Tuan HMS bersetuju dengan Defendan bahawa inferens boleh dibuat berdasarkan kerosakan motorsikal Plaintif yang mengalami patah batang fork hadapan dan remuk di bahagian depan dan Plaintif tidak memperlahankan pemanduannya semasa menghampiri kawasan tersebut bahkan dalam keadaan laju. Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun Defendan menghalang laluan sah Plaintif, dalam keadaan waktu malam dan tiada keterangan bahawa Plaintif ada memasang lampu motorsikal, Plaintif mempunyai tanggungjawab untuk menunggang dalam kelajuan yang sederhana bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau bagi mengurangkan impak kemalangan. Mahkamah ini bersetuju dengan rujukan Defendan kepada kes Chai Ping Chong & Anor v Zainal Abidin Mohd Salleh & Anor (1998) 4 CLJ 833 dan 834. [9] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Defendan yang berada di kiri jalan S/N cGb9cGlIbUe9OtwwUPoJpw telah secara tiba-tiba membuat pusingan U. Tindakan Defendan secara tiba-tiba ini telah menyebabkan Plaintif (SP4) tidak sempat untuk mengelak ke kiri. Ini kerana pada ketika itu, jarak di antara kereta Defendan dan Plaintif adalah pada jarak 5 meter sahaja. Adalah mustahil untuk Plaintif mengambil apa-apa tindakan untuk mengelak ke arah Defendan. [10] Keterangan ini dapat disahkan melalui kesan kerosakan kereta Defendan yang tertumpu di sebelah kanan. [11] Walaubagaimanapun, Mahkamah ini bersetuju dengan pertimbangan Tuan HMS bahawa Plaintif turut mempunyai tanggungjawab. Berdasarkan kepada kerosakan yang teruk ke atas motorsikal Plaintif, adalah wajar bagi Tuan HMS merumuskan bahawa Plaintif turut di dalam kelajuan yang tinggi sehingga gagal mengelak dari bertembung dengan kereta Defendan. [12] Mahkamah berpandangan bahawa walaupun Plaintif mempunyai hak laluan yang sah di sisi undang-undang, namun Plaintif juga bertanggungjawab untuk berhati-hati terhadap pengguna jalanraya yang lain termasuk Defendan supaya dapat mengelak dari kenderaan-kenderaan yang mungkin timbul dari kesilapan pengguna lain itu. [13] Mahkamah merujuk kepada kes Wong Mun Kong v. Pacific & Orient Underwriters (M) Sdn. Bhd [1977] 1 LNS 155; [1978] MLJ S/N cGb9cGlIbUe9OtwwUPoJpw 183 di mana Hakim Guan Tuan HMT (pada ketika itu) telah menyatakan; “As regards the duty of a driver having right of way, it has been held in the Canadian case of Thompson & Thompson v. Jaeger [1946] 3 WWR 407; E & E Digest, Vol. 36 para. 673, p. 99 that whilst the statutory right of way is of prime importance and must not be 'whittled away' yet it is a right which must be used with due regard to the rights of others. Therefore, if a driver knows or ought to know that some other person by that person's fault is in a position of danger, the statutory right of way cannot be exercised without care being taken to avoid the consequences of that other's fault. Similarly, in the circumstances of the present case, although the driver of the car in question had the right of way yet he ought to have known that the motor-cyclist, having switched on his trafficator, might be foolish or absentminded enough to make a U-turn without first looking behind him. In spite of his right of way the driver of the car, who was driving within the city limits, should have exercised reasonable care and in this case I therefore found that the driver of the said car, who was travelling at a speed above the limit of 20 mph, had not exercised ordinary care and skill and was negligent in that he had failed to keep a proper lookout or to observe in time the plaintiff's trafficator before the latter foolishly made a U-turn without looking behind him. In other words, the driver of the car should have in the circumstances of this case taken care to avoid the consequences of the motorcyclist's fault. I assessed his liability at 25 per cent” S/N cGb9cGlIbUe9OtwwUPoJpw (rujuk; Chai Ping Chong & anor v Zainal Abidin Mohd Salleh [1998] 4 CLJ 833, Kuppusamy v. Nithanathan [1990] 2 CLJ Rep 302; [1990] 2 MLJ 494, Hessein & Anor v. Maiden [1969] 1 LNS 58; [1970] MLJ 114 dan Daphne Thean v. The Century Omnibus Co Sdn. Bhd & Anor [1997] 4 CLJ 220). [14] Berkaitan hujahan Plaintif bahawa keterangan SD1 adalah tidak konsisten dan berubah-ubah, Mahkamah mendapati bahawa keadaan ini adalah normal kerana kemalangan yang berlaku adalah dalam keadaan tiba-tiba. Banyak perkara yang perlu diingat semula dalam keadaan yang terkejut dan sebagainya. Di dalam apa jua keadaan, walaupun keterangan SD1 berubah-ubah namun ianya masih mengekalkan insiden kemalangan yang berlaku. Mahkamah tidak boleh menolak keterangannya hanya kerana terdapat percanggahan tersebut yang tidak material. [15] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan bahawa tiada kekhilafan yang memerlukan campurtangan Mahkamah ini ke atas penilaian Tuan HMS. Oleh itu, rayuan ke atas liabiliti adalah ditolak. Rayuan ke atas kuantum [16] Adalah menjadi prinsip mantap bahawa Mahkamah di peringkat rayuan agak jarang untuk mengusik dapatan yang telah dibuat oleh Mahkamah di peringkat perbicaraan berkaitan kuantum. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Rasidin Binpartorjo v. Frederick Kiai S/N cGb9cGlIbUe9OtwwUPoJpw [1976] 1 LNS 123; [1976] 2 MLJ 214, telah menggariskan bahawa Perayu perlu mengetengahkan kepada Mahkamah sebarang kekhilafan oleh Hakim Perbicaraan sama ada di dalam tafsiran undang-undang, mahupun apresiasi fakta atau apa-apa perkara lain sehingga menjejaskan keputusan Hakim Perbicaraan di dalam memutuskan jumlah kuantum. [17] Plaintif secara amnya membangkitkan 2 isu iaitu pertamanya bagi kecederaan “severe traumatic brain injury with left frontalcon tusion, left temporal extradural haemorrhage and left frontopartial” sebanyak RM40,000.00. Peguam Plaintif menghujahkan bahawa Tuan HMS gagal mengambilkira 3 kecederaan serius pada bahagian kepala dan ia merupakan kecederaan-kecederaan yang kekal. [18] Tuan HMS di dalam penghakimannya menyatakan di dalam penghakimannya seperti berikut :