah secara fraud menyediakan laporan yang tidak benar kepada lembaga pengarah D2 kerana menerima manfaat tidak sah daripada D6 (pemaju baru yang dilantik oleh D2), Pejabat Menteri Besar juga menerima manfaat secara tidak jujur daripada D6 dan D5 juga menerima rasuah daripada D6 (perenggan 43-79 pernyataan tuntutan). Plaintif memplidkan bahawa fakta mengenai fraud ini tidak diketahui semasa memfailkan Guaman 2002 tetapi hanya diketahui kemudian dalam tahun 2014 dan 2016 (perenggan 75 h afidavit balasan plaintif). 13 [21] D1, D2, D3 dan D4 memohon untuk membatalkan tuntutan atas alasan:
i
(i) JVA telah luput pada 20.3.1999;
subparagraph
(ii) keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh JVA adalah keputusan lembaga pengarah D2;
subparagraph
(iii) laporan status Projek dan cadangan untuk tidak melanjutkan tempoh JVA yang disediakan oleh D3 adalah dua tahun selepas JVA luput oleh itu kandungannya tidak boleh mengandungi butiran fraud dan konspirasi yang mempengaruhi keputusan lembaga pengarah D2 seperti yang didakwa oleh plaintif;
subparagraph
(iv) kausa tindakan dan isu yang diplidkan telah pun diplidkan dalam guaman 2002 terhadap D1-D4; dan
v
(v) tuntutan plaintif adalah di luar had masa. 14 [22] Manakala D5 mengemukakan alasan bahawa:
i
(i) tiada hubungan kontrak antara beliau dan plaintif;
subparagraph
(ii) tiada tanggung jawab fidusiari terhadap plaintif;
subparagraph
(iii) tidak dijadikan pihak dalam prosiding terdahulu yang kausa tindakannya adalah sama; dan
subparagraph
(iv) tidak menjadi pengarah D2 semasa JVA dimasuki dan juga semasa D2 memasuki perjanjian usaha sama dengan D6 pada tahun 2001, hanya menjadi pengarah D2 pada 1.11.2004 hingga 21.3.2008 selepas JVA di antara plaintif, D1 dan D2 luput . DI MAHKAMAH TINGGI [23] Yang Arif membatalkan tuntutan plaintif berdasarkan hanya satu alasan iaitu tuntutan plaintif telah dihalang oleh had masa tindakan di bawah seksyen 6 Akta Had Masa 1953. Ini kerana kausa tindakan telah bermula selepas luputnya tempoh JVA antara plaintif dan defendan 15 pada 20.3.1999 atau apabila D2 memaklumkan secara formal melalui Notis 29.7.2000 mengenai luputnya JVA. Oleh itu tuntutan yang diasaskan berdasarkan kemungkiran JVA (kontrak) dan konspirasi (tort) ternyata telah dihalang oleh had masa apabila tindakan dibawa pada 18.8. 2016 selepas enam (6) tahun kausa tindakan itu timbul. [24] Yang Arif juga berpendapat bahawa berdasarkan fakta yang diplidkan oleh plaintif mengenai fraud, pengecualian seperti yang diperuntukan dalam seksyen 29 Akta Had Masa 1953 juga tidak dapat menyelamatkan tuntutan plaintif. Yang Arif telah meneliti pliding plaintif dalam ketiga-tiga Guaman 2001, Guaman 2002 dan Tuntutan ini dan berpendapat kausa tindakan adalah serupa (lihat perenggan 16 dan 17 penghakiman). Yang Arif telah meneliti jadual perbandingan pliding seperti dalam lampiran kepada penghakiman beliau (muka surat 25-28 RR1). Yang Arif menolak hujahan plaintif bahawa kausa tindakan fraud adalah tertangguh kerana semasa Guaman 2002 butiran fraud tiada sepenuhnya dalam pengetahuan plaintif. Yang Arif mendapati bahawa plaintif dalam plidingnya dalam membuat dakwaan fraud dalam guaman 2002 juga adalah bergantung kepada Laporan sama yang disediakan oleh D3 dan Surat D3. Kedua-dua laporan dan Surat D3 telah wujud dalam tahun 2001. Dalam Guaman 2002, plaintif juga telah merujuk 16 dengan terperinci Laporan tersebut. Oleh itu Yang Arif berpendapat tuntutan plaintif jika diteruskan adalah tidak dapat dipertahankan (unsustainable) kerana telah dihalang oleh had masa tindakan. Oleh itu wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 kaedah 19 KM 2012. ISU [25] Plaintif melalui memorandum rayuan terpindanya telah mengemukakan 12 alasan rayuan. Namun dalam hujahan bertulis dan hujahan lisan di Mahkamah ini fokus plaintif adalah terhadap pemakaian seksyen 29 Akta Had Masa 1953. Ringkasan alasan rayuan plaintif yang berkaitan had masa adalah di perenggan 10, 10A dan 10D memorandum di mana plaintif menyatakan Yang Arif telah khilaf apabila:
section
10. ….. a. tidak membuat dapatan bahawa had masa berkenaan tuntutan plaintif atas kontrak tidak luput kerana D1 dan D2 telah mengetepikan masa dari menjadi intipati dan oleh itu, masa masih belum ditetapkan (time remains at large); b. tidak membuat dapatan bahawa had masa tidak akan bermula sehingga kesemua fakta berkenaan kausa-kausa tindakan fraud telah diketahui; 17 b1. mendapati bahawa had masa akan mula berjalan sebaik sahaja seseorang plaintif mengesyaki bahawa suatu kecederaan telah dilakukan ke atasnya dan seseorang plaintif tidak perlu menyedari tindak tanduk spesifik untuk memfailkan tindakan berkenaan dan seterusnya bahawa sekiranya syak timbul, plaintif tidak boleh berdiam diri dan menunggu fakta-fakta terbongkar kerana beban adalah atas plaintif untuk mencari fakta-fakta berkenaan. b2. Mendapati tindak tanduk yang diadukan terhadap defendan-defendan telah dibuat secara terbuka dan plaintif telah menutup matanya kepada apa yang jelas atau plaintif telah mempunyai notis atau maklumat berkenaan keadaan sekeliling yang meletakkan plaintif atas inkuiri;
section
10A. mendapati bahawa tuntutan Mahkamah Kuala Lumpur yang terdahulu hanya berbeza dengan tuntutan di hadapan beliau dari segi struktur sedangkan tuntutan di hadapan beliau mengandungi tambahan material yang hanya datang kepada pengetahuan Perayu dalam tempoh had masa.
section
10D. mendapati bahawa perayu mempunyai syak wasangka sahaja berkenaan frod dan pengkomplotan di dalam tahun 2002 apabila ini adalah isu yang perlu dibicarakan, khususnya 18 sedangkan isu ini tidak pernah ditimbulkan oleh Responden dan tidak sesuai ditentukan di dalam prosiding interlokutori. [26] Berdasarkan memorandum rayuan, isu utama dalam rayuan ini seperti juga yang telah dipertimbangkan oleh Yang Arif iaitu sama ada tindakan plaintif dihalang oleh had masa. HUJAHAN PLAINTIF [27] Di hadapan kami plaintif masih mengekalkan hujahan seperti di Mahkamah Tinggi bahawa tindakan plaintif berasaskan fraud tidak dihalang oleh had masa kerana kausa tindakan hanya bermula apabila fakta mengenai fraud diketahui sepenuhnya oleh plaintif seperti alasan yang terkandung dalam perenggan 10, 10A dan 10D memorandum rayuan. Plaintif bergantung kepada seksyen 29 Akta Had Masa 1953. [28] Peguam plaintif mengakui bahawa pliding mengenai kemungkiran kontrak, konspirasi dan fraud telah diplidkan dalam Guaman 2001 dan Guaman 2002. Namun, hujahan beliau, pada ketika itu penemuan mengenai fraud adalah tidak lengkap atau tidak sempurna semasa Guaman 2001 dan Guaman 2002 difailkan. Butiran mengenai fraud hanya diketahui sepenuhnya dalam Tuntutan ini pada tahun 2012, 2014 19 dan 2016. Berdasarkan itu tuntutan plaintif adalah tidak dihalang oleh had masa. [29] Plaintif mengakui dalam afidavit balasan bahawa dalam Guaman 2002 kandungan Laporan telah didedahkan kepada mereka. Namun, fakta berkaitan fraud hanya datang ke pengetahuan plaintif pada sekitar tahun 2014 dan 2016 berdasarkan penghakiman dalam suatu tuntutan plaintif dengan pihak lain. Peguam plaintif mengakui bahawa butiran fraud dan konspirasi perlu diplid dan dibutirkan dengan terperinci. Oleh sebab keperluan tersebut, hujahan peguam selanjutnya, sehingga butiran tersebut diketahui sepenuhnya, maka kausa tindakan adalah tertangguh dan belum bermula. Oleh kerana butiran tersebut hanya diketahui sekitar 2012, 2014 dan 2016, maka tuntutan yang difailkan pada 19.8.2016 adalah dalam tempoh had masa. [30] Selanjutnya peguam berhujah tuntutan sepatutnya dibicarakan untuk menentukan sama ada seksyen 29 Akta Had Masa 1953 terpakai berdasarkan fakta yang diplidkan dalam dalam Tuntutan ini. 20 HUJAHAN DEFENDAN-DEFENDAN (D1, D2 dan D4, D3 DAN D5) [31] Encik N. Surendran peguam D1, D2 dan D4 berhujah bahawa plaintif menuntut dalam Tuntutan ini bersandarkan asas yang sama dalam Guaman 2001 dan 2002 iaitu berkaitan Laporan dan Surat D3 dan mendakwa dalam Guaman 2002 bahawa D3 dan D4 menerima rasuah daripada D6. Peguam D3 menerima pakai hujahan Encik N. Surendran dan berhujah tambahan selain dari had masa, bahawa D3 sebagai pegawai D2 hanya bertindak atas arahan lembaga pengarah D2 dan menyediakan Laporan atas permintaan pengerusi D2. Laporan tersebut bertarikh 19.3.2001 iaitu dua (2) tahun selepas JVA luput. Manakala Encik K. Jeyaraj peguam D5 juga berhujah bahawa tuntutan berdasarkan dokumen yang dirujuk, adalah dihalang had masa. Tidak ada pliding khusus terhadap D5. Beliau juga berhujah bahawa rasuah didakwa berlaku pada tahun 2002 tetapi pada ketiga itu D5 masih belum dilantik sebgai pengarah D2. Oleh itu tiada apa-apa kaitan D5 dengan Laporan yang disediakan oleh D3 dan keputusan D2 untuk tidak melanjutkan tempoh JVA. Berdasarkan itu plaintif tidak mempunyai apa-apa kausa tindakan terhadap D5 dan pliding plaintif terhadap D5 adalah cacat. 21 KEPUTUSAN [32] Berdasarkan pliding (khususnya di perenggan 43-79 Pernyataan Tuntutan), asas tuntutan plaintif adalah:
i
(i) JVA yang telah luput pada 20.3.1999 dan tidak dilanjutkan di bawah fasal 8.17 JVA;
subparagraph
(ii) Notis 29.7.2000 yang memaklumkan bahawa tiada pelanjutan masa; dan
subparagraph
(iii) Surat D3 bertarikh 5.7.2001. [33] Kami bersetuju dengan dapatan Yang Arif bahawa tuntutan plaintif berdasarkan kausa tuntutan kontrak dan konspirasi (tort) untuk mencederakan plaintif memang jelas telah dihalang oleh had masa berdasarkan seksyen 6 Akta Had Masa 1953 apabila Tuntutan ini difailkan pada 19.8.2016. Seksyen 6 Akta Had Masa 1953 memperuntukkan seperti berikut: 22
section
6. Limitation of actions of contract and tort and certain other actions
subsection
(1) Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say-
a
(a) actions founded on a contract or on tort;
b
(b) actions to enforce a recognisance;
c
(c) actions to enforce an award;
d
(d) actions to recover any sum recoverable by virtue of any written law other than a penalty or forfeiture or of a sum by way of penalty or forfeiture.
subsection
(2) An action for an account shall not be brought in respect of any matter which arose more than six years before the commencement of the action [34] Plaintif sendiri mengakui dalam pernyataan tuntutan bahawa plaintif telahpun memfailkan tuntutan berdasarkan kausa tindakan kemungkiran kontrak, konspirasi dan fraud dalam guaman terdahulu. Namun, dalam Tuntutan ini plaintif memplidkan dalam Pernyataan Tuntutan bahawa butiran fraud hanya diketahui dalam tahun 2014 dan 2016 (manakala dalam Jawapan (Reply) menyatakan diketahui dalam tahun 2012). Oleh itu hujahan plaintif, seksyen 29 Akta Had Masa 1953 adalah terpakai. 23 [35] Seksyen 29 Akta Had Masa memperuntukan seperti berikut:
section
29. Postponement of limitation period in case of fraud or mistake
subsection
(1) Where, in the case of any action for which a period of limitation is prescribed by this Act, either-
a
(a) the action is based upon the fraud of the defendant or his agent or of any person through whom he claims or his agent; or
b
(b) the right of action is concealed by the fraud of any such person as aforesaid; or
c
(c) the action is for relief from the consequences of a mistake, the period of limitation shall not begin to run until the plaintiff has discovered the fraud or the mistake, as the case may be, or could with reasonable diligence have discovered it: Provided that nothing in this section shall enable any action to be brought to recover, or enforce any charge against, or set aside any transaction affecting, any property which -
i
(i) in the case of fraud, has been purchased for valuable consideration by a person who was not a party to the fraud and did not at the time of the purchase know or have reason to believe that any fraud had been committed; or
subparagraph
(ii) in the case of mistake, has been purchased for valuable consideration, subsequently to the transaction in which the mistake was made, by a person who did not know or have reason to believe that the mistake had been made.
subsection
(2) Section 6A shall not apply to any action to which paragraph (1)(b) applies. 24 [36] Kami telah meneliti pliding plaintif terutamanya perenggan 43 sehingga 74 pernyataan tuntutan untuk memahami pliding mengenai fraud yang dikatakan telah diplidkan. Untuk menjelaskannya kami petik pernyataan tuntutan plaintif seperti berikut:
section
43. Plaintif kemudiannya telah memfailkan Guaman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. 86-21-95-2001 [sic] terhadap Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-6 (“Guaman terdahulu tersebut”).
section
44. Yang sama telah dibatalkan selepas Plaintif digulung dan kebenaran tidak dapat diperolehi dalam masa yang cukup daripada Ketua Pengarah Insolvensi.
section
45. Tanpa mengambil kira perkara itu, Guaman terdahulu tersebut telah dibela oleh Defendan-Defendan berdasarkan atas suatu asas palsu dan di dalam penerusan frod dan pengkomplotan yang diplidkan di bawah dan Plaintif oleh itu tidak terhalang daripada membawa tuntutan semasa.
section
46. Masih selanjutnya, butir-butir lanjut frod dan pengkomplotan seperti mana yang diplidkan di dalam ini hanya timbul dalam jangkamasa had masa dan sekali lagi, Plaintif tidak terhalang daripada membawa tuntutan semasa. 25 FROD DAN PENGKOMPLOTAN DEFENDAN-DEFENDAN
section
47. Tanpa diketahui oleh Plaintif-Plaintif pada masa itu, pengeluaran Notis tersebut telah berupa tindakan-tindakan yang dilakukan berturutan dengan suatu rekaan frod dan tindakan-tindakan pengkomplotan sesama Defendan-Defendan untuk memudaratkan Plaintif, butir-butirnya yang mana diplidkan di bawah ini.
section
48. Selepas Notis tersebut dan dalam masa Plaintif memajukan bantahan-bantahan tersebut di atas, Defendan Ke-3 telah dipanggil untuk membentangkan pendapat Defendan Ke-2 berkenaan yang sama.
section
49. Melalui sepucuk surat kepada Pengerusi Defendan Ke-2 pada masa itu bertarikh 19.3.2001, Defendan Ke-3 telah melampirkan suatu laporan (“Laporan tersebut”).
section
50. Laporan tersebut adalah palsu sepenuhnya. BAHAN KES a. Defendan Ke-3 di dalam perenggan 2.3. Laporan tersebut telah menyatakan bahawa projek tersebut belum lagi bermula tetapi telah menyelubungi sebab-sebab sebenar ianya belum bermula dan sebaliknya telah ingin menunjukkan bahawa kelewatan itu adalah salah Plaintif. 26 b. Defendan Ke-3 di dalam perenggan 3.1, Laporan tersebut dengan palsunya mendakwa bahawa Plaintif telah membuat pindaan-pindan kepada pelan tatatur untuk memperolehi penggunaan maksima tanah dan telah mengambil masa yang lama untuk memberi ulasan dan melaksanakan komen-komen. c. Defendan Ke-3 di dalam perenggan yang sama mendakwa secara palsunya bahawa disebabkan kegagalan tindakan Plaintif, Defendan Ke-2 telah terpaksa menghadiri kepada kelulusan-kelulusan pelan-pelan tatatur. d. Di dalam perenggan 3.2, kelewatan konon di dalam memperolehi kelulusan kepada pelan-pelan pre-comp telah sekali lagi dipersalahkan secara palsu ke atas Plaintif. e. Defendan Ke-3 selanjutnya mendakwa bahawa Defendan Ke-2 telah menghadiri kepada perkara ini sedangkan sebenarnya pelan-pelan pre-comp tersebut telah sememangnya sedia untuk dibentangkan tetapi tidak dibentangkan. f. lanya adalah Plaintif yang telah melaksanakan tugasan Defendan Ke-2 pada permintaan Defendan Ke-4 yang memaklumkan wakil Plaintif untuk melakukannya sendiri sekiranya Plaintif menginginkan sangat yang sama dibentangkan dan memperolehi suatu kelulusan cepat akannya. Surat asal pembentangan pelan pre-comp tersebut masih di dalam pegangan Plaintif; 27 g. Di perenggan 3.4 Laporan tersebut, Defendan Ke-3 telah menyatakan bahawa sehingga suratnya bertarikh 7.2.2001, Plaintif telah tidak pernah berhubung dengan Defendan Ke-2 . Ini sekali lagi adalah tidak benar. h. Secara amnya, Defendan Ke-3 telah mendakwa bahawa Plaintif adalah penyebab kelewatan tersebut, dakwaan yang mana adalah kepada pengetahuannya, jelas tidak benar dan Plaintif mengulangi kandungan perenggan 18 hingga 41 di atas. i. Masih selanjutya, tiada apa jua dakwaan pengingkaran Perjanjian tersebut telah dikomunikasikan kepada Plaintif untuk membolehkan Plaintif memberi penjelasan atau jawapan kepadanya. j. Kesemua dakwaan-dakwaan di dalam Laporan tersebut tidak disokong oleh apa jua butir-butir dan berpremiskan pernyataan-pernyataan hearsay; k. Selanjutnya, Defendan Ke-2 dan Ke-3 tidak pernah bergantung ke atas apa jua pengingkaran oleh Plaintif tetapi hanya atas fakta bahawa Perjanjian tersebut telah luput.
section
51. Laporan tersebut seterusnya telah mendedahkan bahawa terdapat suatu perjumpaan Lembaga Pengarah pada 19.7.2000 di mana Lembaga telah memutuskan untuk menamatkan Perjanjian tersebut 28 untuk mengelakkan yang sama dikawal oleh suatu pihak ketiga yang tidak pernah dinamakan .
section
52. Tanpa mengambil kira perkara ini, Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 telah hanya mengarahkan peguamcara untuk mengeluarkan Notis tersebut yang tidak mengandungi maklumat ini.
section
53. Di dalam kata-kata lain, Defendan-Defendan ini tidak pernah menuruti dengan keputusan Lembaga tersebut dan sebaliknya telah terus mengarahkan peguamcara untuk mengeluarkan Notis tersebut.
section
54. Dalam apa jua kes, tidak pernah wujud apa jua keputusan Lembaga Pengarah sebegitu dan sebaliknya, apa yang diputuskan hanyalah bahawa pemunya-pemunya Plaintif membuka syarikat baru untuk meneruskan dengan Perjanjian dan projek tersebut untuk mengelak kawalan projek tersebut jatuh ke dalam tangan suatu pihak ketiga.
section
55. Masih selanjutnya, tidak pernah wujud apa jua komunikasi kepada Plaintif berkenaan keputusan Lembaga kepada pemunya-pemunya Plaintif untuk membuka syarikat baru untuk meneruskan dengan Perjanjian tersebut. 29
section
56. Oleh itu, Plaintif tidak pernah berada di dalam kedudukan untuk bertindak atas Laporan tersebut mahupun untuk memberi ulasan berkenaannya.
section
57. Di dalam apa jua keadaan, dakwaan mengenai kawalan oleh pihak ketiga ini adalah rekaan Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3, Ke-4 dan Ke-5. Tidak pernah ada apa jua pihak ketiga yang mengawal Plaintif, pihak ketiga yang mana juga tidak pernah dikenalpasti oleh Defendan-Defendan ini.
section
58. Defendan-Defendan ini juga tidak pernah memerlukan bukti berkenaan yang sama atau meletakkan dakwaan ini kepada Plaintif untuk membolehkan Plaintif mengulas atau memberi penjelasan.
section
59. Di dalam perenggan 3.7 Laporan tersebut, ianya sekarang didakwa bahawa projek tersebut telah dibeli oleh Defendan Ke-6 daripada pihak ketiga terdakwa tersebut.
section
60. Dakwaan ini sekali lagi adalah suatu pengataan palsu.
section
61. Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 sekali lagi tidak pernah bertanya dengan Plaintif untuk menjelaskan pernyataan di dalam Perenggan 3.7 tersebut tetapi Defendan Ke-3 masih lagi memasukkan pernyataan prejudisial dan hearsay di dalam 30 surat tersebut untuk memberikan suatu pendapat negatif terhadap Plaintif di dalam minda pembaca-pembaca Laporan tersebut.
section
62. Padahal, keseluruhan dakwaan di dalam Laporan tersebut mengenai kawalan projek tersebut oleh seorang pihak ketiga dan mengenai yang sama dijual oleh pihak ketiga adalah suatu perkara pura-pura kerana Defendan Ke-2 sememangnya telah meneruskan untuk melaksanakan Perjanjian Benua Ehsan (didefinasikan dibawah ini) dan dengan itu membenarkan pihak ketiga itu dan Defendan Ke-6 mendapatkan keuntungan dari yang sama.
section
63. Melalui suatu surat lanjut bertarikh 5.7.2001, Defendan Ke-3 telah sekali lagi membuat dakwaan palsu dan tidak berasas terhadap Plaintif untuk menyokong keengganan Defendan Ke-2 untuk melanjutkan Perjanjian tersebut dan sebaliknya bersetuju kepada perlaksanaan suatu perjanjian baru dengan Defendan Ke-6.
section
64. Secara terperincinya, Defendan Ke-3 telah menyatakan di dalam perenggan 4.1(ii) dan 5 surat tersebut bertarikh 5.7.2001 bahawa Plaintif tidak serius di dalam mendapatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan apabila Defendan Ke-3 mengetahui sebagai pengarah Defendan Ke-2 bahawa kelulusan-kelulusan itu telah tergendala secara besarnya disebabkan oleh Defendan Ke-2 sendiri atau sekurang-kurangnya tanpa disebabkan oleh apa jua kesalahan Plaintif. 31
section
65. Kedua-dua Laporan tersebut dan surat bertarikh 5.7.2001 tersebut telah disediakan secara bersesama oleh Defendan Ke-3 dan Ke-4 atas arahan, nasihat dan petunjuk Defendan Ke-5.
section
66. Dalam masa itu, Defendan Pertama dan Ke-2 telah berturutan dengan suatu perjanjian bertarikh 14.6.2001 memasuki suatu Perjanjian Usahasama dengan Defendan Ke-4 [sic] atas terma-terma yang sama seperti yang terkandung di dalam Perjanjian tersebut (seterusnya dirujuk kepada sebagai “Perjanjian Benua Ehsan”).
section
67. Defendan Ke-6 telah berupa pedagang am dan mempunyai modal berbayar dan dikeluarkan sebanyak RM2.00 sahaja.
section
68. Oleh yang demikian, Defendan Ke-4 [sic] telah tidak layak dan tiada kemudahan, kemampuan atau sumber untuk melaksanakan terma-terma Perjanjian Benua Ehsan.
section
69. Dalam masa itu: a. Tanpa mengambil kira bahawa kedua-dua usahasama dengan Plaintif dan Citrasama telah secara bersama-sama diambil tindakan dari tarikh pelaksanaan, Defendan Ke-2 tidak pada mulanya mengambil apa jua langkah untuk menamatkan usaha sama itu dengan Citrasama walaupun kesemua dakwaan mengenai kegagalan terhadap Plaintif terpakai dengan cara yang sama terhadap Citrasama; 32 b. Ini adalah untuk membuka jalan untuk membolehkan Defendan Ke- 6 memperolehi Bahagian Metroway sementara pihak-pihak yang bersekutu dengan Defendan Ke-6 merunding untuk membeli saham-saham Citrasama; c. Selepas itu, pihak-pihak yang bersekutu dengan Defendan Ke-6 tersebut telah membeli pegangan saham Citrasama; dan d. Selepas itu, 1st dan 2nd Defendant telah melanjutkan usahasama dengan Citrasama tetapi tidak berbuat yang sama dengan Plaintif.
section
70. Plaintif menyatakan bahawa pengeluaran Notis tersebut dan seterusnya keengganan Defendan Ke-2 secara salahnya untuk melanjutkan tempoh Perjanjian tersebut, Laporan tersebut, surat bertarikh 5.7.2001 tersebut dan seterusnya perlaksanaan Perjanjian Benua Ehsan telah berupa hasil suatu pengkomplotan di antara Defendan-Defendan untuk mencederakan Plaintif melalui cara taksah atau selainnya melalui cara sah dengan tujuan utama untuk mencederakan Plaintif dengan secara manfaat di bawah Perjanjian tersebut taksah menafikanPlaintif dan usaha-usaha Plaintif sepanjang tempoh 5 tahun sebelum Notis tersebut dan untuk membolehkan manfaat-manfaat dan usaha-usaha tersebut dipindahkan kepada Defendan Ke-6. 33
section
71. Selaras dengan pengkomplotan tersebut, Defendan-Defendan telah melaksanakan tindakan-tindakan nyata berikut: a. Setakat 18.3.1999, apabila Plaintif memohon perlanjutan formal Perjanjian tersebut, Plaintif telah diyakinkan oleh Defendan Ke-4 bahawa Perjanjian tersebut akan dilanjutkan; b. Perlakuan selepas itu oleh Defendan Ke-2, kepada pengetahuan Defendan Pertama, Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 mengesahkan bahawa Perjanjian tersebut kekal berkuatkuasa; c. Pada suatu masa selepas itu tetapi pada suatu tarikh yang tidak diketahui, Defendan Ke-6 telah menghampiri Defendan Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 untuk mengambil alih projek tersebut; d. Defendan-Defendan ini kemudiannya mula-mula sekali merepresentasikan kepada Lembaga Pengarah Defendan Ke-2 bahawa projek tersebut telah sedang dikawal oleh suatu pihak ketiga sebagai sebahagian daripada syor mereka bahawa Perjanjian tersebut ditamatkan; e. Atas anggapan bahawa kawalan ini dihalang (di mana dinafikan dan di dalam apa jua keadaan adalah tidak benar), Lembaga tersebut pada 19.7.2000 telah mengarahkan Plaintif diperlukan untuk membentuk syarikat baru untuk meneruskan dengan projek tersebut; 34 f. Menyedari bahawa ini tidak akan melayan tujuan Defendan Ke- 6, Defendan-Defendan ini kemudiannya mengarahkan peguamcara untuk mengeluarkan Notis tersebut tetapi tidak mengarahkan peguamcara tersebut untuk memaklumkan mahupun ada mereka sendiri memaklumkan Plaintif mengenai resolusi Lembaga tersebut di dalam (e) di atas; g. Pada setiap masa, Defendan-Defendan ini ketahui bahawa sekiranya Perjanjian tersebut ditamatkan atas asas apa yang lambat laun dinyatakan di dalam Laporan tersebut dan surat bertarikh 5.7.2001, Plaintif akan berada di dalam kedudukan untuk mendedahkan dakwaan-dakwaan tersebut sebagai palsu (perenggan-perenggan di atas yang relevan dan perenggan 18 hingga 39 di atas adalah diulangi di sini); h. Oleh itu, Defendan-Defendan ini telah memutuskan untuk mengarahkan peguamcara untuk hanya Perjanjian tersebut telah luput; i. Dalam masa itu, dan dalam pandangan terhadap menyebabkan Lembaga tersebut membelakangi Resolusinya di dalam (e) di atas, Defendan-Defendan ini telah menyediakan Laporan tersebut dan surat bertarikh 5.7.2001; 35 j. Dakwaan-dakwaan di dalam Laporan tersebut dan surat bertarikh 5-7-2001 telah berupa palsu, rekaan dan tercipta; k. Dakwaan-dakwaan di dalam Laporan tersebut dan surat bertarikh 5.7.2001 telah diselubungi [sic] daripada Plaintif; l. Oleh itu, Defendan-Defendan ini telah memperolehi suatu keadaan di mana pada satu tangan, mereka dapat meracuni Lembaga tersebut terhadap Plaintif mana kala tangan lain pula while menafikan Plaintif peluang untuk mengulas kepadanya; m. Defendan-Defendan ini tidak pernah membentangan kepada Lembaga tersebut dengan suatu pandangan objektif fakta-fakta mahupun dengan bantahan-bantahan bertulis Plaintif terhadap penamatan tersebut. Alternatifnya, Lembaga tersebut dipihak mereka, telah tidak mengendahkan yang sama; n. Akhirnya, Defendan-Defendan ini telah menyebabkan Lembaga tersebut untuk bersetuju supaya Perjanjian tersebut tidak dilanjutkan dan untuk memasukki Perjanjian Benua Ehsan; o. Lembaga tersebut dipihak mereka, namun pernyataan-pernyataanyang jelas memprejudiskan dan menyokong diri sendiri yang dibuat di dalam Laporan tersebut dan surat bertarikh 5.7.2001, tidak mengarahkan maklumat dan 36 keterangan lanjut dibentangkan kepada mereka ataupun untuk meminta Plaintif membentangkan pandangannya; p. Sebaliknya, Lembaga tersebut telah secat·a semberono dan tanpa peduli menerima representasi-representasi Defendan-Defendan ini, pada asasnya mendelegasikan tanggungjawab untuk tindakan Defendan Pertama dan Ke-2 kepada Defendan-Defendan ini; q. Defendan-Defendan ini tidak pernah mendeklarasikan kepada Lembaga tersebut bahawa mereka akan menerima manfaat paribadi daripada penamatan Perjanjian tersebut dan pemasukkan Petjanjian Benua Ehsan tersebut, butir-butirya yang mana adalah diplidkan di bawah ini; r. Apabila Plaintif memfailkan Guaman terdahulu tersebut, sekali lagi, Lembaga tersebut tidak pernah menyoal Defendan-Defendan ini mengenai mengapa Resolusinya di dalam (e) di atas tidak pernah dilaksanakan; s. Sebaliknya, Lembaga tersebut telah meluluskan perlantikkan peguamcara yang mempertikaikan Guaman terdahulu tersebut berdasarkan atas dakwaan pengingkaran Plaintif dan bahawa Notis tersebut adalah sah; 37 t. Lembaga tersebut telah tidak mempedulikan merits penegasan-penegasan Plaintif di dalamnya itu; u. Secara keseluruhannya, Lembaga tersebut telah memaafkan (acquiesced) dan meluluskan (ratified) perlakuan Defendan Ke- 3, Ke-4 dan Ke-5 sebagaimana yang diplidkan di dalam ini. v. Defendan Ke-5 telah berupa sekutu rapat Menteri Besar pada masa itu dan mampu melaksanakan pengaruh besar atasnya dan ahli-ahli Lembaga Defendan Pertama dan Ke-2; w. Untuk memperolehi perlaksanaan tindakan-tindakan di atas, Defendan Ke-6 telah merasuah Defendan Ke-4 dan Ke-5, butir-butirnya yang mana adalah diturunkan di bawah ini; x. Sebahagian daripada wang rasuah itu telah digunakan untuk manfaat pejabat Menteri Besar pada masa itu.
section
72. Rasuah-rasuah kepada Defendan Ke-4 dan Ke-5 adalah dalam bentuk bayaran-bayaran peribadi dan pembayaran kepada pembiaya mereka yang telah membiaya pembelian kenderaan-kenderaan dan harta benda peribadi mereka private dan ubahsuai pejabat Menteri Besar pada masa itu. 38
section
73. Khusus berkenaan Defendan Ke-5, akaun pinjaman sewa-beli telah dipegang dengan Alliance Bank di bawah Akaun No. 14055 005000 9904.
section
74. Di antara 2001 dan 2004, Defendan Ke-5 telah menerima sejumah sebanyak RM2,277,648.98 di dalam pelbagai jumlah.
section
75. Jumlah-jumlah yang diterima oleh Defendan Ke-4 masih belum ditentukan tetapi boleh ditentukan selepas penzahiran dan interogatori
section
76. Butir-butir penuh kesemua rasuah yang diberikan oleh Defendan Ke-6 akan dikemukakan selepas penzahiran dalam tindakan ini.
section
77. Disebabkan oleh rasuah-rasuah dan pengkomplotan yang diplidkan di atas, pengeluaran Notis tersebut dan penamatan Perjanjian tersebut adalah sebenarnya diperolehi melalui frod, butir-butirnya yang mana diplidkan di dalam Perenggan 47 hingga 74 di atas.
section
78. Disebabkan oleh frod dan pengkomplotan tersebut, Defendan-Defendan adalah secara bersesama dan berasingan liable kepada Plaintif untuk kesemua kerugian dan kehilangan yang dialami oleh Plaintif. Butir-butir gantirugi khas adalah diplidkan di bawah. 39
section
79. Setiap satu tindakan pengkomplotan dan frod tersebut telah dilakukan selaras dengan suatu tujuan bersama untuk manfaat Defendan-Defendan dan untuk mencederakan Plaintif dan mereka adalah liable bersesama dan berasingan untuk kesemua kerugian Plaintif. [penekanan ditambah] [37] Berkaitan dakwaan fraud, menerusi penelitian pliding di atas daripada perenggan 45 sehingga 71 (j) plaintif memplidkan berkaitan dokumen-dokumen yang dirujuk dalam perenggan [32] di atas yang telah wujud selewat-lewatnya dalam tahun 2001. Plaintif memplidkan bahawa kandungan Laporan yang dibuat oleh D3 kepada D2 dan Surat D3 kepada Menteri Besar yang juga pengerusi D2 adalah berdasarkan fakta-fakta palsu dan tercemar kerana dirasuah oleh D6. Dokumen-dokumen ini juga dirujuk dalam Guaman 2002 yang telah dibatalkan. Kami berpendapat berdasarkan pliding, tidak ada butiran fraud baru yang ditemui. Oleh itu kami berpendapat berdasarkan fakta yang diplidkan dalam Tuntutan ini, peruntukan seksyen 29 Akta Had Masa 1953 tidak terpakai untuk membolehkan plaintif membawa tindakan baru dalam tahun 2016. 40 [38] Kami bersetuju dengan pendapat Yang Arif bahawa had masa akan mula berjalan sebaik sahaja seseorang plaintif mengesyaki bahawa suatu kecederaan telah dilakukan ke atasnya dan seseorang plaintif tidak perlu menyedari tindak tanduk spesifik untuk memfailkan tindakan berkenaan dan seterusnya bahawa sekiranya syak timbul, plaintif tidak boleh berdiam diri dan menunggu fakta-fakta terbongkar kerana beban adalah atas plaintif untuk mencari fakta-fakta berkenaan. Ini adalah prinsip undang-undang mantap (Liaw Hen Kyun@ Alex Liaw & Others v. Ho Mui Fan @ Ho Kon Thiam [2016] MLJU 1741). Dalam kes ini perkara yang didakwa mengenai Laporan dan Surat D3 yang menjadi asas pengataan fraud telah berada dalam pengetahuan plaintif sejak 2001. [39] Kegagalan membutirkan fraud adalah suatu kelemahan pliding yang membawa padah (fatal) kepada kes plaintif. Ini ditegaskan oleh Gopal Sri Ram HMR (beliau pada ketika itu) dalam kes Wong Yew Kwan v. Wong Yu Ke & Anor [2010] 2 CLJ 703 seperti berikut: "In my judgment the learned judge was entirely correct in striking out the appellant's pleading as being plainly and obviously unsustainable. Both principle and authority favour her decision. First the principle. It is to be found in s. 340(1) of the National Land Code to which she adverted in her judgment. 41 That section immunises the title of a registered proprietor from impeachment save in the limited circumstances that are housed in sub-s (2), namely, registration that has been occasioned by fraud or forgery or by an insufficient or void instrument. In the present case, the appellants sought to rely on the fraud exception. But, as correctly pointed out by the learned judge, mere general allegations of fraud are insufficient to constitute a pleaded case of fraud. As Lord Hatherley said in Wallingford v. Mutual Society (1880) 5 App Cas 685: There is the question of fraud upon which I said I should touch in one moment. Now I take it to be as settled as anything well can be by repeated decisions, that the mere averment of fraud, in general terms, is not sufficient for any practical purpose in the defence of a suit. Fraud may be alleged in the largest and most sweeping terms imaginable. What you have to do is, if it be matter of account, to point out a specific error, and bring evidence of that error, and establish it by that evidence. Nobody can be expected to meet a case, and still less to dispose of a case, summarily upon mere allegations of fraud without any definite character being given to those charges by stating the facts upon which they rest.". [40] Dalam kes yang sama, Zaleha Zahari, HMR (beliau pada ketika itu) menegaskan kegagalan membutirkan fraud walaupun dikatakan baru diketahui adalah suatu kelemahan pliding yang juga membawa 42 padah (fatal) kepada kes plaintif. Saya petik perenggan [25] penghakiman seperti berikut: [25] The non-particularization of the allegation of fraud by the appellant in this case was clearly fatal. The admission by the appellant of the discovery of fraud being "recent" and "investigation is still on going" is against the Rules and not in accord with the principles which has been firmly established. Paragraphs 1 and 2 as pleaded in the statement of defence and counter-claim clearly were clearly insufficient on the issue of fraud. [41] Penggunaan perkataan fraud semata-mata dalam pliding tidak membawa apa-apa makna dan kesan. Apabila memplidkan bahawa fakta fraud telah disembunyikan daripada plaintif, untuk memenuhi keperluan peruntukan statut, plaintif dikehendaki menyatakan bagaimana fakta tersebut disembunyikan daripada pengetahuan plaintif. Ini ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Jeffrey Tan HMP (beliau pada ketika itu) dalam Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors V. Kwan Chee Hang Sdn Bhd & ORS [2014] 2 CLJ 44 di perenggan [26] laporan seperti berikut: [26] The reason for fraud to be pleaded with particulars is because "the word 'fraud' does not mean anything more than what is stated. When you plead fraud, the particulars must be pleaded... mere general allegations of 43 fraud are insufficient to constitute a pleaded case of fraud" (Tenaga Nasional Bhd v. Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2011] 1 CLJ 491; [2011] 1 MLJ 752 per Abdul Malik Ishak JCA). When fraud, deliberate concealment or mistake is relied upon as postponing the limitation period, it must be sufficiently alleged in the pleading to bring the case within the appropriate statutory provision" (Halsbury's Laws of England 5th edn. Vol. 68 para. 948; see also Halsbury's Laws of Malaysia 2006 Reissue Vol. 21 para. 510.041). "He must clearly state how he was kept from knowledge..." (Babu Das Narani Singh v. Muhammad Yusof (1921) 41 IC 823). "It is necessary that there must be something said or done which was directly introduced to keep the plaintiff from knowledge of his right to sue or apply. This is the interpretation of the old s. 18 of the Limitation Act 1908 which is now s. 17 with modifications" (The Limitation Act by M.R. Mallick (supra ) at 306). [penekanan ditambah] [42] Pliding plaintif dalam tuntutan ini tidak berjaya menunjukkan bahawa plaintif memenuhi keperluan seksyen 29 Akta Had Masa 1953 iaitu dengan kecermatan yang munasabah tetapi masih tidak dapat mengetahui fraud lebih awal. Ini kerana semua dokumen yang didakwa relevan untuk membuktikan fraud (dokumen di perenggan [32] di atas) telah berada dalam pemilikan plaintif selewat-lewatnya dalam tahun
section
2001. Plaintif telah pun memfailkan Guaman 2001 dan Guaman 2002 tetapi atas pilihan sendiri tidak mengambil langkah sewajarnya untuk meneruskan tindakan tersebut terhadap defendan-defendan. 44 Sebaliknya, secara jalan belakang ingin berlindung daripada had masa di bawah seksyen 29 Akta Had Masa 1953 untuk mengesahkan tindakan tersebut dengan memplidkan kononnya fakta mengenai fraud baru diketahui. [43] Dalam pliding, plaintif tidak menyatakan tarikh tepat bila butiran fraud yang didakwanya ditemui. Dalam pernyataan tuntutan dinyatakan dalam tahun 2014 dan 2016. Melalui afidavit dinyatakan diketahui melalui penghakiman mahkamah tetapi butiran penghakiman tidak diplidkan. Manakala apabila berhadapan dengan Pembelaan defendan-defendan, dalam Jawapan, plaintif menyatakan diketahui dalam tahun 2012 (perenggan 2k-Jawapan). Pliding plaintif mengenai fraud berada dalam keadaan kabur dan tidak jelas. [44] Seperti yang disebut di awal penghakiman ini, plaintif telah menarik balik tuntutan terhadap D6 dan tuntutan tersebut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Oleh itu fraud yang diplidkan oleh plaintif atas alasan pemberian rasuah oleh D6 kepada D4 dan D5 yang memberi manfaat tidak sah kepada Pejabat Menteri Besar dan D5 secara peribadi yang diplidkan di perenggan 71 sehingga 76 secara sendirinya gugur. Oleh itu pliding mengenai fraud berkaitan rasuah yang didakwa 45 baru diketahui juga turut sama gugur. Berdasarkan itu, dakwaan kononnya terdapat penemuan-penemuan baru mengenai butiran fraud adalah satu dakwaan kosong dan tidak berasas kerana plaintif juga gagal membutirkan fraud tersebut dalam pliding. Kami berpendapat berdasarkan nas-nas yang mantap tiada pengecualian mengenai pembutiran mengenai fraud. Dalam Tan Chwee Geok & Anor v. Khaw Yen-Yen & Anor ]1975] 2MLJ 188, Mahkamah Persekutuan menyatakan melalui penghakiman Suffian LP mengenai pembutiran mengenai dakwaan fraud seperti berlikut: ……….Before a plea of fraud is put on record, it is the duty of Counsel to insist on being fully instructed on the matter. Such a plea should never be pleaded on flimsy material. [45] Berdasarkan nas-nas di atas kami berpendapat tuntutan plaintif berdasarkan kontrak dan tort telah dihalang oleh had masa dan pliding mengenai butiran fraud yang kononnya baru diketahui juga tidak mencukupi untuk keperluan seksyen 29 Akta Had Masa 1953. Oleh itu Yang Arif tidak melakukan kesilapan yang boleh dirayukan dalam membatalkan tuntutan plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KMR
section
2012. 46 [46] Selain dari had masa, kami juga berpendapat Tuntutan ini wajar dibatalkan kerana tuntutan ini yang merupakan tindakan ketiga terhadap D1 dan D2 dan tindakan kedua terhadap D3 dan D4 berdasarkan fakta yang serupa. Plaintif telah tidak melakukan perkara yang sewajarnya apabila membiarkan Guaman 2002 dibatalkan tanpa mengambil inisiatif untuk memperolehi sanksi daripada Jabatan Insolvensi untuk meneruskan prosiding terhadap defendan-defendan sekiranya mereka percaya bahawa mereka mempunyai kausa tindakan yang sah terhadap defendan-defendan (Lim Oh & Ors V Allen & Gledhill [2001] 3 MLJ 481). Manakala dakwaan umum terhadap D5 mempengaruhi Menteri Besar kerana penerimaan rasuah daripada D6 bukan sahaja tidak dibutirkan tetapi telah gugur dengan sendirinya dengan pernarikan balik tuntutan terhadap D6 oleh plaintif. Oleh itu tuntutan terhadap kesemua defendan adalah suatu kausa tindakan yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta penyalahgunaan proses mahkamah yang sewajarnya dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19. [47] Dalam kes ini, Yang Arif adalah betul dalam dapatannya berdasarkan fakta-fakta yang diplidkan. Tuntutan plaintif adalah dihalang oleh had masa. Oleh itu kes ini adalah suatu kes yang jelas bahawa tuntutan plaintif tidak boleh dipertahankan (unsustainable) dan wajar 47 dibatalkan. Tindakan plaintif yang memfailkan tuntutan di luar had masa tindakan juga adalah tindakan remeh, menyusahkan dan menyalah gunakan proses mahkamah dan wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KMR 2012. [48] Berdasarkan alasan-alasan di atas kami sebulat suara berpendapat tidak terdapat kesilapan yang boleh dirayukan (no appealable error) terhadap penghakiman Yang Arif. Oleh itu ketiga-tiga rayuan plaintif adalah ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi disahkan. Kos dibayar oleh plaintif sebanyak RM10,000.00 tertakluk kepada fi alokatur kepada setiap set defendan. BERTARIKH: 22 SEPTEMBER 2020 sgd HAS ZANAH MEHAT HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA PUTRAJAYA PEGUAM PERAYU/PLAINTIF: Jasvinjit Singh (Tetuan Rajan Navaratnam) 48 PEGUAM RESPONDEN-RESPONDEN: PEGUAM RESPONDEN (DEFENDAN 1, 2 DAN 4) N. Surendran dan Masturina Mohamad Rodzi (Tetuan Edwin Lim & Suren) PEGUAM RESPONDEN (DEFENDAN 3): Andrew Heng Yeng Hoe dan Muhammad Asyraf bin Abd. Aziz (Tetuan Zain Megat & Murad) PEGUAM RESPONDEN (DEFENDAN 5): K. Jeyaraj (Tetuan K. Jeyaraj Fadhli Sin)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.