Schedule
SCHEDULE (1) Without prejudice to the generality of Article 121 of the Constitution the High Court shall in the exercise of its jurisdiction have all the powers which were vested in it immediately prior to Malaysia Day and such other powers as may be vested in it by any written law in force within its local jurisdiction. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1) the High Court shall have the additional powers set out in the Schedule: Provided that all such powers shall be exercised in accordance with any written law or rules of court relating to the same. (Section 25 (2)) ADDITIONAL POWERS OF HIGH COURT 1. Prerogative writs Power to issue to any person or authority directions, orders or writs, including writs of the nature of habeas corpus, mandamus, prohibition, quo warranto and certiorari, or any others, for the enforcement of the rights conferred by Part II of the Constitution, or any of them, or for any purpose. 2. … 3. … 4. … 5. …. 6. … 7. …. 8. Time Power to enlarge or abridge the time prescribed by any written law for doing any act or taking any proceeding, although any application therefor be not made until after the expiration of the time prescribed: Provided that this provision shall be without prejudice to any written law relating to limitation. 9. …. 10. ... 11. … 12. …. 13. … 14. … 15. … 16. … 17. …” [14] Mahkamah juga merujuk kepada Aturan 3 kaedah 5 KKM 2012 yang memperihalkan bidang kuasa mahkamah untuk melanjutkan tempoh masa bagi mana-mana tempoh masa yang ditetapkan di bawah KKM 2012 seperti berikut: “5. Lanjutan masa (A. 3 k. 5) (1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya adil, melalui perintah melanjutkan atau menyingkatkan tempoh yang di dalamnya seseorang itu dikehendaki atau diberi kuasa oleh Kaedah-Kaedah ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan, untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding. (2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang sedemikian sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1) walaupun permohonan minta lanjutan tidak dibuat sehinggalah selepas tamatnya tempoh itu. (3) Tempoh yang di dalamnya seseorang itu dikehendaki oleh Kaedah-Kaedah ini, atau oleh mana-mana perintah atau arahan, untuk menyampaikan, memfailkan atau meminda apa-apa pliding atau dokumen lain boleh dilanjutkan dengan izin secara bertulis tanpa perintah Mahkamah dibuat bagi maksud itu.” Pada hemat mahkamah peruntukan Aturan 3 kaedah 5 KKM 2012 ini adalah berkaitan dengan tempoh masa yang diperuntukkan di bawah KKM 2012 atau sebarang tempoh masa yang tidak dinyatakan di bawah undang-undang bertulis di mana Aturan 3 KKM 2012 adalah terpakai. Misalnya dinyatakan dalam kes Bank Islam Malaysia Berhad v. Gnasegar G Vengadasamy [2023] 2 MLRA 179; [2023] 1 MLJ 50; [2022] 1 LNS 2784. [15] Persoalannya ialah adakah tempoh masa yang dinyatakan di dalam seksyen 91 iaitu 60 hari boleh dilanjutkan di bawah seksyen 25 (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dibaca dengan butiran 8 Jadual yang menyatakan seperti berikut: “8. Time Power to enlarge or abridge the time prescribed by any written law for doing any act or taking any proceeding, although any application therefor be not made until after the expiration of the time prescribed: Provided that this provision shall be without prejudice to any written law relating to limitation.” [16] Adakah disebabkan seksyen 91 Akta tersebut itu menghadkan tempoh masa 60 hari tersebut maka mahkamah ini tidak boleh lagi melanjutkan tempoh tersebut seperti proviso di bawah Butiran 8 Jadual tersebut. [17] Mahkamah berpendapat proviso yang menyatakan bahawa tertakluk kepada had masa ialah merujuk kepada mana-mana peruntukan yang berkaitan dengan had masa iaitu Akta Had Masa 1953. Ini bermakna mana-mana had masa yang telah dinyatakan di bawah Akta Had Masa 1953 maka mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melanjutkan tempoh tersebut dengan menggunakan seksyen 25(2) Butiran 8 Jadual. Akta Had Masa 1953 telah menyatakan seperti berikut di tajuk panjang iaitu: “An Act to provide for the limitation of actions and arbitrations.” [18] Mahkamah berpendapat sekiranya terdapat had masa yang telah ditentukan oleh undang-undang bertulis berkenaan dengan kausa tindakan atau tempoh untuk memfailkan sesuatu tindakan kausa yang telah ditetapkan had masanya di bawah undang-undang seperti Akta Had Masa 1953 mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melanjutkan tempoh tersebut melainkan terdapat peruntukan yang jelas mengenainya. Sebaliknya sekiranya tempoh masa itu berkaitan dengan suatu prosedur di dalam sesuatu prosiding maka mahkamah boleh atas sebab-sebab yang menjurus kepada keadilan melanjutnya tempoh masa. Seksyen 91 Akta tersebut meletakkan tempoh masa untuk pemfailan rayuan kepada 60 hari. Ia adalah bermula dari satu tindakan yang telah difailkan oleh Perayu di Jawatankuasa Rayuan Keselamatan Sosial. Ia bukannya suatu yang berkaitan dengan kausa tindakan. Sebaliknya ia adalah had masa yang diberikan bagi prosiding seterusnya iaitu rayuan yang tidak dipatuhi oleh Perayu. [19] Mahkamah juga berpendapat bahawa Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 adalah satu Akta Sosial yang perlu diberikan takrifan yang bersesuaian dengan matlamat penggubalan Akta tersebut. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan oleh PJD Regency Sdn Bhd v. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah & Anor And Other Appeals [2021] 2 CLJ 441. [20] Jika diteliti kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 adalah jelas bahawa penggubalan akta adalah bertujuan untuk “An Act to provide social security in certain contingencies and to make provision for certain other matters in relation to it.” [21] Apa yang dapat difahami ialah Akta ini digubal bagi memberikan jaminan sosial kepada pekerja melalui satu skim insurans bagi memastikan sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Sosial ia akan dilindungi. Oleh itu mahkamah perlu memastikan bahawa ketidakpatuhan sebarang prosedur tidak sepatutnya menghalang daripada para pencarum mendapatkan keadilan. [22] Pada masa yang sama mahkamah juga tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan ketidakpatuhan kepada mana-mana prosedur yang diperuntukkan di bawah Akta dan peraturannya yang boleh menjurus kepada kebanjiran permohonan di mahkamah tanpa mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Ini bermakna mahkamah perlu meneliti sesuatu kes itu berdasarkan kepada keadaan tuntutan dan kelewatan yang berlaku. Di dalam kes ini pihak Responden berhujah secara lisan bahawa tiada sebarang permohonan daripada Perayu untuk satu tempoh pelanjutan masa 60 hari tersebut. Ini bermakna mahkamah perlu memutuskan bahawa rayuan ini adalah tidak kompeten. [23] Penelitian kepada Rekod Rayuan dan Rekod Rayuan Tambahan mendapati bahawa Perayu semasa hadir di hadapan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial tidak diwakili peguam. Begitu juga semasa rayuan ini dikemukakan. Apa yang ada hanyalah surat daripada Pejabat Urus Setia Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Malaysia bertarikh 15.03.2022 yang memberitahu Perayu bahawa berdasarkan seksyen 91 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Perayu mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial dalam tempoh 60 hari dari tarikh perintah dibuat oleh Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial. [24] Mahkamah ini setelah memahami perbezaan di antara prosiding rayuan dari mahkamah rendah dengan rayuan di bawah undang-undang bertulis seperti yang dinyatakan dalam perenggan [8] di atas serta Perayu dalam kes ini tidak diwakili daripada peringkat Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial hingga peringkat rayuan dan ia melibatkan suatu undang-undang bertulis sosial mahkamah menggunakan budi bicara di bawah seksyen 25 (2) Butiran 8 Jadual Kuasa-kuasa Tambahan mahkamah untuk melanjutkan tempoh 60 hari yang dinyatakan di bawah seksyen 91 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sehingga tarikh 18.08.2022 iaitu tarikh rayuan difailkan di mahkamah ini. Rayuan ini akan didengar berdasarkan merit. Merit [25] Penelitian kepada alasan keputusan Pengerusi JKRS dalam kes ini menunjukkan bahawa asas utama kepada rayuan ini ditolak ialah disebabkan seperti berikut: “Berdasarkan keterangan dan dokumen-dokumen yang berkaitan, Jemaah mendapati bahawa tujuan Pemohon mengambil jalan yang menuju ke warung adalah atas urusan peribadi dan bukannya berkaitan dengan kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Oleh itu, permohonan ditolak disebabkan kemalangan yang menimpa pemohon bukanlah di bawah takrifan s 2(6) AKSP 1969 dan S 24 (1) AKSP 1969.” [26] Penelitian kepada nota keterangan dan eksibit yang dikemukakan semasa pendengaran rayuan di hadapan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial tempat kejadian kemalangan tersebut dapat dilihat di halaman 18 Rekod Rayuan Tambahan yang dikatakan berlaku ketika Orang Berinsuran (OB) pergi ke warung untuk membeli makanan pagi sebelum menghantar isterinya bertugas di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Ia dikatakan sebagai satu kawasan yang bukannya di dalam laluan OB. Oleh itu ia tidak dikategorikan menurut pandangan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial sebagai bencana kerja disebabkan tindakan mengambil jalan menuju ke warung itu adalah urusan peribadi. Dalam konteks ini mahkamah merujuk kepada seksyen 2(6) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 berkenaan takrifan bencana kerja seperti berikut: “(6) "employment injury" means a personal injury to an employee caused by accident or an occupational disease arising out of and in the course of his employment in an industry to which this Act applies.” [27] Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 memperuntukkan seperti berikut: “24 Accidents while travelling (1) An accident happening to an insured person shall be deemed to arise out of and in the course of his employment if the accident happens while the insured person- (a) is travelling on a route between his place of residence or stay and his place of work; (b) is travelling on a journey made for any reason which is directly connected to his employment; or (c) is travelling on a journey between his place of work and the place where he takes his meal during any authorized recess. (2) If the accident under subsection (1) occurs during any interruption of, or deviation from, the insured person's journey made for any of the purposes stipulated in the same subsection, the accident shall not be deemed to arise out of and in the course of his employment.” [28] Penelitian kepada autoriti-autoriti berkaitan pentafsiran seksyen 24 ini terdapat dua jalur pandangan iaitu takrifan yang ketat dan liberal. Jalur pandangan yang ketat dinyatakan dalam kes Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v. Jusoh Abu Bakar [2003] 1 CLJ 383 dan Johari Saimon lwn. Ketua Pengarah Perkeso [2007] 1 LNS 613. [29] Dalam kes ini mahkamah ini perlu meneliti tafsiran yang diberikan oleh mahkamah berkenaan dengan pemakaian seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ini dapat dilihat misalnya dalam kes Ketua Pengarah, Pertubuhan Keselamatan Sosial v. Mohd Zaili Ali [2003] 4 CLJ 165 di mana Y.A. Hakim dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa interpretasi seksyen 24 Akta tersebut perlulah diberi secara liberal dan berpendapat sekiranya lencongan yang dilakukan oleh pekerja tersebut bukannya melibatkan keuntungan ekonomi ia boleh diambil kira untuk menimbangkan kemalangan bencana kerja di bawah seksyen 24 Akta tersebut. Y.A. Hakim telah menyatakan seperti berikut: “Hence the ESSA 1969 which provides under s. 24(1) a liberal insurance coverage in respect of injuries sustained by the worker in the course of his employment. It follows therefore the exclusionary provision under s. 24(2) of the Act must be subjected to the purposive construction that it deserves in line with the objective to provide the worker with the widest possible insurance coverage of his welfare to ensure continuity of production. If one were to apply the literal meaning to the words "interruption of or deviation from the insured person's journey" appearing in s. 24(2), a worker would be disqualified from making any claim even if he has to attend to the call of nature some distance from the highway in the course of his journey as he would then be guilty of having interrupted or deviated from his journey an absurdity that could not have been intended by the legislature. Section 24(2) of the Act must therefore be subjected to the purposive interpretation pursuant to s. 17A of the Interpretation Act 1948 and 1967 which provides as follows: 17A. In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object. In my view a worker unlucky enough to meet with an accident while going to or returning from work should be able to make a claim under s. 24 even if he had interrupted or deviated from his journey for any reason whatsoever if the objective of his travel is to reach his place of work or to return home from work, provided the deviation or interruption was not made in furtherance of some other economic pursuit distinct and unrelated to his obligation under the contract of employment he had entered into with the employer as for instance he had in the course of the journey made a deviation or interruption to undertake another remunerative part-time work for here it is clear that the worker was under the circumstances undertaking a distinct and unrelated pursuit that could not have served the interest of his employer to whom he was committed to work for and who in turn had provided for his insurance under the Act. On the other side of the coin he should be held covered even if he had interrupted his journey home from work to visit a sick relative at the hospital or if he had stopped at the market to purchase provisions for it cannot be gainsaid that the main objective of his journey was to reach home and was not made in furtherance of any other economic pursuit other than the one which he was already committed to with his employer.” [30] Pada masa yang sama, mahkamah juga mengambil kira pentafsiran yang ketat oleh Mahkamah Tinggi dalam mentafsirkan seksyen 24 Akta tersebut di dalam kes Ketua Pengarah 383. Pertubuhan Keselamatan Sosial v. Jusoh Abu Bakar [2003] 1 CLJ Mahkamah juga meneliti keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Johari Saimon lwn. Ketua Pengarah PERKESO [2007] 1 LNS 613 yang menggunakan ujian di dalam kes Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v. Lee Pin Khoon (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 16 Mei 2002) seperti berikut: “Saya bersetuju dengan keputusan kes Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v. Lee Pin Khoon (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 16 Mei 2002), yang menggunakan ujian 'arising out of and in the course of his employment'. Mengenai s. 24(2) AKSP "interruption from or deviation from the insured person's journey", ujian 'reasonableness' perlu dipakai. Faktor munasabah tertakluk kepada "reasonable man test" iaitu sama ada "interruption/deviation" tersebut merupakan "reasonable interruption/deviation".” [31] Dalam erti kata lain, kes Johari Saimon lwn. Ketua Pengarah PERKESO [2007] 1 LNS 613 mencadangkan bahawa ujian yang perlu digunakan dalam penafsiran seksyen 24 Akta tersebut ialah ujian reasonable test (kemunasabahan). Mahkamah ini berpendapat bahawa penentuan sama ada sesuatu lencongan itu munasabah atau sebaliknya amat bergantung kepada fakta dan keterangan dalam sesuatu kes. Oleh itu penelitian yang mendalam terhadap fakta dan keterangan adalah penting bagi memastikan sama ada lencongan itu adalah munasabah atau sebaliknya. [32] Mahkamah juga mengambil maklum kes Wong Yew Loy v. Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial [2010] 5 CLJ 467 seperti berikut: “[9] Finally, as much as the Act is a social legislation, one must not lose sight that the object of the Act is "to provide social security in certain contingencies" as circumscribed in the legislation. [10] For the foregoing reasons I find the learned Chairwoman of the SOSCO appellate board has not erred save for her reference to Jelapang being outside the geographical limits of the State of Selangor as a factor for excluding the appellant's family home in Jelapang as his place residence or stay when there is no such limitation in s. 24(1)(a) of the Act; this point however does not affect the decision which was correctly arrived at by the SOSCO appellate board. In the circumstances the appeal of the appellant is dismissed with costs to be taxed unless otherwise agreed.” [33] Mahkamah ini berpendapat dalam mentafsirkan peruntukan seksyen 24 Akta tersebut di atas pendekatan tujuan undang-undang (purposive approach) perlu dipertimbangkan oleh mahkamah. Ini bagi membolehkan matlamat penggubalan Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969 dapat dicapai. Ia adalah bertujuan untuk memberikan perlindungan insurans kepada pencarum-pencarum yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja. Dalam konteks ini wajar sekiranya mahkamah merujuk kepada seksyen 17A Akta Tafsiran 1948 dan 1967 yang memperjelaskan pendekatan tujuan undang-undang seperti berikut: “17A Regard to be had to the purpose of Act In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object.” [34] Mahkamah ini juga mendapat suluh panduan daripada Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan pendekatan tujuan akta di dalam kes All Malayan Estates Staff Union v Rajasegaran & Ors [2006] 6 MLJ 97. “[11] In summarising the principles governing the application of the purposive approach to interpretation, Craies on Legislation (8th Ed) says at p 566: (1) Legislation is always to be understood first in accordance with its plain meaning. (2) Where the plain meaning is in doubt, the courts will start the process of construction by attempting to discover, from the provisions enacted, the broad purpose of the legislation. (3) Where a particular reading would advance the purpose identified, and would do no violence to the plain meaning of the provisions enacted, the courts will be prepared to adopt that reading. (4) Where a particular reading would advance the purpose identified but would strain the plain meaning of the provisions enacted, the result will depend on the context and, in particular, on a balance of the clarity of the purpose identified and the degree of strain on the language. (5) Where the courts conclude that the underlying purpose of the legislation is insufficiently plain, or cannot be advanced without any unacceptable degree of violence to the language used, they will be obliged, however regretfully in the circumstances of a particular case, to leave to the legislature the task of extending or modifying the legislation. [12] The choice prescribed in s 17A of ' … a construction that would promote the purpose or object underlying the Act … shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object …' can only arise when the meaning of a statutory provision is not plain and is ambiguous. If, therefore, the language of a provision is plain and unambiguous s 17A will have no application as the question of another meaning will not arise. Thus, it is only when a provision is capable of bearing two or more different meanings can s 17A be resorted to in order to determine the one that will promote the purpose or object of the provision. Such an exercise must be undertaken without doing any violence to the plain meaning of the provision. This is a legislative recognition of the purposive approach and is in line with the current trend in statutory interpretation. The principles set out in the preceding paragraphs will therefore be relevant to the operation of s 17A.” [35] Dalam kes ini mahkamah berpendapat fakta yang menunjukkan bahawa OB telah bergerak keluar dari rumahnya dan pergi membeli makanan di warung dalam perjalanan untuk menghantar isterinya bekerja di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan berlaku kemalangan di mana menurut Perayu sekiranya tidak berlaku kemalangan tersebut beliau akan pergi ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk menghantar isterinya dan kemudian bergerak ke Madrasah Tarbiyah Islamiah Mentakab. [36] Mahkamah berpendapat ia adalah suatu yang munasabah. Ia adalah masih di dalam perjalanan Perayu ke tempat kerja. Perayu bukannya ditunjukkan mempunyai tujuan lain di dalam perjalanan tersebut. Malahan ia adalah merupakan amalan biasa untuk Perayu menghantar dahulu isterinya ke tempat kerja sebelum menuju Madrasah Tarbiyah Islamiah Mentakab. Mahkamah ini berpendapat ia bukanlah satu lencongan yang menghalang tuntutan Perayu. [37] Keterangan juga menunjukkan bahawa tiada petanda yang menunjukkan bahawa OB akan menuju ke tempat lain selepas daripada membeli makan di warung dan menghantar isterinya ke hospital, apa yang ada ialah jika tidak berlaku kemalangan OB akan meneruskan perjalanannya ke Madrasah Tarbiyah Islamiah Mentakab untuk bekerja. [38] Ini berbeza sekiranya terdapat keterangan yang menyatakan bahawa Perayu akan menyimpang ke tempat lain setelah menghantar isterinya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh setelah membeli makanan di warung tersebut. Jika ini ditunjukkan sudah pasti tuntutan OB perlu ditolak kerana ia tidak termasuk di dalam ujian kemunasabahan dalam pemakaian seksyen 24 Akta tersebut. [39] Akhirnya rayuan Perayu adalah dibenarkan dan keputusan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial adalah diketepikan. Bertarikh: 17hb. April 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu Perayu tidak diwakili Bagi Pihak Responden Zulkifli Suafei Tetuan Abdul Razak, Zulkifli & Partners Kuantan, Pahang Darul Makmur