(ii) pegawai kanan kastam telah membuat keputusan bahawa barang dagangan itu dianggap dilucutkanhak , dan iii. pegawai kanan kastam merujuk perkara ini kepada Ketua Pengarah untuk arahannya (Penekanan oleh Mahkamah ini) [40] Di dalam kes ini, keadaan dalam item (ii) dan item (iii) masih belum berlaku, di mana pegawai kanan kastam masih belum membuat keputusan untuk anggapan perlucutanhak barang dagangan di dalam 40 kontena tersebut, makanya prosidur lucut hak belum terlaksana untuk pegawai kanan kastam merujuk kepada Ketua Pengarahnya bagi arahan-arahan beliau. [41] Plaintif di dalam mengajukan soalan undang-undangnya telah memahami subseksyen 128(3) sebagai berikut: “di mana apabila suatu penyitaan dan penahanan barangan telah dibuat oleh Jabatan Kastam dan sekiranya tidak ada pendakwaan di bawa terhadap mana-mana pihak atas barangan yang disita dalam tempoh satu 30 bulan dari tarikh penyitaan dan penyitaan barangan tersebut tidak dirujuk kepada mahkamah dan barangan tersebut tidak dilepaskan, maka adakah penahanan barangan tersebut secara berterusan adalah sesuatu bertentangan dengan undang-undang dan menjadikan penyitaan barangan itu menjadi taksah.” [42] Berdasarkan pembacaan peruntukan sebenar subseksyen 128(3) Akta 235, Plaintif telah nyata khilaf di dalam pembacaannya. Oleh itu adalah menjadi dapatan Mahkamah ini soalan undang-undang yang diajukan oleh Plaintif adalah satu soalan yang salah tanggap dan pra-matang kerana di dalam kes ini persoalan atau isu penahanan berterusan tidak wujud kerana bagi barang dagangan di dalam 40 kontena yang disita semenjak 9.11.2015 walaupun telah melampaui tempoh satu bulan, pegawai kanan kastam masih belum membuat keputusan untuk ianya (barang dagangan tersebut) dianggap dilucutkan bagi tindakan seterusnya diambil. Justeru, di dalam keadaan kes ini tidak timbul persoalan mengenai wujudnya penahanan barangan tersebut secara berterusan adalah sesuatu bertentangan dengan undang-undang dan menjadikan penyitaan barangan itu menjadi tak sah. 31 [43] Memandangkan soalan-soalan undang-undang yang diajukan Plaintif adalah berdasarkan pembacaan salah akan peruntukan Seksyen 128 Akta 235 maka kedua-dua soalan tersebut tidak perlu dijawab oleh Mahkamah ini kerana Mahkamah ini telah menerangkan secara terperinci pembacaan sebenar Seksyen 128 Akta 235. Atas alasan ini sahaja, Plaintif sememangnya tidak berhak untuk deklarasi yang dipohon dan permohonannya di Kandungan 1 hendaklah ditolak. Benarkah penahanan dan penyitaan yang dilaksanakan oleh Defendan tidak sah di sisi undang-undang [44] Namun, untuk tujuan kesempurnaan, Mahkamah ini akan mempertimbangkan benarkah penyitaan yang dibuat oleh Defendan-Defendan tidak sah di sisi undang-undang. [45] Undang-undang mengenai kuasa penahanan dan penyitaan oleh pihak Kastam adalah jelas dan jitu, Seksyen 114(1) Akta 235 jelas memperuntukkan seperti berikut:- 32 “(1)All goods in respect of which there has been, or there is, reasonable cause to suspect that there has been committed any offence against this Act or any regulation made thereunder, or any breach of any of the provisions of this Act or of any regulation made thereunder or of any restriction or condition subject to or upon which any licence or permit has been granted, together with any receptacle, package, conveyance, vessel not exceeding two hundred tons nett registered tonnage, or aircraft other than an aircraft engaged in international carriage, in which the same may have been found or which has been used in connection with such offence or breach, and any books or documents which may reasonably be believed to have a bearing on the case, may be seized by any officer of customs in any place either on land or in territorial waters.” (Penekanan Mahkamah ini) [46] Apa yang dikatakan reasonable cause to suspect telah diterangkan di dalam kes Hock Huat Chan Sdn Bhd v Assan Bin Mohammad & Ors [2008] 4 CLJ 512. Hakim Mahkamah Tinggi Wong Dak Wah (YA ketika itu) telah memutuskan bahawa: 33 “In my view, there is no difference in the two tests and my reason for saying so is this. Both sec. 114(1) and sec. of the Customs Act are provisions concerning seizure. The former states that as long as the relevant officers had ‘reasonable cause to suspect’, any seizure made on that promise is deemed to be legal. If that seizure is legal it is legal for the whole Act. To construe a different test for the phrase “reasonable or probable cause” appearing in sec. 132 of the Customs Act does not make sense and contrary to sensible interpretation of provisions in statute. What is “reasonable cause to suspect” can of course only be gathered from the circumstances of each individual case.” [47] Di dalam kes ini tindakan Defendan-Defendan menyita barangan tersebut adalah mengesyaki secara munasabah bahawa terdapat perlanggaran di bawah seksyen 133(1)(a) Akta 235 di mana dengan jelasnya deskripsi barangan di dalam Borang K4 adalah berlainan dengan diskripsi Borang ZB1. 34 [48] Di bawah Seksyen 52 Akta 235 jelas diperuntukkan bahawa “the master or agent of every vessel” mestilah menyerahkan Borang K4 kepada “proper officer of the customs”. Seksyen 52 Akta 235 berbunyi: “Save as provided in subsection (3), the master or agent of every vessel, other than a local craft, arriving in any customs port, shall, within twenty-four hours after arrival and before any cargo is unshipped, present to the proper officer of customs at the customs office a true inward manifest of the vessel in the National Language or in English, substantially in the prescribed form, certified by such master or agent, together with a duplicate copy thereof containing all particulars as to marks, numbers and contents of each package intended to be landed at the customs port, together with the names of shippers and consignees of the same, if known to him, and the proper officer of customs may, at his discretion, demand, in addition, a complete manifest of the whole cargo of the vessel and complete list of stores on board such vessel.” [49] Tambahan itu, ‘Customs port’ menurut Rules 11, Law And Regulations Applicable To The Malaysia Royal Customs And Excise Department 2006/07 dinyatakan berikut: “The ports, landing places, places of import and export, routes for import and export, airports inland clearance depot and inland customs stations 35 set forth in the First Schedule to these Regulations are prescribed as customs port, legal landing places, places of import and export, routes for import and export, customs airport inland clearance depot and inland customs station, for the import or export of such goods, as are prescribed in the said Schedule.” manakala Jadual 1 yang menyatakan Pelabuhan Klang merupakan ‘customs port’, “the wharves and jetties of the Port Klang Port Authority on the east bank of the Klang Straits between Sungei Tiga and Sungei Puloh”. Maka, walaupun pelabuhan itu adalah di dalam kawasan “Free Trade Zone”, Borang Manifest K4 mestilah diberi kepada pihak kastam. [50] Dengan perbezaan yang sangat ketara berkenaan jenis barangan di dalam pengikraran Borang K4 dan ZB1, adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa Defendan-Defendan mempunyai asas mengesyaki secara munasabah “reasonable suspicion” adanya perlanggaran di bawah Akta 235 dan keraguan menasabah bagi pihak kastam itu menyita 40 kontena tersebut. Oleh yang demikian penyitaan yang dibuat terhadap barang dagangan di dalam 40 kontena adalah atas syak wasangka menasabah yang suatu kesalahan di bawah Seksyen 133 Akta 235 dilakukan. 36 [51] Plaintif telah menghujahkan bahawa Notis Sitaan 114 yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama adalah sesuatu yang afterthought kerana ia telah hanya dikeluarkan selepas surat Plaintif bertarikh 19.5.2015. Mahkamah ini berpandangan bahawa hujahan ini adalah tidak berasas kerana penahanan dan penyitaan yang dibuat adalah berasaskan syak wasangka menasabah “reasonable suspicion” dan menurut Seksyen 114(3) Akta 235, Defendan telah dengan mengeluarkan Notis Sitaan 114 tersebut kepada Plaintif dan dan juga syarikat-syarikat perkapalan lain seperti di dalam Eksibit “RS-3”, Kandungan 4 kerana Defendan-Defendan tidak dapat menentusahkan “ownership” barangan tersebut. Surat bertarikh 19.11.2015 bukanlah suatu surat oleh tuanpunya barangan yang menuntut barangan kepunyaannya tetapi adalah surat dari peguam yang mewakili seorang ejen. Justeru, itu Notis Sitaan 114 dikeluarkan. Seksyen 114(3) Akta 235 yang memperuntukkan seperti berikut:- “(3) Whenever any goods, conveyances, vessels or aircraft are seized under this Act, the seizing officer shall forthwith give notice in writing of such seizure and the grounds thereof to the owner of such goods, if 37 known, either by delivering such notice to him personally or by post at his place of abode, if known: Provided that such notice shall not be required to be given where such seizure is made on the person, or in the presence of the offender or the owner or his agent, or in the case of vessel or an aircraft, in the presence of the master or pilot, as the case may be.” [52] Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan Plaintif bahawa Defendan berkewajipan statutori untuk melepaskan barang dagangan di dalam 40 kontena tersebut kepadanya apabila tuntutan telah dibuat oleh Plaintif melalui surat peguamcaranya. Seperti yang dinyatakan awal tadi, subseksyen 128 (1) memperuntukkan bahawa barang dagangan yang disita boleh dianggap dilucutkan hak selepas tempoh satu bulan kecuali sebelum tempoh satu bulan itu tamat, 3 keadaan berlaku: