(ii) Ask yourself the question: if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him in the evidence now before me? If the answer to that question is yesm then a prima facie case has beeb made out and the defence should be called. If the answer is “No”, then a prima facie case has not been made outand the accused would be entitled to an acquittal.” S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw [27] Mahkamah setelah meneliti keterangan SP3 mendapati SP3 adalah seorang saksi kredibel dan boleh dipercayai. Mahkamah berpendapat SP3 adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangan yang diberikan oleh SP3 adalah benar, logik dan probable. Mahkamah percaya keterangan SP3 adalah keterangan sebenar tentang apa yang berlaku ditempat kejadian tersebut pada Tarikh 4/6/2013. [28] SP3 sewaktu pemeriksaan balas meskipun diasak bertubi-tubi oleh pihak pembelaan, SP3 tetap utuh dengan keterangan dan tidak berganjak bahawa OKT telah melakukan rogol ke atasnya. Mahkamah berpendapat SP3 adalah seorang saksi yang kredibel di mana keterangan SP3 adalah ‘unusually convincing’. Oleh itu, keterangan SP3 boleh berdiri dengan sendiri tanpa keterangan sokongan seperti yang diputuskan dalam kes PP v Mardai [1949] 1 LNS 65; [1950] 1 MLJ 33 yang Mahkamah memutuskan sebagaimana berikut: “………………as a matter of common sense, it will be unsafe to convict unless either of the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant’s story.” [29] Mahkamah ini dengan mendapati berdasarkan keterangan SP3 mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan OKT telah melakukan hubungan seks dengan adanya penetrasi atau kemasukan S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP3. SP3 yang telah membuat laporan polis Ayer Puteh Repot 404/13 melaporkan OKT telah merogol SP3 pada 4.6.2013. [30] Mahkamah ini menerima keterangan SP3 bahawa semasa OKT merogol SP3, SP3 ada menampar pipi OKT namun OKT tidak berhenti daripada memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP3. Setelah mengeluarkan kemaluan dari kemaluan SP3, OKT ada mengeluarkan air mani di atas perut SP3. Terdapat darah yang keluar dari kemaluan SP3. [31] Keadaan pencahayaan semasa kejadian adalah cerah dan terang berdasarkan cahaya yang masuk melalui tingkap nako kerana tiada langsir di dalam bilik tidur tempat kejadian. SP3 nampak OKT memasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP3, malah sewaktu OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP3, SP3 menangis. SP3 tidak rela dibogelkan dan tidak rela OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP3. Semasa kejadian, SP3 ada menjerit tetapi tidak ada sesiapa yang mendengar jeritan SP3 memandangkan jarak di antara rumah tempat kejadian dan rumah jiran agak jauh. [32] OKT setelah selesai perlakuan rogol tersebut kemudianya memakai semula pakaiannya dan sebelum keluar dari rumah, OKT berkata, “jangan S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw beritahu siapa-siapa.” Kemudian, OKT keluar dari rumah. SP3 berasa takut. SP3 berasa terancam selepas dirogol oleh OKT. [33] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa SP3 memberi direct evidence bahwa telah berlaku penetrasi oleh OKT, Timbalan Pendawa raya yang terpelajar (TPR) merujuk kes Mohammad Zulkarnain Jemat v PP [2016] CLJU 54; [2016] 1 LNS 54 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: “[20] But is there evidence of penetration? The appellant says that the prosecution had failed to prove this main ingredient of the offence. We disagree. There is direct evidence from PW5 testimony that there was penetration by the appellant.” (penekanan ditambah) [34] Berdasarkan keterangan SP3, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa SP3 pasti bukannya jari atau objek-objek lain yang memasuki kemaluannya. Semasa kejadian, SP3 dalam posisi baring dan OKT berada di atas badan SP3. Tangan SP3 di bawah manakala kedua-dua tangan OKT di atas katil. Selain itu, pencahayaan semasa kejadian adalah cerah dan terang berdasarkan cahaya yang masuk melalui tingkap nako kerana tiada langsir di dalam bilik tidur tempat kejadian. SP3 nampak OKT memasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP3. S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw [35] Keterangan SP3 juga disokong oleh keterangan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (SP6) dan Pegawai Perubatan (SP7) dari Hospital Kemaman (juga dalam laporan perubatan - ekshibit P12) mengesahkan hasil pemeriksaan pada kemaluan SP3 mendapati terdapat parut akibat kesan koyakan lama di posisi jam 3 dan 9. Kesan koyakan ini hilang dan menjadi parut dalam tempoh 72 jam selepas kemasukan benda-benda tumpul seperti zakar. Kesan sperma juga akan hilang dalam tempoh masa yang sama. [36] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa ada kemasukan berlaku pada kemaluan SP3 dan kemasukan adalah oleh kemaluan OKT. [37] Mahkamah ini boleh mensabitkan seseorang tertuduh bagi kesalahan rogol ini berdasarkan keterangan mangsa sahaja tanpa keterangan sokongan namun menjadi telah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan mangsa dalam kes jenayah seksual hendaklah disokong oleh keterangan sokongan. Thomson KHN dalam kes Din v PP [1964] 1 LNS 33; [1964] 1 MLJ 300 telah membuat pemerhatian berikut: “If however, she complaints of having being raped, then both prudence and practice demand that her evidence should be corroborated.” S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw Augustine Paul HMT (pada masa tersebut) dalam kes Aziz Muhammad Din v PP [1997] 1 CLJ supp 523 telah memutuskan: “Although there is no specific rule that requires the evidence of a witness to be corroborated, there is a rule of practice stressing the need for corroboration in rape case” [38] Mahkamah ini turut mempertimbangkan berkenanan keterangan SP3 sebagai seorang kanak-kanak yang mana Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676] memperihalkan bagaimana kanak-kanak itu boleh memberi keterangan yang mana keterangan saksi kanak-kanak tersebut akan dikemukakan sebagai gantian kepada pemeriksaan utama yang mana masih tertakluk kepada Akta Keterangan 1950 [Akta 56] seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 16 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676]. [39] Dalam kes ini, kanak-kanak iaitu SP3 telah memberikan keterangan di Mahkamah selaras dengan seksyen 3(1)(a) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676]. SP3 telah memberi keterangan secara bersumpah setelah Mahkamah ini menjalankan preliminary inquiry selaras dengan peruntukan seksyen 133A Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan Mahkamah berpuas hati bahawa SP3 mempunyai keupayaan, memahami berkenaan sumpah dan kewajipan bercakap benar. S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw [40] Rujukan dibuat oleh pihak pendakwaan kepada kes Muhammad Adib bin Sufyan Azman v PP [2019] 8 CLJ 254 di mana mahkamah menyatakan seperti yang berikut: “Admitting Child Evidence In Court [23] The crux of the case rests on the reception of SP7's evidence who at the time of the incident was 13 years old. At the time of trial, he was over 16 years of age. The definition of a child can be found in several legislation. Article 1 of the United Nations Convention on the Rights of the Child (1989) defines children as all human being under the age of 18. The Child Act 2001 defines a child as someone below the age of 18. The Evidence of Child Witness Act 2007 defines a child to be someone under the age of 16. [24] It is essential that in every trial involving a child witness, the competency of a child testifying must be ascertained. An inquiry must be done by the trial judge to determine if the child witness is competent to either testify under oath and be allowed to give sworn testimony or be allowed to give unsworn evidence in court (see the Federal Court case of Muharam Anson v. PP [1980] 1 LNS 137; [1981] 1 MLJ 222 at 223). [25] Section 118 of the Evidence Act ("EA'') provides the start point where the competency of witnesses are concerned. It provides that all persons are competent to testify unless they are, in the opinion of the court, unable to understand the questions put to them or unable to give rational answers to those questions owing to tender years, extreme old age, disease of mind or body, or any other such cause. S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw [26] The intellectual capacity of a child to understand questions and to give rational answers is the sole test of his testimonial competency and not any particular age (see Santosh Roy v. State of W.B. [1992] Cr LJ 2493 (Cal). It depends upon the exercise of the trial judge's discretion upon exercising his judgment on the competency of the child (see State of M.P. v. Oeoki Nandan (1987] Cr LJ 1016). [28] The introduction of s. 133A of the Evidence Act 1950 ("s. 133A") in 1971 saw the development of the said provision being discussed in many cases. The focus of the provision is on assessing the competency of a child witness, in particular children of tender years. In PP v. Chan Wai Heng [2008] 5 CLJ 805 it was held that: [15] Section 133A refers to a situation where a child of tender years is called as a witness and does not understand the nature of an oath. In such a situation his evidence may still be received though not given upon oath if in the opinion of the court he possesses sufficient understanding to justify the reception of the evidence, and the child understands the duty of speaking the truth. [16] The first part of s. 133A therefore governs the admissibility of the evidence of the child though not given under oath. The proviso deals with the way in which the evidence once admitted is to be treated, that is, where the evidence admitted as such is given on behalf of the prosecution, the proviso requires that the evidence is to be corroborated by some other material evidence in support thereof in order to implicate the accused. Heliliah JCA went on to explain as follows: S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw "Once a witness is found to be a competent witness, even if he is not competent to take an oath or if there is an omission to take an oath that will not invalidate the proceedings or render inadmissible the evidence. The rule generally is in favour of admission of evidence though the weight to be attached to it will naturally be a matter for consideration by the Court. There is always competency unless the Court considers otherwise. If a witness is not competent he will not be examined in Court. In the case of a child, it depends on the capacity of the child, his appreciation of the difference between truth and falsehood as well as his duty to tell the former. The decision of this question rests with the trial Judge, who sees the proposed witness, notices his manner, his apparent possession, or lack of intelligence. The trial Judge may resort to any examination which will tend to disclose the capacity and intelligence and in the case of an oath, his understanding of the obligation of an oath. See Rameswar Kafyan Singh v. State of Rajasthan AIR [1952] SC 54: (1952 Cri LJ 547), George L. Wheeler v. United States, 159 US 523, Krishna Kahar v. Emperor AIR [1940] Cal 182, Ram Hazoor Pandey v. State AIR [1959] A/1409: (1959 Cri LJ 796), Basu v. State of Kerala [1960] LR Ker 256, and Ponnumani v. State of Kerala [1987] (2) Ker LT 1042. Oath or affirmation shall be made by all witnesses, the only exception being the case of a child under 12 years of age where the Court is of the opinion that though he understands the duty of speaking the truth he does not understand oath or affirmation. If the Court is so satisfied, oath will not be administered to the witness. The evidence will nevertheless be admissible".” S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw [41] Mahkamah ini setelah mendengar dan meneliti keterangan SP3 dan melihat kepada demeanour SP3 serta keterangan sokongan daripada SP8 serta SP6 dan SP7 (pegawai perubatan) serta ekshibit P4 yang dibuat oleh SP3, Mahkamah ini mempercayai dan menerima keterangan bahawa kejadian yang diceritakan oleh SP3 telah benar-benar berlaku sebagaimana dinyatakan oleh SP3. [42] Mahkamah ini setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu seramai 11 orang saksi telah berpuashati bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie kes dan dengan yang demikian OKT adalah dipanggil membela diri. Keterangan SP3 adalah konsisten sekalipun diasak oleh peguam bela dan mahkamah ini akhirnya merasa tidak syak lagi bahawa SP3 telah dirogol dan umur SP3 pada ketika kejadian adalah dibawah 16 tahun. [43] Mahkamah ini enggan bersetuju dengan hujahan Pembelaan bahawa kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan saksi Faridah binti Harun iaitu ibu kepada SP3 sebagai suatu yang material dan Pendakwaan telah menunjukkan kepada Mahkamah ini usaha-usaha yang dilakukan bagi mengesan Faridah binti Harun dengan membuat carian di JPN P16 dan P17 dirujuk. Bahkan turut membuat carian di Jabatan Imegresen Malaysia [P19]. Selanjutnya hujahan pihak Pembelaan berkenaan bukti DNA juga tidak material dan ini akas dengan S/N DJwje3TrpUSk7EbllN9cPw keterangan SP6 dan SP7 yang memberi keterangan wujudnya koyakan lama pada hymen SP3. [44] Mahkamah selanjutnya setelah menilai keterangan-keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini, serta memperhalusi hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah ini membuat penemuan positif bahawa terdapat keterangan terus dan keterangan sokongan yang mencukupi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh yang demikian OKT dipanggil untuk membela diri ke atas pertuduhan terhadapnya dengan diberi tiga pilihan dibawah seksyen 173 (ha) KTJ iaitu: