atau (d) KK. Elemen 1: Bahawa terdapatnya kematian manusia Musi Faiddin Bin Muhamad Puzi (No. KP: 840202-10-5743) [41] Identiti si mati telah disahkan oleh Pakar Perubatan Forensik iaitu Dr. Tan Lii Jye (SP1) melalui keterangan lisan dan laporan bedah siasat (Ekshibit P3) bahawa jasad si mati telah dicamkan oleh Pegawai Penyiasat bernama Insp Ramlah Binti Bakir (SP18). [42] Bapa kandung si mati bernama Muhamad Puzi Bin Ismail (SP13) juga telah membuat pengecaman mayat si mati melalui gambar kecederaan P34 (1 hingga 9) dan gambar post mortem P4(7 dan 8). [43] Identiti si mati oleh SP13 telah dilakukan pada 10.5.2021 jam 10.15 pagi di bilik mayat Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Elemen 2: Kematian si mati disebabkan kecederaan yang dialami oleh si mati [44] Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP1 iaitu pegawai forensik patalogi yang menjalankan post-mortem ke atas mayat si mati dan juga Dr. Hemaroopini a/p Varaharaju (SP14) iaitu pegawai perubatan dari Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif dan juga Dr. Rebecca Anak Jori (SP20) dari Jabatan Kecemasan, Hospital Changkat Melintang, Changkat Melintang, Perak. [45] Berdasarkan keterangan Dr. Rebecca Anak Jori (SP20), pada 28.4.2021 jam lebih kurang 11.20 malam, di Jabatan Kecemasan Hospital Changkat Melintang, Bota, Perak, SP20 telah menerima si mati dan mendapati si mati mengalami kecederaan akibat kebakaran dengan degree kebakaran sebanyak 46% dan telah merujuk si mati ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. [46] Berdasarkan keterangan Dr. Hemaroopini a/l Varaharaju (SP14), si mati diterima pada 29.4.2021 dan kemudian telah meninggal dunia pada 10.5.2021 jam lebih kurang 12.25 tengah malam iaitu 13 hari selepas kejadian berlaku. [47] Menurut SP14, si mati telah mengalami kecederaan akibat kebakaran (burn) dengan “degree” kebakaran dengan kadar “grade 3” dan kedalaman yang dalam (“3rd degree burn”) iaitu sebanyak 46% TBSA (Total Body Surface Area) dengan pecahan seperti berikut:- “face and neck 4%, right upper limb 8.5%, left upper limb 8.5%, anterior trunk 13%, posterior trunk 10% dan right lower limb (thigh) 2%”. [48] Menurut SP14 lagi kecederaan pesakit melibatkan terbakar pada muka (keseluruhan muka depan), keseluruhan kedua-dua lengan dan tangan (“upper link”), bahagian leher, tubuh badan di depan dan belakang sehingga garisan pinggang, dada, peha sebelah kanan. Luka kebakaran adalah luka baru, iaitu kurang dari 1 minggu pada masa rawatan diberikan. [49] Luka akibat kebakaran tersebut telah mendedahkan si mati dengan jangkitan kuman dan mengakibatkan kematian si mati. Menurut SP14, kecederaan yang dialami si mati boleh menyebabkan kematian kerana si mati terdedah dengan jangkitan kuman di mana apabila kulit terbakar, tiada barrier untuk melindungi bahagian dalam badan dan kuman boleh masuk ke dalam saluran darah dengan mudah. Pendapat SP14 disokong oleh keterangan SP1 yang mendapati punca kematian si mati “sepsis secondary to burn injury”. [50] SP1 menjelaskan maksud punca kematian si mati sebagai jangkitan kuman atau bakteria akibat luka kebakaran yang telah masuk ke dalam kulit dan seterusnya ke dalam saluran darah. [51] Menurut SP1, kecederaan yang dialami oleh si mati adalah secara lumrahnya cukup untuk menyebabkan kematian si mati (fatal in nature). Luka akibat kebakaran boleh disebabkan oleh api yang dipercepatkan pembakarannya dengan petrol yang menyebabkan kulit si mati terbakar lalu mendedahkan si mati dengan jangkitan kuman dan menyebabkan kematian si mati. [52] Kesimpulannya, kecederaan iaitu luka akibat kebakaran yang dialami si mati telah mengakibatkan kematiannya. Justeru itu, intipati kedua telah berjaya dibuktikan. Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak pembelaan tidak mempertikaikan bahawa elemen ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen 3: Kecederaan pada si mati adalah disebabkan perbuatan OKT [53] Kini, saya beralih untuk mempertimbangkan elemen ketiga yang terpenting iaitu berkaitan dengan isu ‘ mens rea’ sama ada OKT mempunyai niat atau pengetahuan yang sewajarnya mengikut undang-undang untuk membuktikan OKT telah melakukan kesalahan membunuh. [54] Sebelum saya menyentuh elemen ini, saya ingin merujuk kepada kes Looi Kau Chai & Anor v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, di mana Mahkamah Rayuan telah memperkenalkan prinsip bagaimana sesuatu kes “prima facie” perlu ditentukan. [55] Mahkamah Rayuan telah memberikan satu garis panduan dengan memakai ujian sama ada Mahkamah boleh mensabitkan seseorang OKT terhadap pertuduhan yang dikenakan itu berlandaskan keterangan pendakwaan yang telah dibentangkan di peringkat penutupan kes pendakwaan. Jika boleh, maka kes prima facie telah dibuktikan dan OKT hendaklah dipanggil untuk membela dirinya terhadap pertuduhan yang berkenaan. Ini bermakna Mahkamah perlu membuat satu penilaian maksimum terhadap keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di peringkat penutupan kes pendakwaan. Oleh sebab itu, sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Looi Kau Chai [supra], saya perlu menyoal pada diri saya sendiri sama ada dengan keterangan yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan sehingga kini, OKT boleh disabitkan dengan kesalahan bunuh di bawah s 302 KK, lebih-lebih lagi jika dipanggil untuk membela diri, tertuduh memilih untuk berdiam diri. [56] Dalam situasi ini, pihak pendakwaan telah berhujah bahawa elemen ketiga ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Untuk ini pihak pendakwaan menegaskan bahawa pertama, adik kandung si mati iaitu Shahrugi Bin Ibrahim (SP10) melihat OKT menuang minyak petrol ke atas badan si mati, menyembur Ridsect dan menyalakan api yang boleh menyambar si mati; Kedua, anak saudara si mati iaitu Muhammad Cairel Farhan Bin Shaharugi (SP11) melihat OKT memetik api dan dalam masa yang sama dia menyembur Ridsect ke arah berlawanan dan nampak api marak. Ketiga, OKT telah melakukan persediaan dengan menyuruh Shahril Bin Mohd Shaharuddin (SP12) untuk membeli minyak (1) liter minyak petrol dan (1) botol penyembur nyamuk di kedai runcit Fazalie Bin Mohamad (SP16). Keempat, si mati telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang, Bota oleh Mohamad Ramlan Bin Abdul Aziz (SP9) dan si mati telah memberitahu SP9 bahawa si mati di telah disimbah petrol. Kelima, terdapat botol minyak petrol, penyembur Ridsect dan kesan-kesan petrol di tempat kejadian. Keenam, OKT mengalami kecederaan melecur di tangan. Ketujuh, OKT menyorok di sebuah pondok di kebun semasa tangkapan. [57] Pada peringkat ini, saya merujuk kepada Tham Kai Yau v Public Prosecutor [1976] 1 LNS 159, Mahkamah Persekutuan telah memberi definisi niat untuk membunuh seperti berikut:- We therefore intend to deal at some length to emphasise and to discuss the distinctions between the provisions of s. 299, Penal Code and s. 300, Penal Code. Section 299, Penal Code enacts that a person commits culpable homicide, if the act by which the death is caused is done: (a) with the intention to cause death; (b) with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with the knowledge that... the act is likely to cause death. Section 300, Penal Code defines murder as follows. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done: (1) with the intention of causing death; (2) with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused; (3) with the intention of causing such bodily injury to any person, and... is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; (4) with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death. The words which I have italized show the marked differences between the two offences. Where there is an intention to kill, as in