Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45SOM-2-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MG MYO OOLWIN (NO. PASPORT : – )
RA-45SOM-2-03/2023
High Court of Malaysia7 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45SOM-2-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MG MYO OOLWIN (NO. PASPORT : – )
1
Pada 7.8.2025, Tertuduh seorang warganegara Myanmar telah mengaku salah atas pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, iaitu seperti yang berikut: “PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 6.11.2022 jam lebih kurang 9.00 pagi di kawasan medan selera Jeti Kuala Perlis dalam daerah Kangar di dalam Negeri Perlis di mana kamu telah menjalankan penyeludupan migran iaitu:- Bil.
1
1.
2
2.
3
HNIN EI PHYU Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Hukuman: Penjara tidak lebih 20 tahun, dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.”.
2
Setelah berpuas hati bahawa Tertuduh faham sebab dan akibat pengakuannya serta hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan tersebut, Mahkamah ini telah mensabitkan kesalahan Tertuduh seperti mana pertuduhan tersebut, dan setelah mendengar rayuan Tertuduh dan hujahan faktor pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah mengenakan hukuman 8 tahun penjara dari tarikh tangkap ke atas Tertuduh.
3
Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut telah merayu terhadap keputusan tersebut. Alasan Mahkamah ini mengenakan hukuman tersebut adalah seperti di bawah.
4
Pertama, kesalahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di bawah seksyen 26A ATIPSOM adalah suatu kesalahan yang serius kerana ia boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Oleh kerana itu –
a
kesalahan tersebut telah diklasifikasikan sebagai kesalahan yang melibatkan keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA); dan
b
hukuman berat telah ditetapkan oleh Parlimen bagi kesalahan di bawah seksyen 26A ATIPSOM tersebut, iaitu penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun, dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
5
Justeru, pada pendapat Mahkamah ini, untuk memberi kesan kepada hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 26A ATIPSOM tersebut dan membanteras aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini, hukuman berbentuk pemenjaraan yang panjang adalah wajar dan sesuai dikenakan ke atas Tertuduh.
6
Oleh itu, setelah Mahkamah ini mengambil kira fakta kes ini, prinsip penghukuman, mitigasi Tertuduh dan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman 8 tahun penjara tersebut adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan Tertuduh tersebut.
7
Kedua, Mahkamah ini mengambil judicial notice bahawa –
a
aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran semakin bertambah di negara ini, khususnya di kawasan Kuala Perlis dan Padang Besar, Negeri Perlis yang merupakan antara laluan pilihan kemasukan secara haram ke negara ini; dan
b
ada dalam kalangan migran tersebut yang terlibat dalam pelakuan jenayah di negara ini.
8
Sehubungan dengan ini, sekiranya aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tersebut tidak dibendung dan dibiarkan berleluasa, maka ia boleh mengancam keselamatan dan kepentingan awam di negara ini serta menjejaskan sektor pekerjaan, ekonomi dan keharmonian sosial dalam kalangan masyarakat negara ini.
9
Oleh itu, selaras dengan prinsip penghukuman yang diputuskan dalam kes Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App. R164, Mohd. Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] 2 CLJ 405 dan PP v. Loo Chang Hock [1988] 1 MLJ 316, bagi melindungi kepentingan awam di negara ini dan mencegah kesalahan di bawah seksyen 26A ATIPSOM daripada berleluasa, Mahkamah ini berpendapat bahawa suatu bentuk hukuman berbentuk pencegahan (deterrent) wajar dikenakan ke atas Tertuduh supaya Tertuduh dan orang lain yang mempunyai keinginan untuk melakukan kesalahan yang sama tidak akan mengulangi dan melakukan kesalahan yang serupa pada masa akan datang.
10
Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Zakaria Yatim J (pada ketika itu) dalam kes Ong Lai Kim v PP and other appeals [1991] 3 MLJ 111 seperti yang berikut: “The offence of rape is rampant in this country. The court will be failing in its duty if it does not impose a deterrent sentence in this case. The punishment must not only deter the appellants from committing a similar offence in the future but it must also deter others from committing such an offence. The punishment inflicted for grave offences including the crime of rape should adequately reflect the revulsion felt by the great majority of society. See JC Smith & B Hogan Criminal Law (5th Ed) at p 6.”. [Penekanan ditambah]
11
Selanjutnya, dalam kes Cha Siang Hock v. PP [2018] 1 LNS 463, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Idrus Harun JCA (pada ketika itu) telah memutuskan seperti yang berikut: “In this case, the gravity and the rampancy of the offence justify the imposition of the sentence by the learned judge. The need for a deterrent sentence manifestly far outweighs the necessity to impose a lighter sentence in view of the appellant’s guilty plea.”. [Penekanan ditambah]
12
Justeru, bagi mencapai tujuan penghukuman ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman 8 tahun penjara tersebut adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh.
13
Ketiga, berdasarkan prinsip penghukuman yang mantap, pesalah yang mengaku salah layak dipertimbangkan diskaun antara 1/4 hingga 1/3 daripada hukuman penjara maksimum yang boleh dikenakan ke atasnya. Ini kerana, pengakuan salah tersebut telah dapat menjimatkan banyak masa Mahkamah dan saksi-saksi serta kos pendakwaan.
14
Prinsip ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Mohd. Abdullah Ang Swee Kang v. PP (supra) melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd. Azmi SCJ seperti yang berikut: “A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentence not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence. The sentence imposed on the appellant was manifestly excessive. It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between 1/4 and 1/3 of what otherwise would have been the sentence. In this particular case, apart from plea of guilty, the sentence must also be discounted to reflect the full restitution made and other mitigating factors.”. [Penekanan ditambah]
15
Walaupun diskaun yang lazim dipertimbangkan oleh Mahkamah bagi pesalah yang mengaku salah ialah antara 1/4 hingga 1/3 daripada hukuman penjara maksimum yang boleh dikenakan ke atas pesalah tersebut, namun dalam kes ini, setelah mempertimbangkan fakta kes dan mitigasi Tertuduh, Mahkamah ini telah memberi diskaun lebih daripada 1/2 daripada hukuman penjara maksimum yang diperuntukkan di bawah seksyen 26A ATIPSOM kepada Tertuduh, yang mana Tertuduh hanya dikenakan hukuman 8 tahun penjara daripada hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi kesalahan di bawah seksyen 26A ATIPSOM tersebut.
16
Berdasarkan prinsip penghukuman di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman 8 tahun penjara tersebut adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh.
17
Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah mengenakan hukuman 8 tahun penjara dari tarikh tangkap ke atas Tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 26A ATIPSOM tersebut. Tarikh : 26 NOVEMBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Pendakwaan : TPR Puan Syazwani Binti Zawawi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia Bahagian Perundangan Aras 4 Selatan, Kompleks Kementerian kewangan No.3, Persiaran Perdana, Presint 2 62596 Putrajaya Peguam bagi pihak Tertuduh: Encik Mohd Norazam Bin Majid Tetuan Azam Majid & Associates Peguam Bela dan Peguam Cara 47, Kompleks Peruda Jalan Sultanah Badlishah 05000 Alor Setar
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.