Cr LJ 381 – “Since the word “modesty” has not been defined in the Indian Penal Code, we may profitably look into its dictionary meaning. According to Shorter Oxford English Dictionary (3rd edition) “modesty” is the quality of being modest and in relation to woman, means “womanly propriety of behaviour: scrupulous chastity of thought, speech and conduct. The words “modest”in relation to woman is defined in the above dictionary as “decorous in manner and conduct: not forward or lewd; shameful”.” [33] Daripada keterangan SP1, dapat dilihat bahawa sentuhan oleh Tertuduh, iaitu dengan memeluk SP1 dari belakang, diikuti dengan memegang buah dada SP1 selanjutnya menyelak atau mengangkat pakaian SP1 ke atas dengan sebelah tangannya, manakala sebelah tangan lagi meramas buah dada SP1, adalah tindakan yang selari dan berturutan menunjukkan niat jahat Tertuduh untuk mencabul kehormatan SP1. Bahagian badan SP1 yang disentuh dan dipegang oleh Tertuduh adalah bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa tanpa kerelaan SP1. Tambahan pula SP1 dan Tertuduh bukan suami-isteri mahupun pasangan kekasih. Oleh itu inferens yang paling wajar adalah Tertuduh sememangnya berniat jahat untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan SP1. Elemen ini telah dibuktikan. Elemen S.292 Kanun Keseksaan [34] Terdapat 2 keping gambar SP1 yang terbuka di bahagian dada sehingga menampakkan buah dada SP1 iaitu di eksibit P3 (4-5). Gambar-gambar ini telah dicamkan oleh SP1 sebagai gambar buah dadanya yang diambil oleh Tertuduh selari dengan keterangan SP1 selepas kejadian cabul berlaku. Gambar-gambar ini dijumpai oleh SP8 dalam folder recycle bin telefon bimbit Tertuduh apabila telefon bimbit Tertuduh dirampas untuk siasatan. Telefon bimbit ini kemudian telah dihantar untuk analisa forensik PDRM tetapi gambar asal dalam telefon bimbit tidak dapat dikesan. SP8 menjelaskan, gambar-gambar yang disimpan dalam folder recycle bin akan hilang kerana mempunyai jangka hayat simpanan yang lebih pendek. Mahkamah berpuas hati pendakwaan telah membuktikan elemen milikan bahan lucah ini kerana gambar-gambar telah dicamkan pemilik badan sendiri dan gambar-gambar ditemui SP8 dalam telefon bimbit Tertuduh yang dirampas. Keterangan SP1 dan SP8 adalah selari dan kredibel. [35] Pada 22-1-2026, setelah mendengar dan meneliti keterangan 8 orang saksi pendakwaan bersama-sama eksibit-eksibit yang dikemukakan serta hujahan yang difailkan, atas penilaian maksima mahkamah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan- pertuduhan terhadapnya. Oleh yang demikian Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Tertuduh telah diberikan 3 pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; atau memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau berdiam diri. Tertuduh memilik memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Perbicaraan di peringkat pembelaan diteruskan pada 16-2-2026 dan pembelaan mengemukakan seorang saja saksi iaitu Tertuduh sendiri. KES PEMBELAAN [36] Di peringkat ini sebagaimana kehendak Seksyen 173(m)(l) KTJ, Mahkamah bertanggungjawab menentukan sama ada keterangan yang dikemukakan pihak Pembelaan menimbulkan keraguan munasabah ke atas keseluruhan kes Pendakwaan terhadap OKT. [Rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang merujuk kes Mahkamah Tinggi, Mat v PP [1963] MLJ 263]. [37] Dalam keterangan pembelaan, Tertuduh mengatakan pada 14-7-2025 jam 5.15pm, sebagaimana tarikh dan masa pertuduhan, Tertuduh sememangnya berada di lokasi kejadian, yang mana SP1 juga berada di situ. Keterangan ini selari dengan keterangan SP1 dan SP2. Menurut Tertuduh, SP2 telah masuk ke dalam stor untuk meletakkan barang tetapi terus keluar, manakala Tertuduh kekal di dalam stor bersama SP1. Namun menurut Tertuduh, dia hanya berbual sebentar saja dengan SP1 sebelum ke tandas dan meninggalkan telefon bimbitnya di dalam stor. Setelah keluar dari tandas, Tertuduh mengambil semula telefon bimbitnya. [38] Kemudian pada jam 5.30 pm. Tertuduh telah keluar ke bank di Petronas Bandar Baru Selayang untuk mendepositkan hasil jualan kedai dan kembali semula ke kedai pada jam 7 malam. Pada masa itu Tertuduh melihat SP1 masih bekerja dalam keadaan biasa. Pada jam 10.30 malam, Tertuduh telah membantu menutup operasi kedai dan mengira hasil jualan sebelum pulang ke rumah seperti biasa. Tertuduh menafikan ada melakukan perkara yang dipertuduhkan. Tertuduh menafikan ada meraba dan memasukkan jari ke dalam dubur dan faraj mangsa serta menafikan ada membuat apa-apa ugutan dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengurus terhadap SP1 dan menafikan ada memiliki gambar lucah dalam telefon bimbitnya. Pada 15-7-2025, Tertuduh ditahan polis atas laporan yang dibuat oleh SP1 terhadapnya dan direman selama 5 hari sebelum dituduh di Mahkamah. DAPATAN MAHKAMAH [39] Sememangnya dalam suatu pertuduhan jenayah, Tertuduh tidak perlu membuktikan dirinya tidak bersalah kerana undang-undang meletakkan tanggungjawab untuk membuktikan kesalahan Tertuduh di tangan pihak pendakwaan. Apa yang perlu dilakukan oleh Tertuduh hanyalah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan sama ada dengan cara mengemukakan versi kesnya atau mempertikaikan kelompongan dalam kes pendakwaan. Tetapi keraguan munasabah hendaklah sesuatu yang lojik, tidak diselaputi dengan elemen tahyul atau kisah bohong, bukan penafian kosong atau pemikiran semula. Jika pembelaan mengemukakan keterangan yang tidak lojik atau hanya membuat penafian dan pemikiran semula, Mahkamah tidak boleh menerima keterangan pembelaan ini sebagaimana dijelaskan dalam Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” [40] Tertuduh pada peringkat ini hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ, “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. [41] Selanjutnya di dalam kes Chan Chwen Kong [1962] MLJ 307 mahkamah menyatakan – “…In most criminal cases, there is at some stage an onus of a sort upon the accused person. Once the prosecution produces evidence which if believed would support a conviction, there is a tactical onus on the accused person either to produce evidence of his own or to point to something in the prosecution evidence that at the very lowest make the trier of the fact less than sure of any conclusions he might otherwise be prepared to base upon the prosecution evidence. If he fails to discharge that tactical onus he will be convicted. That is very true”. [42] Pihak pendakwaan telah mengemukakan 8 orang saksi pendakwaan yang mana keterangan mereka adalah selari antara satu sama lain untuk membuktikan bahawa kejadian sebagaimana dalam pertuduhan, telah berlaku. Seharusnya Tertuduh perlulah tampil dengan keterangan yang lojik untuk mencetuskan keraguan terhadap keterangan 8 saksi dan 11 eksibit pendakwaan ini. Sebaliknya, versi pembelaan hanyalah penafian kosong semata-mata. Tidak ada keterangan sokongan yang dikemukakan. Penafian kosong tidak dapat mematahkan kes pendakwaan apatah lagi membangkitkan keraguan munasabah. [43] Mahkamah Persekutuan dalam Mohd Asmadi bin Yusof v PP [2011] 1 CLJ 41, telah menyatakan – “…. It is our view that he has made the correct decision under the circumstances of this case. The defence was one of denial. There was no other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence.” [44] Sepertimana juga yang telah diputuskan dalam kes-kes terdahulu seperti Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 – ”A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” Juga dalam kes PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 – “.....the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the learned President offered an outright denial and nothing more. It was surprising to find the learned President entertaining what to him was reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the respondent.” Juga dalam kes D.A Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 – “… The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, The High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. [45] Mahkamah telah meneliti semula kes pendakwaan dan mendapati penafian oleh Tertuduh tidak membangkitkan keraguan yang munasabah. Selanjutnya, Mahkamah merujuk semula kes Mat v. PP [1963] LNS 82 tentang apakah yang perlu dilakukan oleh Mahkamah selepas mendengar kes pembelaan iaitu –