Findings To conclude, I may guess that the company may have been shocked at the moment that Ron has put up complaint to the management and painted all black about me and followed up S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A with the notes being issued to Dato' Sri GMD by one of the engineers, that make up the complot be seen as factual. Kindly note that Allegation 3 is merely an extension of Allegation 2 and full explanation being given in Allegation 2 serve as respond to Allegation 3 as well. I believe with all the above explanation; this issue would be settled wisely by the management by reviewing and looking on the fundamental and the root-causes of the issue. I would also like to reiterate that staff commitment is become fundamental to the success of the project particularly when project is at "crisis". Let also investigate the way how other construction companies in Malaysia can manage their mega projects where the element of staff commitment is becoming a "key factor" to the success of their projects. If we go further and investigate the way how Korean and Japanese be so committed while managing their projects, we will be surprising to see them treating that the 1 or two (2) days delay in their project as critical. I may share my experience working with Japanese where the monitoring of progress is even at hourly basis. Any work which may anticipate any potential delay will then be resolved on the same day, with the role of Construction Manager to propose mitigation plan at 5pm to Planning Head of the project. S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A Whilst our Langat Sewer Project has encountered delay even more than a year, we should be more serious in handling this issue and to tackle the root causes of the delay for the benefit of the company. Yours truly, Md Ghazali Bin Ali (General Manager, Projects) HP:+6012-503 6242” [26] The appellant found the respondent’s response unacceptable. As the appellant could no longer repose the necessary trust and confidence to maintain the respondent in its employment, the appellant issued a “Withdrawal of Contract Extension” to the respondent dated 1 October 2018, and the respondent’s services were terminated with effect from 3 October 2018. Industrial Court [27] Dissatisfied with the termination, the respondent made representations for reinstatement pursuant to section 20 of the Industrial Relations Act 1967 within the prescribed 60 days of his dismissal, which was thereafter referred to the Industrial Court by the Honourable Minister of Human Resources for adjudication. The dispute was ventilated before the Industrial Court. During the proceedings, the appellant’s witnesses included Mohd Razin Ghazali COO (COW 2), Mohd Abdul Patah Bin Endut (COW 3), Zulkarnain S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A Bin Yaakub (COW4), Azian (COW 5) and Fadzillah Mohammad Isa, (COW 6) a site supervisor who attended the townhall in question. [28] On 1st January 2022, the Industrial Court found in favour of the appellant and concluded as follows: “[64] Berdasarkan keterangan saksi-saksi syarikat, mahkamah mendapati bahawa Penuntut telah melakukan salah laku yang serius dan ini menyebabkan pihak syarikat tidak lagi menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap Penuntut untuk meneruskan perkhidmatannya dengan syarikat. Akibat daripada salah laku yang serius ini syarikat tidak mempunyai pilihan lain selain dari mengambil tindakan untuk memberhentikan Penuntut dari perkhidmatannya. … [101] Mahkamah mendapati bahawa pihak syarikat telah membuktikan kesnya terhadap Penuntut atas imbangan kebarangkalian. Setelah membuat penilaian terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan, sebagai mahkamah yang bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit teguh kes ini dan tanpa mengambilkira perkara teknikal, diputuskan bahawa pemberhentian Penuntut oleh pihak syarikat adalah dengan bersebab dan dengan alasan yang wajar. S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A [102] Oleh yang demikian, tuntutan Penuntut dengan ini ditolak.” [29] Dissatisfied with the said decision, the respondent filed an application for judicial review at the High Court which inter alia, quashed the decision of the Industrial Court. [30] The appellant is now appealing against the decision of the High Court and for the reinstatement of the Award No. 1688 of 2022 of the Industrial Court. High Court’s Decision [31] The High Court was satisfied that the Industrial Court had committed errors of law which vitiated the Awards. The High Court’s analysis of the facts and the applicable law and the reasons for allowing the application for Judicial Review may be gleaned from the following parts of the Grounds of Judgment, which read as follows: “[52] Setelah meneliti rekod-rekod prosiding R1 secara keseluruhan, Mahkamah ini berpuashati untuk memutuskan bahawa dapatan R1 bahawa R2 telah berjaya membuktikan salah laku P dalam ketiga-tiga pertuduhan-pertuduhan yang dirangka adalah dapatan-dapatan yang tidak munsabah atau perverse. Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati bahawa R1 telah gagal mempertimbangkan prinsip perkadaran (proportionality) dalam hukuman yang dikenakan oleh R2 ke S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A atas P. Akhir sekali, Mahkamah ini juga mendapati bahawa R1 telah gagal mempertimbangkan prinsip ‘procedural impropriety' dalam mencapai keputusannya. [53] Alasan-alasan Mahkamah ini adalah disusul seperti berikut: Pertuduhan Pertama [55] Di dalam mencapai keputusannya bahawa pertuduhan pertama ini berjaya dibuktikan, R1 telah membuat dapatan pertamanya bahawa P telah bertindak di luar bidangkuasanya semasa mengeluarkan Dokumen Komitmen tanpa melalui saluran yang betul. [56] Seterusnya, R1 juga telah membuat dapatan bahawa Dokumen Komitmen tersebut telah meletakkan tanggungjawab yang berlebihan ke atas kakitangan dalam melaksanakan tugas sedia ada mereka serta mempersalahkan kakitangan sebagai punca kelewatan kesiapan Projek Pembentungan Langat. [57] Pada hemat Mahkamah ini, dalam membuat dapatan-dapatan di atas, R1 telah gagal mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan bahawa P yang merupakan Ketua Jabatan SCS bagi Projek Pembentungan Langat telah terlebih dahulu ada menghantar draf Dokumen Komitmen tersebut kepada En. Azian (Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MMC PLSB) yang bukan sahaja telah S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A memberikan maklum balas beliau malahan telah membuat pindaan kepada draf tersebut serta telah melabelkan draf tersebut sebagai untuk tindakan segera ("immediate action"). Maka, dapatan R1 bahawa P telah bertindak di luar bidangkuasanya dan tanpa melalui saluran yang betul apabila mengarahkan Dokumen Komitmen tersebut diedarkan kepada kakitangan merupakan dapatan yang tidak kukuh atau meragukan. [58] Dalam perkara ini juga, alasan En. Azian yang diterima oleh R1 bahawa beliau hanya bertindak menuruti kehendak P dan tidak berupaya untuk menghalang P kerana jawatan P lebih tinggi dari En. Azian juga sukar untuk diterima kerana En. Azian, selaku Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MMC PLSB boleh dan sepatutnya bertanggungjawab untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu termasuklah merujuk isu tersebut kepada pihak pengurusan R2 untuk nasihat atau arahan sewajarnya. Lebih-lebih lagi, adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa tujuan Dokumen Komitmen disediakan adalah untuk kepentingan dan faedah MMC PLSB dan R2 bagi menyiapkan Projek Pembetungan Langat. Jika pun kaedah (method) yang digunakan oleh P tidak dipersetujui, Mahkamah ini percaya En. Azian boleh memainkan peranannya untuk membantu objektif P untuk meningkatkan komitmen kakitangan bagi tujuan menyiapkan Projek Pembetungan Langat itu sendiri. S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A [59] Selain itu, Mahkamah ini juga mendapat R1 telah gagal mengambil kira akan kesan keterangan P bahawa beliau terlebih dahulu ada mengeluarkan satu emel kepada En. Azian sebelum sesi townhall berlangsung yang berbunyi "the extension of year contract (until October 2019) shall apply to those who have signed with the agreement on the commitment but to those with disagreement shall be on KIV. I will discuss with En Fatah on our action plan for those on KIV once I am back to office". [60] Dalam perkara ini juga, Mahkamah ini juga mendapati bahawa R1 telah gagal mengambil pertimbangan keterangan sebaliknya, iaitu semasa sesi townhall ianya merupakan kenyataan En. Azian sendiri kepada kakitangan yang hadir bahawa ada kemungkinan kontrak kakitangan tetap yang tidak bersetuju dengan Dokumen Komitmen tidak akan dilanjutkan perkhidmatan mereka selepas kontrak mereka tamat. Kenyataan En. Azian yang sedemikian jelas sekali bertentangan dengan emel P kepada En. Azian sebelum itu. [61] Oleh yang demikian, keterangan sedia ada menunjukkan dengan jelas bahawa setakat sesi townhall, apa-apa tindakan yang bakal diambil terhadap kakitangan yang enggan tandatangan Dokumen Komitmen tersebut masih belum dimuktamadkan oleh P. [62] Seterusnya, Mahkamah ini mendapati R1 juga telah gagal mengambil pertimbangan akan fakta bahawa En. Azian semasa S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A sesi townhall ada meminta kakitangan untuk merujuk sebarang persoalan kepada P sekembali beliau dari cutinya. Menurut dokumen-dokumen prosiding, tidak ada pula keterangan yang menunjukkan apa-apa persoalan ada ditujukan oleh kakitangan kepada P selepas sesi townhall yang diadakan. Oleh yang demikian, sekali lagi setakat sesi townhall, Mahkamah ini mendapati Dokumen Komitmen tersebut masih bersifat belum muktamad dan terbuka untuk dibincangkan di antara kakitangan tetap operasi SCS dan P. [63] Selanjutnya, Mahkamah ini juga mendapati R1 telah gagal mengambil pertimbangan akan fakta bahawa pada akhirnya, tidak ada sesiapa pun di kalangan kakitangan terlibat yang menandatangani Dokumen Komitmen tersebut sama ada bersetuju atau tidak dengan Dokumen Komitmen tersebut di ruangan pilihan yang disediakan. [64] Justeru itu, berdasarkan fakta-fakta relevan yang tidak diberikan pertimbangan sewajarnya oleh R1 seperti di atas, bagai mana mungkin R1 membuat dapatan bahawa wujudnya 'tekanan kepada pekerja dan telah menyebabkan pekerja tidak mempunyai pilihan lain selain bersetuju dengan terma-terma yang terkandung dalam dokumen tersebut bagi menjamin perkhidmatan disambung' sebagai mana intipati pertuduhan pertama? [65] Dalam perkara ini, jika pun Dokumen Komitmen tersebut telah mewujudkan tekanan kepada kakitangan, Mahkamah ini S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A berpandangan adalah pramatang untuk R1 mendapati bahawa P telah melakukan salah laku yang serius kerana Dokumen Komitmen tersebut masih terbuka untuk dibincangkan dan belum ditandatangani oleh kakitangan. [66] Malahan, berdasarkan nota-nota prosiding, Mahkamah ini mendapati tidak ada keterangan yang kukuh bagi menunjukkan telah berlakunya suasana tegang di kalangan kakitangan. Yang jelas, P tidak berada semasa sesi townhall dan tidak ada keterangan menunjukkan sekembalinya beliau dari bercuti, beliau telah melakukan perkara-perkara yang boleh disifatkan sebagai memaksa kakitangan operasi dalam apa juga cara apabila mendapat tahu tidak ada sesiapa yang menandatangani Dokumen Komitmen tersebut semasa atau selepas sesi townhall tersebut diadakan. [67] Apa yang ada, hanyalah keterangan salah seorang kakitangan terlibat yang hadir sebagai saksi perbicaraan iaitu En. Fadzilah yang menyatakan bahawa beliau dan kakitangan sebenarnya tidak ada masalah untuk meningkatkan komitmen kerja untuk kepentingan Projek Pembentungan Langat, cuma yang menjadi isu adalah mengenai kaedah yang dibuat oleh P iaitu yang meletakkan pengakuan kakitangan sebagai penyebab kelewatan, pengenaan tugas-tugas dan tanggungjawab di luar skop tugasan sedia ada dan kesan pilihan jika kakitangan tidak bersetuju dengan tugas-tugas dan tanggungjawab yang dikenakan iaitu kontrak perkhidmatan mereka mungkin tidak akan dilanjutkan selepas kontrak mereka S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A tamat. Sekali lagi di sini, anggapan bahawa kontrak perkhidmatan kakitangan tidak akan dilanjutkan jika kakitangan tidak bersetuju jelas datangnya daripada kenyataan En. Azian semasa sesi townhall bukan P malahan turut bercanggah dengen emel P kepada En. Azian sejurus sebelum townhall dimulakan. [68] Maka, berikutan kedudukan Dokumen Komitmen yang masih terbuka untuk perbincangan dan belum ditandatangani oleh mana-mana kakitangan setakat tarikh pertuduhan pertama dikenakan terhadap P, Mahkamah ini memutuskan bahawa dapatan R1 bahawa R2 telah berjaya membuktikan salah laku serius seperti pertuduhan pertama terhadap P jelas merupakan dapatan yang tidak munasabah dan perverse dalam konteks kes Wednesbury sebagai mana yang telah disentuh sebelum ini. Pertuduhan Kedua dan Ketiga [69] Pertuduhan kedua dan ketiga ke atas P telah dilihat secara bersekali oleh R1 dalam keputusannya. [70] Mengenai kedua-dua pertuduhan ini, R1 didapati membuat dapatan-dapatan berikut (penekanan ditambah): "(77) Mahkamah mendapati walaupun Penuntut diberi kuasa untuk menyelia pekerjanya bagi memastikan projek berkenaan dilaksanakan mengikut jadual, Penuntut telah S/N qbR7CrEDdke5pJm0aEr1A bertindak melebihi kuasa yang dimandatkan kepadanya. Tindakan tersebut adalah bertentangan dengan prinsip syarikat apabila Penuntut telah memberi tekanan kepada pekerja operasi untuk menandatangani Dokumen Komitmen tersebut.