Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO. KES : DD-A73KJ-35-02/2025 MOHAMAD ASYRAF BIN AZMI [NO KP: 010825030749] …PLAINTIF
DD-A73KJ-35-02/2025
Magistrates Court of Malaysia20 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“te or value of the subject matter does not exceed one hundred thousand ringgit. It is only a Sessions judge who is empowered to grant declaratory relief. This is clear from s 65 read with s 90 of the Subordinate Courts Act 1948. A High court decision arriving at this same proposition is Wong Loy Fatt & Anor v. Lim Tok”
“to grant declaratory relief. This is clear from s 65 read with s 90 of the Subordinate Courts Act 1948. A High court decision arriving at this same proposition is Wong Loy Fatt & Anor v. Lim Tok Yew [2015] MLRHU 183; [2015] 5 CLJ 602 at [21]-[22] SM Komathy Suppiah JC.” **Note : Serial number will be used to verify the”
“hether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed.” [9] Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada autoriti dalam kes Badan Pengurusan Bersama Mesahill v. Gala Interaktif Sdn Bhd [2022] MLRHU 844 yang mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “[19] The Magistrates' Court has no jurisdiction t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO. KES : DD-A73KJ-35-02/2025 MOHAMAD ASYRAF BIN AZMI [NO KP: 010825030749] …PLAINTIF
1
AHMAD FARIHAN BIN MAT JUSOH [NO KP: 781025035141]
2
ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (MALAYSIA) [NO SYARIKAT: 735426-V] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Permohonan Interlokutori Kandungan 35] PENGENALAN [1] Alasan penghakiman ini disediakan bagi satu notis rayuan yang telah difailkan oleh pihak Defendan Kedua iaitu Allianz General Insurance Company (Malaysia) atas keputusan mahkamah yang telah menolak sebahagian cadangan pindaan dalam satu permohonan interlokutori di
Lampiran
Lampiran 35. Permohonan Lampiran 35 adalah permohonan Defendan Kedua untuk meminda pliding iaitu pembelaan yang telah difailkan oleh Defendan Kedua. Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian permohonan pindaan yang dipohon oleh pihak Defendan Kedua di Lampiran 35 kecuali pindaan yang dicadangkan pada perenggan 28 ii (a, b, c dan d). [2] Untuk memudahkan rujukan, saya lampirkan keseluruhan perenggan 28 ii yang tidak dibenarkan seperti berikut: 28 ii: Satu deklarasi di bawah peruntukan Seskyen 96(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap Plaintif seperti berikut: a. Sijil perlindungan bernombor No. AEKT0695160 yang melindungi motorjip bernombor pendaftaran ALW 9191 adalah tidak boleh dikuatkuasakan oleh Plaintif dan/atau agennya terhadap Defendan Kedua bagi kemalangan yang diplidkan di dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif iaitu yang dikatakan berlaku pada 08/01/2023 lebih kurang 1.40 tengahari melibatkan Defendan Pertama yang memandu motorjip bernombor pendaftaran ALW 9191 kerana terdapatnya pakatan dan/atau penipuan/frod antara Plaintif dan Defendan Pertama dalam memalsukan keadaan sebenar kemalangan yang dikatakan berlaku pada tarikh dan masa tersebut; b. Defendan Kedua bukan lagi penginsuran bagi motorjip bernombor pendaftaran ALW9191 bagi kemalangan yang diplidkan di dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif iaitu pada 08/01/2023 lebih kurang 1.40 tengahari antara Plaintif dan Defendan Pertama memandangkan pihak Defendan Pertama telah pecah kontrak dan gagal untuk mematuhi prinsip perundangan “uberrimae fidei” di dalam kontrak insurans yang dimasuki oleh Defendan Pertama dengan Defendan Kedua kerana terdapatnya pakatan dan/atau penipuan/frod antara Plaintif (yang mana berada di dalam pengetahuan Plaintif sendiri) dan Defendan Pertama dalam memalsukan keadaan sebenar kemalangan berlaku tersebut dalam kemalangan yang dikatakan berlaku pada 08/01/2023 tersebut; c. Defendan Kedua sekarang dan pada semua masa yang matan berhak untuk mengelakkan tanggungan “avoid liability” di bawah Sijil Perlindungan No. AEKT0695160 bagi tuntutan Plaintif ini terhadap Defendan Kedua bagi perlindungan yang dikeluarkan oleh Defendan Kedua untuk kenderaan bernombor pendaftaran ALW 9191 bagi kemalangan yang diplidkan di dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif iaitu yang dikatakan berlaku pada 11/01/2023 lebih kurang 1.40 tengahari antara Plaintif dan Defendan Pertama atas alasan bahawa Defendan Pertama telah gagal mendedahkan fakta material kepada Defendan Kedua dan juga telah gagal untuk mematuhi prinsip perundangan “uberrimae fidei” di dalam kontrak insurans yang dimasuki oleh Defendan Pertama dengan Defendan Kedua apabila telah membuat satu laporan polis palsu bagi menjayakan tuntutan frod oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua; d. Selanjutnya bahawa Sijil Perlindungan bernombor AEKT0695160 tersebut tidak menjadikan Defendan Kedua bertanggungjawab (“liable”) untuk menanggung sebarang kerosakkan dan kerugian yang dituntut oleh Plaintif secara khususnya dan juga mana-mana individu dan/atau pihak bagi kemalangan yang diplidkan di dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif iaitu yang dikatakan berlaku pada 08/01/2023 lebih kurang 1.40 tengahari antara Plaintif dan Defendan Kedua dan / atau oleh mana-mana pihak yang menuntut menurut peruntukan seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau lanjutan daripada mana-mana kenderaan atau orang perseorangan atau harta benda berikutan kemalangan tersebut. [3] Mahkamah ini ambil maklum hujahan pihak Defendan Kedua yang bersandarkan kepada autoriti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Chen Boon Kwee v. Berjaya Sompo Insurance Berhad [2025] 1 MLRA 298 seperti berikut: “[42] We reiterate by reference to the dicta of this Court in AmGeneral Insurance Berhad v. Sa' Amran Atan & Ors And Other Appeals [2022] 6 MLRA 224; [2022] 8 CLJ 175; [2022] 6 AMR 1 and Pacific & Orient Insurance Co Berhad v. Yeap Tick In (Appeal No 6 in AmGeneral, supra) read with Malaysian Motor Insurance Pool v. Tirumeniyar Singara Veloo [2019] 6 MLRA 99; [2020] 1 MLJ 440; [2019] 10 CLJ 731, that a third party victim of a road accident is not required to file separate recovery proceedings against the insurer of the vehicle-owner to recover the judgment sum ordered in the tortious action between the third party and the insured. [43] If the insurer wishes to challenge their liability to pay on grounds that the claimant does not fall under the class of persons listed in s 91(1)(b) or that the policy of insurance is void or unenforceable, the insurer must obtain a timely declaration binding the third party in accordance to s 96(3) of the RTA before the liability judgment is entered or alternatively seek to intervene in the tortious liability suit and have the policy liability issue determined at the trial of the action. Absent that relief, the insurer's liability to pay is immediate as s 96(1) of the RTA makes it mandatory for the insurer to make payment after judgment had been obtained against the insured by the third-party claimant.” [4] Namun demikian, mahkamah ini berpendirian bahawa pihak Defendan Kedua telah tersalah arah dalam memahami autoriti ini. Autoriti ini telah menjelaskan pilihan yang dimiliki oleh pihak Defendan Kedua dalam perenggan ke 22 penghakiman yang sama seperti berikut: “[22] After having received the notice and the cause papers of the liability suit, the insurer can take any of the following actions: (a) negotiate and settle the claim with the third party claimant; or (b) appoint solicitors for the insured/defendant and defend the liability action in the name of the defendant, in which case the tortious liability of the insured could be challenged; and/or (c) rely on the statutory remedy under s 96(3) of the RTA and seek a declaration from the court to avoid liability on grounds that the policy of insurance was void or unenforceable; and/or (d) apply to intervene in the liability suit to challenge their liability under the terms of the policy of insurance and preserve their legal and commercial interest in order to deny liability under s 96(1) of the RTA on any one or more of the legally recognised grounds such as fraud or collusion between the insured and the third party, or that there was an exception to liability clause in the policy of insurance that absolved the insurer's liability, or that the tortious liability of the insured was not covered under the terms of the policy of insurance.” [5] Berdasarkan kepada perenggan 22 di atas adalah jelas bahawa Defendan Kedua mempunyai empat pilihan. Defendan Kedua telah pada mulanya memilih pilihan yang keempat iaitu membuat permohonan mencelah dalam saman berkaitan liabiliti dan mencabar liabiliti mereka berdasarkan terma yang terdapat dalam polisi insuran. Namun demikian dalam permohonan pindaan terhadap pembelaan yang difailkan di Lampiran 35, mereka menuntut pilihan yang ketiga iaitu satu deklarasi untuk mengelakkan liabiliti. [6] Mahkamah ini berpendirian bahawa mahkamah majistret bukanlah satu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan tuntutan deklarasi. Atas sebab yang sedemikianlah mahkamah ini telah tidak membenarkan pindaan ini dimasukkan dalam pindaan yang dicadangkan oleh Defendan Kedua. [7] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948: “Section 90: Civil Jurisdiction of First Class Magistrate Subject to the limitations contained in this Act, a First Class Magistrate shall have jurisdiction to try all actions and suits of a civil nature where the amount in dispute or value of the subject-matter does not exceed one hundred thousand ringgit.” [8] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 65(5) Akta Mahkamah Rendah 1948: “Section 65: Civil Jurisdiction of Sessions Courts 65(5): A Sessions Court may, in respect of any action or suit within the jurisdiction of the Sessions Court, in any proceedings before it: (a) grant an injunction; and (b) make a declaration,whether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed.” [9] Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada autoriti dalam kes Badan Pengurusan Bersama Mesahill v. Gala Interaktif Sdn Bhd [2022] MLRHU 844 yang mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “[19] The Magistrates' Court has no jurisdiction to grant declaratory relief. Its jurisdiction is merely to decide all actions and suits where the amount in dispute or value of the subject matter does not exceed one hundred thousand ringgit. It is only a Sessions judge who is empowered to grant declaratory relief. This is clear from s 65 read with s 90 of the Subordinate Courts Act 1948. A High court decision arriving at this same proposition is Wong Loy Fatt & Anor v. Lim Tok Yew [2015] MLRHU 183; [2015] 5 CLJ 602 at [21]-[22] SM Komathy Suppiah JC.” [10] Mahkamah juga menggunapakai kes Wong Loy Fatt & Anor v. Lim Tok Yew [2015] MLRHU 183; [2015] 5 CLJ 602 yang menyatakan seperti berikut: "Civil Jurisdiction Of Magistrate [21] Turning to the second objection of the plaintiff that a magistrate court has no jurisdiction to grant declaratory relief. The relevant provisions in the Subordinate Courts Act 1948 are: Section 65(5): A Sessions Court may, in respect of any action or suit within the jurisdiction of the Sessions Court, in any proceedings before it: (a) grant an injunction; and (b) make a declaration,whether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed. Section 90 Subject to the limitations contained in this Act, a First Class Magistrate shall have jurisdiction to try all actions and suits of a civil nature where the amount in dispute or value of the subject matter does not exceed one hundred thousand ringgit. [22] Section 90 clearly illustrates that the plaintiff is correct in the position she takes as regards the jurisdiction of a first class magistrate to grant declaratory relief. It is only a sessions judge who is empowered to grant declaratory relief."[Emphasis Original] KESIMPULAN [11] Mahkamah ini telah meneliti autoriti dikemukakan pihak Defendan Kedua namun tidak ada mana-mana autoriti dikemukakan yang membenarkan mahkamah majistret melangkaui bidang kuasa asal yang telah ditetapkan dalam seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948. Autoriti kes Chen Boon Kwee v. Berjaya Sompo Insurance Berhad yang dikemukakan sememangnya memberikan pilihan sama ada untuk mendapatkan deklarasi ataupun perlu mencabar liabiliti berdasarkan terma insuran. Namun mahkamah ini berpendirian bahawa bagi perintah deklarasi, ia tidak terpakai kepada mahkamah majistret kerana majistret pada asalnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan perintah deklarasi. Oleh itu, pilihan yang tinggal bagi Defendan Kedua adalah pilihan keempat iaitu mencelah dan mencabar liabiliti yang diletakkan ke atas mereka berdasarkan terma insuran. Bertarikh: 14 Jun 2026 t.t. (FAKHRUL RAZZI BIN ABD HAMID) Majistret Mahkamah Majistret Bachok Kelantan Darul Naim PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Puan Nur Farah Elyana binti Mohd Rusli Sandu & Associates No 362, Tingkat 1, (Depan, Pejabat Pos Besar, 3180a, Jln Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan-defendan: Defendan Pertama: Puan Ainal Balkis binti Shaikh Fadillah Suat Lim & Co PT 417, Tingkat 2,Jalan Kuala Krai,Pusat Perniagaan Tunjung,Pendek Mulong,16010 Kota Bharu, Kelantan. Defendan Kedua: Puan Nur Diyana binti Abdul Aziz Othman Hashim & Co (Kota Bharu) Pt 371, 1st Floor, Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15050.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.