Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.:BA-22NCvC-57-02/2022 ANTARA MM LIVE ENTERTAINMENT SDN BHD (No. Syarikat: 1035512-K) − PLAINTIF
BA-22NCvC-57-02/2022
High Court of Malaysia24 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ral Court dalam kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Murid [1980] 1 MLRA 687. Keputusan ini telah digunapakai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Loh Meng Keong v. Sitrac Corporation Sdn Bhd & Ors [2020] MLRHU 2272 pg 1. Dapatan Mahkamah: [30] Dalam kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Murid (supra), Chang Min Tat FJ mem”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.:BA-22NCvC-57-02/2022 ANTARA MM LIVE ENTERTAINMENT SDN BHD (No. Syarikat: 1035512-K) − PLAINTIF
1
MOHAMMAD NAZRIN BIN MD NOH (No. K/P: 670610-10-6009)
2
MOHD NAZLI BIN MOHD NOH (No. K/P: 791012-14-5383)
3
JURIAH @ NORSHIAH BINTI SIMU (No. K/P: 371206-10-5020)
4
NAZRAH BINTI MD NOH (No. K/P: 721125-14-5386) – DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini ialah permohonan interlokutori yang difailkan oleh Plaintif untuk Plaintif diberikan kebenaran oleh Mahkamah membuat permohonan ini di luar jangkamasa; untuk Plaintif diberikan masa 60 hari dari tarik Perintah ini sebagai lanjutan masa 30 hari yang dinyatakan dalam perenggan (b) Penghakiman bertarikh 29-5-2023 bagi Hartanah yang diperihalkan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 8-2-2021 yang diperintahkan untuk 06/02/2024 13:32:14 BA-22NCvC-57-02/2022 Kand. 56 S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ dipindahmilik kepada Plaintif; dan kos permohonan ini ditanggung oleh Plaintif (Lampiran 45/bertarikh 7-9-2023). [2] Alasan permohonan yang dinyatakan oleh Plaintif dalam afidavit sokongannya ialah –
a
perenggan (b) Penghakiman bertarikh 29-5-2023 telah tamat tempohnya.
b
lanjutan masa diperlukan untuk melengkapkan urusan pindahmilik Hartanah tersebut kepada Plaintif dan juga untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik dari pihak berkuasa negeri kerana kebenaran diberikan telah luput.
c
tiada apa-apa rayuan difailkan oleh Defendan-Defendan terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 29-5-2023.
d
permohonan ini tidak memprejudiskan Defendan-Defendan dalam tindakan ini. Perbicaraan & Keputusan: [3] Perbicaraan penuh bagi kes ini diadakan pada 17-4-2023 di mana keterangan lisan 2 orang saksi Plaintif dan 5 orang saksi Defendan-Defendan telah hadir untuk memberikan keterangan masing-masing. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [4] Pada 29-5-2023, Mahkamah ini memberikan keputusannya seperti yang berikut: KEPUTUSAN BICARA PENUH
1
Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah perlanggaran kontrak (Sale and Purchase Agreement) oleh Defendan-Defendan bagi suatu hartanah iaitu H.S.(M) 6439 P.T. No. 6264 di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor. Harga jualan ialah RM1,100,000.00 dan Plaintif telah membayar deposit sebanyak RM220,000.00. Maka baki harga jualan yang perlu dibayar oleh Plaintif ialah RM880,000.00.
2
Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan adalah didapati bahawa Defendan-Defendan telah mengingkari Perjanjian Jual Beli yang telah dimeterai bertarikh 8-2-2021.
3
Dalam tindakan ini, hubungan contractual antara Plaintif dengan Defendan-Defendan adalah wujud, saya ingin memetik Chitty’s on Contract adalah seperti yang berikut: “Agreement is not a mental state, but an act, and as an act, is a matter of inference from conduct. The parties are to be judged not by what in their minds but by what they have said or written or done.”. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ
4
Berdasarkan penelitian Mahkamah ini selepas meneliti semua dokumen dan keterangan lisan dan dokumentar yang dibentangkan oleh pihak-pihak di hadapan Mahkamah ini, dan hujahan bertulis, Mahkamah ini mendapati atas imbangan kebarangkalian Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan dan menghakimi –
a
Perintah Pelaksanaan Spesifik terhadap Defendan-Defendan untuk menyempurnakan dan meneruskan dengan Perjanjian Jual Beli dan Pindah Milik Tanah tersebut sebaik sahaja baki harga jualan sebanyak RM880,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan.
b
Tanah itu sebagaimana diperihalkan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 8-2-2021 diperintahkan dipindah milik kepada Plaintif dalam masa 30 hari. Apa-apa bayaran pindah milik tersebut ditanggung oleh Defendan-Defendan.
c
Kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Defendan-Defendan secara bersesama kepada Plaintif. [5] Defendan-Defendan TIDAK merayu terhadap keputusan Mahkamah ini. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [6] Sebagaimana keputusan dan Perintah Mahkamah ini pada perenggan (b) Penghakiman tersebut, Plaintif diberikan masa selama 30 hari untuk melaksanakan urusan pindahmilik tersebut. Apa-apa bayaran pindah milik tersebut ditanggung oleh Defendan-Defendan. Ini bererti, pada atau sebelum 29-6-2023 urusan pindahmilik Hartanah tersebut hendaklah diselesaikan/dilaksanakan dan disempurnakan. Namun begitu, Plaintif gagal berbuat sedemikian.
Lampiran
Lampiran 45 – Notis Permohonan Plaintif bertarikh 7-9-2023 [7] Pada ketika Plaintif memfailkan Lampiran 45 ini, Perintah Mahkamah telah luput. Maka, Lampiran 45 ialah tindakan Plaintif untuk memohon lanjutan masa. [8] Dalam afidavit sokongannya, Plaintif menyatakan punca/sebab kelewatan untuk melaksanakan/menyempurnakan Perintah Mahkamah bertarik 29-5-2023, iaitu – • kelewatan adalah disebabkan apabila Defendan-Defendan telah memfailkan suatu surat bertarikh 6-6-2023 di Mahkamah ini untuk memohon klarifikasi daripada Mahkamah mengenai penghakimannya bertarikh 29-5-2023 di mana tiada tempoh diberikan bilakah baki harga jualan sebanyak RM880,000.00 harus dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ • Plaintif menunggu maklum balas daripada Mahkamah ini dan juga daripada Defendan-Defendan mengenai klarifikasi tersebut. Namun begitu, tiada apa-apa maklum balas diterima daripada Defendan-Defendan. • Plaintif menulis surat kepada Mahkamah agar suatu klarifikasi ditetapkan dan tarikh klarifikasi ditetapkan pada 18-7-2023. • Dalam prosiding eReview pada 18-7-2023, peguam cara Plaintif hadir dan tiada kehadiran peguam cara Defendan-Defendan. Prosiding eReview dimuatturun seperti berikut: Tarikh : 18 Julai 2023 Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Yang Arif, saya Avtar Singh bagi pihak Plaintif. Saya dimaklumkan oleh peguam Defendan bahawa beliau telah memohon klarifikasi penghakiman yang telah diberi berkenaan masa pembayaran baki harga jual beli dan juga bahawa Defendan Ketiga telah meninggal dunia. Kini hartanah adalah dalam nama Defendan 1, 2 dan 4. Peguam Plaintif 1 : Bagi pihak kami, kami ingin memberitahu Mahkamah bahawa "consent" dari pejabat Tanah telah luput dan memohon bahawa satu perintah bahawa Plaintif boleh memindahmilik tanpa mendapat consent tersebut. Ini akan memudahkan pihak-pihak untuk memindahmilik dalam tempoh yang diperintahkan oleh Mahkamah. Kami juga S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ memohon bahawa tempoh yang diberi dilanjutkan oleh kerana tempoh 1 bulan yang diperintahkan telah tamat. Mahkamah : Y.A Pn Rozi, JC: Mahkamah ini telah membuat Penghakimannya. Dan kini functus officio. Sila hubungi Penolong Kanan Pendaftar. Peguam Plaintif 1 : Baik Yang Arif kami ambil maklum. Terima kasih. Mahkamah : Y.A Pn Rozi, JC: Sama-sama peguam. End of sessions. [9] Dalam perenggan 13 afidavit sokongan, Plaintif menyatakan – “13. Saya sesungguhnya memohon Mahkamah yang Mulia ini untuk melanjutkan tempoh 30 hari yang dinyatakan dalam perenggan (b) Penghakiman bertarikh 29-5-2023 kepada tempoh 60 hari bermula dari tarikh keputusan bagi Permohonan ini diberikan oleh Mahkamah.”. [10] Peguam cara Plaintif juga telah menghubungi secara bertulis kepada peguam cara Defendan-Defendan untuk menyatakan bahawa Plaintif akan membayar baki harga Hartanah tersebut pada 10-8-2023. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [11] Melalui e-mel peguam cara Defendan-Defendan pada 9-8-2023 kepada peguam cara Plaintif menyatakan bahawa masa untuk penyelesaian telah tamat apabila tempoh 30 hari yang diberikan oleh Mahkamah telah tamat dan bahawa Defendan-Defendan hanya akan bersetuju untuk memindahmilik Hartanah tersebut jika Plaintif bersetuju untuk membeli pada harga RM1,500,000.00 sahaja. [12] Kedua-dua peguam cara telah berkomunikasi antara satu sama lain berkenaan dengan Penghakiman Mahkamah dan urusan pembayaran baki harga pembelian Hartanah oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan dan urusan pindahmilik Hartanah oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Plaintif menyatakan bahawa tiada balasan diterima daripada peguam cara Defendan-Defendan. [13] Pada perenggan 20 afidavit sokongannya, Plaintif menyatakan – “20. Saya sesungguhnya percaya dan dinasihatkan oleh peguam bahawa tindakan Defendan-Defendan seperti yang dinyatakan di atas adalah untuk sengaja melengahkan Penghakiman berkuatkuasa kepada mereka. Oleh yang demikian, tindakan Defendan-Defendan tersebut telah menghina Mahkamah yang Mulia ini.”. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ Afidavit Jawapan Defendan-Defendan: [14] Defendan Pertama dalam afidavit jawapannya kepada afidavit sokongan Plaintif menyatakan seperti yang berikut: (a) kegagalan Plaintif mematuhi Penghakiman Mahkamah bertarikh 29-5-2023 adalah atas kealpaan dan kecuaian Plaintif sendiri. (b) surat peguam cara Defendan-Defendan bertarikh 6-6-2023 itu hanya untuk mendapatkan klarifikasi daripada Mahkamah sahaja dan bukannya untuk Plaintif menjadikan surat tersebut sebagai alasan untuk tidak membayar jumlah yang diperintahkan oleh Mahkamah. (c) peguam cara Defendan-Defendan tidak menhubungi Penolong Kanan Pendaftar kerana telah dimaklumkan bahawa Penghakiman Mahkamah telah tamat dan tidak berkuatkuasa lagi. (d) Defendan-Defendan mengakui bahawa tiada apa-apa rayuan difailkan terhadap Penghakiman tersebut. Defendan-Defendan menyatakan bahawa Penghakiman tersebut hanya berkuatkuasa jika Plaintif dapat menjelaskan baki bayaran dalam tempoh 30 hari seperti yang dinyatakan dalam Penghakiman tersebut. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ (e) Defendan-Defendan percaya bahawa jika Mahkamah ini membenarkan Lampiran 45 maka ianya akan memprejudiskan Defendan-Defendan dan menyebabkan Defendan-Defendan mengalami kerugian. [15] Defendan-Defendan membantah kepada lampiran 45 ini kerana tiada dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi lanjutan masa untuk Penghakiman/Perintah. Penilaian dan Dapatan Mahkamah [16] Mahkamah ini telah mendengar tindakan undang-undang yang dimulakan oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan. Di akhir perbicaraan penuh, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif. [17] Perlaksanaan Penghakiman Mahkamah ini membawa kepada – • tindakan oleh Plaintif untuk membayar baki jualan sebanyak RM880,000.00 kepada Defendan-Defendan. Keputusan Mahkamah ini dinyatakan semula iaitu “Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah perlanggaran kontrak (Sale and Purchase Agreement) oleh Defendan-Defendan bagi suatu hartanah iaitu H.S.(M) 6439 P.T. No. 6264 di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor. Harga jualan ialah RM1,100,000.00 dan Plaintif telah membayar deposit sebanyak RM220,000.00. Maka baki harga jualan yang perlu dibayar oleh Plaintif ialah RM880,000.00.”. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ • tindakan oleh Plaintif dan juga Defendan-Defendan untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan bagi pindahmilik Hartanah tersebut. Mahkamah ini telah memutuskan bahawa apa-apa kos yang kena dibayar bagi pindahmilik Hartanah tersebut ditanggung oleh Defendan-Defendan. [18] Berdasarkan jawapan Defendan-Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan-Defendan itu tidak bersetuju dan adalah terkilan dengan keputusan Mahkamah ini bertarikh 29-5-2023. Sekadar terkilan sahaja dan pengakuan Defendan-Defendan bahawa sememangnya tiada rayuan difailkan ke Mahkamah Rayuan. Maka dengan itu, keputusan Mahkamah ini adalah muktamad dan perlaksanaan pindahmilik hendaklah dilaksanakan sebagaimana keputusan Mahkamah. [19] Klarifikasi yang dipohon oleh pihak-pihak berkenaan dengan keputusan dan Penghakiman/Perintah Mahkamah ini sama sekali tidak mengubah keputusan Mahkamah ini yang membenarkan tuntutan Plaintif. Baki harga belian yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan adalah sebanyak RM880,000.00 dan bukannya RM1,500,000.00 sebagaimana yang diinginkan oleh Defendan-Defendan. [20] Mahkamah telah meneliti permohonan lanjutan masa yang dipohon oleh Plaintif dan mendapati kelewatan oleh Plaintif tersebut adalah bersebab dan “justified”. Kelewatan Plaintif juga disumbangkan oleh Defendan-Defendan sendiri. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [21] Peguam cara terpelajar Plaintif merujuk kepada peruntukan Order 3 r. 5 Rules of Court 2012 berkenaan dengan “Extension of time” dan menghujahkan bahawa Mahkamah ini mempunyai kuasa dan boleh atas apa-apa terma difikirkan adil memberikan Perintah melanjutkan tempoh yang di dalamnya seseorang itu dikehendaki atau diberi kuasa oleh Kaedah-Kaedah ini atau oleh mana-mana penghakiman untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding. [22] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa Mahkamah ini boleh dengan sewajarnya memberikan lanjutan masa sebagaimana permohonan Plaintif dalam Lampiran 45 itu. [23] Seterusnya, peguam cara terpelajar Plaintif menggunapakai peruntukan O. 92 r. 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 mengenai “Inherent powers of the Court”. [24] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa Mahkamah ini mempunyai inherent powers untukm membuat perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah termasuklah untuk membenarkan permohonan Plaintif sebagaimana dalam Lampiran 45. [25] Nas undang-undang kes yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif ialah kes – • National Union of Bank Employees v. Director General of Trade Unions & Anor [2013] 7 CLJ 957, Arifin Zakaria CJ. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ • Ratnam v. Cumarasamy & Anor. [1946] 1 LNS 237, Lord Guest. • Wee Choo Keong v. MBF Holdings Bhd & Anor And another appeal [1993] 3 CLJ 210, Supreme Court. [26] Berdasarkan nas undang-undang kes di atas, peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa permohonan lanjutan masa ini boleh dibenarkan oleh Mahkamah yang menggunakan kuasa budi bicaranya di mana Mahkamah boleh mempertimbangkan, inter alia, kelewatan Plaintif dalam membuat permohonan lanjutan masa ini; sama ada ada atau tidak cogent reasons bagi Plaintif yang membuat permohonan bukan mengikut masa yang ditetapkan; dan kebarangkalian/kemungkinan dan tahap prejudis. [27] Berdasarkan kepada penelitian dan pertimbangan Mahkamah, saya mendapati permohonan Plaintif untuk lanjutan masa ini adalah teratur dan mengikut lunas undang-undang. Mahkamah kini menjalankan kuasa budibicaranya dengan membenarkan permohonan sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif dan kos permohonan adalah ditanggung oleh Plaintif. [28] Sebagaimana keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Hing Nyit Enterprise Sdn Bhd v. Bina Puri Construction Sdn Bhd [2021] 1 LNS 1234, yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif, memutuskan bahawa – S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ “[25] On the issue of whether the Respondent will suffer prejudice if the Motion is granted, we find merits in that the Respondent’s contention it will suffer great prejudice if the present Motion is granted as the Respondent has been denied its fruits of litigation for about 3 years and at the same time, it had to expand much time and costs… . There ought to be a finality in litigation and the winning party should not be dragged through frivolous legal actions over and over again. …”. Persoalan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan (khususnya hujahan bertulis peguam cara terpelajar Defendan-Defendan): [29] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menyenaraikan satu sahaja isu untuk membantah permohonan Plaintif dalam Lampiran 45 dan memohon agar Mahkamah ini menolak permohonan Plaintif dalam Lampiran 45: Sama ada Plaintif boleh memohon perintah lanjutan? Hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan: Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa daripada fakta kes, Plaintif telah gagal membayar Defendan-Defendan dalam tempoh yang ditetapkan/diberikan. Kegagalan Plaintif ini menyebabkan Perintah Mahkamah telah tidak disempurnakan. urusan pindahmilik atau urusan menyediakan dokumen pindahmilik adalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan kemudian. Apabila Plaintif gagal membayar dalam S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ tempoh yang ditetapkan maka Perintah Mahkamah telah tamat dan Plaintif tidak lagi berhak untuk meneruskan Perintah tersebut. Tiada apa-apa peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk consequential order dan fungsi Mahkamah adalah functus officio. Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menggunapakai keputusan Federal Court dalam kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Murid [1980] 1 MLRA 687. Keputusan ini telah digunapakai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Loh Meng Keong v. Sitrac Corporation Sdn Bhd & Ors [2020] MLRHU 2272 pg 1. Dapatan Mahkamah: [30] Dalam kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Murid (supra), Chang Min Tat FJ memutuskan – “[1] This appeal is concerned with the jurisdiction of a Judge to alter, vary or set aside a judgment regularly obtained, drawn up and perfected. … [10] Clearly the Court has no power under any application in the same action to alter very or set aside a judgment regularly obtained after it has been entered or an order after it is drawn up, … ”. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [31] Manakala dalam kes Loh Meng Keong v. Sitrac Corporation Sdn Bhd & Ors (supra), keputusan Nadzarin Wok Nordin, JC (Y.A ketika itu) adalah mengenai suatu consent judgment. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa – “[17] It is trite that once a consent judgment is perfected, the parties are bound by the terms therein. See Abdul Razak Sheikh Mahmood & ors v. Amanah Raya Bhd & Ors and anor appeal [2018] 3 MLRA 529; [2018] 5 MLJ 125; [2018] 5 CLJ 273 where the Court of appeal held: A consent judgment is only recorded when the respective litigants had agreed in writing as to how to resolve a legal suit. Once the consent judgment had been perfected, the parties are bound by it and the court is duty bound to enforce the agreed terms of the same. The court could not vary any of the agreed terms unless it is with the mutual consent of the parties. The parties were represented by legal advisers and if that had been the intention of the parties, such wordings would have been easily inserted in the consent judgment. Without such clear words, the courts could not infer meanings as put forth by the appellants.”. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [32] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tuntutan Plaintif telah menkalani suatu perbicaraan penuh dan Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya. Kes di hadapan Mahkamah ini bukan consent judgment yang direkodkan. [33] Relief yang dipohon oleh Plaintif adalah dibenarkan sebagaimana terkandung dalam Perintah Mahkamah. [34] Plaintif gagal melaksanakan Perintah Mahkamah dan alasan kegagalan Plaintif telah dijelaskan dengan nyata dalam afidavit sokongan Plaintif dan dihujahkan dengan baik oleh pegum cara terpelajar Plaintif. [35] Mahkamah ini membenarkan permohonan Plaintif demi keadilan kepada Plaintif untuk memperoleh “its fruits of litigation” iaitu Hartanah yang telah dijual oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Baki bayaran perlu dibayar oleh Plaintif dan seterusnya perlaksanaan/penyempurnaan pindahmilik. [36] Pengakuan dan tindakan Plaintif adalah bukan kerana enggan membayar baki jualan kepada Defendan-Defendan tetapi urusan pembayaran “sangkut” atas sebab perlu mendapatkan klarifikasi Mahkamah dan maklum balas daripada Defendan-Defendan dan/atau peguam cara Defendan-Defendan. [37] Mahkamah sama sekali tidak meminda atau mengubah keputusannya untuk memerintahkan Hartanah tersebut dipindahmilik kepada Plaintif dengan baki bayaran yang dinyatakan dengan jelas dalam Penghakiman Mahkamah ini. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [38] Apabila meneliti dan mempertimbangkan permohonan Plaintif (Lampiran 45) ini, Mahkamah ini pasti lanjutan masa yang diperlukan oleh Plaintif iaitu daripada 30 hari kepada 60 hari adalah tempoh lanjutan yang munasabah. Ini budibicara Mahkamah demi keadilan kepada Plaintif memperoleh Hartanah tersebut dan juga demi keadilan kepada Defendan-Defendan untuk memperoleh baki bayaran sebanyak RM880,000.00. [39] Mahkamah juga mendapati bahawa tiada apa-apa relief yang dipohon oleh Defendan-Defendan berkenaan dengan jika Plaintif mungkir dalam membayar baki bayaran sebanyak RM880,000.00, maka harga bayaran akan berubah dll. [40] Tindakan Defendan-Defendan dan/atau peguam cara Defendan-Defendan adalah bertujuan untuk mengetepikan Perintah Mahkamah mengikut tafsiran Defendan-Defendan dan/atau peguam cara Defendan-Defendan itu sendiri dengan mengatakan bahawa Perintah Mahkamah telah tamat tempoh dan keseluruhan keputusan Mahkamah ini tidak boleh dikuatkuasakan. [41] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara terpelajar Plaintif bahawa tiada rayuan oleh Defendan-Defendan selepas bicara penuh menunjukkan bahawa keputusan/penghakiman dan Perintah Mahkamah adalah muktamad. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ [42] Notis Rayuan yang difailkan oleh Defendan-Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang membenarkan Lampiran 45 gagal menafikan hak Plaintif untuk menikmati “its fruits of litigation”. Adalah suatu tindakan yang jelek diambil oleh Defendan-Defendan untuk mempertikaikan permohonan Plaintif dalam Lampiran 45. [43] Dengan menggunapakai keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Hing Nyit Enterprise Sdn Bhd v. Bina Puri Construction Sdn Bhd (supra) − “[25] On the issue of whether the Respondent will suffer prejudice if the Motion is granted, we find merits in that the Respondent’s contention it will suffer great prejudice if the present Motion is granted as the Respondent has been denied its fruits of litigation for about 3 years and at the same time, it had to expand much time and costs… . There ought to be a finality in litigation and the winning party should not be dragged through frivolous legal actions over and over again. …”, Defendan-Defendan tidak sewajarnya membantah Lampiran 45. Jika Mahkamah ini menolak Lampiran 45, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif akan mengalami prejudis yang teruk berbanding dengan Defendan-Defendan. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ Kesimpulan [44] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini adalah permohonan yang difailkan oleh Plaintif adalah teratur dan Mahkamah ini boleh menggunakan kuasa budibicaranya untuk membenarkan permohonan Plaintif. Plaintif layak dan telah menepati requirements bagi lanjutan masa. [45] Dengan ini, Mahkamah ini membenarkan Plaintif membuat lanjutan masa ini di luar jangka masa; lanjutan masa 60 hari diberikan kepada Plaintif dari tarikh Perintah Mahkamah ini sebagai lanjutan masa 30 hari yang dinyatakan dalam perenggan (b) Penghakiman bertarikh 29-5-2023 bagi Hartanah yang diperihalkan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 8-2- 2021 yang diperintahkan untuk dipindahmilik kepada Plaintif; dan kos permohonan ditanggung oleh Plaintif. Bertarikh: 6 Februari 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Avtar Singh A/L Sukhdev Singh Bagi Pihak Defendan-Defendan: Mohd Zailani Meli Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates, Klang, Selangor. S/N rDOObfRykqxVfDy0V2twQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.