Content
1 / 18 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (JENAYAH) DI TANGKAK DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM SAMAN JENAYAH (AM) NO : JE-85-16-06/2025 PENDAKWA RAYA V MISS KEMISSARA SANGCHANTHUEK (NO. PASPOT : (AC2780899)) (ALASAN PENGHAKIMAN) 2 / 18
JE-85-16-06/2025
Magistrates Court of Malaysia18 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e with a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years. The maximum imprisonment term of two years is below the imprisonment term in Schedule 1 to the Criminal Procedure Code which is less than three years. Thus, with reference to Schedule 1 of the Criminal Procedure Cod”
“Manakala, faktor – faktor yang perlu dipertimbangkan sepertimana yang digariskan dalam kes Yusof (Supra) tersebut adalah seperti yang berikut :- Since offences under sections 392, 397 and 400 of the Penal Code are non-bailable offences (see the First Schedule to the CPC), it may be appropriate, at this juncture, to lis”
“7. Ini dapat dilihat menerusi kes AH POON AND OTHERS v PUBLIC PROSECUTOR [2005] MLJU 566 di mana Mahkamah Tinggi di Ipoh yang pada ketika itu yang telah membenarkan semakan bagi pemohon – pemohon yang berwarganegara Thailand itu telah menekankan kepentingan untuk tertuduh-tertuduh untuk”
“30. Yang Arif Datuk Dr Shahnaz Sulaiman (Pesuruhjaya Kehakiman pada ketika itu) dalam kes NICHOLAS HUI CHUNG WENG V PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 362 ada membincangkan bahawa, antara lainnya, jika kesalahan yang dipertuduhkan terhadap tertuduh adalah bersifat kesalahan yang boleh jamin, maka ia adalah menjadi hak tertu”
“aiman **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 / 18 (Pesuruhjaya Kehakiman pada ketika itu) dalam kes CHEW XING JIE V PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 377 di mana Mahkamah Tinggi telah membatalkan perintah Mahkamah Majistret untuk; inter alia, paspot pemohon dise”
“an dengan jaminan. Apatah lagi, kesalahan yang dipertuduhkan adalah bersifat boleh jamin. Perkara ini ada disampaikan oleh Yang Arif Dato’ Abu Bakar Katar menerusi kes PENDAKWA RAYA LWN LEE KIM TUYEN [2020] MLJU 409 yang menyatakan seperti yang berikut :- [24] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Pemohon yang t”
“punyai tanggungjawab untuk memastikan mana – mana orang yang tidak diwakili peguam untuk mendapatkan satu perbicaraan adil sepertimana yang dinasihatkan dalam kes MUSLIM BIN LATIP V PUBLIC PROSECUTOR [2021] MLJU 1479 yang memutuskan seperti yang berikut :- [36] … It is essential that an unpresented accused feels that h”
“13. Perkara yang sama juga turut ditekankan oleh Mahkamah Tinggi di Kuching menerusi kes SAGING LAWAI V PUBLIC PROSECUTOR [2025] MLJU 750 yang telah menyatakan seperti yang berikut :- [46] It has to be remembered that the charge must not only be read but must be explained to the accused so that he understands the charg”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 / 18 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (JENAYAH) DI TANGKAK DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM SAMAN JENAYAH (AM) NO : JE-85-16-06/2025 PENDAKWA RAYA V MISS KEMISSARA SANGCHANTHUEK (NO. PASPOT : (AC2780899)) (ALASAN PENGHAKIMAN) 2 / 18
1
PENDAHULUAN Miss Kemissara Sangchanthuek (“OKS”) dalam kes ini yang merupakan seorang Warganegara Thailand telah dihadapkan ke Mahkamah ini pada 18 Jun 2025 bagi menjawab satu pertuduhan terhadap OKS yang berbunyi seperti yang berikut :- PERTUDUHAN: BAHAWA KAMU PADA 31/05/2025 JAM LEBIH KURANG 9.20 MALAM DI KEDAI URUTAN KAKI (REFLEKSOLOGI), NO 3 JALAN SURIA 1, PUSAT PERNIAGAAN SURIA, DI DALAM DAERAH TANGKAK, DI DALAM NEGERI JOHOR, TANPA SEBARANG ALASAN YANG MUNASABAH TELAH MELANGGAR SYARAT YANG DIKENAKAN BERKAITAN DENGAN PAS LAWATAN SOSIAL YANG DIKELUARKAN KEPADA KAMU DENGAN BEKERJA SEBAGAI TUKANG URUT DAN DENGAN ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH PERATURAN 39(b) PERATURAN-PERATURAN IMIGRESEN 1963. HUKUMAN: PENJARA TIDAK LEBIH 6 BULAN ATAU DENDA TIDAK LEBIH
2
Semasa prosiding berlangsung, pertuduhan tidak dapat dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada OKS Memandangkan OKS tidak fasih berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris. Rentetan daripada hal itu, Mahkamah ini telah menetapkan satu tarikh sebutan yang singkat untuk kehadiran Jurubahasa Thailand. 3 / 18
3
Mahkamah ini kemudiannya telah membenarkan OKS dijamin sebanyak RM1,000-00 dengan dua
2
orang penjamin Warganegara Malaysia tanpa memerintahkan paspot OKS diserahkan kepada Mahkamah sementara menunggu kes disebut semula untuk kehadiran Jurubahasa Thailand.
4
Alasan Penghakiman ini hanya akan berfokus kepada isu; a. adakah wajar untuk Mahkamah ini membenarkan OKS dijamin walaupun pertuduhan belum lagi dibacakan, diterangkan dan dijelaskan terhadap OKS; dan b. Adakah wajar untuk Mahkamah ini tidak memerintahkan paspot OKS diserahkan kepada Mahkamah sebaik jaminan dibenarkan. KEPENTINGAN UNTUK MEMATUHI SEKSYEN 173 KANUN
5
DARIPADA TERTUDUH Undang – undang adalah mantap bahawa, Seksyen 173(a) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa, inter alia, pertuduhan bagi mana – mana orang yang menghadirkan diri atau di bawa ke hadapan Mahkamah itu (“orang tersebut”) hendaklah dirangka dan dibaca serta diterangkan kepada orang tersebut. Orang tersebut juga hendaklah ditanyakan sama ada orang tersebut mengaku salah atas pertuduhan itu atau minta dibicarakan.
6
Dalam pada masa yang sama, undang – undang juga telah menggariskan bahawa pertuduhan; jika dibacakan, diterangkan dan 4 / 18 dijelaskan kepada orang tersebut, hendaklah menggunakan bahasa yang orang tersebut benar – benar faham.
7
Ini dapat dilihat menerusi kes AH POON AND OTHERS v PUBLIC PROSECUTOR [2005] MLJU 566 di mana Mahkamah Tinggi di Ipoh yang pada ketika itu yang telah membenarkan semakan bagi pemohon – pemohon yang berwarganegara Thailand itu telah menekankan kepentingan untuk tertuduh-tertuduh untuk memahami pertuduhan yang dirangka terhadap mereka dengan menggunakan bahasa yang mereka faham seperti yang berikut :- It cannot be denied that it was an irregular and improper exercise for the learned Magistrate to have directed a policeman who is not a certified Interpreter to interpret the charge to the accuseds of Thai origin and such a practice is not only unsatisfactory but most undesirable and cannot be condoned. first, the accuseds must understand the Interpreter and vice versa and the Magistrate ought to have ascertained this facts from the accuseds through the Interpreter; secondly, whenever a charge is framed in the language not understood by the accused and he or she is present in person, it shall be interpreted and explained to him or her in the language which he or she understands; In K. NALLIAH v REX (1948) 14 MLJ 185, Murray-Aynsley CJ said:- 5 / 18 “Necessity of having proper Interpreters for the accused.” “In this case the accused was Tamil speaking. There was no Tamil interpreter available at the trial and so the evidence was translated into Malay and the accused gave his evidence in Malay.” “Held, that this was a wrong procedure and that there must be a re-trial.”
8
Oleh itu, sebelum pertuduhan tersebut dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada OKS, Mahkamah ini telah bertanyakan kepada OKS terlebih dahulu sama ada OKS faham dan boleh berbahasa dalam Bahasa Melayu.
9
Namun begitu, melihat daripada tingkah laku OKS yang terpinga – pinga ketika ditanyakan berkenaan perkara ini telah secara tidak langsung memberi Mahkamah jawapan bahawa OKS tidak faham dan tidak boleh berbahasa Melayu.
10
Mahkamah ini kemudiannya telah bertanyakan pula kepada OKS sama ada OKS ini faham dan boleh berbahasa dalam Bahasa Inggeris bagi maksud untuk pertuduhan untuk dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada OKS.
11
Namun begitu, OKS menyatakan bahawa OKS hanya memahami sedikit sahaja Bahasa Inggeris (‘a little English”). 6 / 18
12
Mahkamah ini telah secara hematnya mengambil panduan dalam kes HUANG CHIN SHIU v REX, [1952] 1 MLJ 7 yang telah menyatakan bahawa seseorang tidak boleh dipastikan benar-benar faham tentang pertuduhan jenayah terhadapnya melainkan ia dijelaskan dalam bahasa yang benar-benar difahaminya. Dapatan ini dapat dilihat seperti yang berikut :- In view of this evidence I came to the conclusion that the plea of guilty could not stand. It is to my mind essential to the validity of a plea of guilty that the accused should fully understand what he is pleading to; and it is impossible to be sure that he has understood, unless the charge has been explained to him in a language with which he is entirely conversant. Legal phraseology is apt to be confusing to a layman, even in his own native language, and nobody can be expected to understand all the implications of a criminal charge, if it is read out to him in what is to him a foreign language.
13
Perkara yang sama juga turut ditekankan oleh Mahkamah Tinggi di Kuching menerusi kes SAGING LAWAI V PUBLIC PROSECUTOR [2025] MLJU 750 yang telah menyatakan seperti yang berikut :- [46] It has to be remembered that the charge must not only be read but must be explained to the accused so that he understands the charge he is facing. To ensure that the accused understands the charge, the charge must be read in the language that the accused is conversant with… 7 / 18
14
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat, walaupun OKS pada ketika itu menyatakan bahawa OKS hanya memahami Bahasa Inggeris sedikit sahaja, namun Mahkamah ini tidak berpuas hati bahawa OKS akan benar – benar memahami pertuduhan yang dirangka terhadap diri OKS jika dibacakan, diterangkan dan dijelaskan dalam Bahasa Inggeris melainkan dengan menggunakan bahasa yang OKS benar – benar mahir dan faham iaitu Bahasa Thailand.
15
Rentetan daripada hal itu, Mahkamah ini telah menetapkan satu tarikh sebutan iaitu pada 26 Jun 2025 untuk kehadiran Jurubahasa Thailand dikemukakan di Mahkamah. ADAKAH WAJAR UNTUK MAHKAMAH INI MEMBENARKAN OKS DIJAMIN WALAUPUN PERTUDUHAN BELUM DIBACAKAN,
16
Persoalan yang timbul seterusnya ialah, dalam mana pertuduhan masih belum lagi dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada OKS, adakah wajar Mahkamah ini melangkah ke peringkat seterusnya iaitu untuk mempertimbangkan sama ada OKS ini boleh diberikan jamin sementara menunggu kehadiran Jurubahasa Thailand ?
17
Pada peringkat ini, tidak ada sebarang maklumat secara terperinci yang Mahkamah ini boleh peroleh daripada OKS memandangkan OKS tidak memahami Bahasa Melayu dan hanya boleh memahami sedikit sahaja Bahasa Inggeris bagi maksud mempertimbangkan sama ada terdapatnya alasan daripada OKS ini 8 / 18 wajar diberikan jamin. OKS juga pada ketika itu tidak diwakili oleh peguam.
18
Mahkamah ini sedar bahawa Mahkamah ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mana – mana orang yang tidak diwakili peguam untuk mendapatkan satu perbicaraan adil sepertimana yang dinasihatkan dalam kes MUSLIM BIN LATIP V PUBLIC PROSECUTOR [2021] MLJU 1479 yang memutuskan seperti yang berikut :- [36] … It is essential that an unpresented accused feels that he was treated justly and fairly, in accordance with the law. As the accused is unpresented, the task falls on the trial judge to ensure the unpresented accused is fairly and justly treated.
19
Berhadapan dengan keadaan sebegini, Mahkamah ini merujuk kepada satu Permohonan Semakan Jenayah melalui nombor kes JA-43-6-02/2024 yang telah didengar dan diputuskan oleh Yang Arif Dato’ Abu Bakar Katar (“Yang Arif”) di Mahkamah Tinggi Jenayah (1) di Johor Bahru.
20
Di dalam kes tersebut, Yang Arif telah membuat semakan terhadap suatu prosiding di Mahkamah Sesyen Jenayah di Johor Bahru (“Mahkamah Bicara”) di mana terdapat seorang tertuduh yang pekak/bisu telah dibawa ke Mahkamah Bicara pada 12 Februari 2024 bagi menjawab satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 9 / 18
21
Tidak ada Jurubahasa Khas (pekak/bisu) pada ketika tertuduh itu dibawa ke Mahkamah Bicara bagi membantu tertuduh itu untuk menjawab pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Oleh itu, pertuduhan tidak dapat dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada tertuduh itu. Mahkamah Bicara itu kemudiannya telah menangguhkan kes ke suatu tarikh yang lain untuk kehadiran jurubahasa Khas (pekak/bisu).
22
Disebabkan tertuduh itu seorang yang pekak/bisu, tidak ada sebarang rayuan atau mitigasi yang mampu dilakukan dan sampaikan kepada Mahkamah Bicara bagi maksud Mahkamah Bicara untuk mempertimbangkan dan menggunakan budi bicaranya secara kehakiman sama ada tertuduh tersebut boleh diberikan jamin sementara menunggu kehadiran jurubahasa khas (pekak/bisu). Akhirnya, tertuduh berada dalam tahanan reman sementara menunggu kehadiran jurubahasa Khas (pekak/bisu) pada tarikh akan datang.
23
Yang Arif setelah membuat semakan itu dalam keputusannya telah membenarkan untuk tertuduh diberikan jamin sementara menunggu kehadiran Jurubahasa Khas (pekak/bisu) tersebut untuk pertuduhan dibacakan, diterangkan dan dijelaskan kepada tertuduh tersebut.
24
Mahkamah ini perturunkan minit Keputusan Yang Arif bertarikh 27/02/2024 tersebut untuk kemudahan rujukan bersama seperti yang berikut : 10 / 18 Mahkamah ini telah meneliti Rekod Prosiding dan menghalusi hujahan lisan oleh TPR dan peguam Amicus Curiea, Mahkamah ini berpendapat; a) HMS secara betulnya apabila tidak membacakan pertuduhan terhadap tertuduh kerana ketiadaan jurubahasa Khas(pekak/bisu) bagi mematuhi peruntukan s.173(a) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). b) walaupun begitu, bagi maksud s.388 KTJ, HMS masih boleh menawarkan jaminan sementara menunggu kehadiran jurubahsa Khas nanti. Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menimbangkan jaminan ada digariskan dalam kes Yusof bin Mohamad v PP (1995) 3 MLJ 66. Tertuduh yang bisu/pekak tidak dapat berkomunikasi sebelum jaminan ditawarkan. Keadaan mungkin berbeza jika ia melibatkan hukuman. Disamping itu tujuan jaminan bukannya suatu hukuman. c) Berdasarkan alasan di (a) dan (b), Mahkamah ini membenarkan Tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM5,000.00 (bercagar) dan seorang penjamin. d) Tertuduh diarahkan hadir di hadapan HMS yang sama pada 18.3.2024 jam 9.00 pagi untuk sebutan kes dengan kehadiran Jurubahsa Khas. 11 / 18
25
Manakala, faktor – faktor yang perlu dipertimbangkan sepertimana yang digariskan dalam kes Yusof (Supra) tersebut adalah seperti yang berikut :- Since offences under sections 392, 397 and 400 of the Penal Code are non-bailable offences (see the First Schedule to the CPC), it may be appropriate, at this juncture, to list down the considerations which generally weigh with the Courts in deciding as to whether the accused should be allowed to remain on bail or not. These considerations are:
1
(1)the nature of the offence and its seriousness;
2
(2)the character of the evidence on which the prosecution case rests;
3
(3)reasonable possibility of the presence of the accused at the trial;
4
(4)reasonable apprehension of witnesses being tampered with if the accused is released on bail;
5
(5)the larger interest of the public and the country as a whole; and
6
(6)various other considerations which may arise in the case such as the propensity, the tendency or the likelohood of the accused participating in the commission of further offences, or his proximate likely attitude, conduct or tendency towards matters, persons or things around him or in connection with or in relation to the case at hand. It must not be forgotten that the considerations as listed above are not meant to be exhaustive. Indeed the considerations 12 / 18 may be extended from time to time, developing as it were the law of bails. But one thing is certain. It is this. That the grant, refusal or cancellation of bail is a judicial act and has to be performed with judicial care after giving serious consideration to the interests of all the parties concerned.
26
Menggunapakai prinsip-prinsip kes diatas, Mahkamah kini mempertimbangkan beberapa faktor – faktor yang berkaitan sebelum memutuskan sama ada OKS ini boleh dibenarkan jaminan sementara menunggu kehadiran Jurubahasa Thailand.
27
Melihat kembali kepada kes semasa, memandangkan kesalahan yang dipertuduhan terhadap OKS ini membawa hukuman penjara tidak lebih dari enam (6) bulan atau denda tidak lebih daripada RM 1,000-00 atau kedua – duanya, maka adalah tidak keterlaluan untuk mengklasifikasikan bentuk kesalahan ini sebagai suatu kesalahan tidak serius.
28
Ini adalah sepertimana yang ditarikfkan dalam Seksyen 52A Kanun Keseksaan yang telah menyatakan seperti yang berikut :- “Perkataan “kesalahan tidak serius” menunjukkan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun”
29
Tambahan pula, meneliti semula kepada jadual 1 Kanun Tatacara Jenayah, telah dengan secara jelas memperuntukkan bahawa bagi kesalahan – kesalahan yang mana hukumannya boleh dipenjara kurang dari tiga tahun, maka kesalahan itu tergolong dalam kesalahan boleh jamin. 13 / 18
30
Yang Arif Datuk Dr Shahnaz Sulaiman (Pesuruhjaya Kehakiman pada ketika itu) dalam kes NICHOLAS HUI CHUNG WENG V PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 362 ada membincangkan bahawa, antara lainnya, jika kesalahan yang dipertuduhkan terhadap tertuduh adalah bersifat kesalahan yang boleh jamin, maka ia adalah menjadi hak tertuduh untuk mendapatkan jamin. Perkara ini dapat dilihat seperti yang berikut :- [20] In this case, the offence is punishable with a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years. The maximum imprisonment term of two years is below the imprisonment term in Schedule 1 to the Criminal Procedure Code which is less than three years. Thus, with reference to Schedule 1 of the Criminal Procedure Code, this offence would be a bailable offence. [21] Section 387(1) of the Criminal Procedure Code provides that when any person other than a person accused of a non-bailable offence is arrested or detained without warrant by a police officer or appears or is brought before a Court and is prepared at any time while in the custody of the officer or at any stage of the proceedings before the Court to give bail, that person shall be released on bail by any police officer in charge of a police station or by any police officer not under the rank of Corporal or by that Court. [22] Decided case law have held that the term ‘shall be released on bail in section 387 (1) of the CPC is mandatory. By virtue of this provision a person accused of a bailable 14 / 18 offence is entitled to bail as of right. (See: Mohd Jalil bin Abdullah & Anor v Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 564)
31
Fakta bahawa OKS ini bukan Warganegara Malaysia tidak seharusnya menjadi alasan untuk menafikan haknya untuk dibebaskan dengan jaminan. Apatah lagi, kesalahan yang dipertuduhkan adalah bersifat boleh jamin. Perkara ini ada disampaikan oleh Yang Arif Dato’ Abu Bakar Katar menerusi kes PENDAKWA RAYA LWN LEE KIM TUYEN [2020] MLJU 409 yang menyatakan seperti yang berikut :- [24] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Pemohon yang terpelajar fakta Pemohon warganegara asing, ia bukannya secara otomatik menafikan hak Pemohon untuk ditawarkan jaminan apatah lagi apabila melibatkan kesalahan yang boleh dijamin bagi Tuduhan (1) dan Tuduhan (3). Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan “equality before the law” dan hak perlindungan undang-undang tanpa mengira warganegara Malaysia atau warganegara asing berkaitan perkara jaminan.
32
Tambahan pula, OKS ini tidak berhadapan dengan mana – mana kesalahan dibawah Akta Imigresen atau di bawah mana – mana Akta yang lainnya. Mahkamah ini telah mendapatkan pengesahan daripada Puan Timbalan Pendakwa Raya (“Puan TPR”) yang terpelajar yang menyatakan bahawa OKS mempunyai paspot dan paspot OKS adalah masih sah dan belum tamat tempoh. 15 / 18
33
Mahkamah ini juga dimaklumkan bahawa penjamin OKS hadir semasa prosiding tersebut dan bersedia untuk menjamin keluar
34
Oleh itu, berdasarkan dapatan – dapatan diatas, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan OKS ini djamin sementara menunggu kehadiran Jurubahasa Thailand. ADAKAH WAJAR UNTUK MAHKAMAH INI TIDAK MEMERINTAHKAN PASPOT OKS DISERAHKAN KEPADA MAHKAMAH SEBAIK
35
Puan TPR pada ketika itu pada asalnya tidak menawarkan jaminan kepada OKS. Namun begitu, pihak Puan TPR mencadangkan bahawa, sekiranya jaminan dibenarkan; jumlah jaminan sebanyak RM 5,000-00 dengan syarat bahawa dua (2) orang Warganegara Malaysia sebagai penjamin serta paspot OKS hendaklah diserahkan kepada Mahkamah.
36
Persoalan yang seterusnya ialah, dalam mana kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKS ini adalah merupakan kesalahan bersifat boleh jamin, maka, adakah Mahkamah ini boleh memerintahkan untuk paspot OKS diserahkan kepada Mahkamah sebagaimana yang dipohon oleh Puan TPR ?
37
Bagi merungkai persoalan ini, Mahkamah ini sekali lagi tidak berkeupayaan untuk menukilkan yang lebih baik daripada apa yang diputuskan oleh Yang Arif Datuk Dr Shahnaz Sulaiman 16 / 18 (Pesuruhjaya Kehakiman pada ketika itu) dalam kes CHEW XING JIE V PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 377 di mana Mahkamah Tinggi telah membatalkan perintah Mahkamah Majistret untuk; inter alia, paspot pemohon diserahkan kepada Mahkamah dan memerintahkan agar paspot pemohon dipulangkan semula kepada pemohon dengan menyatakan seperti yang berikut :- [22] Decided case law have held that the term ‘shall be released on bail in section 387 (1) of the CPC is mandatory. By virtue of this provision a person accused of a bailable offence is entitled to bail as of right. Reference is made to the case of Mohd Jalil bin Abdullah & Anor v Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 564. [23] The issue therefore before this court is whether conditions may be imposed for a bail granted for a bailable offence. Where an accused is entitled to bail as of right (as is in this case) there is no discretion to refused bail and the question of imposing conditions does not arise. [R v Genda Singh & Ors AIR 1950 All 525] [24] I therefore order that the conditions imposed by the learned Magistrate, specifically the surrender of the applicant’s passport and reporting at the nearest police station is annulled (dibatalkan). I hereby further order that the passport of applicant be returned and that the applicant is not required to report at the nearest police station. [25] The amount of bail RM 3000 with one (1) Malaysian surety to remain. 17 / 18
38
Jelas daripada nas undang – undang diatas, Mahkamah tidak boleh untuk meletakkan sebarang syarat tambahan yang lainnya kepada OKS memandangkan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKS adalah bersifat boleh jamin dan jaminan dikira sebagai suatu hak kepada OKS.
39
Atas alasan – alasan yang dikemukakan diatas, Mahkamah ini telah membenarkan untuk OKS dijamin sebanyak RM 1000-00 dengan dua (2) orang penjamin Warganegara Malaysia tanpa memerintahkan untuk paspot OKS diserahkan kepada Mahkamah sepertimana yang dipohon oleh Puan TPR. Bertarikh pada 21/09/2025 t.t MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN ABD RA’FIK PENOLONG KANAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR 18 / 18 Pihak Pendakwaan : TPR Puan Amirah binti Sapian Timbalan Pendakwa Raya, Negeri Johor Darul Ta’zim Orang Kena Saman : Tidak diwakil peguam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.