Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-68-07/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MISS TIPPAWAN CHIMPALEE (No. Paspot: AC 4001246) ALASAN PENGHAKIMAN
BA-45A-68-07/2023
High Court of Malaysia7 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“itigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk juga kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Munawar bin Mohd Azizan v PP [2025] MLJU 2983, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-68-07/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MISS TIPPAWAN CHIMPALEE (No. Paspot: AC 4001246) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Miss Tippawan Chimpalee (No. Paspot: AC 4001246) (OKT) di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: 14/07/2026 10:19:21 Kand. 120 Pertuduhan Bahawa kamu pada 27/11/2022 jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di Kawasan Ketibaan Antarabangsa, Aras 3, MTB KLIA, dalam daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Cocaine seberat 1363.1 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun.
2
OKT tidak mengaku salah ke atas pertuduhan terhadapnya dan mohon dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri.
3
OKT telah membela diri dengan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Hanya OKT yang memberi keterangan bagi pihak pembelaan. Di akhir perbicaraan, setelah menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. OKT disabitkan dengan pertuduhan terhadapnya.
4
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, OKT telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
5
Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini.
6
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: SP1 Pn. Anis Ezzaty (Pegawai Malaysia Airlines Berhad) SP2 Pn. Nor Hazwani bt Ibrahim (Pegawai Kastam) SP3 Insp Mohd Azren bin Zahari (Pegawai serbuan) SP4 Insp Mohd Farizi bin Ramlee (Pegawai Penyiasat) SP5 Pn. Harlisa binti Haidhir Harminder (Ahli Kimia Dadah) SP6 Pn. Hartini bt Khairi Othman (Ahli Kimia DNA) SP7 Sjn Mohd Sazman (Jurustor terdahulu) SP8 Sjn Rozaimi (Jurustor terkini)
7
Pada 27.11.2022 jam lebih kurang 10.30 malam, Pengadu (SP3) dan anggota serbuan telah membuat pemantauan di Kawasan Ketibaan Antarabangsa, Aras 3 MTB, KLIA telah melihat OKT dalam keadaan mencurigakan sedang menarik 1 beg bagasi beroda menghala ke pintu keluar.
8
SP3 telah menghampiri OKT dan memperkenalkan diri sebagai polis kepada OKT. OKT telah dibawa ke Pejabat Pentadbiran Narkotik AMC untuk membuat pemeriksaan ke atas beg yang dibawa oleh OKT.
9
Pemeriksaan ke atas beg tersebut telah menjumpai 2 bungkusan plastik lutsinar kehijauan dan apabila diperiksa di dalamnya mengandungi serbuk disyaki dadah jenis Kokain (a/b: 1978 gram).
10
Turut dirampas oleh SP3 adalah paspot milik OKT dan 1 tiket penerbangan OKT dan 1 beg tag.
11
SP3 telah merampas kesemua barang kes dan OKT ditahan untuk dibawa balik ke IPD KLIA untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP4).
12
Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia (SP5). Hasil analisa mendapati bahawa barang kes mengandungi dadah berbahaya jenis Coccaine berat bersih 1363.1 gram. INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN PIHAK PENDAKWAAN ELEMEN PERTAMA: DADAH TERSEBUT ADALAH DADAH
13
Dalam kes ini, pihak pendakwaan menghujahkan tidak timbul isu mengenai jenis dadah bahawa dadah-dadah yang dirampas oleh SP3 adalah dadah berbahaya. Pihak pendakwaan merujuk kepada autoriti kes tersohor GUNALAN RAMACHANDRAN & ORS v. PUBLIC PROSECUTOR [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189 yang mana telah diputuskan seperti berikut: "[41] First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc., and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. [42] The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is 'a gap', does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that 'gap' the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tempering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. [43] The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v. Public Prosecutor [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall."
14
Barang rampasan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP5 dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia P36.
15
Pihak Pendakwaan merujuk kepada kes TARMIZI BIN YAACOB DAN SATU LAGI v. PP [2006] 4 CLJ 472; [2006] 6 MLJ 197 (MAHKAMAH RAYUAN) yang menyatakan: "Bagi maksud itu, Mahkamah perbicaraan seperti juga Mahkamah ini seharusnya mengambil pendekatan yang disarankan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492 (diikuti) yang diikuti dalam kes PP v. Lam San v [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 MLJ 426 (diikuti) dalam menangani keterangan ahli kimia. Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah pebicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya."
16
Oleh hal yang demikian, tidak timbul isu bahawa barang rampasan merupakan dadah berbahaya sebagaimana dalam jadual Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menjadi intipati dalam pertuduhan terhadap OKT.
17
Cabaran yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan ialah terhadap rantaian barang kes dadah.
18
Dalam kes yang dibicarakan ini, elemen kawalan dan jagaan OKT terhadap barang kes dadah yang dijumpai dalam beg bagasi eksibit P6 yang dibawa oleh OKT berdasarkan keterangan SP1, SP2 dan SP3.
19
Pada hari kejadian, SP3 dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian di tempat kejadian lalu pada jam 10.30 malam, SP3 telah melihat OKT dalam keadaan mencurigakan sedang menarik eksibit P6 menghala ke pintu laluan masuk pemeriksaan kastam.
20
SP3 dan anggota serbuan telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada OKT dan telah menjalankan pemeriksaan ke atas eksibit P6 menggunakan mesin pengimbas Jabatan KASTAM yang berada di tempat kejadian. Hasil imbasan mendapati bahawa terdapat imej yang mencurigakan.
21
Oleh yang demikian, SP3 telah meminta OKT untuk membawa eksibit P6 ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah KLIA untuk pemeriksaan selanjutnya.
22
Pemeriksaan yang lebih teliti di pejabat tersebut telah memastikan bahawa P6 mempunyai satu tag bag nombor 0157311965 KUL MH 165 27 Nov Doha QR 1428 27 Nov (eksibit P13). P6 adalah dalam keadaan bertutup yang dikunci dengan mangga keselamatan.
23
SP3 telah mengarahkan OKT untuk membuka eksibit P6. OKT telah mengambil kunci (eksibit P12) dari dalam beg tangan milik OKT dan membuka P6.
24
Hasil pemerikaan oleh SP3 disaksikan oleh OKT terhadap P6 telah menjumpai 2 bungkusan plastik lutsinar kehijauan (eksibit P26(B) & (C)) yang mengandungi serbuk dadah jenis Coccaine yang disembunyikan di bahagian pelapik dinding beg yang telah diubahsuai.
25
Keterangan oleh SP3 disokong oleh SP2 yang menyatakan beliau bertugas sebagai pegawai KASTAM untuk mengimbas imej beg-beg bagasi di tempat kejadian.
26
SP2 menyatakan pada hari kejadian, OKT baru sahaja mengambil eksibit P6 dari ‘conveyor belt’ dan kemudian OKT telah ditahan oleh pihak polis.
27
Pihak polis telah menghampiri OKT dan membawa OKT bersama P6 untuk diimbas imej oleh SP2. SP2 menyatakan bahawa P6 dalam keadaan bertutup pada masa diletakkan di mesin pengimbas.
28
Berdasarkan imbasan yang dilakukan, SP2 mendapati bahawa terdapat imej yang mencurigakan iaitu warna hijau berbintik-bintik. Seterusnya, SP3 tidak membuka eksibit P6 dan terus membawa OKT bersama eksibit P6 ke pejabat polis berhampiran.
29
Keterangan berkenaan kawalan OKT terhadap eksibit P6 juga dapat dilihat berdasarkan keterangan yang diberikan oleh SP1 yang menyatakan bahawa beliau telah mendapat permintaan daripada SP4 untuk mendapatkan maklumat penumpang (OKT).
30
SP1 telah memberikan maklumat seperti nombor penerbangan, destinasi penerbangan, tarikh penerbangan, nombor paspot yang berkaitan dengan OKT kepada SP4.
31
Semua maklumat tersebut telah diberikan kepada SP4 melalui eksibit P4. SP1 mengesahkan bahawa OKT hanya membawa satu beg bagasi sahaja. Keterangan ini adalah selari dengan pemerhatian dan rampasan yang dibuat oleh SP3 di tempat kejadian bahawa OKT hanya membawa keluar sebuah beg bagasi sahaja.
32
Semasa sesi soal balas juga, SP1 telah dirujuk dengan maklumat bagasi yang terdapat dalam P4 dengan boarding pass (eksibit P21) dan SP1 mengesahkan bahawa nombor tersebut adalah sama yang menunjukkan baggage tracking system bagi penerbangan yang dinaiki OKT yang telah dilekatkan pada bagasi OKT.
33
Oleh hal yang demikian, pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT telah dibuktikan mempunyai kawalan dan jagaan terhadap bagasi eksibit P6 kerana OKT telah membawa eksibit P6 dari destinasi dia bertolak sehingga tiba ke KLIA.
34
Hanya sebuah beg sahaja yang dibawa oleh OKT semasa perjalanannya dan OKT dilihat telah mengangkat P6 dari conveyor belt.
35
Hanya OKT yang menguruskan eksibit P6 dan membawa keluar eksibit P6 sebelum ditahan oleh SP3. Tiada orang lain yang dilihat di tempat kejadian yang mengendalikan atau mempunyai akses kepada P6.
36
Eksibit P6 juga adalah dalam keadaan berkunci mangga dan OKT sendiri telah mengambil kunci tersebut, P12 dari dalam beg tangannya untuk membuka P6 dan dadah dijumpai dalam P6.
37
Maka, tiada inferens lain yang boleh dibuat berdasarkan kawalan OKT terhadap P6 melainkan oleh OKT seorang sahaja.
38
Bagi elemen pengetahuan, pihak pendakwaan bersandarkan kepada PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ 717 menghujahkan elemen kawalan telah dibuktikan sepertimana Mahkamah putuskan: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case by case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had necessary knowledge. "
39
Dalam kes yang dibicarakan ini, barang kes dadah telah dijumpai dalam pelapik dinding yang telah diubahsuai. Disebabkan pihak pendakwaan percaya bahawa pihak pendakwaan telah buktikan bahawa hanya OKT sahaja yang mempunyai kawalan penuh ke atas eksibit P6 tersebut, maka elemen pengetahuan dalam kes ini dibuktikan melalui anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) Akta.
40
Dalam kes yang dibicarakan ini, selain daripada hujahan pihak pendakwaan berkenaan kawalan dan jagaan penuh OKT terhadap eksibit P6 telah dibuktikan, pihak pendakwaan juga berhujah bahawa OKT juga mengetahui berkenaan dadah yang terdapat dalam P6 kerana terdapat barangan peribadi OKT juga yang dijumpai dalam P6 tersebut.
41
Perkara ini dibuktikan melalui laporan kimia DNA (P37) yang menunjukkan bahawa berus gigi (P39 (A – B)) dan seluar dalam (P40 (A)) yang diperoleh dalam P6 mempunyai DNA OKT.
42
Selain itu, pihak pendakwaan juga hujahkan bahawa tindakan atau perbuatan OKT juga menunjukkan yang OKT tahu bahawa terdapat dadah yang disimpan dalam P6.
43
Perbuatan OKT yang berjalan dalam keadaan mencurigakan dan cara OKT menjawab soalan awal daripada SP3 terjumlah kepada perbuatan selepas atau subsequent conduct di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
44
Pihak pendakwaan juga merujuk kepada kes KHAIRUDDIN BIN HASSAN v. PP (2010) 7 CLJ 129, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “… based on both elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs.”
45
SP3 menyatakan semasa pemerhatian dilakukan beliau telah melihat OKT dalam keadaan mencurigakan. Apabila ditanya lanjut apakah yang dimaksudkan sebagai mencurigakan, SP3 menyatakan yang OKT kelihatan gelisah dan tercari-cari seperti kali pertama datang ke KLIA.
46
Selanjutnya, apabila SP3 berhadapan dengan OKT dan membuat pertanyaan awal, OKT memberi jawapan bahawa dia tidak tahu tujuan datang ke Malaysia dan dengan siapa dia perlu berjumpa.
47
Perbuatan, tindak balas dan respon oleh OKT ini yang pihak pendakwaan hujahkan bahawa OKT sebenarnya tahu dengan kandungan dadah yang dibawa dalam P6.
48
Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan peruntukan seksyen 2 Akta yang memberi definisi pengedaran sebagaimana berikut: Section 2. Interpretation. In this Act, unless the context otherwise requires— “trafficking” includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act;
49
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. HERLINA PURNAMA SARI [2016] 1 LNS 1855 melalui YA Raus Sharif HMP (pada ketika itu) membincangkan peruntukan seksyen 2 Akta sebagaimana berikut: [37] The second error was the trial judge’s finding that to constitute trafficking the mens rea possession must be accompanied by some overt act by the respondent. It is unfortunate that the Court of Appeal had also committed a similar error in agreeing with the finding of the trial judge by holding that “without any evidence that would show an overt act of one or other of the kind specified in the definition of trafficking in s. 2 of Act 234 or specifically of conveying, transporting, carrying, moving or promoting from one place to another in the sence of doing so to promote the distribution of the drug to another”, the respondent could not be a trafficker but merely had passive possession of the impugned drugs. [38] With respect, the proposition that there must be in all cases an overt act in order to constitute trafficking is misconceived. It would be contrary to the definition of trafficking as provided for under s. 2 of the Act. In the present case, there is no dispute that the respondent did not try to do anything, when she was approached by PW4, to disassociate herself with the impugned drugs. In this type of situation, this court in Teh Hock Leong v. PP [2008] 1 MLRA 548 had held that: “[5] It is our view that in order to draw a favourable inference from the appellant’s contemporaneous conduct, his action or inaction must be examined in the light of the situation at the material time. The area where the appellant was confronted by PW5 was the arrival gate of an incoming flight in the KLIA. This was the only exit point where passengers disembarking the plane can enter the KLIA terminal. It is common knowledge that the area was tight and restricted with hardly any room for the appellant to make a successful escape even if he had tried. From here the appellant was then taken by PW5 and his men to PW5’s office in the KLIA. The approximate walking distance was 600-800 metres. Here again the appellant’s chances of a quick getaway were minimal since he was escorted and was within the restricted vicinity of the KLIA building. And, if the appellant were to attempt to throw away or disassociate himself with the backpack during this entire duration described it would evidently be noticeable. Of course, since the drugs were so cunningly concealed, there could be no necessity to take such drastic actions which may attract instant suspicion. So against these circumstances, the appellant’s docile conduct throughout the period described could not have inferred an absence of knowledge of the said drugs. For this reason, there is no misdirection by the courts below.” [39] We are of the view that whether or not a person is a trafficker within the definition of s. 2 of the Act is dependent on the facts and circumstances of a given case. In this case, it is not in dispute that when the respondent was arrested she was carrying the luggage bag which amongst other things contained the impugned drugs. The respondent was apprehended in the act of carrying from one place to another a large amount of dangerous drugs. It is in evidence that the respondent was unaccompanied by any person when she carried the luggage bag. The luggage bag was registered in the respondent’s name when she checked in at the Air Asia check-in counter. The impugned drugs were found hidden in the two boxes. In fact, the drugs were neatly and securely concealed from view in both the boxes. We are of the view that the manner in which the impugned drugs were concealed in the luggage bag showed that the respondent knew the existence of the drugs there, and evinced the intention of and careful planning by the respondent to conceal the impugned drugs to avoid and escape detection (PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 1 MLRA 568 and Teh Hock Leong v. PP [2008] 1 MLRA 548).
50
Kes yang dirujuk di atas mempunyai persamaan dengan kes yang dibicarakan ini. Dalam kes yang dibicarakan ini, fakta menunjukkan bahawa OKT telah membuat perjalanan berseorangan daripada Addis Ababa dan transit di Doha, Qatar sebelum tiba di KLIA.
51
OKT juga telah membawa bersama-samanya dadah dalam kuantiti yang banyak yang ditemui dalam eksibit P6. Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada definisi seksyen 2 Akta, pihak pendakwaan hujahkan bahawa perbuatan OKT yang membawa (carrying) dari satu destinasi ke destinasi yang lain menunjukkan bahawa OKT memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN ISU BERKENAAN IDENTITI BARANG KES DADAH - SAMA ADA TERPUTUSNYA RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES
a
SP3 tidak membuat tandaan pada barang kes semasa ia dirampas sepertimana di dalam Borang Bongkar eksibit P9 dan laporan polis eksibit P8
b
Tarikh penerimaan barang kes pada 31.11.2022 tidak wujud.
c
Pertikaian ke atas buku daftar setor eksibit P44A dan eksibit P44
52
Cabaran utama pihak pembelaan adalah berkaitan dengan rantaian jagaan barang kes dadah dan bahan bukti yang dihujahkan telah menyebabkan kelompongan terhadap kes pendakwaan.
53
Cabaran pokok yang dibuat oleh pihak pembelaan ialah tiadanya tandaan dibuat oleh SP3/pegawai serbuan ke atas barang kes dadah yang dijumpai di dalam bagasi eksibit P6.
54
Persoalannya sama ada cabaran tersebut telah menyebabkan kelompongan ke atas pihak pendakwaan. Mahkamah ini mendapati SP3 tidak membuat tandaan pada barang kes dadah. Setelah meneliti keterangan SP3 dan SP4, tandaan telah dibuat oleh SP4/pegawai penyiasat dengan tandaan A dan AA sepertimana di dalam borang serah menyerah eksibit P10 ketika SP3 menyerahkan barang kes dadah kepada SP4.
55
Setelah menerima barang kes dadah daripada SP3, SP4 telah menyimpan barang kes dadah tersebut ke dalam peti besi berkunci dan hanya beliau yang memegang kunci peti besi tersebut.
56
Dalam hal ini, Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan tidak membangkitkan apa-apa cabaran bahawa barang kes dadah telah tercemar kesan daripada tiada tandaan kepada barang kes dadah tersebut.
57
Pihak pembelaan juga tidak mencabar tandaan yang dibuat oleh SP4 ke atas barang kes dadah yang sama yang dirampas oleh
58
Bukan itu sahaja, Mahkamah ini juga mendapati kedua-dua saksi telah mengecam barang kes dadah secara positif di Mahkamah. Manakala SP5, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia (JKM) telah membuat analisa ke atas barang kes dadah eksibit P8, P9 dan P10 yang dirampas SP3 dan dikemukakan kepada JKM untuk dianalisa sepertimana laporan kimia beliau yang ditandakan sebagai eksibit P36.
59
Sehubungan itu, daripada rantaian keterangan barang kes dadah, adalah jelas bahawa barang kes dadah telah diperiksa dan dirampas oleh SP3, disiasat oleh SP4 dan dianalisa oleh
60
Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa tidak ada sebarang keraguan yang timbul pada identiti barang kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah. Dapatan Mahkamah ini adalah disokong oleh keputusan Fauzi Yahya v PP & Kes lain [2021] 1 LNS 508 dan keputusan Gunalan Ramachandran & Ors (supra).
61
Kemudian, pihak pembelaan mencabar mengenai tarikh 31.11.2022 pada barang-barang berupa sampul putih dan beg bagasi diberikan oleh SP4 pada tarikh tersebut untuk disimpan dalam stor. SP7 juga menyatakan selepas menerima barang kes, beliau telah membuat pendaftaran di dalam buku pendaftaran barang-barang kes (Eksibit P44).
62
Pihak Pendakwaan kemudian memanggil SP7 iaitu Jurustor namun pihak pembelaan menghujahkan SP7 tidak dapat menunjukkan borang serah menyerah bagi membuktikan terdapatnya serahan barang kes dari SP4 kepada SP7.
63
Namun, apa yang jelas kepada Mahkamah ini ialah cabaran yang dibuat oleh pihak pembelaan tidak bermerit kerana SP7 telah menjelaskan kesilapan beliau meletakkan tarikh 31.11.2022 yang secara logiknya merupakan suatu kesilapan oleh SP7 kerana tidak ada tarikh sedemikian dalam bulan tersebut. Manakala tidak ada borang serah menyerah antara SP4 dan SP7, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan tidak mencabar bahawa barang kes di Mahkamah adalah yang sama dirampas daripada OKT.
64
Mahkamah ini menerima penjelasan SP7 dan berpandangan cabaran mengenai tarikh tersebut tidaklah material. Malahan kesilapan tersebut tidak mencacatkan kes pendakwaan. Apa yang jelas ialah barang kes dadah telah dicamkan oleh saksi penting pihak pendakwaan iaitu SP3 dan SP4 dan barang kes dadah yang sama dianalisa oleh SP5.
65
Apabila dipertimbangkan keseluruhan kes ini, terdapat juga keterangan-keterangan lain dari saksi pendakwaan yang kredible yang telah mengukuhkan kes pendakwaan.
66
Isu berkaitan eksibit P44 dan P44A berkenaan catatan pada ruang 6 dan 7 di dalam dokumen tersebut juga telah dijelaskan oleh SP7. Malahan pihak pendakwaan juga telah memanggil SP8 yang telah mencatat pergerakan barang kes di Mahkamah selepas SP8 membuat salinan P44. ISU MENGENAI KETIADAAN CAP JARI PADA BAGASI DAN
67
Manakala isu mengenai ketiadaan cap jari OKT pada bagasi dan dadah, Mahkamah berpandangan bahawa kesan daripada tiada penimbulan cap jari OKT pada bagasi dan dadah tidak mencacatkan kes pendakwaan kerana ia hanyalah bukti sokongan sahaja. Rujuk Gade Lashmi Mangraju @ Ramesh v. State of Andhra Pradesh [2001] AIR SC2677 dan Mazlani bin Mansor v. PP and other appeals [2014] 2 MLJ 18.
68
Dalam konteks kes ini, terdapat bukti lain yang mengaitkan OKT dengan barang kes dadah berdasarkan daripada analisa DNA pada baju dalam dan seluar dalam OKT yang dirampas di dalam bagasi eksibit P6 yang mengesahkan kedua-duanya dimiliki OKT. Acupakai juga telah dilakukan dan didapati kedua-duanya berpadanan dengan OKT.
69
OKT dikatakan mempunyai kawalan ke atas bagasi eksibit P6 kerana bag berkunci dan bermangga dan hanya OKT mempunyai akses membukanya. Ketika OKT diarahkan membuka bagasi eksibit P6, OKT telah mengeluarkan kunci bagasi daripada bag tangan beliau. Susulan itu, terdapat bukti yang melimpah ruah yang boleh mengaitkan OKT dengan dadah yang dirampas di dalam bagasi eksibit P6.
70
Cabaran seterusnya oleh pihak pembelaan ialah bagasi eksibit P6 tidak sentiasa berada dalam kawalan OKT. Sebaliknya bagasi di bawah kawalan Qatar Airways apabila terdapatnya connecting flight dari Doha ke Kuala Lumpur.
71
Pihak pembelaan juga menghujahkan tag bagasi OKT tidak mengandungi nombor tiket penerbangan OKT. Mahkamah ini telah meneliti nota keterangan kes ini dan berpandangan adalah tidak munasabah untuk menerima hujahan pihak pembelaan yang menghujahkan bahawa bagasi eksibit P6 tidak sentiasa dikawal oleh OKT. Sebaliknya oleh Qatar Airways. Oleh itu, pihak pembelaan menghujahkan sewajarnya wakil dari Qatar Airways dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai pergerakan bagasi eksibit P6.
72
Apa yang mustahak di dalam kes ini ialah kawalan dan jagaan OKT pada bagasi eksibit P6 adalah jelas kerana bagasi berkunci dan bermangga. OKT telah mengambil bagasi eksibit P6 di conveyor belt.
73
OKT sahaja yang memegang kunci mangga dan bagasi dibuka oleh OKT sendiri apabila diarahkan oleh SP3. OKT menggunakan kuncinya yang diambil daripada bag tangannya untuk membuka bagasi tersebut di Balai Polis, hanya OKT yang membuka kunci dan mangga bagasi tersebut.
74
Manakala SP1 telah memberikan keterangan bahawa nombor tertera pada tag yang dilekatkan pada bagasi adalah nombor berkaitan dengan baggage tracking system. Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana bahawa tidak ada keperluan untuk memanggil mana-mana pihak dari Qatar Airways kerana SP1 telah mendapatkan maklumat tersebut dan boleh memberi keterangan yang kredible mengenai bagasi tersebut dari mula tempat penerbangan sehinggalah bagasi sampai di KLIA. Tambahan pula, penerbangan yang diambil OKT adalah penerbangan coachcharing dengan Syarikat SP1 bekerja.
75
Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan yang kredible dan bukti dokumentar yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan jagaan ke atas barang kes dadah. Anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) Akta terpakai.
76
Mahkamah ini juga membuat dapataan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pengedaran di bawah seksyen 2 iaitu “carrying” Akta.
77
Dengan demikian, OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya.
78
OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Hanya OKT sahaja yang memberi keterangan untuk membela diri.
79
Pembelaan OKT/SD1 boleh diringkaskan seperti berikut:
a
OKT menyatakan yang dia merupakan rakyat Thailand yang tinggal di Sakkeaw. OKT pernah datang ke Malaysia pada 9.11.2022 dengan menaiki kapal terbang dan transit di Malaysia selama 2 hari sebelum meneruskan perjalanannya ke Ethopia.
b
OKT ke Ethopia atas pelawaan rakannya bercuti dan membeli belah barang-barang yang boleh dibawa balik ke Thailand untuk dijual 10 kali ganda harganya.
c
OKT telah menaiki penerbangan dari Thailand ke Ethopia secara berseorangan. OKT menyatakan yang dia telah tinggal di Ethopia selama 2 minggu namun tidak melakukan apa-apa aktiviti membeli-belah di sana.
d
OKT hanya tinggal di hotel dan pulang semula ke Thailand pada 27.11.2022.
e
Tiket penerbangan dibeli oleh kawan OKT ke Malaysia dan kawannya mengarahkan OKT untuk tunggu dahulu di Malaysia sebelum pulang ke Thailand.
f
OKT telah tiba di Malaysia dari Ethopia pada 27.11.2022. OKT menyatakan yang dia telah didatangi oleh seorang lelaki Afrika yang menukar bagasi yang dibawanya semasa datang ke Ethopia dengan bagasi yang baharu untuk dibawa ke Malaysia.
g
OKT menyatakan semasa menerima bagasi tersebut, beg dalam keadaan tidak berkunci. OKT mengakui bahawa dia hanya membawa satu bagasi sahaja.
h
OKT menyatakan apabila sampai di KLIA dan selepas mengambil bagasi tersebut, dia telah ditahan oleh pihak polis.
i
OKT menafikan yang beg bagasi tersebut adalah kepunyaannya. OKT juga menafikan yang dadah dalam bagasi tersebut adalah kepunyaannya. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN
80
Beban pembuktian di akhir perbicaraan terletak pada bahu pihak pendakwaan yang mesti membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah (”KPJ”) seperti berikut: 182A (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.
81
Oleh yang demikian, Mahkamah ini hendaklah menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan SD1 untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.
82
Berdasarkan hujahan bertulis peguambela, beliau mengulangi isu-isu yang telah dibangkitkan semasa di peringkat pendakwaan mengenai jenis dadah dan terputusnya rantaian keterangan barang kes dadah yang mana Mahkamah ini telahpun membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan Mahkamah ini mendapati bahawa isu-isu tersebut tidak material sehingga menggugat kes pendakwaan.
83
Susulan itu, di peringkat pendakwaan, Mahkamah ini telah membuat dapatan OKT mempunyai pengetahuan terhadap barang kes dadah berasaskan anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 dan OKT dikatakan mengedar menurut peruntukan seksyen 2(d) melalui perbuatan OKT yang membawa bag bagasi yang mengandungi dadah tersebut.
84
Dalam hal ini, di akhir perbicaraan, persoalan pokok kepada Mahkamah ini adalah sama ada OKT melalui pembelaannya dapat membangkitkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dan sama ada OKT berjaya menyangkal anggapan statutori pengedaran atas imbangan kebarangkalian (balance of probability). Rujuk kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ 311
85
Penelitian Mahkamah atas pembelaan SD1 mendapati cabaran yang dibangkitkan adalah penafian OKT memiliki dan mempunyai pengetahuan mengenai bagasi eksibit P6 hanyalah penafian samata-mata dan tidak berjaya membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Dapatan Mahkamah ini disokong oleh prinsip undang-undang di dalam kes dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana iaitu PP v. Ku Lip See (1981) 1 MLJ 258 dan PP v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 serta kes D A DUNCAN v. PP [1980] 1 LNS 12 yang mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan seperti berikut: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.”
86
Di dalam kes Public Prosecutor v. Nur Hassan Bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551, Mahkamah memutuskan bahawa penafian semata-mata oleh OKT tidak sama sekali mewujudkan keraguan kepada kes pendakwaan seperti berikut: “The evidence of the second accused was only one of denial; denial of having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial of having been together with the first accused, denial of sitting on the same chair together with the first accused and denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All this evidence of the second accused were offered in contradiction to the evidence of prosecution. Neither were the presumptions of possessions or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed 311.4grammes. The second accused had also therefore failed to rebut the presumption of trafficking.”
87
Selanjutnya kes PP v. Saksi Usop [2009] 7 CLJ 750 di mana Mahkamah tidak menerima keterangan OKT bahawa semua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan tidak berlaku. Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “The defence case is as follows. On 21 May 2005, he was arrested by the police by the roadside. He said the police pointed gun at his head and said ‘we are police’. They then brought him to the Karamunsing complex. At the complex he said the police accused him of bringing syabu on that day. He denied the accusation but the police kept saying that he carried the plastic bag. According to him on the morning of his arrest, he was doing renovation works on an Indian shop at Telipok from 8am to 11am. He said he was arrested at 3.30pm on his way to the mosque for his Asar prayer. In cross examination, he denied that he tried to run away after the police introduced themselves. He denied he struggled to free himself when the police arrested him. He also denied he was on the way down the hill when he was arrested. He even denied that the plastic bag was in his right hand when he was arrested. It is clear that his defence is a bare denial. Be that as it may I have considered his evidence carefully and I find that he has completely failed to discharge the burden placed on him by s.37(d) of the Act. His defence is nothing more than a bare denial. It is trite law that a bare denial is not sufficient to dislodge the prosecution’s case, let alone to discharge a burden of proof.”
88
Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati pihak pembelaan membangkitkan isu yang tidak pernah dibangkitkan ketika kes pendakwaan. OKT menyatakan bahawa dia ke Euthopia atas arahan rakannya yang bernama Suwatchiunerai yang mengarahkannya untuk pergi ke Ethopia dan mengambil bagasi baharu yang diberikan oleh lelaki Afrika sebelum terbang ke Malaysia.
89
Selain itu, isu mengenai OKT diberikan dengan bagasi baharu yang kosong dan tidak berkunci juga hanya timbul semasa kes pembelaan. Mahkamah ini juga mendapati melalui soal balas oleh pihak pendakwaan, OKT sendiri bersetuju bahawa cerita berkenaan perjalanannya ke Ethopia atas pelawaan rakannya dan pertukaran bagasi juga hanya timbul semasa OKT memberikan keterangan.
90
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa keterangan yang diberikan oleh OKT bersifat pemikiran terkemudian (afterthought). Berdasarkan kepada kes PP v. Lin Lian Chen [1992] 1 CLJ 285 (Rep) yang mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “The trial judge appreciated correct law when he held, as he did in fact hold, that the defence are entitled, through cross examination of prosecution witnesses, to put its case at the earliest possible stage. Indeed, it behoves the defense to do so, for we need hardly say that if a defence is sprung in court after the first time when the accused makes his defence, from the witness box or the dock, so that the prosecution is taken by surprise, the accused runs the risk of being criticized for having kept his defence “up his sleeve”, so to speak, and it being branded as a recent invention”.
91
Satu lagi kes yang relevan adalah kes ALCONTARA A/L AMBROSE ANTHONY v. PP [1996] Edgar Joseph Jr telah menyatakan seperti berikut: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of the fact is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention in other words, ‘kept up its sleeve’, as it were-and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt”.
92
Pihak pendakwaan juga merujuk kepada kes Hamidon Bin Mat Yatim v. PP (1995) 3 CLJ 724 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “… questions were not put to Rasul in the course of cross examination and subsequently, they can be dismissed as mere after thought”.
93
Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya. OKT disabitkan dengan pertuduhan.
94
OKT melalui peguambelanya telah mengemukakan mitigasi secara bertulis. OKT adalah pesalah pertama. Telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. OKT berumur 48 tahun dan belum berkahwin. Beliau mempunyai 2 orang anak angkat.
95
Peguambela menghujahkan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini di dalam Mohd Helmi Anuar bin Mohd Kassim v PP and other applications [2026] 4 MLJ 207, Mahkamah Persekutuan telah mengiktirafkan pindaan melalui Akta 846 yang digubal untuk memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan rotan dan hukuman mati bukanlah hukuman mati bagi kesalahan di bawah ADB 1952.
96
Sehungan itu, pihak pembelaan menggesa Mahkamah ini mengambil pendekatan yang selari dengan prinsip undang-undang diputuskan Mahkamah Persekutuan.
97
Faktor pemberat pihak Pendakwaan ialah -
a
Kepentingan awam sepatutnya diberikan keutamaan.
b
Bukanlah kes melibatkan mangsa seperti pembunuhan. Tetapi kes dadah ada kesan sampingan, seperti rogol, rompak.
c
Rampansi kes yang melibatkan warganegara asing yang menjadikan Malaysia ‘port’ mengedar dadah.
d
Dadah adalah musuh nombor satu negara.
e
Berdasarkan faktor personal seperti kesalahan pertama, adalah isu subsidiari yang tidak boleh mengatasi hukuman mati.
98
Dalam mempertimbangkan mitigasi OKT, Mahkamah ini menekankan bahawa negara Malaysia memandang serius akan kes-kes melibatkan pengedaran dadah berbahaya dan ini dapat dilihat daripada beberapa pindaan yang dibuat di bawah ADB 1952 sebagai langkah proaktif Kerajaan menangani kes pengedaran dadah dengan mengenakan hukuman yang berat bagi kesalahan yang serius mengedar dadah.
99
Mahkamah berpandangan bahawa OKT bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
100
Mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan mengenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
101
Setelah menimbangkan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk juga kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Munawar bin Mohd Azizan v PP [2025] MLJU 2983, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Tempoh
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.