Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES : DF-83D-390-04/2022 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN 10 MOHAMAD HAZIN BIN MAT HUSSIN NO. K/P: 950618035037 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
DF-83D-390-04/2022
Magistrates Court of Malaysia24 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“am keputusan Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169: “…To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under 15 s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutt”
“16. Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Chandrasekaran & Orsv Public Prosecutor [1971] 1 MLJ 153, 160 (HC): The evidence of subsequent conduct is relevant under section 8 of 5 the Evidence Ordinance and may properly be taken into account, after the prosecution has established the guilt of the accused”
“11. Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Public Prosecutor v Lim Chsung Meng & Anor and another 10 appeal [2015] MLJU 2234 yang menyatakan: [25] It is perhaps convenient at the outset to briefly state the law on “possession” where the drugs were found in a place/area under the control of an”
“37. Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah ini telah merujuk kepada dan dipandu oleh kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP 10 v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before”
“valuation” dan “credible 15 evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES : DF-83D-390-04/2022 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN 10 MOHAMAD HAZIN BIN MAT HUSSIN NO. K/P: 950618035037 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
OKT dalam kes ini telah dituduh dengan dua pertuduhan pindaan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang boleh dihukum mengikut seksyen 39A(1) ADB 1952 bagi pertuduhan pindaan pertama dan seksyen 12(3) ADB 1952 bagi pertuduhan pindaan kedua.
2
Pertuduhan-pertuduhan pindaan ke atas OKT sebagaimana dalam P27 adalah seperti berikut: S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu pada 04/01/2022 jam lebih kurang 10.45 malam di hadapan sebuah rumah tidaк bernombor Kg. Dalam Rhu, Jln Kuala Besut, Cherang Ruku, di dalam jajahan Pasir Puteh, di dalam negeri 5 Kelantan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methаmphetamine dengan berat bersih (5.76 gram). Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh di hukum di bawah seksyen 39A(1) akta yang sama. 10 Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 04/01/2022 jam lebih kurang 10.45 malam di hadapan sebuah rumah tidak bernombor Kg. Dalam Rhu, Jln Kuala Besut, Cherang Ruku, di dalam jajahan Pasir Puteh, di dalam negeri Kelantan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis 15 Methаmphеtamine dengan berat bersih (0.85 gram). Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawaн seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh di hukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama.
3
Di akhir kes pembelaan Mahkamah telah mendapati bahawa pihak 20 pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OPKT tanpa keraguan munasabah. Oleh itu Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan kesalahan seperti dalam pertuduhan pindaan pertama dan pertuduhan pindaan kedua. Selanjutnya selepas meneliti hujahan mitigasi dan pemberat, Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 3 tahun 25 dari tarikh jatuh hukum pada 24/11/2025 dan sebatan sebanyak 5 sebatan bagi pertuduhan pindaan pertama dan penjara 2 tahun dari tarikh S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag jatuh hukum 24/11/2025 bagi pertuduhan pindaan kedua. Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman berjalan serentak. KES PENDAKWAAN 5
4
Ringkasan fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Pada 04/01/2022 jam lebih kurang 10:00 MALAM, bertindak atas maklumat, SP4 bersama-sama dengan 7 anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Besut, Terengganu telah melakukan 10 satu serbuan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Dalam Rhu, Jln Kuala Besut, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. b. Sampai di lokasi serbuan, SP4 telah buat pemerhatian dari kawasan jalan di hadapan rumah tersebut selama 10 minit dalam jarak lebih 15 kurang 15 meter. Semasa pemerhatian, SP4 telah melihat OKT berada di hadapan rumah. Lima minit kemudian abnga kepada OKT (SP2) turut keluar dari rumah tersebut dan menghisap rokok di hadapan rumah tersebut. 20 c. SP4 seterusnya telah mengarahkan anggota serbuan untuk menghampiri OKT dan SP2 dan menahan mereka. Sebaik tiba, SP4 perkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada OKT dan SP2. Tiba-tiba kedua-duanya cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Semasa proses tangkapan 25 dibuat berlaku sedikit pergelutan dan kekerasan minimum terpaksa digunakan bagi menjayakan tangkapan. S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag d. Ketika menghampiri OKT, SP4 telah nampak ada sesuatu objek pada genggaman tangan kanan OKT ketika itu. Setelah keadaan terkawal, OKT dan SP2 telah berjaya ditahan, SP4 telah meminta L/Kpl Saiful membuat pemeriksaan tubuh badan OKT. Dengan disaksikan oleh 5 SP4 sendiri serta OKT dan SP2, L/Kpl Saiful telah menjalankan pemeriksaan terhadap OKT dan telah menjumpai barang disyaki dadah dalam genggaman tangan kanan OKT. SP4 mendapati barang kes tersebut adalah 2 paket plastik berwarna biru yang berikat dengan gelang getah di dalamnya mengandungi pil-pil berwarna merah dan 10 hijau disyaki dadah. (Selepas ini dirujuk sebagai “Barang Kes 1”) e. Dalam masa yang sama, Kpl Azrul Amin telah melakukan pemeriksaan pada poket hadapan sebelah kanan seluar jeans pendek yang dipakai OKT dan telah menjumpai 3 tiub straw cerah yang mana setiap satu 15 berisi 10 biji pil berwarna merah dan 3 paket plastik cerah yang setiap satu berisi 10 biji pil berwarna merah disyaki dadah. (Selepas ini dirujuk sebagai Barang Kes 2”) f. Pemeriksaan tubuh badan pada SP2 tidak menjumpai apa-apa barang 20 salah. g. SP4 telah merampas Barang Kes 1 dan Barang Kes 2 serta telah menahan OKT dan SP2 untuk siasatan lanjut di Pejabat Narkotik IPD Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut. 25 S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag h. Apabila sampai di Pejabat Narkotik IPD Besut, SP4 telah membuat membuat tandaan dan timbangan berat kasar ke atas kedua-dua barang kes yang dirampas. Hasil timbangan mendapati: i. Barang Kes 1 merupakan 2 paket plastik berwarna biru yang berikat dengan gelang getah. Setiap satu paket berisi 198 biji pil 5 berwarna merah dan 2 biji pil warna hijau. Jumlah keseluruhan sebanyak 396 biji pil berwarna merah dan 4 biji pil berwarna hijau disyaki dadah (Anggaran berat kasar keseluruhan 41.26 gram) ii. Barang Kes 2 merupakan:
1
3 tiub straw cerah setiap satu tiub berisi 10 biji pil berwarna 10 merah disyaki dadah (Anggaran berat kasar: 3.62 gram).
2
3 paket plastik cerah setiap satu peket berisi 10 biji pil warna merah disyaki dadah (Anggaran berat kasar: 3.15 gram) i. Kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat 15 (SP5). SP5 telah memasukkan Barang Kes 1 ke dalam sampul M1 (yang menjadi subjek pertuduhan pindaan pertama) manakala Barang Kes 2 ke dalam sampul M2 (yang menjadi subjek pertuduhan pindaan kedua). 20 j. Hasil analisis oleh ahli kimia (SP3) mendapati: i. Barang Kes 1 dalam M1 merupakan tablet-tablet berwarna merah seberat 38.46 gram yang mengandungi 5.70 gram methamphetamine dan jumlah berat bersih tablet-tablet berwarna hijau tersebut ialah 0.39 gram yang mengandungi 0.06 gram 25 methamphetamine. S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag ii. Barang Kes 2 dalam M2: Tiga tiub straw masing-masing mengandungi 10 biji tablet berwarna merah dan tiga paket plastik masing-masing mengandungi 10 biji tablet berwarna merah. Analisis mendapati jumlah berat bersih tablet-tablet tersebut ialah 5.77 gram yang mengandungi 0.85 gram methamphetamine 5
5
Prinsip undang-undang dalam pembuktikan kes prima facie oleh pihak 10 pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 dan dalam kes Balachandran a/l Selvaratnam v PP (2005) 1 CLJ 85.
6
Prinsip undang-undang berkenaan “maximum evaluation” dan “credible 15 evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408.
7
Kes-kes duluan di atas yang dirujuk memberikan gambaran peri 20 pentingnya setiap tapisan, ujian dan penilaian dibuat ke atas semua keterangan pihak pendakwaan. Turut ditekankan juga adalah keperluan pihak pendakwaan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai (“credible”). 25
8
Kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952, yang menjadi pertuduhan terhadap OKT memperuntukkan:
12
Restriction on import and export of certain dangerous drugs
1
No person shall except under the authorization of the Minister—
a
import into Malaysia any dangerous drug specified in Parts III, 5
b
export from Malaysia any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule.
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized 10 to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.
9
Dalam membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan, terdapat 15 dua elemen yang perlu dibuktikan iaitu: a. Dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya; dan b. OKT mempunyai milikan ke atas dadah berbahaya tersebut 20 DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Elemen 1: Sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa barang kes adalah dadah berbahaya? 25
10
Untuk elemen pertama Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan identiti dadah berbahaya tersebut melalui S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag keterangan SP3 (ahli kimia) dan laporan kimianya (P20). Mahkamah juga mendapati rantaian keterangan barang tidak terputus sejak barang kes dijumpai oleh SP4 dan pasukannya di tempat kejadian sehinggalah dianalisis oleh SP3. 5 Elemen 2: Sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan OKT terhadap dadah-dadah tersebut?
11
Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Public Prosecutor v Lim Chsung Meng & Anor and another 10 appeal [2015] MLJU 2234 yang menyatakan: [25] It is perhaps convenient at the outset to briefly state the law on “possession” where the drugs were found in a place/area under the control of an accused. A determination of whether there is 15 “possession” depends on the particular facts of each case. Factors that used to be considered in determining whether an accused is in possession of the drugs found in a place/area under his or her control include his or her knowledge that the drugs were in the place/area, his or her access to the place/area where the drugs were 20 found and his or her physical proximity to the drugs. [26] The possession prohibited by law need not be actual physical custody and control of the drugs; it is sufficient if the prosecution proves that the accused had knowledge of its presence and the 25 power and intent to control its disposal. Further, possession need not be exclusive; a person may be deemed to be in joint possession S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag of a drug which is in the physical custody and control of another person, if he or she wilfully shares with the other the right of control over the drug. 5
12
Berkenaan isu pengetahuan, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19 yang menyatakan: [25] The law is clear and well settled. Proof of knowledge is very 10 often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge… 15
13
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membawakan keterangan yang cukup semasa di peringkat pendakwaan untuk membuktikan wujudkan elemen pemilikan dan kedua-dua barang kes tersebut dan pengetahuan OKT terhadap dadah tersebut melalui fakta- 20 fakta berikut: a. SP4 dan pasukan telah membuat pemerhatian selama 15 minit sebelum serbuan dibuat. Tiada sebarang pergerakan keluar masuk individu lain ke kawasan rumah; 25 b. SP4 dan SP1 telah melihat OKT memegang Barang Kes 1 di tangannya. S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag c. Terdapat pengcahayaan mencukupi yang membolehkan SP4 dan SP1 melihat Barang Kes 1 yang dipegang oleh OKT dengan jelas. d. Semasa SP4 dan pasukan serbuan masuk ke dalam kawasan rumah tersebut, OKT telah bertindak cuba melarikan diri ke arah 5 kiri rumah namun berjaya ditahan oleh L/Kpl Saiful. e. Semasa serbuan dan tangkapan dibuat OKT masih lagi memegang Barang Kes 1 di tangan kanannya; f. Selepas OKT berjaya ditahan dan dikawal L/Kpl Saiful terus menyerahkan Barang Kes 1 kepada SP4 yang melihat sentiasa 10 melihat kejadian sepanjang penahanan dan rampasan dilakukan. g. Pemeriksaan lanjut oleh Kpl Azrul Amin telah menjumpai Barang Kes 2 dalam poket kanan seluar yang dipakai oleh OKT; h. Penemuan Barang Kes 1 dan Barang Kes 2 disaksikan sendiri 15 oleh SP1 dan SP4. i. Kedua-dua barang kes yang dijumpai di badan OKT menunjukkan wujudnya pemilikan dan pengetahuan OKT secara langsung terhadap dadah-dadah tersebut (“direct possession and knowledge”).
14
Mahkamah berpendapat keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP4 yang mengetuai serbuan dan SP1 yang menganggotai serbuan adalah boleh dipercayai. Mahkamah merujuk kepada kepada kes PP v Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 yang mengatakan: 25 S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of things we 5 all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and 10 in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted."
15
Tindakan OKT yang cuba melarikan diri juga merupakan fakta yang 15 menyokong keterangan pendakwaan. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan:
8
Motive, preparation and previous or subsequent conduct
1
…
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any 20 suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was 25 previous or subsequent thereto. S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag
16
Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Chandrasekaran & Orsv Public Prosecutor [1971] 1 MLJ 153, 160 (HC): The evidence of subsequent conduct is relevant under section 8 of 5 the Evidence Ordinance and may properly be taken into account, after the prosecution has established the guilt of the accused, to reinforce the satisfaction of the court as to the proof of guilt made out by the prosecution case (see Chandika Prasad v
17
Meskipun begitu, pihak pembelaan telah mencabar keterangan SP1 dan SP4 dengan bersandarkan kepada keterangan SP2. SP2 dalam keterangan bersumpahnya menyatakan tidak nampak OKT memegang sebarang objek lain selain daripada telefon bimbitnya. Namun dalam 15 masa yang sama SP2 tidak teragak-agak mengakui polis telah menemui Barang Kes 2 dalam poket seluar OKT.
18
Mahkamah mendapati keterangan SP2 sama sekali tidak mengganggu gugat keterangan SP4 dan SP1. Hal ini kerana SP2 tidak pasti di mana 20 Barang Kes 1 dijumpai. Ketidakpastian SP2 ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kes pembelaan, lantas menjadikan keterangan SP4 dan SP1 kekal utuh.
19
Atas sebab-sebab di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan 25 telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan.
20
Mahkamah juga mendapati terdapat keterangan yang cukup untuk mahkamah memanggil OKT bagi membela diri. OKT perlu menjawab semua keterangan yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Oleh itu Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes 5 prima facie bagi kedua-dua pertuduhan pindaan terhadap OKT.
21
Tugas pihak pembelaan di akhir kes pembelaan adalah untuk 10 menimbulkan keraguan munasabah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam keputusan Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169: “…To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under 15 s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If the defence is called, the duty of the accused is only to case a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to 20 prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to 25 be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explaination, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence 5 story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than delve in the ‘believe and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test…” 10
22
Maksud keraguan munasabah pula dihuraikan dalam kes Public Prosecutor v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16: “…The following definition of 'reasonable doubt' is often quoted, it is not mere possible doubt, because everything relating to human 15 affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. 20 It has again been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and 25 compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.'
23
Dalam kes Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 pula, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: 5 “…As to what is meant by 'reasonable doubt' we would refer to Underbill's treatise on The Law of Criminal Evidence (5th Ed, vol 1, at p 34) where the learned author states as follows: 10 The doubt to be reasonable must be such a one as an honest, sensible and fair-minded man might, with reason, entertain consistent with a conscientious desire to ascertain the truth. An honestly entertained doubt of guilt is a reasonable doubt. A vague conjecture or an inference of the 15 possibility of the innocence of the accused is not a reasonable doubt. A reasonable doubt is one which arises from a consideration of all the evidence in a fair and reasonable way. There must be a candid consideration of all the evidence and if, after this candid consideration is had by the 20 jurors, there remains in their minds a conviction of the guilt of the accused, then there is no room for a reasonable doubt. (Emphasis added.)...” 25 S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag
24
Pihak pembelaan telah menampilkan tiga orang saksi semasa di peringkat pembelaan iaitu OKT sendiri, SD2 yang merupakan rakan OKT dan SD3 yang merupakan kakak OKT.
25
Ringkasan kes pembelaan adalah seperti berikut: a. OKT menyatakan bahawa pada tarikh 4.1.2022, jam lebih kurang 8.00 malam, SD1 bersama ibu, SD3 dan SP2 baru selesai makan 10 malam di rumah yang didiami oleh OKT, ibunya dan SD3. SP2 pula tinggal berasingan bersama isteri dan anak-anaknya dan hanya datang untuk makan malam bersama pada hari kejadian. b. Setelah selesai makan malam, OKT telah keluar ke luar rumah untuk 15 menghisap rokok bersama SP2. OKT turut memegang telefon bimbit pada ketika itu. Suasana di luar rumah adalah gelap kerana lampu hanya berada di bawah garaj sedangkan OKT berada di luar garaj. c. Tidak berapa lama selepas itu, sebuah kereta Perodua Myvi masuk 20 ke halaman rumah dan lima orang individu yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan tidak dikenali keluar daripada kenderaan tersebut serta terus menghala ke arah OKT dan SP2. 25 d. OKT berasa terkejut dengan kehadiran individu-individu yang tidak dikenali tersebut memandangkan keadaan adalah gelap pada S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag malam kejadian tersebut. Salah seorang individu lelaki telah menendang OKT sehingga OKT terjatuh ke atas tanah. OKT tidak cuba melarikan diri atau melawan sama sekali. OKT kemudiannya telah digari dan tiada yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis. 5 e. Pada masa kejadian juga, semasa OKT ditangkap, seorang rakannya (SD2) baru sahaja tiba di rumah OKT untuk mengambil ibu OKT untuk pergi mengurut. 10 f. OKT menyatakan bahawa dia tidak memegang apa-apa benda terlarang atau Barang Kes 1 di dalam genggaman tangan kanannya dia hanya menghisap rokok dan memegang telefon bimbit. Setelah pemeriksaan dibuat, pihak polis telah menjumpai dua paket plastik berwarna biru di bawah kenderaan Proton Wira milik arwah ayahnya 15 yang ditunjukkan kepada OKT. g. OKT tidak mengetahui kandungan plastik tersebut kerana hanya ditunjukkan oleh pihak polis setelah tangkapan dibuat ke atasnya. 20 h. OKT juga tidak pernah sama sesekali memegang Barang Kes 2. Salah seorang anggota polis yang telah menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya telah mengeluarkan dan menunjukkan kepada OKT Barang Kes 2 tersebut. 25 S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag
26
Mahkamah mendapati fakta versi pembelaan adalah sangat berbeza daripada fakta versi pendakwaan. Keterangan OKT menyatakan dia tidak pernah memang Barang Kes 1 dan ia dijumpai di bawah kereta 5 Proton Wira milik arwah ayahnya di garaj. Keterangan OKT disokong oleh SD3 yang mendakwa berada di dalam bilik berhampiran dengan garaj dan melihat pihak polis mengambil Barang Kes 1 dari tingkap biliknya. 10
27
Namun penjelasan SD3 ini sangatlah lemah memandangkan pihak pembelaan tidak mengemukakan apa-apa gambar atau rajah alternatif yang menunjukkan kedudukan bilik di mana SD3 dan bagaimana kedudukan tingkap bilik tersebut membolehkannya melihat dengan jelas tindakan pihak polis mengambil Barang Kes 1 dari bawah kereta Proton 15 Wira.
28
Pihak pembelaan sudah pasti tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk mengemukakan apa-apa ekshibit kerana tugas untuk membuktikan sesuatu kesalahan terletak pada bahu pihak 20 pendakwaan pada sepanjang proses perbicaraan. Namun dalam masa yang sama, tidak ada sebarang halangan untuk pihak pembelaan mengemukakan apa-apa ekshibit yang boleh menyokong keterangan saksi-saksinya, ataupun setidak-tidaknya membantu menjadikan fakta pembelaan lebih dipercayai. 25
29
Kelemahan keterangan SD3 ini menyebabkan ia tidak mampu menyokong keterangan OKT, justeru menjadikan keterangan OKT sebagai penafian semata-mata (“bare denial”). Adalah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa “bare denial” bukanlah satu asas yang kuat untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.
30
Mahkamah merujuk kepada kes D.A DUNCAN V PP [1980] 2 MLJ 195 yang menyatakan: “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any 10 plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." 15
31
Selain daripada itu, wujud percanggahan antara keterangan OKT, SP2 dan SD3 berkenaan dengan kedudukan OKT ketika serbuan oleh pihak polis. OKT mengatakan berada di H dalam gambar P6A yang merupakan kedudukan bengkel kimpalan, SP2 pula mengatakan OKT berada di gambar P6C manakala SD3 pula menyatakan OKT berada di garaj 20 kereta. Ketiga-tiga percanggahan ini telah melemahkan kes pembelaan.
32
Di saping itu percanggahan keterangan antara SP2 dan SD3 juga wujud berkenaan dengan fakta kedudukan SP2 semasa pasukan serbuan tiba.
Preamble
Menurut SP2 dia sudah berada di luar rumah pada ketika itu manakala 25 SD3 mengatakan SP2 berada di dalam rumah dan hanya keluar ketika pasukan polis sampai. S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag
33
Berkenaan dengan keterangan SD2, Mahkamah mendapati dia tidak melihat di mana barang-barang kes tersebut dijumpai. Ini menjadikan keterangan SD2 tidak relevan. 5
34
Atas faktor-faktor di atas pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah kes atas kes pendakwaan. Oleh itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah dan Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan kedua-dua kesalahan sebagaimana dalam kedua-dua pertuduhan pindaan. 10
35
Peguambela yang terpelajar dalam hujahan mitigasinya telah memohon supaya Mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kepada OKT 15 mengambil kira latar belakang OKT. Pada tarikh OKT disabitkan OKT erusia 30 tahun dan hanya bekerja sebagai mekanik dengan mengambil upah membaiki motosikal dengan pendapatan kasar anggaran sebanyak RM 100 ringgit sehari. OKT merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik dan sedang menjaga ibu sakit yang mempunyai komplikasi 20 penyakit kronik seperti kencing manis, asma dan buah pinggang. Selanjutnya peguam belah menyatakan OKT telah insaf dan menyesal terhadap kejadian yang berlaku dan memohon agar hukuman yang ringan dapat diberikan agar OKT dapat kembali kepada masyarakat dan memberikan khidmat kepada keluarganya. 25
36
TPR yang terpelajar pula memohon agar hukuman yang setimpal dapat diberikan sebagai pengajaran kepada OKT dan juga masyarakat dengan mengambil kira kepentingan awam melebih kepentingan OKT sendiri. Hukuman yang setimpal juga akan memberikan pengajaran kepada OKT khususnya dan masyarakat awam secara amnya agar tidak lagi terlibat 5 dengan apa juga kesalahan penyalahgunaan dadah yang sangat berluasa dalam kalangan masyarakat
37
Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah ini telah merujuk kepada dan dipandu oleh kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP 10 v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are 15 as follows:
a
(a)the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
(b)the circumstances in which it was committed;
c
(c)the rampancy of such offence in the area;
d
(d)the offender’s previous record;
e
(e)the offender’s contribution and support to his family members;
f
(f)the offenders means;
g
(g)the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
(h)the age and health of the accused;
i
(i)whether it is his first offence;
j
(j)whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
(k)whether the accused had pleaded guilty;
l
(l)status of the accused;
m
(m)whether there was violence during the crime; and
n
(n)public interest, etc. 5
38
Kesimpulannya, selepas mengambil kira fakta kes dan kesemua faktor mitigasi dan pemberatan dalam hujahan kedua-dua pihak, serta dipandu oleh garis panduan dalam penetapan hukuman, Mahkamah telah menjatuhi OKT hukuman penjara 3 tahun dari tarikh jatuh hukum pada 24/11/2025 dan sebatan sebanyak 5 sebatan bagi pertuduhan pindaan 10 pertama dan penjara 2 tahun dari tarikh jatuh hukum 24/11/2025 bagi pertuduhan pindaan kedua. Mahkamah percaya bahawa hukuman ini adalah sangat wajar dan memadai sebagai pengajaran kepada OKT khususnya dan kepada orang awam amnya. 15 Tarikh: 10 April 2025 t.t. (MUHAMMAD AIMAN BIN AZAHAN) 20 MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET PASIR PUTEH KELANTAN DARUL NAIM 25 S/N /KEdRhhTa0isfLw6u9dag Timbalan Pendakwa Raya: TPR Yusnaliza Binti Mohammad Yusoff Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Negeri Kelantan 5 Peguam Bela OKT: Ahmad Adha Amir Yasser Bin Amri & Nur Sarah Syamimi Binti Safie Tetuan Adha & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.