Content
1 Dalam Mahkamah Tinggi di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Rayuan No.: NA-11ANCvC-4-08/2023 Antara Mohamad Airil bin Mustafa Leali (No. K/P : 990629-10-5375) …Perayu
NA-11ANCvC-4-08/2023
High Court of Malaysia2 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n memutuskan :- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 “(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material wit”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 Dalam Mahkamah Tinggi di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Rayuan No.: NA-11ANCvC-4-08/2023 Antara Mohamad Airil bin Mustafa Leali (No. K/P : 990629-10-5375) …Perayu
1
Dan Muhammad Tarmizi bin Ab. Wahab (No. K/P : 820311-02-5621)
2
Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia
3
Kerajaan Malaysia …Responden-responden ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini telah dikemukakan oleh Perayu/Plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini bertarikh 2/4/2024 apabila Mahkamah ini menolak notis rayuan pihak Perayu/Plaintif terhadap 25/12/2024 22:30:29 NA-11ANCvC-4-08/2023 Kand. 17 keputusan Majistret terpelajar dan memutuskan keputusan Majistret yang menolak tuntutan perayu/plaintif terhadap Responden/Defendan pada 11/8/2023 dikekalkan.
2
Pihak Perayu/Plaintif hanya mengemukakan rayuan terhadap isu liability sahaja. Untuk tujuan penyediaan alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka, iaitu sebagai Plaintif dan Defendan. Kes di peringkat Mahkamah Majistret
3
Fakta kes menunjukkan pada 13.3.2020, satu kemalangan telah berlaku di Jalan Tun Dr Ismail yang melibatkan sebuah motorsikal no. pendaftaran BNP 9085 yang ditunggang oleh Plaintif dan sebuah motorsikal no. pendaftaran W 1673 K yang telah ditunggang oleh Defendan. Diakhir perbicaraan, Majistret terpelajar telah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan dan telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos.
4
4.
Preamble
Menurut Plaintif, sebelum kemalangan berlaku, beliau sedang menunggang motorsikalnya dilaluan sahnya iaitu dilorong A1-A2, dari arah bawah ke atas menurut rajah kasar (ekshibit D2. Secara tiba-tiba, motorsikal Defendan yang datang dari arah bertentangan mengikut rajah kasar, telah memasuki laluan sah Plaintif dan melanggar motorsikal yang ditunggang Plaintif. Mengikut Plaintif juga, pertembungan perlanggaran tersebut adalah ditandaan “x” pada rajah kasar yang terletak dilaluannya. Versi Defendan
5
Semasa kejadian berlaku, Defendan sedang menjalankan tugas mengeskot banduan dari arah Penjara Jelebu ke Penjara Seremban. Apabila sampai di Jalan Tun Dr Ismail berhadapan Petronas, Defendan menunggang motorsikal dilaluan sahnya iaitu dari arah atas ke bawah mengikut rajah kasar apabila motorsikal yang ditunggang Plaintif telah secara tiba-tiba memasuki laluan Defendan dan melanggar sisi kanan motorsikal Defendan.
Preamble
Menurut Defendan, titik pertembungan adalah adalah dilaluannya iaitu ditandaan “z” mengikut rajah kasar. Keputusan Mahkamah ini
6
Setelah Mahkamah ini meneliti kertas-kertas kausa serta penghujahan-penghujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah ini memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa rayuan Plaintif terhadap keputusan Majistret ditolak dengan kos.
7
Dalam memorandum rayuannya, Plaintif mempertikai keputusan Majistret yang antara memutuskan :- i. Keterangan Plaintif mengenai kemalangan tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan bebas. Malah, Plaintif gagal memanggil Pegawai Penyiasat (IO) sebagai saksi untuk menyokong kenyataannya. Kegagalan Plaintif memanggil IO kes juga menyebabkan tercetusnya peruntukan seksyen 114(g) Akta Keterangan. ii. Menerima pakai keterangan IO kes yang menyatakan bahawa satu saman telah dikeluarkan ke atas Plaintif berdasarkan siasatannya yang antara lain mengambilkira keterangan seorang saksi bebas yang tidak dipanggil sebagai saksi dalam tindakan ini. Plaintif menghujahkan bahawa keterangan IO hendaklah ditolak atas alasan ianya adalah keterangan kata dengar (hearsay). iii. Menerima keterangan Defendan yang menyatakan bahawa semasa perlanggaran berlaku, beliau hanya menunggang motorsikalnya pada kelajuan 20kmj dalam keadaan trafik lancar walaupun sedang menjalankan tugas tugas eskot. Defendan berhujah bahawa keterangan tersebut adalah amat tipis kebarangkaliannya.
8
Dalam tindakan ini, terdapat dua versi yang jauh berbeza dan jelas bertentangan mengenai bagaimana kemalangan telah berlaku. Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa dalam keadaan dimana terdapat dua versi kemalangan, tugas Mahkamah adalah untuk menentukan versi mana yang lebih tinggi kebarangkaliannya. (rujuk kes Noorianti Bte Zainal Abidin & Ors v. Tang Lei Nge [1990] 2 CLJ Rep 545; 2 MLJ 242).
9
Meneliti keterangan-keterangan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa, dalam keterangannya, Plaintif menyatakan bahawa beliau telah dilanggar oleh motorsikal Defendan semasa beliau menunggang motorsikal dilaluannya. Motorsikal yang ditunggang Defendan telah memasuki laluannya dan secara tiba-tiba telah melanggarnya.
10
Dalam mengemukakan keterangannya tentang bagaimana kemalangan berlaku, Plaintif sepenuhnya bergantung kepada keterangannya sendiri. Plaintif tidak memanggil saksi bebas untuk menyokong kenyataannya. Malah, Plaintif juga tidak memanggil IO kes yang telah melakukan penyiasatan terhadap kemalangan tersebut untuk tampil memberi keterangan bagi pihaknya.
11
Persoalannya adalah sama ada dengan bergantung kepada kenyataannya sendiri, Plaintif telah berjaya melepaskan beban pembuktian untuk menunjukkan kepada Mahkamah bahawa kemalangan tersebut diakibatkan oleh kecuaian Defendan.
12
Undang-Undang jelas menetapkan bahawa di dalam kes-kes kecuaian, beban untuk membuktikan tuntutan terletak dibahu Plaintif. (Rujuk seksyen 101 dan 103 Akta Keterangan 1950. Pandangan Mahkamah ini turut dipandu oleh kes Hussaina Rani Naina Mohamed v Ahmad Nadzri (yang dirujuk oleh Puan Majistret terpelajar) yang menyatakan :-
1
“The onus of proving negligence on the part of the defendant is on the plaintiff. Where he fails to discharge it either by his own evidence or by cross examination of the defendant or by admission made by the defendant, his claims fails.
2
An appellate tribunal should be slow in interfering with a finding of fact of the trial Court. In this case, the appellant in the Court below could not even tell how the accident occurred and no police evidence was called. The respondent, on the other hand, had given evidence similar to the contents of his police report which did not at all indicate negligence on his part. This being the case, the trial Judge had not therefore acted in error.”
13
Memandangkan Plaintif tidak mengemukakan saksi lain selain dirinya sendiri, maka selain dari keterangannya, Mahkamah turut mengamati keterangan-keterangan senyap yang lain, iaitu rajah kasar tempat kejadian, kerosakan-kerosakan yang terdapat pada kenderaan-kenderaan terlibat serta kecederaan-kecederaan yang dialami untuk melihat sama ada terdapat sebarang keterangan yang berpihak kepada Plaintif.
14
Berdasarkan keterangan IO dan laporan-laporan polis yang dikemukakan, kerosakan-kerosakan kepada kenderaan terlibat adalah seperti berikut :- Motorsikal BNP 9085 yang ditunggang Plaintif. i. Bahagian T-Fork Cover Set. ii. Pedal Brake kaki kanan. iii. Ekzos. iv. Bakul. Motorsikal no. pendaftaran W 1673 K yang ditunggang oleh Defendan. i. Coverset. ii. Ekzos. iii. Kedua-dua cermin sisi. iv. Kotak simpanan sebelah kiri. v. Fork depan.
15
Mahkamah juga melihat kepada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh pihak-pihak. Defendan hanya mengalami kecederaan ringan, manakala Plaintif mengalami kecederaan serius sebagaimana dibawah :- i. Closed fracture distal end of right fibula. ii. Closed fracture base of the right 2nd metartasal bobe. iii. Multiple laceration wounds right lower limb. iv. Nail avulsion injury right big toe.
16
Dalam keterangan dan penghujahannya, Plaintif cuba mengemukakan senario bahawa kemalangan berlaku kerana terdapat kesesakan lalulintas dilorong Defendan. Pada masa kejadian, Defendan yang bertugas dengan Jabatan Penjara sedang mengeskot van yang membawa banduan dari Penjara Jelebu ke Penjara Seremban. Disebabkan kesesakan lalu lintas dilaluannya, Defendan telah masuk kelaluan seberang iaitu laluan Plaintif untuk melancarkan perjalanan van yang diiringnya dan telah melanggar motorsikal Plaintif.
17
17.
Preamble
Mengikut rajah kasar, pergerakan Defendan adalah dari atas ke bawah, manakala pergerakan Plaintif adalah dari arah bertentangan iaitu, bawah ke atas. Mengikut keterangan Plaintif, beliau telah dilanggar disisi kanan dan terjatuh kesebelah kiri.
18
Bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa versi yang dicadangkan oleh Plaintif tidak disokong oleh sebarang keterangan senyap. Mahkamah mendapati bahawa kerosakan kepada kedua-dua motorsikal tidak sepenuhnya mengambarkan bahawa motorsikal Plaintif dilanggar disebelah kanan sebagaimana dakwaannya. Ini kerana mahkamah mendapati bahawa kerosakan-kerosakan pada kedua-dua motorsikal adalah merata dan lebih tertumpu pada bahagian hadapan motorsikal-motorsikal tersebut.
19
Mahkamah juga mendapati bahawa rajah kasar yang dikemukakan adalah neutral dan tidak mengandungi penandaan seperti kedudukan kenderaan selepas kemalangan atau sebarang serpihan daripada kemalangan tersebut. Mengikut IO kes, sebaik beliau tiba ditempat kejadian, kenderaan-kenderaan telah dialihkan.
20
Plaintif juga menyatakan bahawa beliau terjatuh kesebelah kiri apabila sebelah kanan motorsikalnya dilanggar. Dengan kata lain, bahagian badan di sebelah kirinya yang sepatutnya lebih menerima impak dari perlanggaran akibat terjatuh dari motorsikal kesebelah kiri. Bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif lebih tertumpu dibahagian kanan badannya yang menunjukkan bahawa keterangan Plaintif tidak konsisten dengan kecederaan-kecederaan yang terdapat pada badannya.
21
Dalam penghujahannya, Plaintif turut mencadangkan bahawa kemalangan berlaku apabila Defendan masuk kelaluan Plaintif untuk mengeskot van kerana kesesakan dilaluannya. Bagaimanapun, semasa disoal balas oleh peguam Defendan mengenai keadaan trafik semasa kemalangan, jawapan Plaintif adalah “trafik biasa”. Ini bermakna, versi kemalangan yang cuba dikemukakan oleh Plaintif adalah bercanggah dengan keterangan Plaintif sendiri.
22
Dalam alasan penghakimannya, Majistret Terpelajar menyatakan bahawa Plaintif gagal membawa sebarang keterangan untuk menyokong kenyataannya. Plaintif hanya sekadar bergantung kepada keterangannya sendiri. Sebagai pihak yang berkepentingan dan akan mendapat manfaat sepenuhnya dari keterangannya sendiri, Mahkamah harus mengambil keterangan Plaintif dengan berhati-hati. Keberatan dan nilai probative yang harus diberikan kepada keterangan tersebut adalah bergantung kepada sama ada terdapat keterangan-keterangan lain yang boleh menyokong kenyataan beliau.
23
Mahkamah juga mengambilkira kegagalan Plaintif untuk memanggil IO kes sebagai saksi untuk memberi keterangan bagi pihaknya. Tugas IO kes adalah untuk menyiasat secara telus dan adil dan mengkaji semua keterangan yang ada mengikut kehendak undang-undang. Dalam keterangan IO kes, beliau telah pergi ke tempat kejadian dan telah membuat siasatan mengenai kemalangan tersebut, termasuk mengambil keterangan dariapada pemandu van yang membawa banduan ke penjara Seremban.
24
Adalah menjadi fakta umum bahawa dalam kes kemalangan jalanraya, IO kes merupakan saksi material.
25
Mahkamah merujuk kepada kes AMRI IBRAHIM & ANOR. V. PP [2017] 1 CLJ 617, dimana Mahkamah Persekutuan antara lain memutuskan :- “(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced…”.
26
Kegagalan Plaintif dalam memanggil IO kes yang merupakan saksi penting boleh menyebabkan satu “adverse inference” dibawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dibuat terhadap Plaintif bahawa jika keterangan IO tersebut dikemukakan, keterangan tersebut tidak akan berpihak kepada kes Plaintif dan pada masa yang sama tidak akan memberi faedah kepada kes Plaintif.
27
Kegagalan Plaintif untuk mengemukakan sebarang keterangan sokongan untuk menyokong dakwaannya mengenai kecuaian Defendan bermakna bahawa Plaintif telah gagal membuktikan pernyataannya bahawa kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian Defendan.
28
Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada versi Defendan. Dalam keterangannya, Defendan menyatakan bahawa adalah menjadi protokol dan peraturan dalam menjalankan tugasnya sebagai pengiring/eskot bahawa bahawa beliau harus sentiasa menunggang kenderaannya dilaluannya. Adalah menjadi keterangan Defendan bahawa semasa kemalangan berlaku, beliau sedang menunggang motorsikal dilaluannya apabila dilanggar oleh motorsikal Plaintif yang tiba-tiba memasuki laluannya dan melanggar bahagian sebelah kanan motorsikalnya. Mengikut Defendan, akibat dari kemalangan tersebut, beliau hanya mengalami kecederaan ringan.
29
Dalam tindakan ini, kemalangan melibatkan dua (2) buah motorsikal. Kedua-dua penunggang terdedah dengan kecederaan serius jika mana-mana motorsikal tersebut ditunggang dengan laju semasa kemalangan berlaku. Dalam keterangannya, Defendan menyatakan bahawa semasa kejadian berlaku, beliau sedang menunggang motorsikalnya dengan perlahan, iaitu dalam 20kmj.
30
Adalah menjadi fakta yang diterima umum bahawa kemalangan yang melibatkan kenderaan yang dibawa dengan kelajuan tinggi lebih berkemungkinan mengakibatkan kecederaan serius atau maut berbanding dengan kemalangan yang berlaku pada kenderaan pada kelajuan rendah. Oleh itu, fakta bahawa Defendan hanya mengalami kecederaan ringan daripada kemalangan tersebut adalah menyokong keterangannya bahawa semasa kemalangan, beliau sedang menunggang motorsikalnya dengan kelajuan rendah.
31
Untuk menyokong versinya, Defendan turut mengemukakan keterangan IO kes. Berdasarkan keterangan IO, selepas siasatan dibuat, kemalangan tersebut berlaku diakibatkan oleh kecuaian Plaintif. Malah, saman telah dikeluarkan ke atas Plaintif.
32
Plaintif mempertikaikan keterangan IO kes dengan menyatakan bahawa keterangan IO adalah satu keterangan kata dengar (hearsay) kerana ianya bersumberkan rakaman percakapan yang diambil daripada pemandu van yang membawa banduan semasa kemalangan berlaku. Pemandu tersebut tidak membuat sebarang polis atau dipanggil sebagai saksi.
33
Mahkamah berpandangan bahawa keterangan IO tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku adalah merupakan sebahagian dari hasil siasatan yang telah dijalankan olehnya terhadap kes ini. Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa keterangan tersebut boleh diterima pakai dan dipertimbangkan oleh Mahkamah.
34
Pada hemat Mahkamah juga, IO secara amnya adalah saksi neutral dan tidak berkepentingan. Tiada sebab atau alasan untuk Mahkamah menolak keterangan IO. Tiada sebarang keterangan yang dibawa yang menunjukkan bahawa keterangan IO lebih menyebelahi atau memihak kepada Defendan.
35
Fakta jelas menunjukkan bahawa kedua-dua IO kes dan Defendan tidak bertugas dalam ajensi yang sama. Tiada sebarang keterangan bahawa kemungkinan berlakunya konflik kepentingan antara Defendan dan IO kes. Berdasarkan keterangannya, Defendan telah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia sejak lebih 21 tahun dan bukan dalam pekhidmatan Polis Diraja Malaysia, sebagaimana IO kes.
36
Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan hasil siasatan IO boleh diterima pakai sebagai keterangan sokongan untuk menyokong versi kemalangan Defendan.
37
Dalam tindakan, jelas terdapat dua (2) versi tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Dalam keadaan ini, prinsip undang-undang menetapkan bahawa tugas Mahkamah adalah untuk menentukan versi mana yang lebih berkemungkinan besar telah berlaku atau “inherently probable” . (Rujuk kes Nooriati Bte Zainal Abidin & Ors v Tang Lei Nge [1990] 2 CLJ Rep 545 2 MLJ 242).
38
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa versi kemalangan Defendan adalah lebih berkemungkinan besar telah berlaku atas alasan ianya disokong oleh keterangan-keterangan sokongan berbanding dengan versi kemalangan yang dikemukakan oleh Plaintif. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, versi kemalangan yang dibawa oleh Plaintif tidak disokong oleh sebarang keterangan yang boleh dipercayai dan oleh itu, hendaklah ditolak.
39
Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa rayuan Plaintif ditolak dengan kos. Bertarikh : 22 Disember 2024 t.t WAN FADHILAH NOR WAN IDRIS HAKIM MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Bagi pihak Perayu : Tetuan N.M. Tiong & Co. 2-6C Jalan PJU 8/3A, Perdana Business Centre, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor. Bagi pihak Responden : Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang , Negeri Sembilan, Jalan Campbell, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.