Lampiran
Lampiran 28 untuk satu perintah agar Mahkamah memberikan arahan untuk pihak-pihak menjalankan mediasi/pengantaraan untuk memuktamadkan perjanjian timbangtara atau menentukan pertikaian yang menjadi hal perkara dalam tindakan ini. 26/03/2025 09:31:01 BA-22NCvC-103-03/2024 Kand. 42 S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ [4] Setelah mendengar kedua-dua belah pihak, saya telah menolak permohonan tersebut dengan kos dan Plaintif kini merayu ke Mahkamah Rayuan. [5] Alasan keputusan saya adalah seperti dibawah. Pihak-Pihak [6] Plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pembekalan barang dagangan jenis tanah liat dan Defendan adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengekspot barang dagangan secara pukal dan perkapalan. [7] Tuntutan Plaintif adalah untuk bayaran balik sejumlah deposit yang dibuat berdasarkan Fixture Note bertarikh 27.9.2021 yang ditanda tangani oleh kedua-dua pihak untuk tempahan kapal penghantaran muatan. [8] Mengikut klausa 11 Fixture Note tersebut, memperuntukkan apa-apa pertikaian yang berbangkit darinya hendaklah dirujuk kepada prosiding timbangtara. [9] Pada 18.4.2024, Defendan memfailkan permohonan pergantungan prosiding mengikut seksyen 10 Akta Timbangtara 2005 dan perintah telah diperoleh dari Mahkamah ini pada 25.6.2024. Asas permohonan di lampiran 28 [10] Alasan Plaintif memfailkan permohonan ini adalah seperti berikut: S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ 1. Plainitf berhujah bahawa permohonan ini bukan satu tindakan prosiding dan tidak bercanggah atau melanggar perintah Mahkamah bertarikh 25.6.2024. 2. Plaintif menyandarkan permohonan ini kepada seksyen 3 Akta Pengantaraan 2012, Aturan 34 Kaedah 2 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 3. Plaintif juga merujuk kepada kes Power Root (M) Sdn. Bhd. v Director General of Customs (2014) 2 MLJ 271 yang mengatakan bahawa Mahkamah boleh membuat perintah lanjutan dibawah Aturan 92 untuk mengelak sebarang ketidak adilan. Maka, Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat arahan lanjut untuk mengarahkan pihak-pihak untuk mendapat khidmat mediasi. 4. Mahkamah tidak functus officio dan masih mempunyai kuasa untuk memberikan arahan lanjut ini. Kes Stone World Sdn. Bhd v Engareh (M) Sdn. Bhd (2020) 12 MLJ 237 dikemukakan tetapi merujuk kepada pengecualian kepada doktrin functus officio sepertimana dalam kes Tenaga Nasional Bhd. v Prorak Sdn. Bhd. & Anor (2000) 1 MLJ 479. 5. Permohonan ini bersifat menyokong, melengkapi atau menambah kepada arahan Mahkamah sebelum ini dan bukan berniat untuk mengubah atau melanggarnya. 6. Permohonan ini adalah lantaran ketiadaan tindakan lanjut dari Defendan untuk memulakan proses timbangtara (kes Prestij Mega Constrution Sdn. Bhd. v Keller (M) Sdn. Bhd. and anorther appeal (2019) MLJU 1231 dirujuk). [11] Defendan membantah permohonan ini atas alasan berikut: S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ 1. Plaintif tidak memohon untuk mengenepikan perintah pergantungan prosiding, maka perintah bertarikh 25.6.2024 masih berkuat kuasa. 2. Perintah pergantungan prosiding akan memberhentikan apa-apa prosiding dalam tindakan ini dan pihak-pihak tidak lagi dibenarkan mengambil apa-apa langkah seterusnya (rujuk kes Lina Soo v Ngu Chu Hiong & Anor (2003) 3 CLJ 760 dan Bursa Malaysia Securities Bhd. v Gan Boon Aun (2009) 5 CLJ 698). 3. Permohonan Plaintif ini merupakan satu force mediation ke atas Defendan sedangkan pertikaian telah dirujuk ke timbangtara. 4. Notis Timbangtara telah dikeluarkan oleh Defendan pada 29.8.2024 tetapi Plaintif enggan mengambil tindakan lanjut. 5. Defendan juga telah, pada 4.11.2024 memohon untuk pertikaian didaftarkan sebagai ad hoc arbitration di Asian International Arbitration Centre (AIAC) and menunggu lantikan seorang pengantara. AIAC juga telah mengeluarkan invois bagi tujuan pendaftaran tersebut. Analisa dan Dapatan [12] Semasa penghujahan secara lisan dibuat, peguam Plaintif menekankan, alasan sebenar permohonan ini dibuat adalah atas isu kos prosiding timbangtara yang tinggi dan prosedur yang renyah. Peguam juga bertegas bahawa perkara ini sepatutnya boleh diselesaikan melalui pengantaraan antara pihak-pihak dan mendesak Mahkamah memberi peluang tersebut kepada Plaintif untuk tidak merujuk pertikaian kepada timbangtara dan pihak-pihak dibenarkan berunding melalui proses mediasi suka rela. S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ [13] Akan tetapi, Defendan bertegas untuk Plaintif mematuhi perintah Mahkamah pada 25.6.2024 dan mengatakan proses timbangtara telah pun dimulakan dan Plaintif seharusnya komited mematuhi kehendak prosedur AIAC. [14] Saya tidak bermaksud untuk menghalang niat murni Plaintif untuk cuba menyelesaikan pertikaian secara mediasi, setelah perintah pergantungan diberikan. Namun, kedudukan pihak-pihak mengikut undang-undang sedia ada mengikat saya untuk tidak melangkaui batas peruntukkan undang-undang yang mandatori. [15] Rujukan ke timbangtara adalah kehendak mandatori setelah semua keperluan yang relevan telah dipenuhi iaitu wujudnya klausa timbangtara dan perjanjian tersebut tidak terbatal, tidak beroperasi atau tidak boleh dilaksanakan (the agreement is not null and void, inoperative or incapable of being performed). [16] Saya merujuk kepada nas kes-kes dibawah: - Tindak Murni Sdn Bhd v Juang Setia Sdn. Bhd. & Another Appeal [2020] 4 CLJ 301 “It is mandatory for the court to stay the proceedings and refer the matter to arbitration where: (a) there is an arbitration agreement between the parties to the proceedings; or (b) the agreement is not null and void, inoperative or incapable of being performed” - Press Metal Sarawak Sdn Bhd v Etiqa Takaful Berhad (2016) 5 AMR 635, FC S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ [32] The clear effect of the present s.10(1) of the Act 2005 is to render a stay mandatory if the court finds that all relevant requirements have been fulfilled..” [17] Setelah perintah pergantungan dibenarkan, jelas dari keputusan kes Mahkamah Rayuan yang dirujuk oleh Defendan dalam Bursa Malaysia Securities, “A stay of proceedings is an order which puts a stop to further conduct of proceedings in court..” [18] Mengenai isu functus officio yang dihujahkan oleh Plaintif, saya setuju bahawa dengan wujudnya perintah pergantungan, Mahkamah masih belum functus officio dalam tugas seliaan (monitoring) kes ini kerana ianya masih dalam status tertunggak (pending). Namun, tindakan ini sebenarnya telah diletakkan dalam mode terhenti sementara menunggu keputusan prosiding timbangtara. Bermaksud, kes ini masih perlu diurus dan diselesaikan setelah pertikaian tersebut diputuskan oleh timbangtara. [19] Akan tetapi, dalam konteks perintah pergantungan yang telah diberi, saya berpandangan, Mahkamah telah functus officio dalam ertikata, tidak lagi boleh membuat perintah lain yang bertentangan. Selagi belum selesai pertikaian oleh timbangtara, Mahkamah ini tidak boleh meneruskan dengan apa-apa initiatif atau mengambil langkah lain, sepertimana yang dicadangkan oleh Plaintif iaitu memberikan arahan lanjut untuk pihak-pihak bertukar arah kepada proses mediasi. Ini merupakan satu tindakan yang melanggar perintah pergantungan prosiding. [20] Plaintif telah merujuk kepada kes Stone World yang mana memutuskan bahawa adalah undang-undang matan jika Mahkamah telah memutuskan (pronounced) satu perintah muktamad, ianya tidak lagi S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ boleh didengar semula, diubah, dipinda atau memberikan perintah lanjutan mengenai perkara yang telah diputuskan. Walaupun Plaintif membawa kepada perhatian saya, proviso yang diputuskan dalam kes Tenaga Nasional Berhad yang membenarkan situasi di mana Mahkamah boleh membuat perintah untuk mengubah sesuatu perintah bagi tujuan klarifikasi, namun saya berpendapat perintah yang dipohon oleh Plaintif ini tidak terjumlah kepada satu klarifikasi kerana kesannya telah mengubah perintah yang asal. [21] Saya merujuk kepada keputusan kes Ranhill E & C Sdn Bhd v Tioxide (Malaysia) sdn bhd (2015) CLJU 1435 di mana Mahkamah Persekutuan melalui Yang Arif Mary Lim ada mengatakan dan saya petik di perenggan 36: [36] The whole jurisprudence that has developed around the court’s minimum intervention in arbitration is because of the recognition of the parties’ freedom to contract, including the freedom to contract on how and where they would like to resolve any dispute or difference that may arise between them. Where the parties have made that choice in clear and emphatic terms, the court tend to lean in favour of upholding such a clause which is after all, a contractual term. I have myself observed in for example Government of India v Cairns Energy & others [2013] MLJ 123, just as many other Courts have, that where the Courts sent the parties back to their contractual terms, this is done not because lack jurisdiction. On the contrary, the Courts do have jurisdiction. In and when referring the parties to arbitration, all the court are doing is reminding the parties of their contractual obligation and ensuring that the parties keep to their end of bargain. It is not for want of jurisdiction.” [22] Oleh itu, jelas bahawa jika pihak-pihak sudah berkontrak dengan terma atau mempunyai klausa mengenai rujukan kepada timbangtara, maka mereka perlu patuh untuk memberi kesan kepada tanggung jawab kontraktual antara mereka. S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ [23] Mengenai isu kos timbangtara yang dikatakan menekan Plaintif, telah juga diputuskan dalam kes Press Metal Sarawak, di perenggan 104, walaupun merujuk kepada persoalan untuk pergantungan tetapi sebagai prinsip, telah diputuskan bahawa isu kos tidak seharusnya menidakkan pertikaian dirujuk dan diputuskan oleh timbangtara. Diputuskan seperti berikut: “On Issues Of Saving Time And Costs [104] The plaintiff also submitted that "if the court decides that the arbitration clause is not applicable and the issues of liability and quantum ought to be determined by the court, both parties will save precious time, legal costs and effort in avoiding arbitration." In our view the issue of time, costs or expenses should not be cited to refuse a stay application. This was affirmed by the English Court of Appeal in Smith v. Pearl Assurance Co Ltd [1939] 1 All ER 95, to the effect that the expense of arbitration proceedings is an insufficient ground for refusing a stay.” [24] Oleh yang demikian, saya juga berpendapat, perintah bertarikh 25.6.2024 adalah satu perintah yang termeterai (perfected order) dan pihak-pihak perlu mematuhinya melainkan ianya diubah, diketepikan (atas permohonan) atau dirayu oleh mana-mana pihak. [25] Untuk meminta saya memberikan perintah lanjutan yang bertentangan dengan perintah asal adalah satu tindakan yang tidak wajar dan pihak-pihak tidak boleh secara sewenang-wenang mengguna pakai Aturan 92 atas dasar dikatakan demi keadilan sedangkan tindakan tersebut satu penyalah gunaan proses Mahkamah (abuse of court process). [26] Sungguhpun begitu, saya juga berpandangan, jika pihak-pihak secara suka rela ingin berbincang untuk satu penyelesaian secara S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ muafakat, pihak-pihak bebas untuk berbuat demikian. Ini adalah kerana, tujuan rujukan ke timbangtara adalah untuk menyelesaikan pertikaian. Jika Plaintif terbuka untuk menyelesaikannya tanpa meneruskan prosiding timbangtara, mereka masih boleh berbuat demikian, tertakluk kepada persetujuan dari kedua-dua belah pihak. Keputusan [27] Bersandarkan alasan di atas, saya dapati permohonan ini tidak berasas dan tidak wajar dibenarkan. Oleh itu, permohonan Plaintif di Lampiran 28 dengan ini ditolak dengan kos sebanyak RM1000 kepada Defendan (tertakluk kepada fi alokator). Tarikh: 25 Mac 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam NCVC 9 Peguam: Bagi pihak Pemohon: Dato’ Kamilia binti Ibrahim bersama Nadra Fatima binti Mannan Tetuan Kamilia Ibrahim & Co. Bagi pihak Defendan: Sekhar Subramaniam Tetuan Sekhar Savin & Partners S/N PMu/qqCqnkmZny913HfVQ