the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want, or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice. [33] Berkenaan pemakaian peruntukan ini, rujukan dibuat kepada kes PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] CLJU 485, di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Nordin Hassan HMP menyatakan seperti berikut: [52] In determining the issue of miscarriage of justice, the test laid down in PP v. Ishak Hj. Shaari & Other Appeals [2003] 3 CLJ 843 is also instructive where this was stated: "... In our view, having regard to the aforesaid object of the CPC, the issue whether or not the misdirection has occasioned a failure of justice can be resolved by seeking answers to certain corollary questions, namely, did the accused have a fair trial, did he know what he was being tried for and whether the allegations and facts were explained to him fairly and clearly and whether he was given a full and fair chance to defend himself? If the answers are in the affirmative, the only conclusion is that there has been no prejudice and failure of justice. If the answers are in the negative, the trial must necessarily be treated as vitiated. If there exists a reasonable doubt regarding the answers, the benefit of doubt must be given to the accused. But, none of the learned High Court Judges in these appeals did really consider whether or not the misdirection had occasioned a failure of justice. They simply struck it down as an illegality for the aforesaid reasons. With due respect, we are of the opinion that such approach is not in consonance not only with the modern trend but also not in keeping along with certain well-established and well understood lines that accord with our notion of natural justice that can be discerned from the Indian experience. Whatever it is what remains to be considered is whether there is sufficient evidence to support the conviction in a particular case and if there is, that would be a good ground for holding that there was no miscarriage or failure of justice. (emphasis added) [53] In the present case, the respondent was given a fair trial, knew what he was being tried for, and was given a full and fair chance to defend himself especially since he was represented by counsel. Most importantly, there was sufficient evidence to support his conviction. After all, the respondent's defence is a mere denial of committing the murder. In his defence, he testified that the murder was committed by robbers who entered the house. This defence was not affected by the failure of the trial judge to specifically state the limb of section 300 of the Penal Code. Therefore, I find, there was no miscarriage of justice. Keputusan Kami Mengenai Bantahan Awal [34] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami sebulat suara mendapati walaupun di dalam beberapa perkara berlaku ketidakpatuhan prosedur Kanun Tatacara Jenayah, namun pada hemat kami ianya bukanlah menyentuh sesuatu yang substantif atau kemungkiran asasi (fundamental breach) sehingga menafikan atau menjejaskan hak perayu kepada suatu perbicaraan yang telus dan adil. Oleh itu, ketidakpatuhan (non-compliance) ini masih boleh dipulihkan melalui peruntukkan undang-undang yang sedia ada dan ianya tidak melemahkan kekuatan kes pendakwaan. Dengan itu, bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam perayu ditolak kerana tiada mempunyai merit untuk dibenarkan. Keputusan Kami Mengenai Keseluruhan Kes Kredibiliti Mangsa [35] Mahkamah perbicaraan di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan bahawa mangsa adalah seorang saksi yang sangat kredible dan keterangan mangsa sangat boleh dipercayai. Dapatan ini dibuat berdasarkan kepada keterangan mangsa sepertimana berikut: Pemeriksaan Utama Mangsa Dia mengugut saya untuk menyebarkan benda yang tak baik pasal saya dekat kawan-kawan lain. Benda yang tak baik macam gambar saya kepada rakan-rakan saya. Gambar yang tak baik. Ya gambar-gambar separuh bogel. Betul gambar-gambar ini asalnya saya sendiri yang ambik gambar tersebut. Pengambilan gambar ini asalnya tiada kena mengena dengan Danial lskandar. Saya simpan gambar ini di telefon bimbit saya. Saya tak uplaod gambar ini ke mana-mana laman sosial. Q: Gambar yang tak baik ini ada kamu gunakan dalam aplikasi wechat? A: Saya bagi personally dengan seseorang yang lain. Ya saya ada hantar gambar ini kepada seseorang. Seseorang itu bukan Danial lskandar. Ada 2 gambar yang tidak baik saya rasa. Saya hantar 2 gambar ini pada seseorang dan dia sebarkan gambar itu. [36] Selanjutnya, mangsa menyatakan seperti berikut: Pemeriksaan Utama Mangsa Lepas itu dia suruh saya duduk dia paksa saya untuk menghisap kemaluan dia. Dia pegang kepala saya dan mendorong beberapa kali, dia buat macam ini. (SP5 letakkan tangannya dibelakang kepala dan tolak ke hadapan) Ya tolak. Dia tolak atau dorong supaya saya hisap kemaluan dia. Ya saya ada hisap kemaluan dia. Masa saya hisap kemaluan dia saya duduk dia berdiri. Saya hisap kemaluan dia dalam beberapa kali. Kemaluan masa itu dia masih tegang. Lepas itu dia tak keluar air mani. Dia tak cakap apa-apa. Dah lama macam itu dia berhenti, dah beberapa kali suruh saya hisap dia berhenti. Dia berhenti sebab dia dah tak nak dia pakai seluar dia dan saya suruh dia balik. Saya tak rela dia masukkan kemaluan dia dalam mulut saya. Pemeriksaan Balas Mangsa Lepas dia masukkan jari dalam kemaluan saya dan masukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya dia suruh saya hisap kemaluan dia. Ya saya hisap kemaluan dia. Saya hisap kemaluan dia dalam 3 minit lebih kurang. Saya sendiri berhenti. Sepanjang hisap kemaluan lebih kurang 3 minit ini saya tak cuba tolak dia, menjerit minta tolong ataupun cakar dia, saya tak ada buat apa-apa. Setuju saya hanya berdiam diri dan hisap kemaluan dia dalam 3 minit ini. Setuju dalam tempoh 3 minit semasa hisap kemaluan dia saya ada peluang untuk cakar badan dia atau gigit kemaluan dia. Setuju saya tak ambik peluang untuk berbuat demikian. Semasa hisap kemaluan dia posisi saya duduk dan Danial berdiri. Dia berdiri berhadapan saya. [37] Mahkamah perbicaraan di dalam penelitian dan pengamatannya terhadap keseluruhan keterangan mangsa di atas merumuskan seperti berikut: “Oleh itu dapat dilihat bahawa, sekiranya penama ingin mereka cerita atau menafikan dia boleh berbuat demikian tetapi mangsa tidak menafikan dia menjawab dengan jujur dan dari keterangan mangsa ini tidak terdapat sebarang indikasi yang menunjukkan bahawa mangsa telah diajar, diasuh, didorong atau sebaliknya. Oleh itu adalah jelas dari keterangan mangsa bahawa penama telah memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa dengan sengaja dan ini adalah satu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii seperti mana yang telah diperuntukkan didalam Seksyen 377A. Mangsa menyatakan dia tidak rela apabila penama berbuat begitu namun dia hanya diam kerana penama telah tampar kedua-dua belah pipinya dan ini menyebabkan mangsa berasa takut. Oleh itu ini menunjukkan elemen paksaan dan penama melakukannya tanpa kebenaran/kerelaan mangsa. Mangsa telah memaklumkan kejadian ini kepada SP4 juga semasa diperiksa oleh SP1 Dari keterangan mangsa, mahkamah mendapati bahawa mangsa dapat memberitahu dengan jelas susunan kejadian apa yang terjadi mulanya sehingga kejadian berakhir dan mangsa juga dapat menjawab soalan-soalan semasa pemeriksaan balas dengan susunan yang sama dan tidak terkeliru walaupun berkali-kali ditanya. Mangsa juga dapat mengambarkan kedudukannya dan keadaan penama semasa dia menghisap kemaluan penama dan mahkamah juga telah mencatitkan bahawa mangsa sendiri telah menunjukkan aksi bagaimana penama telah menolak kepalanya atau di dalam perkataan mangsa sendiri 'penama mendorong' kepala mangsa untuk menghisap kemaluannya. Keterangan mangsa adalah seperti berikut: Pemeriksaan Utama Mangsa Dia pegang kepala saya dan mendorong beberapa kali, dia buat macam ini SP5 letakkan tangannya dibelakang kepala dan tolak ke hadapan) Ya tolak. Dia tolak atau dorong supaya saya hisap kemaluan dia. Ya saya ada hisap kemaluan dia. Masa saya hisap kemaluan dia saya duduk dia berdiri. [38] Selanjutnya, mahkamah perbicaraan menyambung lagi: Semasa pemeriksaan balas juga mangsa memberitahu perkara yang sama dan tidak goyah walau disoal oleh peguambela berkali-kali. Dapatan mahkamah tentang kredibiliti mangsa ini telah juga dikupas oleh mahkamah semasa membuat analisa bagi pertuduhan pertama dan kedua dan ianya adalah juga terpakai disini dan mahkamah tidak akan mengulangi isu yang sama. Oleh itu, berdasarkan otoriti yang telah saya rujuk saya juga telah berhati-hati dan memberi amaran kepada diri sendiri bahawa bahayanya untuk membuat dapatan bersalah ke atas penama di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan ini semata-mata berdasarkan keterangan bersumpah oleh mangsa. Namun di dalam kes ini terdapat keterangan sokongan bagi pertuduhan di bawah seksyen 377C ini yang mana mangsa telah mengatakan bahawa semua kejadian berlaku adalah pada 19/7/2017 jam lebih kurang 3 hingga 4 petang dan mangsa telah menceritakan semua kejadian yang berlaku ini iaitu penama telah merogol dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya dan penama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kepada SP4 pada 21/7/2017 pada lebih kurang pukul 11 pagi semasa berada di sekolah. SP4 juga menyatakan bahawa semasa mangsa berjumpa dengannya, mangsa kelihatan sugul, tidak keruan dan resah. [39] Sebagai tambahan, mahkamah perbicaraan juga mendapati mangsa adalah seorang saksi yang sangat kredibel berpaksikan juga kepada penilaian berikut: