Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO.: JA-83D-2855-05/2022 ANTARA
JA-83D-2855-05/2022
Magistrates Court of Malaysia30 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO.: JA-83D-2855-05/2022 ANTARA
1
Mohamad Hafiz bin Mohamad (OKT) telah dituduh dengan pertuduhan pindaan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 14/05/2022 jam lebih kurang 12.50 malam bertempat di Jalan Daya, Taman Daya, di dalam daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis ‘Methaphetamine’ dengan berat bersih 8.69 gram. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. HUKUMAN: Dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun 2 dan juga akan dikenakan sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
2
Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT di dalam Bahasa Malaysia, OKT faham pertuduhan dan mohon dibicarakan.
3
Mahkamah ini pada 30.6.2024, setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hujahan kedua-dua belah pihak, telah memerintahkan OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri. Pihak Timbalan Pendakwaraya telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut.
4
Mahkamah Tinggi pada 10.1.2025 telah memutuskan untuk mengetepikan perintah yang dibuat oleh Mahkamah ini pada 30.06.2024 serta mendapati pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes Pendakwaan. Sehubungan itu, OKT diarahkan untuk membela diri.
5
OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan tidak memanggil mana-mana saksi lain.
6
Rumusan pembelaan OKT adalah bahawa barang kes telah dijumpai di dalam beg tangan yang dipakai oleh Siti Nuratika.Pada tarikh kejadian, OKT keluar makan bersama Siti Nuratika dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios bernombor pendaftaran VBT 1371. Semasa berada di Jalan Daya, pihak polis telah mengarahkan mereka berhenti di bahu jalan.
7
Pihak polis kemudiannya meminta OKT dan Siti Nuratika keluar daripada kereta. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap beg tangan yang dipakai oleh Siti Nuratika dan barang kes telah dijumpai di dalamnya. Pemeriksaan juga dijalankan terhadap OKT tetapi tiada apa-apa dijumpai. Selepas itu, OKT dan Siti Nuratika telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Larkin.Itulah secara ringkas pembelaan yang telah dikemukakan oleh OKT.
8
Mahkamah Tinggi telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie. Oleh yang demikian, tugas Mahkamah ini adalah untuk menilai sama ada keterangan yang dikemukakan di peringkat pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. OKT juga hendaklah mengemukakan bentuk keterangan yang mencukupi dan munasabah bagi menimbulkan keraguan terhadap kes prima facie tersebut.
9
Dalam kes PP V Roslan Abdullah [2007] 7 CLJ 249, YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan maksud keraguan munasabah seperti berikut: - “Apakah yang dimaksudkan dengan Keraguan Munasabah atau "Reasonable Doubt" itu? Di dalam satu kes di India, K. Gopala Reddy v. State of Andhra Pradesh [1979] SCC (CR) 310 dinyatakan seperti berikut: ... reasonable doubt does not mean some light, airy, insubstantial doubt that may fit through the minds of any of us about almost anything at some time or the other, it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to evict, it means a real doubt; doubt founded upon reasons.”
10
Malahan di dalam kes PP V Teh Eng Wah [1998] 8 CLJ 451, Mahkamah Tinggi memperincikan maksud keraguan yang munasabah seperti berikut: - “It would not do any violence to the above if the difference between 'fanciful' and 'reasonable' is viewed as whether the evidence is credible, probable, plausible or logical that a reasonable person, having regard to the ordinary course of nature or natural events, human conduct, and in the particular circumstances of the particular case, would accept it as to act upon it as having occurred or been proven to have occurred, or as truthful or accurate; and not any doubt that could, with the application of some ingenuity, be conjured up, envisioned or visualized.”
11
Pihak Pendakwaan berhujah bahawa versi pembelaan OKT iaitu kononnya kesemua barang kes dijumpai di dalam beg milik Siti Nuratika dan tiada apa-apa dijumpai pada diri OKT adalah tidak logik. Sekiranya benar dakwaan OKT tersebut, sudah tentu SP1 tidak akan menyediakan dua borang senarai geledah yang berasingan bagi OKT dan Siti Nuratika.Tambahan pula, OKT telah menandatangani Borang Senarai Geledah (Eksibit P1) dan semasa pemeriksaan balas, OKT mengesahkan bahawa tandatangan pada Eksibit P1 adalah tandatangannya. Pendakwaan juga berhujah bahawa sekiranya benar tiada barang salah dijumpai pada OKT, maka tidak ada sebab bagi SP1 membawa OKT ke IPD serta menyerahkannya kepada IO kes untuk siasatan lanjut.
12
Mahkamah mendapati bahawa versi pembelaan OKT tersebut telah dibangkitkan sejak peringkat kes pendakwaan lagi, apabila pihak pembelaan berhujah bahawa wujud keraguan berhubung identiti barang-barang kes yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Hal ini kerana, menurut keterangan SP1, beliau turut merampas tujuh (7) paket plastik yang mengandungi dadah berbahaya jenis yang sama dengan dua (2) paket plastik yang menjadi ‘subject matter’ pertuduhan dalam kes ini daripada seorang individu bernama Siti Nuratika yang turut ditahan semasa kejadian. Namun demikian, SP1 tidak membuat sebarang tandaan pada semua paket plastik tersebut di tempat kejadian. Borang Senarai Geledah (Eksibit P1) yang disediakan oleh SP1 di IPD JBS juga tidak menyatakan sebarang tandaan pada paket-paket plastik yang dirampas daripada OKT.
13
Pada hemat Mahkamah, apabila OKT dipanggil untuk membela diri, pada peringkat ini adalah menjadi kewajipan OKT untuk mengemukakan keterangan sokongan terhadap pembelaannya. Kegagalan OKT memanggil Siti Nuratika sebagai saksi menyebabkan keterangan OKT tidak disokong dengan apa-apa bukti lain dan hanya terjumlah kepada penafian semata-mata. Selain itu, OKT juga tidak membuat sebarang laporan polis berhubung perkara tersebut. Justeru, keterangan sedemikian tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan.
14
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 telah mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan: “The bare denial by the Respondent does not amount any doubt whatsoever.”
15
Mahkamah Persekutuan selanjutnya menambah: “A mere denial does not amount to a credible defence.”
16
Berdasarkan dapatan Mahkamah di akhir kes pembelaan, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh 7 pihak Pembelaan hanyalah berupa penafian semata-mata tanpa disokong oleh sebarang keterangan lain.
17
Mahkamah juga dengan berwaspada telah berpegang pada prinsip asas di dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 sebelum membuat keputusan yang menyatakan dalam perenggan (a) seperti berikut: “The position may be conveniently stated as follows: –
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it Acquit.” raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt [18] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melangkaui keraguan yang munasabah dengan berjaya membuktikan setiap intipati kesalahan sebagaimana pertuduhan pindaan. Dengan itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. [19] Peguambela OKT dalam rayuan mitigasinya telah memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan dengan mengambil kira bahawa OKT merupakan penanggung tunggal keluarga. OKT bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan, telah memberikan kerjasama penuh kepada Mahkamah, dan tiada penangguhan kes yang berpunca daripadanya. [20] Sebaliknya, pihak Pendakwaan memohon agar OKT dikenakan hukuman yang setimpal memandangkan OKT telah melalui perbicaraan penuh dan kes ini mengambil masa selama tiga (3) tahun untuk diselesaikan. [21] Setelah meneliti dan menimbang hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara selama tiga (3) tahun bermula dari tarikh sabitan serta tiga (3) kali sebatan. [22] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, Mahkamah menegaskan prinsip dalam kes R v Ball [1951] 35 Cr App R 164 bahawa kepentingan awam mestilah menjadi pertimbangan utama. Hukuman bukan sekadar menghukum, tetapi juga bertujuan mencegah jenayah, memberi pengajaran kepada masyarakat serta mendorong pesalah meninggalkan cara hidup jenayah. Keadilan pula tidak hanya terpakai kepada OKT, malah turut merangkumi kepentingan masyarakat umum. [23] Memandangkan keberleluasaan kesalahan penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara, hukuman terhadap OKT harus mencerminkan kebencian negara terhadap jenayah ini. Justeru, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara selama tiga (3) tahun dan tiga (3) kali sebatan adalah hukuman yang adil dan setimpal dalam keadaan kes ini. (HIDAYATUL SYUHADA BINTI SHAMSUDIN) Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru Johor 18.8.2025 PENDAKWAAN: NEVINA RAVICHANDRAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PEMBELAAN: MOHAMMAD MUZAMMIL MOHAMMAD HAIRIRI TETUAN TARMEZE & ASSOCIATES
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.