PERTUDUHAN BAHAWA KAMU PADA 20/03/2026 JAM LEBIH KURANG 36 PAGI DI HADAPAN PETRONAS JALAN SULTAN IBRAHIM, DI DALAM DAERAH KOTA BHARU, DI DALAM NEGERI KELANTAN, TELAH MELAKUKAN SAMUN KE ATAS PENAMA NUR AZILAH BINTI MOHAMAD OTHMAN, NO. K/P: 920128035248 DAN TELAH MERAGUT SEUTAS GELANG TANGAN BERWARNA KEKUNINGAN YANG DIPAKAI OLEH PENAMA, DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN: DIPENJARA SELAMA TEMPOH BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT. [4] Hukuman yang diperuntukan dibawah Seksyen ini ialah seperti berikut:- PERUNTUKAN SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN: DIPENJARA SELAMA TEMPOH BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT. PERJALANAN PERBICARAAN [5] Setelah pertuduhan dibacakan kepada Responden dan setelah diterangkan sebab dan akibat pengakuan salah tersebut, Responden telah mengaku salah. Sebelum hukuman dijatuhkan terhadap Responden, pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta kes kepada Mahkamah dan ditandakan sebagai Ekshibit P1. [6] Setelah fakta kes tersebut dibaca dan diterangkan kepada Responden, beliau telah mengaku bahawa fakta kes tersebut adalah benar. Pegawai pendakwa kemudiannya telah mengemukakan ekshibit yang berkenaan dan kesemua ekshibit ditunjukkan kepada Responden beliau telah mengakui semuanya. Mahkamah telah menandakan kesemua ekshibit tersebut. Mahkamah seterusnya telah menerima pengakuan salah Responden dan disabitkan. [7] Setelah mahkamah mendengar rayuan daripada Peguam yang mewakili Responden dan setelah mahkamah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan, mahkamah mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman sepertimana yang tersebut diatas. FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN [8] Di dalam kes ini, sebelum mahkamah yang mulia ini menjatuhkan hukuman ke atas Responden, mahkamah yang mulia telah mengambil kira beberapa faktor untuk dipertimbangkan. Mahkamah ini telah mendengar hujahan dari peguam Responden dan juga dari pihak Pendakwaan. [9] Antara faktor-faktor yang dipertimbangkan adalah seperti berikut: