Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH BAHAGIAN JENAYAH JENAYAH NO. AA-83RS-124-04/2025 ANTARA TIMBALAN PENDAKWA RAYA
AA-83RS-124-04/2025
Magistrates Court of Malaysia18 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ukuman penjara akan dilaksanakan berturut-turut. [8] Mahkamah ini juga menggunapakai prinsip penghukuman yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958; [2017] 1 LNS 864, sebagai panduan di dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai ;- Jurisprudence relating to”
“AN YANG DIGUNAPAKAI [4] Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh, saya merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon V Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222; [2020] 1 LNS 1915, yang mana telah diputuskan sepertimana berikut :- Once convicted, a trial court must”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH BAHAGIAN JENAYAH JENAYAH NO. AA-83RS-124-04/2025 ANTARA TIMBALAN PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh pada 18 April 2025 telah dibacakan pertuduhan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama sepertimana berikut :- PERTUDUHAN BAHAWA KAMU PADA 07/04/2025 JAM LEBIH KURANG 0430 HRS BERTEMPAT DI LORONG BELAKANG JALAN PARI BARU 7, TAMAN WANGI 30010, IPOH DI DALAM DAERAH KINTA, DALAM NEGERI PERAK, TELAH MENCURI KOMPONEN SEBUAH S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KENDEERAAN IAITU (1) RIM TAYAR M/KAR JENIS TOYOTA COROLLA CROSS NOMBOR PENDAFTARAN AML3488 MILIK GURDEV SINGH A/L NAR SINGH NO.KPT 810415-08-5451. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEK 379A KANUN KESEKSAAN HUKUMAN; - PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARI SATU TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARI TUJUH TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA
2
Pertuduhan telah dibacakan di dalam Bahasa Melayu, Tertuduh tidak mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan Tertuduh mohon dibicarakan.
3
Pihak Pendakwaan telah menawarkan jaminan sebanyak RM7000 sementara menunggu kes sebutan kelak, Peguam YBGK Sitttan telah membuat rayuan mitigasi terhadap jumlah jaminan tersebut. Peguam YBGK memaklumkan bahawa okt sekarang berumur 41 tahun, dimaklumkan oleh Peguam YBGK bahawa Tertuduh mempunyai penyakit mental, dan ayah Tertuduh akan menjamin Tertuduh. Peguam memaklumkan bahawa prinsip jamin hanyalah untuk memastikan kehadiran Tertuduh di mahkamah sahaja dan bukan untuk menghukum. Tertuduh mohon jamin yang minima.
3
Mahkamah selanjutnya telah membenarkan satu jaminan berjumlah RM1500 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan telah ditetapkan pada 18 Jun 2025. S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
4
Pada 18 Jun 2025, kes ini dipanggil untuk sebutan kali kedua. Tertuduh ingin menukar pengakuan, dan pertuduhan dibacakan sekali lagi kepada tertuduh dan Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan dan Tertuduh juga faham sebab dan akibat pengakuan. Seterusnya Fakta Kes (yang di tanda sebagai A) di baca kepada Tertuduh dan Tertuduh mengakui fakta yang dibacakan tersebut.
5
Seterusnya Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan dokumen sebagai eksibit: • REPOT PUSAT 2227/25 – P1 • REPOT PUSAT 2232/25 -P2 • 6 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN – P3A-H • RAJAH KASAR-P4 • BORANG BONGKAR / SENARAI PEMERIKSAAN-P5 • 2 BORANG SERAH MENYERAH – P6A-B • 11 GAMBAR BARANG RAMPASAN -7A-K • 3 GAMBAR CCTV-P8A-C • 1 GAMBAR PERBANDINGAN OKT-P9 **KESEMUA EKSIBIT INI TELAH DIAKUI OLEH OKT
6
Setelah mendengar rayuan mitigasi atas pertuduhan dari kedua-dua pihak, Mahkamah kemudian telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun dari tarikh selesai jalani hukuman bagi kes AA-83RS-124/04/2025
7
OKT kemudian telah merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan dan hukuman, yang telah dijatuhkan ke atasnya tersebut dan ini adalah alasan saya yang menyatakan hukuman tersebut S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 adalah memadai dan berpadanan serta berlandaskan kepada prinsip-prinsip hukum yang mapan.
4
Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh, saya merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon V Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222; [2020] 1 LNS 1915, yang mana telah diputuskan sepertimana berikut :- Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving "discounts" for less than the most serious manner of commission. The word "discount" is found in the case of MOHD ABDULLAH ANG SWEE KANG v. PUBLIC PROSECUTOR [1987] CLJ Rep 209 where it was held that "A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentencer not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence."
5
Intipati kepada penghakiman di atas adalah apabila seseorang Tertuduh itu disabitkan, samada perbicaraan penuh ataupun mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan, hukuman yang wajar diberikan kepada Tertuduh adalah hukuman yang paling maksimum sekali diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang. S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambilkira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan Tertuduh semasa rayuannya terhadap hukuman.
6
Berbalik kepada pertuduhan ke atas Tertuduh, pertuduhan tersebut boleh dihukum apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau di denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Sebagaimana digariskan di dalam seksyen 282(d) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sepertimana berikut :- Provisions as to execution of sentences of imprisonment
282
With regard to sentences of imprisonment the following provisions shall be followed: …
d
every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which it was passed unless the Court passing the sentence otherwise directs. [7] Ini adalah sepertimana ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Tuan Mat Bin Tuan Lonik V Public Prosecutor [2009] 4 MLJ 81; [2009] 4 CLJ 638, berikut :- Seksyen 282(d) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) memberi kuasa budi bicara yang perlu kepada hakim tentang bila hukuman seharusnya bermula. Selanjutnya, satu peraturan telah berkembang iaitu apabila kesalahan-kesalahan yang tertindan atas seorang tertuduh merupakan kesalahan yang berlainan, lebih-lebih lagi kesalahan itu S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w tidak terbit daripada satu transaksi, hukuman penjara akan dilaksanakan berturut-turut. [8] Mahkamah ini juga menggunapakai prinsip penghukuman yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958; [2017] 1 LNS 864, sebagai panduan di dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai ;- Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offender’s previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc. S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w FAKTOR MITIGASI TERTUDUH YANG DIPERTIMBANGKAN [9] Tertuduh telah diwakili peguambela yang dilantik daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan memberikan fakta-fakta mitigasi berikut :- Rayuan oleh YBGK : bagi kes ini, . Tertuduh berumur 41 tahun, tidak bekerja – sebelum ini bekerja secara sambilan di J&T – masih bujang. Tertuduh telah mengaku salah di awal kes bagi menjimatkan masa dan kos semua pihak – kesalahan dikatakan tidak melibatkan mangsa dan hanya Tertuduh, Tertuduh telah kesal dan insaf berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya – Tertuduh memohon hukuman denda yang minima. Timbalan Pendakwa Raya : Pendakwaan memohon satu hukuman yang setimpal dikenakan terhadap Tertuduh Majistret: Setelah mendengar pengakuan salah Tertuduh, ekshibit yang dikemukakan, rayuan dan faktor pemberatan, mahkamah mendapati Tertuduh bersalah & disabitkan atas pertuduhan. Hukuman penjara 1 tahun dari tarikh selesai jalani hukuman bagi Kes AA-83RS-124-04/2025. [10] Tertuduh telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di Mahkamah ini, dan ianya memang dipertimbangkan sebagai suatu diskaun di dalam hukuman yang telah dijatuhkan. Pengakuan salah sebagai satu faktor mitigasi adalah selaras dengan prinsip yang disandarkan kepada kes Mahkamah Persekutuan, Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134; [1975] 1 LNS 158, yang mana menyatakan seperti berikut :- S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses. [11] Selain itu faktor Tetrtuduh bukan pesalah pertama juga telah diambil kira sebagai faktor pemberatan hukuman yang diperuntukkan undang-undang iaitu penjara 1 tahun dari tarikh selesai jalani hukuman bagi kes AA-83RS-124-04/2025. [12] Selain itu saya juga mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi Tertuduh, mahkamah berpendapat hukuman tersebut adalah setimpal dengan kesalahan HUJAH PEMBERATAN PENDAKWAAN YANG DIPERTIMBANGKAN [14] Pihak pendakwaan telah kemukakan • REPOT PUSAT 2227/25 – P1 • REPOT PUSAT 2232/25 -P2 • 6 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN – P3A-H • RAJAH KASAR-P4 • BORANG BONGKAR / SENARAI PEMERIKSAAN-P5 • 2 BORANG SERAH MENYERAH – P6A-B • 11 GAMBAR BARANG RAMPASAN -7A-K • 3 GAMBAR CCTV-P8A-C • 1 GAMBAR PERBANDINGAN OKT-P9 **KESEMUA EKSIBIT INI TELAH DIAKUI OLEH OKT [15] Hukuman yang dijatuhkan diharap dapat memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Tertuduh bahkan supaya sampai mesejnya kepada S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w masyarakat setempat untuk tidak sesekali menceroboh kawasan tanpa sebarang kebenaran. Prinsip ini selari dengan kes Mahkamah Tinggi Ipoh, Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256; [1976] 1 LNS 102, dimana telah ditegaskan seperti berikut :- One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App. R 164 as follows: “ In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living.” REKOD LAMPAU [16] Mahkamah ini dimaklumkan Pendakwaan ini bukan kesalahan pertama Tertuduh, maka Mahkamah boleh terus menjatuhkan hukuman sewajarnya. S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w [17] Pengakuan Tertuduh terhadap Pertuduhan yang dibacakan ini juga termasuk di dalam satu bentuk pengakuan salah di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950. Section 17. Admission and confession defined.
2
A confession is an admission made at any time by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed that offence. [18] Pengakuan salah ini relevan di dalam prosiding ini memandangkan telah dibuat oleh Tertuduh secara sukarela di hadapan Mahkamah ini. Pengakuan salah hanya menjadi tidak relevan sekiranya dibuat oleh Tertuduh atas sebab dorongan, ugutan atau janji sepertimana yang ditegaskan oleh seksyen 24 Akta Keterangan:- Section 24. Confession caused by inducement, threat or promise when irrelevant in criminal proceeding. A confession made by an accused person is irrelevant in a criminal proceeding if the making of the confession appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against the accused person, proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the accused person grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him. [19] Jelaslah berdasarkan kepada peruntukan seksyen 17 dan 24 Akta Keterangan 1950 ini menunjukkan pengakuan salah Tertuduh ini boleh dipertimbangkan Mahkamah. KESIMPULAN [20] Adalah menjadi pertimbangan saya juga dalam menjatuhkan hukuman yang dirasakan wajar kepada Tertuduh di dalam kes ini untuk memastikan kepentingan awam tidak terjejas dan di dalam masa yang sama memberi peluang kedua kepada Tertuduh untuk berubah demi kepentingan dirinya dan keluarganya. [21] Atas alasan-alasan inilah saya telah memberikan diskaun kepada hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas Tertuduh. Namun, saya perlu juga memberatkan hukuman supaya kepentingan awam tidak terjejas. Untuk makluman Mahkamah, nilai jaminan yang diberikan kepada Tertuduh adalah lebih tinggi dari jumlah hukuman yang diberikan. S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w [22] Setelah mempertimbangkan sewajarnya, saya dapati hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas OKT adalah penjara 1 tahun dari tarikh selesai jalani hukuman bagi kes AA-83RS-124-04/2025. Bertarikh pada 19 Januari 2026 MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 1 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN. Pihak-pihak: Pendakwaan : Noranisah Ismah / Nur Izzah Farzana Tertuduh : Diwakili oleh peguam Robert (YBGK) Tarikh Keputusan: 18 Jun 2025 S/N eJpuLtV0ckWgz9pHdI9K7w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.