Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Ampang seperti berikut: Pertuduhan “Bahawa kamu pada 26.9.2019 jam lebih kurang 9.00 pagi bertempat di rumah No.11, Jalan 1/1A, Kampung Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor, di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan bernama Norshazwanie binti Zulkiflee (No.K/P: 050206-06-0574) yang berumur 14 tahun 7 bulan. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Hukuman hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.”