this is a fit and proper case for the urine sample to be excluded and/or expunged from the evidence. By doing so, there will not be any incriminating evidence sufficient to convict the accused. [16] For reasons stated above, the appeal is allowed. The conviction and sentence are quashed. The fine which has been paid is to be refunded to the appellant. We hereby ordered so. [25] Berdasarkan kepada nas undang-undang di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal mematuhi peruntukkan Seksyen 31 (1) (A) ADB, maka P5 wajar dipadamkan dari keterangan. [26] Mahkamah akan menyentuh isu-isu lain yang timbul di bawah elemen ini untuk memastikan kesempurnaan dapatan Mahkamah. Dibawah elemen pertama ini juga, pihak pendakwaan memikul beban untuk membuktikan sampel botol urin (P5) merupakan milik OKT. Pihak pembelaan telah mencabar saksi-saksi pendakwaan dengan menyatakan terdapat keraguan terhadap identiti botol urin yang dikatakan milik OKT. Setelah Mahkamah mendengar dan mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati keraguan timbul terhadap ideniti botol urin (P5) yang dikatakan milik OKT berdasarkan alasan-alasan berikut :- a) Terdapat perbezaan terhadap jenis dadah yang dikesan pada ujian saringan awal OKT dengan laporan patologi. Berdasarkan kepada keterangan SP2, dadah jenis Methamphetamine dikesan sewaktu ujian saringan awal air kencing. Namun, laporan patologi menunjukkan dadah jenis Amphetamine juga dikesan sewaktu ujian air kencing yang dilakukan oleh SP3 (ahli patologi) sebagaimana yang dapat dilihat pada P9. Sekiranya dilihat kepada keterangan SP2 beliau menyatakan enam jenis test strip digunakan iaitu Meth, Amph, Opiate, THC, Benzo dan Ketamin sewaktu ujian saringan awal air kencing. Test strip yang positive adalah Methamphetamine. Meskipun, test strip Amphetamine telah digunakan sewaku ujian saringan awal ianya tidak positif. Maka, persoalan timbul bagaimanakah analisa yang dijalankan oleh SP3 menunjukkan jenis dadah yang dikesan adalah Amphetamine dan Methamphetamine sedangkan test strip Amphetamine yang dicelup sewaktu ujian saringan awal tidak menunjukkan positif. SP3 merupakan saksi yang paling sesuai untuk memberikan penjelasan berkenaan isu ini. Namun, pihak pendakwaan tidak mengambil sebarang langkah untuk mendapatkan penjelasan dari SP3 berkenaan isu perbezaan jenis dadah yang dikesan sewaktu saringan awal dan selepas analisa dilakukan oleh SP3. ini. Ini merupakan satu kelompangan dalam kes pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Azhar Lamsah v. PP (2024) CLJU 93, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: - [11] The undefended accused's plea of innocence is fortified by the doubt on the urine sample taken, as to whether the content is meth or morphine. The result of the immediate test by SP1 allegedly shows urine sample of the accused contains meth, but later analysed by SP4, a trained pathologist who had concluded it contains morphine, renders the urine sample taken allegedly from the accused doubtful. Further fortification of the doubt is the confirmation by SP4 in his testimony, that there was no meth present in the urine sample allegedly taken from the accused. Thus, was the sample in fact taken from the accused? Rujukan juga dibuat terhadap kes Mohamad Fadhilah Bin Bantut v Public Prosecutor and another case [2022] MLJU 315 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut :- [69] If only one bottle of urine sample would have been sufficient, in my considered opinion, with respect, I would still nevertheless be of the considered view that the conviction would not be safe by reason of the following pieces of evidence: a) there was conflicting evidence on the volume of the impugned [sole] bottle of urine sample provided; b) there was a discrepancy in SP2’s testimony on the PDRM serial number of the seal affixed to the [sole] bottle of urine sample; c) there was an error in stating the date as 19.2.2018 instead of 19.9.2018 on the photographs (exhibits P5A and P5B) of the [sole] bottle of urine sample; d) the discrepancy in the colour found on the test strip e) the detection of the presence of two types of drugs that of amphetamine and methamphetamine by the pathology department during the confirmation testing as opposed to only one which is that of methamphetamine by the police during the presumptive testing; and f) no explanation was given as to why the initial test by the pathologist (SP4) detected only amphetamine instead of methamphetamine as detected by the police and curiously, why in the second test by SP4, two types of drugs that of amphetamine and methamphetamine were detected. [70] The appeal by the appellant against conviction is allowed and the conviction and sentence by the Ipoh Magistrate’s court is hereby set aside. Consequentially, the appeal by the Prosecution against sentence fails. b) Terdapat percanggahan keterangan berkenaan seal merah yang terdapat pada botol urin dan juga gambar botol urin P8 (A-D). SP2 dalam keterangannya menyatakan seal berwarna merah, biru dan putih dibuat oleh beliau. Namun, SP5 dalam keterangannya menyatakan beliau juga telah meletakkan seal merah pada botol urin tersebut. Sewaktu botol urin fizikal dikemukakan di Mahkamah hanya terdapat satu seal merah pada botol urin sebagaimana yang dapat dilihat pada P8 (A-D). Jadi persoalan timbul adakah botol urin (P5) merupakan milik tertuduh ataupun sebaliknya kerana P5 hanya mempunyai satu seal merah. Pihak pendakwaan tidak pernah mendapatkan sebarang penjelasan dari SP2 mahupun SP5 berkenaan kekeliruan yang wujud berkenaan seal merah tersebut, Maka, timbul keraguan berkenaan botol urin (P5) merupakan milik OKT ataupun sebaliknya. Dalam hal ini, rujukan dibuat terhadap kes PP v Mohd Azuandi Mat [2022] CLJU 2683, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut :- [33] Dalam keadaan ini dan dengan adanya perbezaan seal sebagaimana dibangkitkan oleh pembelaan itu, maka saya mendapati bahawa terdapat keraguan berkenaan dengan identiti botol urin yang dihantar kepada SP4 untuk dianalisis dan botol urin dalam gambar ekshibit P2 yang dikatakan oleh SP6 mengandungi sampel air kencing Perayu itu. [34] Berhubung isu ekshibit ini, mahkamah dalam kes Yusri Pialmi v. PP [2010] 6 CLJ 878 menyatakan seperti berikut: "[11] We would like to categorically state here that the evidence adduced by the prosecution in the present case showed there is a reasonable defect in the identity of the case exh which is the subject matter of the prosecution against the appellant. In a criminal trial an accused person is permitted to take every available opportunity to reveal any defect in the prosecution's case. (See the case of Yeong Kia Heng lwn. Pendakwa Raya [1992] 1 CLJ (Rep) 372; [1992] 1 MLRA 388; [1992] 1 MLJ 327). A defect with regard to the identity of the case exh in the present case to us is a serious matter on this ground alone the appellant would succeed in his appeal." [Penekanan ditambah] c) Mahkamah mendapati terdapat keterangan berbeza-beza berkenaan isipadu air kencing. SP2 menyatakan jumlah isipadu air kencing setelah diisi oleh OKT adalah 30ml. SP4 pula menyatakan beliau tidak mempunyai pengetahuan terhadap jumlah isipadu air kencing. Laporan patologi (P3) menunjukkan jumlah isipadu air kencing setelah dianalisa adalah 40ml. Ianya adalah amat janggal untuk melihat kepada kenaikan sebanyak 10ml setelah sampel urin OKT dianalisis. Tiada sebarang soalan berupa penjelasan diajukan kepada saks-saksi pendakwaan berkenaan isu ini. Dengan ada kenaikan sebanyak 10ml ini, Mahkamah mendapati kemungkinan terdapat kacau ganggu terhadap isipadu botol urin tersebut ataupun sampel urin tersebut bukan merupakan milik OKT dalam kes ini, [27] Berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, terdapat keraguan terhadap identiti botol urin (P5) yang dikatakan milik OKT. Maka, pihak pendakwaan seharusnya tidak boleh bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37k untuk membuktikan kes ini terhadap OKT. [28] Mahkamah juga mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan prosedur pengambilan sampel air kencing OKT adalah tidak kredibel dan diragui. Keterangan berkenaan kedudukan SP2, SP4 dan OKT ketika berada di tandas adalah berbeza antara satu sama lain. SP2 dalam keterangannya menyatakan beliau berada di sebelah kiri OKT, manakala SP4 menyatakan beliau berada di belakang antara SP2 dan OKT. Beliau juga menyatakan mereka bertiga berada dalam tandas. SP4 pula menyatakan beliau berada di luar tandas, hanya SP2 dan OKT berada dalam tandas. Keterangan ini jelas bercanggah dengan SP2. SP5 pula menyatakan SP2 dan SP4 berada di bahagian belakang sebelah kanan OKT. Keterangan SP5 pula ini jelas bercanggah dengan keterangan SP2 dan SP4. [29] SP2 dan SP4 juga telah memberikan keterangan bercanggah berkenaan kedudukan di tempat ujian saringan awal air kencing. SP2 menyatakan kedudukan SP2, SP4 dan OKT adalah menghadap kerusi. Namun, SP4 telah menyatakan beliau dan SP2 berada di sebelah kerusi semasa ujian saringan awal dibuat. Maka, ianya adalah jelas bahawa keterangan SP2 dan SP4 bercanggah antara satu sama lain. [30] Apabila SP5 ditanya berkenaan siasatan yang dilakukan olehnya berkenaan kedudukan SP2 dan SP4 dan OKT, tiada jawapan yang memuaskan diberikan, malah SP5 mengelak daripada memberikan apa-apa jawapan. [31] Mahkamah juga mendapati keterangan SP2 berkenaan ejaan nama beliau bercanggah dengan keterangan dokumentar iaitu Laporan polis (P8), Borang Permintaan Ujian Pengesahan Dadah dalam Air Kencing (UPD) (P1) dan Borang Akuan Serah Terima Barang kes (P10). SP2 telah menyatakan beliau adalah pegawai yang menyediakan P9, P10 dan P1. Namun ejaan nama SP2 terhadap ketiga-tiga dokumen tersebut adalah berbeza-beza. JIka dilihat kepada P9, nama SP2 ditulis sebagai ASP Khuzir Bin Abdul Majid, P1 pula ditulis ASP Khuzir Bin Abdul Majit dan P10 ditulis Khuzir Bin Abd Majit. Ianya adalah amat janggal untuk seseorang individu menulis nama sendiri dengan ejaan berbeza-beza. Maka, perkara ini sememangnya menimbulkan keraguan ataupun tanda tanya seperti berikut :- a) Adakah P1, P9 dan P10 disediakan oleh SP2 ataupun individu lain? b) Adakah keterangan SP2 yang menyatakan dokumen-dokumen tersebut disediakan oleh beliau adalah benar? [32] Jawapan-jawapan kepada soalan ini tidak dijawap oleh SP2 sewaktu pemeriksaan semula. Apabila Timbalan Pendakwa Raya memeriksa semula berkenaan perkara ini, SP2 menjawab “ini kali pertama saya menulis di Mahkamah, saya gugup sikit, first time buat”. [33] Keterangan berbeza-beza berkenaan perkara-perkara yang dinyatakan di atas menimbulkan tanda tanya adakah sebenarnya SP2 dan SP4 terlibat dalam proses pengambilan air kencing OKT ataupun sebaliknya. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang bercanggah antara saksi-saksi pendakwaan ini merupakan satu percanggahan material kerana ianya berkait dengan proses pengambilan air kencing OKT. Dalam keadaan di mana Mahkamah harus membuat penilaian terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan yang terlibat dalam proses pengambilan sampel air kencing, keterangan-keterangan tersebut harus konsisten dan tidak boleh bercanggah antara satu sama lain. [34] Secara lazimnya, Mahkamah akan menerima keterangan saksi polis sekiranya ia munasabah. Namun, Mahkamah mempunyai tugas untuk menilai secara berhati-hati kredibiliti semua saksi termasuk saksi-saksi polis untuk memastikan kebolehpercayaanya. Prinsip ini telah diputuskan dalam kes Pendakwa Raya v Suhaimi bin Mohd Reduan [2009] MLJU 669, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut:- Rujukan juga dibuat kepada kes P.P v Mohamed Ali [1972] 2 MLJ 149 , apabila hakim yang sama berkata: “When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross examination then it becomes the business of the magistrate to decide whether or not is should be accepted. In the absence of contradiction however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.”. Dengan hormat, berdasarkan keterangan dan keadaan yang wujud dalam kes ini, mahkamah tidak bersetuju. Pemerhatian oleh Thomson CJ di atas adalah merupakan satu pemerhatian umum. Setiap kes perlu diteliti berdasarkan kepada fakta dan keadaan yang wujud. Tidak ada dua kes yang mempunyai fakta dan keadaan yang serupa. Mahkamah telah memberi perhatian yang serius kepada hujahan ini dan mengakui bahawa adalah tidak wajar pihak yang telah diberi amanah untuk menjaga keamanan dan menguatkuasakan undang-undang diragui integriti dan kredibiliti mereka. Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang sama penting: