Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCvC-9-04/2021 ANTARA MOHAMAD ALIMIN BIN ROSLI (NO. KP: 990405-03-5267) … PLAINTIF
DA-21NCvC-9-04/2021
High Court of Malaysia9 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCvC-9-04/2021 ANTARA MOHAMAD ALIMIN BIN ROSLI (NO. KP: 990405-03-5267) … PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
5
KHAIRUL AZMI BIN JAUHARI (No. Polis: G/21087)
6
PENGARAH PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MUAR … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan.
1
Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah bagi mendapatkan pampasan akibat dari suatu penahanan salah ke atas plaintif. 09/07/2026 09:55:39 DA-21NCvC-9-04/2021 Kand. 40 Latar Belakang Kes.
2
Pada 28.3.2019 jam lebih kurang 2.30 pagi, plaintif telah ditangkap oleh pihak polis iaitu SD1 dalam satu operasi “Ops Tapis” di sebuah kolam pancing berhampiran dengan rumah plaintif di Kg. Melor, Kota Bharu, Kelantan (tangkapan pertama).
3
Plaintif kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Kota Bharu dan satu ujian saringan air kencing telah dibuat ke atas plaintif dan hasil ujian saringan tersebut menunjukkan keputusan positif Nimetazipam. Pada masa itu, plaintif diberitahu sebab-sebab dia ditangkap adalah kerana air kencingnya mengandungi dadah.
4
Pada hari yang sama, lebih kurang jam 10.00 pagi, satu perintah reman telah diperolehi terhadap plaintif selama 2 hari daripada Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi menyelesaikan siasatan di bawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Perintah reman tersebut akan tamat pada 29.3.2019.
5
Dalam tempoh reman tersebut, plaintif ditahan di lokap IPD Kota Bharu.
6
6.
Preamble
Menurut versi defendan-defendan, pada 29.3.2019 jam lebih kurang 8.00 pagi plaintif telah dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil ujian air kencing plaintif.
7
Pada hari yang sama, lebih kurang jam 8.30 pagi (30 minit selepas plaintif dilepaskan), semasa plaintif masih berada di sekitar hadapan IPD Kota Bharu, plaintif telah ditangkap semula oleh SD1 atas arahan atau permintaan defendan ke-5 (tangkapan kedua)
Preamble
menurut seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ADB (LLPK).
8
8.
Preamble
Menurut versi plaintif, tangkapan kedua ini dibuat semasa plaintif masih berada dalam lokap IPD Kota Bharu dan plaintif tidak pernah dilepaskan sejak tangkapan kali pertama.
9
Tahanan plaintif di bawah seksyen 3 ADB(LLPK) kemudiannya telah dilanjutkan seperti berikut: i. oleh Insp. Roshidi (SD1) untuk tempoh melebihi 24 jam; ii. oleh ASP Nik Amin Shah untuk tempoh melebihi 48 jam; dan iii. oleh DSP Wan Zainal bermula pada 11.4.2019 menurut seksyen 3(2)(c) ADB (LLPK).
10
Akhirnya satu Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) ADB (LLPK) bertarikh 24.5.2019 (Perintah Tahanan tersebut) telah dikeluarkan dan telah diserahkan oleh SD2 kepada plaintif pada 24.5.2019 jam 11.45 malam di lokap IPD Kota Bharu.
11
Berdasarkan Perintah Tahanan tersebut, plaintif telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor untuk tempoh 2 tahun.
12
Plaintif kemudiannya telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan satu Perintah Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi namun permohonannya telah ditolak. Setelah rayuan dibuat, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan plaintif dan membebaskan plaintif pada 3.9.2020.
13
Plaintif mendakwa bahawa dia telah ditahan secara salah selama 525 hari iaitu bermula dari 28.3.2019 sehingga 3.9.2020 dan menuntut gantirugi daripada defendan-defendan sepertimana dalam pernyataan tuntutannya.
14
Terdapat lima (5) isu untuk dibicarakan seperti berikut: i) Sama ada defendan mempunyai syak yang munasabah untuk membuat tangkapan ke atas Plaintif pada 28.3.2019 (tangkapan pertama) merupakan tangkapan yang sah dan adakah ianya berlandaskan undang-undang yang sewajarnya. ii) Sama ada defendan mempunyai syak yang munasabah untuk membuat tangkapan semula pada 29.3.2019 (tangkapan kedua) merupakan tangkapan yang sah dan adakah ianya berlandaskan undang-undang yang sewajarnya. iii) Sama ada tahanan reman di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 merupakan tahanan yang sah dan adakah ianya berlandaskan peruntukan undang-undang sewajarnya. iv) Sama ada Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) ADB (LLPK) adalah tahanan yang sah dan adakah berlandaskan peruntukan undang-undang sewajarnya. v) Sama ada Defendan-Defendan telah menjalankan tanggungjawab pekerjaan mereka mengikut peruntukan undang-undang yang digariskan. Isu Pertama.
15
Berkenaan isu pertama ini, peguam plaintif yang bijaksana telah berhujah dalam perenggan 33 hujahan bertulisnya bahawa defendan-defendan telah gagal menyatakan apakah asas serbuan dan tangkapan terhadap plaintif. Plaintif tidak dimaklumkan alasan mengapa dia ditangkap di tepi kolam pancing. Oleh itu tangkapan pertama adalah tidak sah.
16
Bagi isu pertama ini, Mahkamah ini mendapati bahawa defendan-defendan yang dinamakan dalam kes ini tidak terlibat dalam penangkapan plaintif buat kali pertama di tepi kolam pancing tersebut. Pegawai Polis yang bertindak menangkap plaintif adalah Insp. Roshidi (SD1) namun dia tidak dinamakan sebagai salah seorang defendan dalam tindakan ini.
17
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati SD1 mempunyai syak yang munasabah apabila menangkap plaintif di tepi kolam pancing tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut.
18
Pertamanya, sekitar kawasan kolam pancing Melor tersebut adalah kawasan “hotspot” penagih dan pengedar dadah dan pada masa itu pihak polis sedang menjalankan operasi “Ops Tapis” di kawasan tersebut.
19
Keduanya, walaupun seorang warganegara adalah bebas untuk bergerak ke mana saja dan pada bila-bila masa sahaja di seluruh negara, namun adalah perkara yang tidak munasabah atau diluar kebiasaan untuk seseorang berada di kolam pancing pada jam 2.30 pagi yang mana pada kebiasaannya tiada orang memancing di kolam pancing pada waktu sebegitu.
20
Selanjutnya, SD1 semasa disoal balas mengatakan dia mengesyaki plaintif ada mengambil dadah setelah memerhati pergerakan badan dan cara pertuturan plaintif yang lanjut dan meleret-leret dan tidak seperti seorang yang normal. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
21
Dari keterangan SD1 ini terutamanya berkenaan masa tangkapan pada jam 2.30 pagi, tempat tangkapan dalam kawasan “hotspot” dadah dan dari cara pergerakan dan percakapan plaintif, Mahkamah ini berpuas hati bahawa dalam hal keadaan plaintif yang sebegitu, SD1 mempunyai asas yang munasabah untuk mengesyaki plaintif terlibat dalam aktiviti dadah.
22
Seksyen 31(1) ADB 1952 memberi kuasa kepada mana-mana anggota polis untuk menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki terlibat melakukan kesalahan di bawah Akta tersebut. Perkataan yang digunakan dalam seksyen 31(1) ini ialah “reasonably believes to have committed or to be committing an offence under the Act”.
23
Dalam laporan polis Pengkalan Chepa 2475/19 bertarikh
28
28.3.2019, SD1 telah menyatakan bahawa dia telah memberitahu sebab-sebab tangkapan kepada plaintif setelah mendapati ujian saringan air kencing plaintif adalah positif.
24
Hasil keputusan ujian air kencing seseorang yang ditahan bukan menjadi penentu kepada keesahan penahanannya selagi mana penahanannya dibuat atas syak yang munasabah. Jika seseorang ditahan kerana disyaki mengambil dadah, keputusan ujian air kencingnya yang negatif tidaklah menjadikan penahanannya itu satu penahanan yang salah.
25
Bagi tangkapan pertama ini, SD1 telah menangkap plaintif dalam operasi “Ops Tapis” di atas pemerhatian dan tindakannya sendiri dan tanpa diarahkan oleh mana-mana pegawai lain.
26
Atas dasar itu, isu pertama ini dijawab dengan negatif dari segi bahawa defendan-defendan yang dinamakan dalam writ dan penyataan tuntutan plaintif bukanlah pegawai yang telah menangkap plaintif. Plaintif telah ditangkap oleh SD1 yang tidak dinamakan sebagai salah seorang defendan dalam tindakan ini. Oleh itu tiada kecuaian atau kegagalan boleh dibuktikan terhadap defendan-defendan berkenaan tangkapan yang pertama. Isu Kedua.
27
Bagi isu kedua ini, peguam plaintif yang bijaksana menghujahkan bahawa tangkapan kedua juga tiada asas dan defendan-defendan tidak mempunyai kuasa sah untuk menangkap plaintif. Penahanan kedua di bawah seksyen 3 ADB(LLPK) adalah tidak sah kerana pada masa tangkapan kedua tersebut dibuat, plaintif masih berada dalam tahanan reman kes seskyen 15(1) (a) ADB.
28
Bagi isu kedua ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tangkapan plaintif bagi kali kedua ini juga telah dibuat oleh SD1 pada pagi
29
29.3.2019 atas permintaan defendan ke-5.
29
Defendan ke-5 (SD2) telah meminta SD1 untuk menangkap plaintif di bawah seksyen 3(1) ADB(LLPK) 1985 setelah defendan ke-5 mendapat kebenaran atau kelulusan daripada Timbalan Pengarah Narkotik Bukit Aman pada 28.3.2019 jam 4.00 petang.
30
30.
Preamble
Menurut SD2 juga, tangkapan tersebut dibuat ke atas plaintif bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh SD2 menurut ADB (LLPK)
1985
1985.
31
SD1 mengatakan bahawa sejenak selepas dia melepaskan plaintif di bawah jaminan polis pada pagi 29.3.2019, dia telah menerima panggilan daripada SD2 memintanya untuk menangkap plaintif. Sebaik sahaja SD1 mendapat panggilan daripada SD2 tersebut, SD1 bersama anggota lain terus bergegas ke depan IPD Kota Bharu untuk menangkap plaintif kerana SD1 nampak plaintif masih berada di sekitar kawasan depan IPD selepas dibebaskan.
32
Berkenaan tangkapan kedua ini, SD1 telah menerangkan alasan-alasan penahanan plaintif sebagaimana Borang Pemberitahuan Sebab-Sebab Tangkapan bertarikh 29.3.2019 (item 1 dalam Ikatan B - Ikatan Dokumen Tambahan Defendan-Defendan). SD1 juga ada membuat laporan polis Pengkalan Chepa no. 2498/19 bertarikh
29
29.3.2019.
33
Plaintif menafikan bahawa tangkapan kedua ini berlaku selepas dia dibebaskan kerana menurut plaintif, dia tidak pernah dibebaskan sebelum tangkapan kedua dibuat, namun tiada sebarang laporan polis telah dibuat oleh plaintif berkenaan hal ini yang boleh menjadi sokongan kepada dakwaannya.
34
Dalam dua keadaan yang bercanggah ini, keterangan SD1 yang disokong dengan satu laporan polis dan Borang Pemberitahuan Sebab-Sebab Tangkapan adalah lebih berkemungkinan.
35
Untuk tujuan perbahasan, jika versi plaintif bahawa dia telah ditangkap untuk kali kedua tanpa dibebaskan terlebih dahulu adalah benar, Mahkamah ini berpendapat bahawa tangkapan kali kedua tersebut tidaklah menjadi tidak sah kerana tangkapan kedua telah dibuat atas sebab yang berbeza iaitu tangkapan menurut ADB
36
Mahkamah ini juga mendapati bahawa defendan-defendan telah mematuhi prosedur yang diperuntukkan dalam ADB (LLPK) dalam melanjutkan tempoh tahanan plaintif dari masa ke semasa seperti berikut: i. Insp. Roshidi telah melanjutkan tempoh tahanan plaintif melebihi 24 jam; ii. ASP Nik Amin Shah telah melanjutkan tempoh tahanan plaintif melebihi 48 jam; dan iii. DSP Wan Zainal telah membenarkan perlanjutan tahanan plaintif bermula pada 11.4.2019 di bawah seksyen 3(2)(c) ADB (LLPK) 1985 sehinggalah Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) ADB (LLPK) 1985 bertarikh 24.5.2019 dikeluarkan.
37
37.
Preamble
Menurut SD2 juga, siasatan awal terhadap plaintif di bawah ADB (LLPK) 1985 telah pun dimulakan sejak bulan Jun 2018 iaitu lebih kurang 9 bulan sebelum plaintif ditangkap.
38
Mahkamah ini mendapati bahawa tangkapan ke atas plaintif pada 29.3.2019 telah dibuat menurut peruntukan seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985 dan tangkapan tersebut berasaskan kepada siasatan awal yang telah dijalankan oleh SD2 sejak bulan Jun 2018.
39
Jika sekalipun, tangkapan kedua ini tidak menurut peruntukan undang-undang, defendan-defendan yang dinamakan dalam tindakan ini bukanlah pegawai yang menangkap plaintif dan pegawai sebenar yang telah menangkap plaintif telah tidak dinamakan sebagai salah seorang defendan.
40
Bagi isu ini, peguam plaintif yang bijaksana telah berhujah bahawa pegawai yang mengarahkan suatu tangkapan juga merupakan pegawai yang menangkap berdasarkan kes Sivarasa Rasiah & Ors v. Che Hamzah Che Ismail & Ors [2012] 1 CLJ 75.
41
Mahkamah ini telah meneliti kes yang dirujuk tersebut dan mendapati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut adalah berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan writ dan penyataan tuntutan plaintif secara ringkas. Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut mengatakan bahawa dalam kes tersebut terdapat persoalan bermerit yang harus dibicarakan secara penuh seperti berikut: [21] … On this point this court agrees with the appellants that under the circumstances the 1st respondent may be the correct tortfeasor in this case. … [23] This courts finds that the appellants’ contention on this issue is not totally without merit. There are issues of law that need to be eloborated and argued in great detail and for mature consideration. There are also issues of fact for the trial court to scrutinize and determine how and in what manner the orders and instruction were made by the 1st respondent; under what circumstances and in what manner the arrests were affected by the individuals arresting officers on all the appellants. Penekanan ditambah.
42
Dalam kes Sivarasa Rasiah ini, Mahkamah Rayuan tidak secara konklusif mengatakan bahawa pegawai yang memberi arahan menangkap adalah merupakan pegawai yang menangkap. Mahkamah Rayuan hanya mengatakan bahawa pegawai yang memberi arahan menangkap boleh menjadi pegawai yang menangkap berdasarkan keadaan semasa kes tersebut yang perlu diputuskan setelah hakim perbicaraan mendengar keterangan penuh saksi-saksi dalam kes tersebut.
43
Berbalik kepada kes kita ini, defendan ke-5 (SD2) adalah berpangkat yang sama dengan SD1 iaitu sama-sama berpangkat inspektor yang mana tiada siapa boleh memberi arahan kepada siapa. SD2 mengatakan dia telah meminta SD1 untuk menangkap plaintif setelah dia mendapat kebenaran dari Timbalan Pengarah Narkotik Bukit Aman.
44
SD1 atas permintaan SD2 tersebut telah menangkap semula plaintif dan telah membuat satu laporan polis berkenaan tangkapan tersebut dan telah menyediakan Borang Pemberitahuan Sebab-Sebab Tangkapan.
45
Plaintif telah memplidkan dalam perenggan 6 (i) pernyataan tuntutannya bahawa peranan defendan ke-5 adalah sebagai pegawai yang bertanggungjawab menyerahkan Perintah Tahanan tersebut kepada plaintif. Plaintif tidak boleh melencong dari plidingnya dan menghujahkan bahawa defendan ke-5 berperanan sebagai pegawai yang menangkap plaintif.
46
Oleh itu, isu kedua ini juga dijawab sebagai mana isu pertama bahawa defendan-defendan yang dinamakan dalam tindakan ini tidak menangkap plaintif dan tangkapan plaintif telah dibuat berdasarkan dan menurut peruntukan undang-undang ADB (LLPK)
1985
Oleh itu ia adalah satu tangkapan yang sah. Isu Ketiga.
47
Bagi isu ketiga ini, peguam plaintif yang bijaksana menghujahkan bahawa tahanan reman plaintif adalah tidak sah kerana tiada sebarang laporan kimia atau bukti saintifik yang mengesahkan keputusan air kencing plaintif mengandungi Nimetazipam.
48
Bagi isu ketiga ini, Mahkamah ini mendapati pertamanya, isu keesahan tahanan reman di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 tidak diplidkan secara khusus dalam penyata tuntutan plaintif terutamanya dalam perenggan 22 (i) hingga (iv). Plaintif hanya memplidkan berkenaan tahanan reman di bawah seksyen 3 ADB
49
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini telah meneliti hujahan plaintif berkenaan hal ini dan mendapati bahawa perintah reman yang telah dikeluarkan oleh Majistret ke atas plaintif adalah untuk tempoh selama 2 hari pada 28 hingga 29 Mac 2019 berikutan permohonan pihak polis untuk menyiasat bagi mengesahkan sama ada air kencing plaintif mengandungi sebarang dadah sebagai lanjutan kepada hasil ujian saringan yang positif.
50
Perintah reman tersebut telah dikeluarkan secara sah oleh Majistret dan keesahan perintah reman tersebut tidak bergantung kepada hasil ujian air kencing plaintif. Perintah reman tersebut tidak boleh dikatakan sah hanya jika ujian air kencing plaintif menunjukkan keputusan positif dan sebaliknya perintah reman tersebut akan menjadi tidak sah jika ujian air kencing plaintif menunjukkan keputusan negatif.
51
Mahkamah ini mengambil pendekatan bahawa apabila Majistret telah mengeluarkan perintah reman, secara prima facienya kehendak-kehendak dalam seksyen 117 dan seksyen119 Kanun Tatacara Jenayah telah dipatuhi. Jika sekiranya ia tidak dipatuhi, plaintif mempunyai peluang untuk mencabarnya melalui prosiding semakan atau rayuan jenayah. Ini tidak dilakukan oleh plaintif.
52
Selanjutnya, jika pun tahanan reman di bawah seksyen 15(1)(a) ADB ini telah diperolehi secara salah sama ada atas kesilapan atau salah nyata pegawai yang memohon perintah reman tersebut kepada Majistret, pegawai yang mendapatkan perintah reman tersebut juga tidak dinamakan sebagai defendan dalam tindakan ini.
53
Oleh itu, bagi isu ketiga ini juga, Mahkamah ini mendapati bahawa perintah reman ke atas plaintif di bawah seksyen 15(1)(a) ADB telah diperolehi secara sah. Isu Keempat.
54
Bagi isu keempat ini, peguam plaintif menghujahkan bahawa prinsip-prinsip dan applikasi undang-undang berkaitan Habeas Corpus adalah relevan dan terpakai dalam kes ini dan peguam plaintif telah berhujah lanjut berkenaan autoriti-autoriti yang melibatkan permohonan Habeas Corpus.
55
Bagi isu keempat ini, Mahkamah ini mendapati isu keesahan Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) ADB (LLPK) ini telah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam prosiding permohonan Habeas Corpus plaintif dan ia juga telah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan diperingkat rayuan.
56
Walau bagaimanapun, dari keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa secara umumnya dari rentetan peristiwa bermula dengan penahanan plaintif di bawah seksyen 3 ADB (LLPK), kemudian tahanannya disambung dari masa ke semasa sehinggalah pengeluaran Perintah Tahanan tersebut di bawah seksyen 6(1) ADB (LLPK) telah dibuat dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan di bawah ADB (LLPK) 1985. Pihak Menteri juga telah dibekalkan dengan laporan-laporan daripada pegawai penyiasat polis (SD2) dan pegawai penyiasat atau pegawai inkuiri Kementaerian Dalam Negeri (KDN) (SD3). Perintah Tahanan tersebut telah dikeluarkan setelah Menteri berpuas hati dengan kedua-dua laporan tersebut. Ia adalah satu Perintah Tahanan yang dibuat menurut peruntukan ADB (LLPK) dan merupakan perintah yang sah sehinggalah ia diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan. Isu Kelima.
57
Bagi isu kelima ini, peguam plaintif menghujahkan bahawa pegawai tangkapan bersama pasukannya terutamanya defendan pertama dan ketiga telah mengingkari prosedur tangkapan yang telah ditetapkan oleh undang-undang kerana telah gagal memperkenalkan diri sebagai polis dan gagal memberi alasan tangkapan.
58
Plaintif juga menghujahkan bahawa pihak Kerajaan bertanggungan terhadap kegagalan dan kecuaian defendan-defendan atas prinsip tanggungan vikarius menurut seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956.
59
Bagi isu kelima ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan menurut penyataan tuntutan plaintif adalah seperti berikut: i) Terhadap defendan pertama sebagai Kerajaan Malaysia yang merupakan prinsipal yang bertanggungjawab secara vikarius kepada defendan-defendan yang lain. ii) Terhadap defendan ke-2 sebagai Menteri Dalam Negeri iaitu ejen atau pengkhidmat kepada defendan pertama. iii) Terhadap defendan ke-3 sebagai ketua perhidmatan kepada defendan ke-4 dan ke-5 serta sebagai ejen atau pengkhidmat kepada defendan pertama. iv) Terhadap defendan ke-4 sebagai ketua kepada defendan ke- 5 dan juga sebagai ejen atau pengkhidmat kepada defendan pertama. v) Terhadap defendan ke-5 sebagai ejen atau pengkhidmat kepada defendan pertama yang telah bertanggungjawab menyerahkan Perintah Tahanan di bawah s. 6(1) ADB (LLPK) kepada plaintif, dan vi) Terhadap defendan ke-6 sebagai ejen atau pengkhidmat kepada defendan pertama selaku Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak, Muar.
60
Alegasi utama plaintif seperti yang diplidkan dalam perenggan 22(i) pernyataan tuntutan plaintif adalah bahawa defendan-defendan telah cuai dalam tugas mereka apabila telah menangkap plaintif tanpa mengemukakan alasan tangkapan. Ini adalah jelas menunjukkan bahawa plaintif mencabar keabsahan tindakan penangkapannya namun Mahkamah ini mendapati tiada seorang pun pegawai atau anggota yang terlibat dalam penangkapan plaintif telah dinamakan sebagai defendan dalam tindakan ini. Kesemua defendan-defendan yang dinamakan tidak terlibat atau bukanlah pegawai yang menjalankan tangkapan ke atas plaintif.
61
Alegasi selanjutnya dalam perenggan 22(ii) pernyataan tuntutan plaintif adalah bahawa defendan-defendan gagal melepaskan plaintif sebelum menangkapnya semula pada 29.3.2019.
62
Seterusnya dalam perenggan 22(iii) pernyataan tuntutan plaintif, plaintif mendakwa bahawa defendan-defendan telah cuai apabila menahan reman plaintif di bawah seksyen 3 ADB (LLPK) lebih daripada 60 hari yang bertentangan dengan undang-undang, dan
63
Akhirnya dalam perenggan 22(iv) pernyataan tuntutan plaintif, plaintif mendakwa bahawa defendan-defendan cuai apabila telah mengeluarkan Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) ADB
64
Berkenaan dengan pengeluaran Perintah Tahanan, defendan ke-2 yang sepatutnya mengeluarkan Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) ADB (LLPK) tetapi tugas tersebut telah dijalankan oleh timbalannya, yang telah menjalankan tugasnya menurut peruntukan seksyen 6(1) ADB (LLPK). Ia adalah selari dengan peruntukan undang-undang.
65
Plaintif telah ditahan reman di bawah ADB (LLPK) bermula pada
29
29.3.2019 sehingga perintah tahanan dikeluarkan pada
24
24.5.2019 (selama 56 hari). Tahanan reman plaintif tidak melebihi tempoh 60 hari sebagaimana yang didakwa oleh plaintif.
66
Jika pun tahan reman di bawah ADB (LLPK) ini adalah salah, pegawai-pegawai yang membenarkan lanjutan reman iaitu Inspektor Roshidi, ASP Nik Amin Shah dan DSP Wan Zainal juga tidak dinamakan sebagai defendan-defendan dalam tindakan ini.
67
Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa berkenaan perenggan 22 (iii) dan (iv) pernyataan tuntutan plaintif, defendan-defendan telah menjalankan tugas mereka menurut peruntukan undang-undang.
68
Sebagaimana yang dinyatakan di atas berkenaan pegawai-pegawai yang didakwa telah melakukan kecuaian terhadap plaintif seperti pegawai atau anggota yang menangkap plaintif, pegawai yang mendapatkan perintah reman di bawah seksyen 15(1)(a) ADB, pegawai yang gagal melepaskan plaintif setelah tamat tempoh reman dan juga pegawai yang melanjutkan tempoh reman di bawah seksyen 3 ADB (LLPK) telah tidak dinamakan sebagai defendan dalam writ dan pernyataan tuntutan plaintif.
69
Perkara ini adalah bertentangan dengan peruntukan seksyen 5 dan seksyen 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang memperuntukkan bahawa pegawai yang berkenaan haruslah di namakan dalam tindakan dan liabiliti terhadapnya harus dibuktikan terlebih dahulu sebelum liabiliti Kerajaan secara vikarius boleh dibuktikan.
70
Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukkan seperti berikut: “Subject to this act, the government shall be liable for any wrongful act done or any neglect or default committed by any public officer in the same manner and to the same extend as that in which a principal, being a private person, is liable for any wrongful act done, or any neglect or default committed by his agent, and for the purposes of this section and without prejudice to the generality thereof, any public officer acting or purporting in good faith to be acting in pursuance of a duty imposed by law shall be deemed to be the agent of and to be acting under the instruction of the government.”
71
Seksyen 6(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukkan seperti berikut: “No proceedings shall lie against the government by virtue of section 5 in respect of any act, neglect or default of any public officer, unless proceedings for damages in respect of such act, neglect or default would have lain against such officer personally.”
72
Mahkamah Persekutuan dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v. Lay Kee Tee & 183 Ors [2008] 2 MLRA 735 mengatakan: [16] … On the proper construction of ss 5 and 6 of Act 359, in any claim in tort against the Government, the officer of the Government who was responsible for the alleged tortious act must be made a party and his liability be established before the Government can be made liable vicariously as principal. It would be insufficient to merely identify the officer without joining the officer as a party because liability by evidence needs to be established. It is only upon a successful claim against the officer personally can a claim be laid against the
73
Dalam kes ini alegasi plaintif berkenaan penahanan salah ke atas plaintif adalah melibatkan pegawai menangkap secara khusus. Perenggan 22 (i) dan (ii) pernyataan tuntutan plaintif semuanya menjurus secara khusus kepada kegagalan atau kecuaian pegawai menangkap iaitu Inspektor Roshidi yang tidak dijadikan pihak defendan dalam tindakan ini.
74
Defendan-defendan yang dinamakan dalam tindakan ini bukanlah pegawai yang menjalankan tangkapan ke atas plaintif. Oleh itu atas imbangan kebarangkalian, plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya ke atas defendan-defendan berkenaan perenggan 22
i
dan (ii) pernyataan tuntutan plaintif.
75
Bagi para 22 (iii) pernyataan tuntutan plaintif, tempoh keseluruhan reman plaintif hanyalah selama 56 hari dan tidak melebihi 60 hari. Ia bukan suatu tempoh tahanan reman yang salah dan jika ia salah sekalipun, pegawai-pegawai yang terlibat tidak dinamakan sebagai defendan-defendan dan liabiliti mereka gagal dibuktikan.
76
Bagi perenggan 22 (iv) pernyataan tuntutan plaintif pula, daripada keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa defendan ke-2 telah mengeluarkan Perintah Tahanan ke atas plaintif setelah semua prosedur di bawah ADB (LLPK) 1985 dipatuhi. Oleh itu atas imbangan kebarangkalian, plaintif juga telah gagal untuk membuktikan bahawa Perintah Tahanan tersebut telah dikeluarkan tanpa mengikut landas peruntukan undang-undang sewajarnya. Kesimpulan.
77
Atas alasan-alasan di atas, dan atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan. Sehubungan dengan itu tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan ditolak dengan kos. Alasan Penghakiman ini bertarikh pada 09 Julai 2026. ……………………………….. MOHD ROSLI BIN YUSOFF Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan Darul Naim Peguamcara Plaintif: Mohd Azrul Hasyimi Bin Mohammad Tetuan Azrul Hasyimi & Co, Lot 3392, Tingkat 1, Kg Kota, Jalan Pasir Mas Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Defendan-Defendan: Ahmad Armi Najamuddin Bin Azmi Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Komplek Kota Darulnaim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.