(M) Sdn Bhd ke atas premis yang disewa itu selagi mana tidak bercanggah dan tidak melanggar perjanjian penyewaan, maka Defendan tidak perlu masuk campur. Oleh itu, isu yang dibangkitkan oleh Plaintif bahawa Defendan tidak melindungi Plaintif daripada apa-apa gangguan, isu penggunaan semua aset Plaintif dan isu mengenai pencerobohan premis yang diplidkan telah dilakukan oleh Rizq Teja Resources (M) Sdn Bhd adalah isu yang perlu ditangani antara Plaintif dan Rizq Teja Resources (M) Sdn Bhd. Isu-isu ini tidak relevan kepada Defendan kerana obligasi dan kovenan yang termaktub dalam perjanjian penyewaan di antara Defendan dan Plaintif sudah tamat. [26] Keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan bagi relief yang dimohon pada perenggan 19 pernyataan tuntutan adalah teratur di sisi undang-undang. S/N qzEFnfXYuEii3kUXqnlhnA [27] Tiada apa-apa bukti untuk Mahkamah ini mengakas keputusan Pn HMS yang bijaksana kerana Pn HMS yang bijaksana did not derailed and misguided herself from the true issues needed to be tried that overwhelms the present case and failed to make clear and meaningful determination of the relevant documents at hand; did not misguided herself in overlooking all the relevant law, pleadings, evidence and documents tendered; and did not arrived at a decision without taking into account the root and fundamental issues at hand. Walau pun Mahkamah Tinggi ini, dalam mendengar rayuan daripada Mahkamah Sesyen adalah bertindak sebagai “an appellate capacity under section 27 of the Courts of Judicature Act 1964 read with O. 55 r. 5 ROC 2012”, namun sekiranya tiada keperluan untuk campurtangan, Mahkamah Tinggi tidak akan mengubah dapatan Pn HMS yang bijaksana. [28] Ini adalah juga menjadi perkara asas dan undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan mencampuri budibicara yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dalam menentukan keputusan kes berdasarkan fakta dan juga keterangan saksi-saksi Pada peringkat rayuan, Mahkamah Tinggi tidak perlu mengusik/mengganggu dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana. Mahkamah Tinggi mendapati tiada kesilapan yang telah dibuktikan berdasarkan kepada alasan penghakiman beliau. Mahkamah Tinggi ini menggunapakai nas undang-undang seperti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1; kes Mahkamah Rayuan: Tay S/N qzEFnfXYuEii3kUXqnlhnA Keong Kok & Ors v. Eastmont Sdn Bhd and another appeal [2024] 5 MLJ 683; dan S Quarry Sdn Bhd v Desaru Development Corp Sdn Bhd & Ors [2019] MLJU 99. [29] Undang-undang berkaitan dengan beban pembuktian adalah mantap. Dalam kes tuntutan kerugian, pihak yang menuntut perlulah terlebih dahulu membuktikan tuntutannya berdasarkan peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950 sehingga 103 Akta Keterangan 1950 sepertimana diterangkan dalam kes Sumbang Projeks Sdn. Bhd. v Tenaga Nasional Berhad [2014] MLJU 1813. Sekiranya ini gagal dibuktikan, maka tiada keperluan bagi Mahkamah untuk mentaksirkan apa-apa ganti rugi. [30] Apabila dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana adalah tepat maka rumusan bahawa Defendan tidak melanggar apa-apa klausa dalam perjanjian penyewaan dengan Plaintif, maka Mahkamah Tinggi ini tidaklah perlu mengakasnya. Atas imbangan kebarangkaian, Plaintif telah gagal untuk membuktikan kesnya terhadap Defendan, Kesimpulan [31] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Pn HMS yang bijaksana adalah betul dan menurut lunas undang-undang. [32] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu Mahkamah ini would not interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned SCj are correct. S/N qzEFnfXYuEii3kUXqnlhnA [33] Pembelaan Defendan berjaya menangkis keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentar. [34] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa pada peringkat rayuan, Mahkamah ini tidak perlu mengganggu keputusan Pn HMS yang bijaksana. Bertarikh: 16 November 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Perayu/plaintif: En. Jaspal Singh S/O Gurdipp Singh bersama-samanya En. S Sivashankar Tetuan Jaspal Singh & Associates, Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden/defendan: En. Ashok Kumar A/L Raman Tetuan A K Raman Nair, Kajang, Selangor S/N qzEFnfXYuEii3kUXqnlhnA