Lampiran
Lampiran 26 tersebut telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan ini adalah alasan Mahkamah kepada keputusan tersebut. PENYATAAN TUNTUTAN PLAINTIF [5] Plaintif merupakan seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan pemilik firma guaman iaitu Tetuan Misyail Othman & Co. (Nombor Pendaftaran Majlis Peguam Malaysia: 000020003702). Plaintif juga merupakan Penama berdaftar yang telah diberi kuasa di bawah seksyen 26 Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dan Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017. [6] Defendan merupakan warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 19, Jalan Stulang, Taman Stulang, 80300, Johor Bahru, Johor. [7] Satu tindakan kebankrapan telah difailkan terhadap Defendan melalui Kebankrapan No. JA-29NCC-2183/ 2020. Bagi menyelesaikan hutang secara damai, Defendan telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk suatu Perintah Interim pada 27 Jun 2020 bagi tujuan Perkiraan Sukarela yang kemudiannya telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Julai 2020. [8] Defendan telah, melalui surat lantikan bertarikh 11 September 2020 melantik Plaintif sebagai Penama di dalam tindakan Perkiraan Sukarela No. JA-29VA- 2-06/ 2020 (selepas ini dirujuk sebagai “Perkiraan Sukarela”) dan Perkiraan Sukarela ini telah dikendalikan oleh Tetuan Misyail Othman & Co/ Plaintif. [9] Berdasarkan invois No. 1088 bertarikh 11 Disember 2020 dan Perkiraan Sukarela tersebut, Defendan telah bersetuju untuk membayar Plaintif sejumlah RM37, 100. 00 sebagai fi Penama bagi Perkiraan Sukarela tersebut. Pada 27 Oktober 2020, Defendan telah membuat sebahagian bayaran sebanyak RM5000. 00 kepada Plaintif melalui Tetuan Misyail Othman & Co. dan sehingga kini, baki fi Penama yang masih terhutang yang perlu dibayar oleh Defendan adalah sebanyak RM32, 100. 00. [10] Sehubungan dengan itu, Plaintif telah beberapa kali mencuba untuk menghubungi pihak Defendan melalui panggilan telefon dan juga melalui aplikasi Whatsapp tetapi pihak Defendan hanya memberikan janji untuk menjelaskan jumlah yang masih terhutang dan sehingga kini masih gagal untuk berbuat demikian. [11] Pada 5 Julai 2023, Plaintif melalui Tetuan Misyail Othman & Co. telah menghantar satu notis peringatan dan tuntutan kepada Defendan menuntut jumlah hutang tersebut. Plaintif turut menghantar notis yang sama ke alamat Defendan. [12] Walaupun notis-notis tuntutan telah dikeluarkan beberapa kali, Defendan masih enggan, gagal, abai dan/ atau cuai untuk membayar baki jumlah terhutang sebanyak RM32, 100. 00 tersebut. [13] Oleh yang demikian, Plaintif telah memfailkan tuntutan ini terhadap Defendan, menuntut baki jumlah terhutang tersebut bersama faedah beserta kos. PEMBELAAN DEFENDAN [14] Defendan di dalam Penyataan Pembelaannya menyatakan bahawa Defendan telah melantik Plaintif sebagai ‘nominee’/ Penama di dalam Permohonan Perkiraan Sukarela di Mahkamah Tinggi Johor Bahru melalui Perkiraan Sukarela No. JA-29VA-2-06/ 2020. Walau bagaimanapun, pelantikan Plaintif sebagai Penama tidak menyatakan kos yang harus dibayar oleh Defendan. [15] Defendan menegaskan bahawa Plaintif tidak menyempurnakan tugasannya sebagai penama yang dilantik dan jumlah Fi Penama yang dikenakan oleh Plaintif ke atas Defendan juga tidak dipersetujui. [16] Defendan menyatakan bahawa sejumlah RM5000. 00 yang telah pun dibayar oleh Defendan kepada Plaintif adalah sebagai penyelesaian penuh bagi caj yang dikenakan oleh Plaintif. Baki berjumlah RM32, 100. 00 yang dituntut oleh Plaintif merupakan “afterthought”. [17] Selanjutnya, Defendan menyatakan bahawa tuntutan yang dibawa oleh Plaintif ini seharusnya dicukai (“to be taxed”) di Mahkamah Tinggi kerana kerja-kerja tersebut tidak disempurnakan dan/ atau dilaksanakan oleh Plaintif sebagaimana yang dikehendaki oleh Defendan. [18] Defendan menyatakan tiada butiran-butiran terperinci yang telah diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan untuk Plaintif mengenakan fi sebanyak RM37, 100. 00 tersebut. Defendan telah berkali-kali memohon untuk Plaintif membekalkan butiran-butiran terperinci bagi fi tersebut namun sehingga kini, Plaintif telah gagal menyerahkannya kepada Defendan. LAMPIRAN 26 – PERMOHONAN DEFENDAN DI BAWAH ATURAN 33 KAEDAH (2) KKM 2012 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG [19] Di dalam permohonan ini, Mahkamah telah merujuk kepada Aturan 33 Kaedah 2 Kedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) yang memperuntukkan seperti berikut: “Order 33. Mode of trial 2. Time of trial of questions or issues (O. 33, r. 2) The Court may order any question or issue arising in a cause or matter, whether of fact or law or partly of fact and partly of law, and whether raised by the pleadings or otherwise, to be tried before, at or after the trial of the cause or matter, and may give directions as to the manner in which the question or issue shall be stated.” [20] Seterusnya, Mahkamah turut merujuk kepada Aturan 33 Kaedah 5 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “Dismissal of action after decision of preliminary issue (O. 33, r. 5) 5. If it appears to the Court that the decision of any question or issue arising in a cause or matter and tried separately from the cause or matter substantially disposes of the cause or matter or renders the trial of the cause or matter unnecessary, it may dismiss the cause or matter or make such other order or give such judgment therein as may be just.” [21] Di dalam kes Tanabal Naidu Murugayan V. Thoo Chee Wah [2024] 10 CLJ 297; [2024] CLJU 1869, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[10] To persuade the court to utilise the O. 33 procedure in his favour, D must satisfy either of two alternative requirements: (i) substantial disposal - answering the questions of law or fact posed must substantially dispose of the suit; or (ii) a trial is unnecessary - answering the questions of law or fact posed renders the trial unnecessary. Here, in this proceeding, it means that when the court answers the questions posed, both the claim and counterclaim will no longer need to go to trial.” [22] Berdasarkan otoriti di atas, untuk Mahkamah menggunapakai Aturan 33 Kaedah 2 KKM 2012, Defendan perlu menunjukkan bahawa keputusan mengenai apa-apa persoalan undang-undang atau isu yang berbangkit akan menyelesaikan sebahagian utama atau substantif tuntutan ini dan keduanya adalah bahawa perbicaraan tidak lagi diperlukan. [23] Seterusnya, Mahkamah Tinggi di dalam kes Tanabal Naidu (supra) turut merujuk kepada prinsip-prinsip yang mantap berkaitan Aturan 33 KKM 2012 yang telah diputuskan di dalam otoriti-otoriti terdahulu sebagaimana berikut: “The Case Law On O. 14A And O. [11] – [12] ….. [13] Two - similar to O. 14A, the O. 33 procedure should only be invoked where there are no facts which are in dispute - Dominic J Puthucheary v. Jet Age Construction Sdn Bhd & Anor & Another Appeal [1997] 3 CLJ 807; [1997] 2 MLJ 252 at MLJ p. 262; [1997] 1 AMR 101; [1995] 2 MLRA 539. [14] Three - O. 33 should only be used, that is, an order under O. should only be granted - (i) if answering the questions of law or fact will result in "a substantial saving of time and expenditure"; (ii) if there are no other issues of law or fact that "ought to be decided at the trial of the suit"; and (iii) if the questions are "carefully and precisely framed", such that there is no ambiguity as to what exactly is "the real question" that is to be answered - Petroleum Nasional Bhd v. Kerajaan Negeri Terengganu & Another Appeal [2003] 4 CLJ 337; [2004] 1 MLJ 8; [2003] 5 AMR 696; [2003] 1 MLRA 582; at para. [16].” [15] Four - O. 33 should not be utilised when there are issues in the suit that require extrinsic evidence to prove. Put differently, where there are issues that arise out of the pleadings which are traversed (denied, refuted) and extrinsic evidence is needed for the parties to prove or traverse them at trial, then the O. 33 procedure is not suitable to use - Newacres Sdn Bhd v. Sri Alam Sdn Bhd [1991] 3 CLJ 2781; [1991] 1 CLJ (Rep) 321; [1991] 3 MLJ 474 at MLJ p. 480; [1991] 1 MLRA 163. [penekanan ditambah] HUJAHAN DEFENDAN [24] Peguamcara Defendan telah menghujahkan bahawa hanya Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes dan apa-apa isu yang timbul di dalam proses kebankrapan sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 88 dan seksyen 91 Akta 360. [25] Jadual fi perkiraan sukarela di bawah subkaedah 21(2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017 hanyalah bersifat permisif, direktori dan bukannya mandatori. [26] Oleh itu, Peguamcara Defendan menghujahkan bahawa Mahkamah Majistret Sivil tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa kebankrapan untuk mendengar tuntutan Plaintif dan Plaintif seharusnya memfailkan tuntutan atau permohonan ini di Mahkamah Tinggi. HUJAHAN PLAINTIF [27] Peguamcara Plaintif menghujahkan bagi isu pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Defendan melalui Notis Permohonan di Lampiran 26 tersebut, Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes tunggakan hutang iaitu fi penama berdasarkan seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] yang memperuntukkan bidang kuasa Sivil Majistret Kelas Pertama untuk mendengar dan memutuskan tuntutan sivil yang berjumlah tidak melebihi RM100, 000. 00. [28] Peguamcara Plaintif menghujahkan jumlah terhutang sebanyak RM32, 100. 00 adalah jumlah yang masih di dalam julat jumlah RM100, 000. 00 dan Mahkamah Majistret masih mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar tuntutan hutang ini. [29] Kausa tindakan ini adalah berasaskan kegagalan Defendan di dalam melunaskan jumlah terhutang sebanyak RM32, 100. 00 tersebut yang merupakan pelanggaran kepada perjanjian perkhidmatan Plaintif sebagai Penama yang telah menyempurnakan tugasnya bagi Perkiraan Sukarela Defendan. [30] Seterusnya, Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa seksyen 88 dan 91 Akta 360 berkenaan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Kebankrapan adalah tidak terpakai kerana tindakan ini hanyalah berkenaan kes tuntutan hutang yang tidak dijelaskan. Malah, Defendan juga tidak diisytiharkan sebagai bankrap pada setiap masa yang material sehingga ke hari ini. [31] Peguamcara Plaintif megnhujahkan bahawa berdasarkan kronologi yang disertakan, Peguamcara Plaintif sememangnya telah menyempurnakan tugas dan peranan sebagai Penama dalam Perkiraan Sukarela ini secara keseluruhannya menurut Akta 360 dan Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017. [32] Seterusnya, Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa surat pelantikan penama bertarikh 11 September 2020 (sebagaimana Eksibit “MO-1” Affidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38) telah dengan jelas menyatakan Fi Penama adalah sebanyak RM60, 800.27 yang telah dipersetujui oleh Defendan. [33] Fi Penama ini adalah tertakluk dan harmoni dengan Jadual Ketiga Subkaedah 21 (2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017 mengambilkira amaun hutang keseluruhan Defendan adalah sebanyak RM32, 456. 915. 21. Oleh itu, Fi Penama ini adalah merupakan jumlah dalam kadar yang sesuai mengikut skala Fi Perkiraan Sukarela sebagaimana Jadual Ketiga Subkaedah 21 (2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017. [34] Walau pun begitu, Defendan telah memohon kepada Plaintif untuk mendapatkan diskaun sebagaimana Eksibit “MO-3” Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38 dan Plaintif telah bersetuju untuk memberikan jumlah RM37, 100. 00 sebagai Fi Penama selepas diskaun. Defendan telah membayar sejumlah RM5000. 00 menjadikan baki jumlah terhutang adalah sebanyak RM32, 100. 00. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH PERSOALAN UNDANG-UNDANG/ ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PIHAK DEFENDAN UNTUK DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH DI BAWAH ATURAN 33 KKM 2012 [35] Notis Pemohonan Plaintif di Lampiran 26 tersebut antara lainnya memohon untuk persoalan-persoalan seperti berikut: (a) Sama ada Mahkamah Majistret Sivil mempunyai budi bicara untuk memutuskan tuntutan Plaintif terhadap Defendan di mana Plaintif menuntut bagi fi “Nominee” yang dikatakan tertunggak sedangkan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Permohonan Perkiraan Sukarela Defendan tidak memberikan sebarang Perintah untuk kos; (b) Samada Mahkamah Majistret Sivil boleh mendengar tuntutan kos yang tidak dituntut dan / atau diperintahkan oleh Mahkamah Kebankrapan; dan (c) Samada Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] memberikan budi bicara kepada Mahkamah Majistret untuk menetapkan apa-apa kos yang diperuntukkan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]. ISU 1: Sama ada Mahkamah Majistret Sivil mempunyai budi bicara untuk memutuskan tuntutan Plaintif terhadap Defendan di mana Plaintif menuntut bagi fi “Nominee” yang dikatakan tertunggak sedangkan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Permohonan Perkiraan Sukarela Defendan tidak memberikan sebarang Perintah untuk kos ISU 2: Sama ada Mahkamah Majistret Sivil boleh mendengar tuntutan kos yang tidak dituntut dan / atau diperintahkan oleh Mahkamah Kebankrapan [36] Mahkamah menggabungkan isu ini memandangkan ianya berkait antara satu sama lain. Berkenaan dengan persoalan-persoalan ini, Mahkamah telah memperhalusi pliding pihak-pihak dan juga Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38. Mahkamah mendapati asas tuntutan Plaintif ini adalah berdasarkan fi Penama yang dikenakan untuk fi perkhidmatan Plaintif sebagai Penama bagi Permohonan Perkiraan Sukarela Defendan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. [37] Peguamcara Plaintif menghujahkan jumlah Fi Penama ini adalah tertakluk dan harmoni dengan Jadual Ketiga Subkaedah 21 (2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017 mengambilkira amaun hutang keseluruhan Defendan adalah sebanyak RM32, 456. 915. 21. Oleh itu, Fi Penama ini adalah merupakan jumlah dalam kadar yang sesuai mengikut skala Fi Perkiraan Sukarela sebagaimana Jadual Ketiga Subkaedah 21 (2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017. [38] Mahkamah telah merujuk kepada Subkaedah 21 (2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017 yang memperuntukkan seperti berikut: “(2) The scale fees in Third Schedule shall be payable by the debtor to the nominee either in full or on stages as agreed by the nominee and the debtor.” [39] Seterusnya Mahkamah turut merujuk kepada eksibit “MO-1” dan “MO-4” di Afidavit Jawapan Plaintif yang masing-masing merupakan Surat Pelantikan Penama dan Invois No. 1088 bertarikh 11.12.2020 berjumlah RM32, 100.00. [40] Selain itu, Mahkamah turut merujuk kepada Eksibit “MO-2” Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38 yang merupakan resit bayaran bertarikh 27.10.2020 berjumlah RM5000. 00 oleh Defendan kepada Plaintif dengan catatan seperti berikut: “Being payment of Professional Charge, Reimbursement and Disbursement: Appointment of Misyail Othman as Nominee in Respect of Voluntary arrangement for Ravichanthiran a/l Ganesan.” [41] Seterusnya, Mahkamah turut merujuk kepada Eksibit “MO-3” Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38 yang merupakan tangkap layer perbualan di Aplikasi Whatsapp antara pihak Plaintif dan Defendan di mana Eskibit “MO-3” merupakan perbualan Defendan yang telah meminta diberikan diskaun daripada jumlah fi penama asal iaitu sebanyak RM60, 800.27 yang kemudiannya telah dikurangkan menjadi RM37, 100 pihak Plaintif. [42] Rujukan Mahkamah kepada peruntukan undang-undang dan eksibit-eksibit di atas telah memberikan rumusan-rumusan bahawa pihak-pihak telah bersetuju untuk Plaintif dilantik sebagai Penama di dalam Permohonan Perkiraan Sukarela Defendan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan yang keduanya adalah bahawa telah terdapatnya persetujuan pihak-pihak berkenaan dengan jumlah fi bagi perkhidmatan penama tersebut oleh Plaintif kepada Defendan. [43] Walaupun pihak Defendan mengemukakan persoalan 1 & 2 ini atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi tidak memberikan sebarang perintah terhadap kos di dalam Permohonan Perkiraan Sukarela Defendan, namun, Subkaedah 21 (2) Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017 jelas memperuntukkan dan menyediakan jadual bagi skala fi yang hendaklah dibayar oleh penghutang kepada penama sebagaimana di dalam Jadual Ketiga Kaedah tersebut. [44] Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa persoalan 1 dan 2 ini bukanlah merupakan persoalan-persoalan yang sesuai diputuskan menurut Aturan 33 Kaedah 2 KKM 2012. ISU 3: Sama ada Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] memberikan budi bicara kepada Mahkamah Majistret untuk menetapkan apa-apa kos yang diperuntukkan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] [45] Bagi persoalan ini, Mahkamah mendapati tuntutan Plaintif di dalam tindakan ini bukanlah untuk Mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk penetapan kos, tetapi merupakan tuntutan hutang/ fi penama yang tertunggak terhadap Defendan. [46] Pemerhatian Mahkamah kepada Pliding Plaintif mendapati Plaintif tidak memohon Mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk menetapkan kos/ fi penama bagi Permohonan Perkiraan Sukarela Defendan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguamcara Plaintif bahawa kausa tindakan di dalam tuntutan ini wujud atau terakru berdasarkan keengganan dan/ atau kegagalan Defendan dalam melunaskan baki terhutang sebanyak RM32, 100. 00 yang merupakan fi Penama yang telah dipersetuju oleh pihak-pihak. [47] Adalah dapatan Mahkamah bahawa tuntutan ini adalah berdasarkan keingkaran pembayaran yang terbit melalui kontrak (iaitu invois di Eksibit “MO- 4” Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38) dan memandangkan jumlah tuntutan adalah sebanyak RM32,100. 00, maka, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 90 Akta 92 yang memperuntukkan bidang kuasa sivil bagi Mahkamah Majistret sebagaimana yang berikut: “90 Civil jurisdiction of First Class Magistrate Subject to the limitations contained in this Act, a First Class Magistrate shall have jurisdiction to try all actions and suits of a civil nature where the amount in dispute or value of the subject-matter does not exceed one hundred thousand ringgit.” [48] Selanjutnya, Mahkamah turut merujuk kepada Eksibit “MO- 5” Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 38 yang merupakan tangkap layar perbualan di Aplikasi Whatsapp antara pihak-pihak bertarikh 19 Disember 2020 yang menunjukkan pengakuan Defendan terhadap keberhutangan Defendan berjumlah RM35, 000 terhadap Plaintif yang mana Defendan telah menyatakan seperti berikut: “Treat this as my admission of debt with you for 35 k” [49] Berdasarkan alasan-alasan ini, adalah dapatan Mahkamah bahawa persoalan/ isu 3 ini juga tidak sesuai diputuskan melalui Aturan 33 Kaedah 2 KKM 2012. [50] Berdasarkan analisa dan dapatan di atas, dan setelah meneliti keseluruhan keterangan afidavit-afidavit, eksibit-eksibit, hujahan-hujahan dan otoriti-otoriti yang dikemukakan serta alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan untuk menolak permohonan Defendan di Lampiran 26 dengan kos sebanyak RM1500.00. Bertarikh pada: 11 April 2025. t.t. NURMADIANA BINTI MAMAT Majistret, Mahkamah Majistret Sivil (2), Johor Bahru Pihak-Pihak: 1. Muhammad Naif Amal bin Zulkiflie daripada Tetuan Misyail Othman & Co. – Peguamcara Plaintif 2. Aida binti Haji Hassan daripada Tetuan Aida & G Ravi – Peguamcara Defendan