Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-83D-136-01/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LWN MOHAMAD FITRI BIN KAMARUDIN (NO K/P: 870529-09-5011) ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 07/03/2019, jam lebih kurang 10.40 pagi, di sebuah rumah beralamat Kampung Alor Ara, Batu 1, Jalan Padang Nyu, di dalam daerah Arau, di dalam negeri Perlis, telah memiliki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 18.67 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh faham Pertuduhan dan Minta Bicara bagi Pertuduhan. Pembelaan Tertuduh menafikan Pertuduhan dan meminta untuk dibicarakan ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 2) Pertuduhan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh. Tertuduh telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap Pertuduhan. 3) Kes telah dijalankan dengan 5 orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pihak pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh terhadap Pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. 4) Mahkamah telah memutuskan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan. 5) Pihak Pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan. B. FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN 6) Pada 7.3.2019, SP1 telah dimaklumkan dengan maklumat berkenaan pengedaran dadah. Sebelum serbuan dibuat, taklimat telah dijalankan kepada anggota-anggota serbuan. Selepas taklimat, SP1 mengarahkan anggota serbuan seramai 7 orang untuk bergerak ke tempat kejadian. SP1 dan anggota serbuan bergerak ke tempat kejadian pada jam 10.00 pagi dengan menaiki sebuah kereta pasukan dan 2 buah motosikal. 7) SP1 dan anggota serbuan sampai di tempat kejadian pada jam 10.30 pagi dan telah membuat pemerhatian di kawasan rumah tersebut selama 10 minit. Jarak antara tempat pemerhatian dan rumah tersebut adalah lebih kurang 3 km. Dari jarak tersebut SP1 dapat melihat dengan jelas pergerakan keluar masuk ke dalam rumah. Cuaca pada hari kejadian adalah cerah. 8) Setelah pemerhatian dibuat, SP1 dan anggota serbuan menuju ke arah belakang rumah dan masuk melalui pintu belakang. Semasa sampai di tempat kejadian, pintu belakang tersebut adalah berkunci dan SP1 mengetuk pintu serta memberikan salam. 9) Tertuduh telah membuka pintu tersebut lalu SP1 memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. SP1 meminta pengenalan diri Tertuduh. Pemeriksaan fizikal dibuat terhadap badan Tertuduh dan tidak menjumpai barang salah. Seterusnya SP1 dan anggota serbuan membuat pemeriksaan dalam bilik tersebut. Hasil pemeriksaan SP1 telah menjumpai satu kotak tisu jenama Premier (P15) dan menjumpai satu paket lutsinar besar dan tiga paket plastik lutsinar kecil (P6 A-D) serta satu straw (P7) disyaki mengandungi dadah Syabu. 10) Setelah serbuan selesai dibuat, Tertuduh ditahan dan dibawa balik ke pejabat Narkotik Arau dengan kenderaan pasukan. Kemudiannya SP1 membuat laporan polis Arau rpt 695/19 (P4). 11) Barang kes sentiasa dalam kawalan SP1 sehingga diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes, SP5. Setelah laporan polis P4 dibuat, SP1 kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan (B) Abdul Wahab bin Baharom, SP5 serta menyerahkan barang kes, Tertuduh dan eksibit berkaitan kepada SP5. Akuan serah-menyerah barang kes telah ditandatangani sepertimana di dalam Borang Serah Terima Barang Kes (P3). 12) Barang-barang kes telah dihantar kepada Jabatan Kimia oleh SP5 untuk dianalisa oleh pegawai kimia, Puan Nor Farhani bin Mansor, SP2. Setelah barang kes siap dianalisa, Laporan Kimia, (P12) dan barang kes (P6 A-D) dan (P7) kemudiannya diserahkan kepada SP5 untuk tindakan lanjut. 13) Tertuduh kemudiannya dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diboleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. C. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 14) Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: D/SI (B) Muhammad Dzuki bin Ani Pegawai Serbuan SP2: Nor Farhani bin Mansor Pegawai Kimia SP3: Kamarudin bin Mahmud Saksi Awam (Pemilik Rumah) SP4: Sarjan Jauhari bin Dul Mukti Anggota Serbuan SP5: Sarjan (B) Abdul Wahab bin Baharom Pegawai Penyiasat 15) Mahkamah juga meneliti eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan seperti berikut: Pernyataan Saksi SP2 PWS1 Pernyataan Saksi SP5 PWS2 3 Keping Gambar Tempat Kejadian P1 A-C Borang Senarai Geledah P2 Borang Serah Terima Barang Kes P3 A-D Arau rpt 695/19 P4 Satu Beg Barang Kes P5 4 Paket Plastik Lutsinar P6 A-D Satu Keratan Straw P7 Satu Paket Jabatan Kimia beserta Baki Analisa P8 2 Keping Gambar Barang Kes P9 A&B Borang Pol 31 P10 Resit Rasmi Jabatan Kimia P11 Laporan Kimia P12 Bil Air P13 Satu Sampul ERD 185/21 P14 Satu Kotak Tisu Merah “Premier” P15 D. BEBAN PEMBUKTIAN 16) Di peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk membuat penilaian yang maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat keputusan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. 17) Merujuk kepada seksyen 173(f)(i) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memperuntukkan prosedur di akhir kes pendakwaan. Seksyen 173(f)(i) KPJ memperuntukkan seperti berikut: “Apabila kes pendakwaan berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh.” 18) Selain itu maksud bagi prima facie telahpun diputuskan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul menyatakan, antara lain (dengan izinl):- “…Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case to mak out prima facie case …A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen… … In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established…” 19) Menurut Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah sama ada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan memadai untuk mensabitkan tertuduh sekiranya beliau memutuskan untuk mendiamkan diri. Turut juga dinyatakan bahawa (dengan izin); “…The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out…” 20) Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan (dengan izin): “It is therefore follows that there is only ONCE EXERCISE THAT A JUDGE SITTING ALONG UNDER Sectiom 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accussed would be entitled to an acquittal”… 21) Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerimapakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut (dengan izin):