1
Tertuduh telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamnie seberat 623.6 gram.
KA-45A-33-11/2020
High Court of Malaysia24 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Rayuan di dalam kes Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392 melalui penghakiman Hakim Azahar bin Mohamed HMR (pada ketika itu) telah menegaskan; “In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the ev”
“ary Mohammad & 2 ors v PP [2019] 1 LNS 208 yang memutuskan seperti berikut; “In this regard, we were more persuaded with the learned DPP's submission that the provisions in sections 12 and 13 of the DNA Act 2009 are procedural and not related to the issue of admissibility of such evidence. It is trite law that the cour”
“es taken illegally from suspects or accused persons without their consent have been held to be admissible (see Hanafi Mat Hassan v. PP [2006] 3 CLJ 269; [2006] 4 MLJ 134; see also Kuruma v. The Queen [1955] AC 197; Ramli bin kechik v. PP [1986] CLJ Rep 243; [1986] 1 CLJ 308; [1986] 2 MLJ 33). In the circumstances, we d”
“uduh. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [11] Teras pembu”
“Dari aspek pembelaan, ia adalah beban yang lebih berat berbanding daripada beban membangkitkan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. [44] Di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS”
“an hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [87] Bagi maksud tersebut, mahkam”
“dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [87] Bagi maksud tersebut, mahkamah telah menimbangkan bahawa ini kesalahan pertama te”
“am menghujahkan bahawa pihak PR telah gagal untuk memeriksa balas tertuduh dan SD2 berkait bahagian-bahagian material pembelaan. Peguam telah membawa perhatian mahkamah kepada kes Wong Swee Chin v PP [1980] CLJU 138 serta kes PP lwn Devasivasharman Sanmuganathan & satu lagi [2023] 1 LNS 1181 dan menghujahkan bahawa ia”
“en it carries.” [61] Prinsip ini juga adalah prinsip yang sering digunapakai dan diterima dalam beberapa keputusan duluan seperti di dalam kes kes Yusri bin Pialmi v. Pendakwa Raya [2010] 4 CLJ 828; [2010] MLJU 535 oleh Mahkamah Persekutuan dan oleh Mahkamah Rayuan dalam Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v. Public Prose”
“kan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. [44] Di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS 1455; [2014] 5 MLJ 259, Mahkamah Rayuan memutuskan: “So, the appellant had to rebut the op”
“Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237 ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 ➢ Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870 ➢ Mahazir bin Md Salleh v PR [2017] MLJU 1978 ➢ Abdullah Zawawi v. PP [1985] CLJ Rep 19; [1985] 2 MLJ 16 ➢ Mahazir bin Md Salleh (supra) ➢ Mahmod Yary”
“rti di dalam kes kes Yusri bin Pialmi v. Pendakwa Raya [2010] 4 CLJ 828; [2010] MLJU 535 oleh Mahkamah Persekutuan dan oleh Mahkamah Rayuan dalam Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v. Public Prosecutor [2022] CLJU 127; [2022] 1 LNS 127; [2022] 2 MLJ 512. [62] Apa yang penting yang digariskan di dalam prinsip ini adalah k”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Tertuduh telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamnie seberat 623.6 gram.
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 10 Mac 2020, jam lebih kurang 4.00 petang, di sebuah rumah 2 tingkat tidak bernombor di Lorong Keriang Kampung Hujung, 05300 Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 623.6 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama”
3
Seramai 6 orang saksi telah dipanggil oleh Pendakwa Raya (PR) dan secara ringkasnya fakta kes adalah seperti berikut:
a
pada 10/3/2020, lebih kurang jam 3.00 petang, SP3 telah dimaklumkan oleh SP4 (SM Ku Fauzi bin Abu Bakar) mengenai satu maklumat yang diterima berkenaan aktiviti dadah melibatkan seorang lelaki Melayu di sebuah rumah di Lorong Keriang, Kampung Hujung, 05300 Alor Setar, Kedah (rumah tersebut);
b
susulan itu, SP3 telah mengumpulkan anggota pasukan dan memberikan taklimat penugasan dan keselamatan. Setelah selesai taklimat, SP3 dan pasukannya telah bergerak ke lokasi serbuan;
c
di lokasi serbuan, SP3 telah mengarahkan salah seorang anggota pasukannya iaitu D/KPL 128870 Zulkefli untuk menjaga pintu tepi di sebelah kiri rumah tersebut manakala SP3 dan anggota pasukannya yang lain telah menuju ke hadapan rumah;
d
semasa sampai di hadapan rumah tersebut, SP3 telah mendapati pintu jeriji dalam keadaan bertutup dan berkunci dengan mangga dan di bahagian dalam pula hanya bertutup dengan langsir. Kemudian, SP3 telah mengarahkan anggota pasukannya untuk memotong mangga (P15) tersebut;
e
apabila SP3 masuk ke dalam rumah, SP3 melihat tertuduh sedang duduk di kerusi sofa di ruang tamu rumah tersebut dan SP3 terus menahan tertuduh setelah memperkenalkan diri sebagai polis. SP3 selanjutnya telah menjalankan pemeriksaan badan terhadap tertuduh;
f
selepas itu, SP3 telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah tersebut dengan disaksikan oleh tertuduh dan anggota pasukannya. Hasil pemeriksaan terhadap sebuah peti sejuk 3 tingkat jenama National NR-C43T (P17) yang berada di bahagian penjuru dapur sebelah kanan di rumah tersebut, SP3 telah menjumpai di tingkat bawah peti sejuk tersebut, (1) beg plastik lutsinar bertangkai (P4) di mana di dalamnya terdapat (1) bungkusan plastik berwarna hijau kekuningan mempunyai tulisan “Guan Yin Wang” (P5) yang diikat dengan 2 gelang getah berwarna merah yang dalamnya terdapat (1) bungkusan plastik lutsinar yang diikat dengan 2 gelang getah berwarna hijau (P6) yang mengandungi bahan disyaki dadah;
g
selain itu, SP3 turut menjumpai dan merampas (1) Buku Akaun Simpanan CIMB Bank, No Akaun: 0205-0109730- 52-3 (P16) atas nama tertuduh di atas meja makan di dapur rumah tersebut, (1) anak kunci mangga bertulis “ROBUST” (P15A) di atas meja bulat berdekatan pintu hadapan rumah tersebut dan 1 bil elektrik atas nama Sulaiman bin Saad (P10);
h
SP3 telah merampas barang-barang kes serta barang-barang rampasan yang lain di tempat kejadian serta menangkap tertuduh. SP3 telah menyediakan Senarai Bongkar (P13) dan membuat dua Laporan Polis sebagaimana Alor Setar 5493/20 (P18) dan Alor Setar 5501/20 (P19); dan
i
SP3 telah menyerahkan barang-barang kes dan barang-barang lain yang dirampas sebagaimana yang terkandung dalam Borang Serah Menyerah Barang Kes (P20), kepada Pegawai Penyiasat iaitu SP6 yang kemudiannya telah mengemukakan barang kes disyaki dadah kepada Ahli Kimia iaitu SP1. Hasil analisis yang dijalankan, SP1 telah mengesahkan bahawa barang kes tersebut merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine sepertimana pertuduhan. Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan [4] Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie. [5] Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada tertuduh. [6] Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut; “In our view, there is force in the submission. The requisites that must be satisfied to sustain conviction for the offence of trafficking in dangerous drugs under s. 39B(1)(a) of DDA 1952 are well-settled. The following elements must be established: a) The impugned drugs are dangerous drugs as listed in the First Schedule of DDA 1952; b) The impugned drugs are under the custody, control and possession of the appellant; and c) The appellant trafficked in the said impugned drugs.” Analisis mahkamah di akhir kes pendakwaan Sama ada dadah berbahaya adalah disenaraikan di bawah Jadual 1 Akta 234 dan rantaian keterangan [7] Bagi elemen yang pertama, mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian berbangkit berkenaan jenis dadah yang telah dirampas serta dianalisis oleh SP1. Malahan peguam tertuduh di dalam penghujahannya mengakui bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini. [8] Mahkamah turut mendapati bahawa tiada cabaran dikemukakan ke atas berat dadah tersebut sepertimana yang yang diperakui oleh SP1. [9] Sehubungan dengan itu, mahkamah merumuskan bahawa dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine sepertimana yang disenaraikan di bawah
Schedule
Jadual Pertama Akta 234 seberat 623.6 gram dan ia adalah dadah yang sama dirampas oleh SP3 serta yang dianalisis oleh SP1. Sama ada dadah tersebut berada di dalam milikan tertuduh [10] Elemen kedua yang perlu dibuktikan adalah sama ada dadah yang dipersoalkan adalah di dalam milikan tertuduh. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [11] Teras pembuktian PR berkaitan elemen ini adalah pembuktian ke atas pemilikan rumah tersebut. Keterangan pihak PR adalah bersandarkan kepada keterangan SP2 iaitu kakak tertuduh yang telah mengesahkan bahawa tempat kejadian adalah merupakan sebuah rumah yang didaftarkan di atas nama nenek mereka iaitu Hajah Wakiah binti Salleh. Nenek mereka telah meninggal dunia dan telah mewasiatkannya kepada ibu mereka iaitu Sepawan binti Saad yang juga telah meninggal dunia. Manakala bil TNB rumah tersebut adalah di atas nama bapa saudara mereka iaitu Sulaiman bin Saad yang telah meninggal dunia pada 11/6/2023. SP2 mengesahkan bahawa hanya tertuduh yang tinggal di rumah tersebut. [12] Pihak PR turut telah mengemukakan rakaman percakapan Sulaiman bin Saad di bawah seksyen 112 Akta 593 melalui seksyen 32(i) Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang telah mengesahkan bahawa tertuduh yang tinggal di rumah tersebut dan arwah juga tiada pengetahuan berkaitan dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut. Malahan menurut arwah, sudah 14 tahun tidak memasuki rumah tersebut. [13] Keterangan pemilikan ini turut disokong oleh beberapa keterangan DNA melalui SP5 di mana DNA OKT dapat dikesan melalui sikat di P25A, P27A, P29A, tuala di P33 dan berus gigi di P31. [14] Puan TPR turut menghujahkan bahawa semasa serbuan, rumah tersebut adalah berkunci di bahagian jeriji hadapan dan pihak polis terpaksa menggunakan pemotong bagi membuka pintu rumah dengan pantas. Tertuduh juga ditemui berseorangan di dalam rumah tersebut. [15] Oleh itu, Puan TPR menghujahkan bahawa secara inferens tertuduh mempunyai milikan eksklusif terhadap rumah tersebut dan oleh itu turut mempunyai milikan eksklusif ke atas dadah yang ditemui di dalam peti sejuk yang berada di dalam rumah tersebut. [16] Perhatian mahkamah telah dibawa kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Mahazir bin Md Salleh v PR [2017] MLJU 1978 yang merumuskan bahawa tertuduh mempunyai milikan ekslusif ke atas rumah di mana dadah ditemui. Mahkamah Rayuan menyatakan; “[15] Berdasarkan prinsip di atas dan setelah mempertimbangkan fakta dalam rekod, kami mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa perayu mempunyai penjagaan dan pengurusan rumah berkenaan, dan pendakwaan telah juga berjaya mengetepikan akses oleh orang lain ke dalam rumah tersebut viz-a-viz pemilikan dadah berbahaya tersebut. Dalam erti kata yang lain, perayu mempunyai milikan eksklusif ke atas rumah berkenaan.” [17] Peguam tertuduh walau bagaimanapun membawa perhatian mahkamah kepada fakta penting iaitu serbuan pihak polis ini adalah bersandarkan kepada satu maklumat. Oleh itu, mahkamah ini hendaklah berhati-hati di dalam menimbangkan keterangan-keterangan berkaitan serbuan ini (rujuk; Abdullah Zawawi v. PP [1985] CLJ Rep 19; [1985] 2 MLJ 16). [18] Antara yang dipertikaikan oleh peguam tertuduh adalah sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa tiada orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah tersebut. [19] Teras hujahan peguam tertuduh adalah bersandarkan kepada keterangan-keterangan berikut: a) terdapat tanda tanya berkaitan kunci mangga (P15) yang ditemui di atas meja iaitu sama ada ia sememangnya boleh digunakan untuk mengunci jeriji rumah tersebut; b) tiada siasatan yang dijalankan oleh SP6 ke atas buku bank CIMB di atas nama tertuduh yang ditemui di dalam rumah tersebut; c) keterangan tertuduh berada di dalam rumah hanya sekadar membuktikan kehadiran tertuduh di dalam rumah tersebut semata-mata; d) semasa serbuan, pihak polis tidak memastikan bahawa tiada orang lain dapat meloloskan diri memandangkan tiada kawalan selain dari pintu hadapan dan pintu sebelah kiri rumah tersebut; e) SP6 juga gagal mendapatkan geran rumah tersebut untuk menunjukkan siapakah pemilik sebenar rumah tersebut; f) SP6 juga gagal untuk menyiasat sepenuhnya kemungkinan orang lain termasuk adik beradik tertuduh yang tinggal di rumah tersebut; dan g) keterangan DNA adalah tidak boleh diterima memandangkan SP5 tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan DNA serta ketidakpatuhan ke atas seksyen 12 dan 13 Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009 (Akta 699). [20] Berdasarkan hujahan ini, mahkamah telah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan dan mendapati bahawa pihak PR telah mengemukakan keterangan melalui SP2 dan kemudiannya turut disokong oleh rakaman percakapan Sulaiman bin Saad di P52. Kedua-dua keterangan ini membuktikan bahawa rumah tersebut hanya diduduki oleh tertuduh. [21] Persoalan berkenaan geran tanah yang dibangkitkan oleh peguam adalah lebih merupakan cabaran ke atas hak pemilikan berdaftar rumah tersebut. Bagi mahkamah ia walaupun penting namun hanya bersifat keterangan sokongan sahaja. Apa yang perlu dibuktikan oleh pihak PR adalah berkaitan pemilikan dari aspek jagaan serta kawalan ke atas rumah tersebut semasa serbuan. Ia jelas dapat dilihat dari keterangan SP2 bahawa hanya tertuduh seorang sahaja yang tinggal di rumah tersebut. [22] Peguam tertuduh turut cuba mempertikaikan pemilikan rumah ini dengan membangkitkan ianya semasa kejadian turut didiami oleh kontraktor yang membuat pembaikan rumah dan seorang yang dikenali sebagai Boy. Peguam membangkitkan persoalan ini dengan membawa perhatian ke atas keterangan SP6 berkaitan kewujudan sebuah motosikal serta basikal di sebelah rumah tersebut, kewujudan bahagian rumah yang seolah-olah sedang dibaikpulih dan pakaian-pakaian lain yang tidak diambil serta beg hitam di atas meja. [23] Mahkamah bagaimanapun berpandangan bahawa di peringkat ini, pihak tertuduh tidak secara spesifik membangkitkan persoalan ini kepada SP2 apatah lagi untuk menamakan secara tepat siapa yang dimaksudkan turut mendiami rumah tersebut bersama-sama tertuduh. Oleh itu, tiada asas bagi mahkamah ini di peringkat ini untuk membuat satu inferens bahawa sememangnya wujud orang lain yang tinggal di rumah tersebut. Apatah lagi semasa serbuan, tidak ada orang lain yang turut berada di dalam rumah tersebut. [24] Hujahan peguam tertuduh untuk membangkitkan seolah-olah adanya orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah tersebut bagi mahkamah adalah satu dalih yang tidak berasas. Di dalam kes Mahazir bin Md Salleh (supra), Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya menyatakan; “Kami berpendapat dalih perayu bahawa orang luar boleh mempunyai akses dan berkemungkinan meletakkan dadah berkenaan merupakan satu dalih yang terlopong. Harus dicatatkan perayu tidak pada bila-bila masa di peringkat pendakwaan menyatakan secara spesifik siapakah orang itu dan bilakah orang itu masuk ke dalam rumahnya dan meletakkan kesemua dadah berbahaya tersebut, yang sebegitu besar jumlah dan nilainya, ke dalam laci kabinet dapurnya. Diperhatikan perayu telah gagal mencabar bahawa rumah itu dimiliki secara bersama dengan bekas isterinya, SP2. Tidak dicabar juga bahawa SP2 telah meninggalkan rumah itu sejak tahun 2010. Semenjak 2010 itu, perayu tinggal di rumah tersebut dengan anak sulungnya yang masih kecil (tadika) dan kadangkala ibunya, menziarahi. Menurut SP2 dan juga SP5, kakak perayu, kunci rumah berkenaan dipegang bersama oleh SP2 dan perayu. Pada masa serbuan dibuat, rumah berkenaan dalam keadaan berkunci sehingga perlu dipecahkan masuk oleh SP3. Selain itu ada juga kakak dan sanak saudaranya datang melawat. Namun, tidak seorang pun daripada mereka dikatakan meletakkan atau berkemungkinan meletakkan dadah tersebut. Tidak dinafikan semasa tangkapan dibuat hanya perayu yang berada di rumah. Dalam keadaan demikian, mana mungkin adanya orang lain yang meletakkan dadah tersebut di dalam rumah perayu. Dalih ini, pada pandangan kami lebih merupakan satu serkap jarang. Ini yang membezakan kes ini dengan kes Abdullah Zawawi, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP, dan Azizan Yahaya v. PP, supra. Kes-kes tersebut dengan jelas menunjukkan adanya orang lain, yang dinamakan secara spesifik, yang boleh dikatakan berkemungkinan, tetapi tidak dipanggil, meletakkan dadah berkenaan. Yang jelas, perayu ialah penghuni rumah tersebut dan mempunyai kawalan dan penjagaan ke atas apa-apa jua barang di dalam rumah berkenaan. Oleh itu, kami menolak hujahan peguam bela atas isu ini.” [25] Ini membawa pula pertimbangan mahkamah ini berkaitan hujahan peguam berhubung kemungkinan orang lain telah melarikan diri sebaik pihak polis memotong mangga kunci rumah tersebut. Dakwaan peguam ini sukar diterima oleh mahkamah kerana tidak dibuktikan pun wujud sebarang akses lain yang membolehkan sesiapa untuk memboloskan dirinya semasa serbuan. Tambahan, tidak lojik untuk mengatakan orang lain melarikan diri sedangkan tertuduh sendiri tidak melarikan diri. [26] Mahkamah turut berpandangan, jika sekalipun tertuduh atau mana-mana orang lain cuba untuk melarikan diri, sudah pasti mereka akan dapat dilihat serta ditangkap oleh pihak polis yang membuat pengawalan di sekeliling rumah tersebut. [27] Selanjutnya peguam turut mempertikaikan berkaitan mangga kunci yang tidak ditemui dengan menghujahkan bahawa ianya tidak dibuktikan anak kunci yang dijumpai boleh membuka kunci mangga tersebut. Hujahan ini bagi pandangan Mahkamah adalah tidak bermerit kerana keterangan SP3 semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas telah menjelaskan bahawa SP3 telah mencubanya dan mendapati ia berpadanan. Di atas sebab itulah kunci tersebut telah dirampas. [28] Berkaitan buku bank CIMB, mahkamah menerima keterangan bahawa ianya adalah di atas nama serta nombor kad pengenalan tertuduh. Ia tidak memerlukan siasatan lanjut kerana keterangan ini sahaja memadai bagi menunjukkan ia adalah milik tertuduh. Oleh itu, siasatan-siasatan lain bagi Mahkamah walaupun relevan namun ia hanya bersifat sokongan semata-mata. [29] Keterangan-keterangan ini walaupun kononnya telah disokong oleh keterangan DNA namun peguam tertuduh menghujahkan bahawa ianya tidak mematuhi Akta 699. Peguam tertuduh merujuk perhatian Mahkamah ke atas seksyen 12 dan 13 Akta 699. [30] Mahkamah bagaimanapun mendapati bahawa hujahan tersebut tidak bermerit. Ini kerana Akta 699 adalah bersifat prosedur sahaja dan bukanlah berkaitan kebolehterimaan keterangan. Isu ini pernah diulas di dalam kes Mahmod Yary Mohammad & 2 ors v PP [2019] 1 LNS 208 yang memutuskan seperti berikut; “In this regard, we were more persuaded with the learned DPP's submission that the provisions in sections 12 and 13 of the DNA Act 2009 are procedural and not related to the issue of admissibility of such evidence. It is trite law that the court will admit evidence if it is relevant and reliable. Even blood samples taken illegally from suspects or accused persons without their consent have been held to be admissible (see Hanafi Mat Hassan v. PP [2006] 3 CLJ 269; [2006] 4 MLJ 134; see also Kuruma v. The Queen [1955] AC 197; Ramli bin kechik v. PP [1986] CLJ Rep 243; [1986] 1 CLJ 308; [1986] 2 MLJ 33). In the circumstances, we do not think the learned Judge was wrong in admitting the DNA evidence.” [31] Mahkamah telah menjalankan analisis maksima ke atas keterangan-keterangan di peringkat pendakwaan dan merumuskan bahawa di peringkat ini, keterangan yang dikemukakan memadai untuk menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan ke atas rumah tersebut dan selanjutnya ke atas dadah tersebut. [32] Sehubungan dengan itu, mahkamah berpandangan bahawa barang-barang kes tersebut berada di dalam kedudukan yang membolehkan satu inferens bahawa hanya tertuduh sahaja yang boleh berurusan dengannya serta menidakkan orang lain dari berurusan dengannya. Oleh itu, mahkamah merumuskan bahawa dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan tertuduh. [33] Selanjutnya, mahkamah perlu menimbangkan berkaitan pengetahuan tertuduh. Di dalam keterangan SP3, tertuduh dikatakan telah terkejut dan takut semasa pihak polis menjalankan serbuan. Bagi mahkamah, keterangan berkenaan reaksi OKT ini adalah relevan dan boleh diterima. [34] Keterangan-keterangan ini adalah relevan bagi menentukan pengetahuan OKT. Di dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan berkaitan pembuktian pengetahuan seperti berikut; “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge” [35] Selain itu, mahkamah turut bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa barang kes ditemui di dalam peti ais terpakai yang menunjukkan bahawa ianya cuba disorok oleh tertuduh. Ini membolehkan satu inferens bahawa ianya diletakkan sebegitu rupa kerana sememangnya tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa ia adalah dadah berbahaya yang memerlukan ianya disimpan jauh dari akses orang lain. [36] Bersandarkan kepada keterangan-keterangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah di dalam rumah tersebut adalah sebenarnya berada di dalam pemilikan tertuduh. Sama ada tertuduh mengedar dadah tersebut [37] Elemen terakhir adalah berkaitan elemen pengedaran dadah tersebut. Puan TPR telah merujuk kepada seksyen 37(da) Akta 234 iaitu satu peruntukan andaian yang berpaksikan dapatan elemen pemilikan. [38] Di dalam kes ini, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan di bawah seksyen 180(4) Akta 593 dengan membangkitkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Tengku Maimun binti Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151. [39] Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa PR telah berjaya membuktikan elemen pengedaran. Keputusan di akhir kes pendakwaan [40] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan keterangan prima facie ke atas tertuduh bagi pertuduhan yang dikenakan dan oleh itu tertuduh diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut. Kes pembelaan [41] Berdasarkan kepada seksyen 182A Akta 593, mahkamah di peringkat ini perlu menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah. Jika terbukti berdasarkan kepada kesemua keterangan bahawa tiada keraguan yang munasabah, maka tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan OKT (rujuk kes; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169). [42] Mahkamah Rayuan di dalam kes Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392 melalui penghakiman Hakim Azahar bin Mohamed HMR (pada ketika itu) telah menegaskan; “In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term all the evidence. The emphasis must be on the word all.” [43] Selanjutnya apabila mahkamah bergantung kepada anggapan statutori sepertimana di dalam kes ini, maka beban pembuktian yang tertentu, dan bukannya beban pembuktian am, akan berpindah kepada tertuduh untuk membangkang anggapan sedemikian atas imbangan kebarangkalian. Dari aspek pembelaan, ia adalah beban yang lebih berat berbanding daripada beban membangkitkan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. [44] Di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS 1455; [2014] 5 MLJ 259, Mahkamah Rayuan memutuskan: “So, the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.” Pembelaan tertuduh [45] Secara amnya, tertuduh dalam keterangannya menyatakan bahawa pada hari serbuan, rumah tersebut sedang diubahsuai dan tertuduh berada di rumah tersebut untuk memantau namun tertidur di atas kerusi. Tertuduh tidak tinggal di rumah tersebut secara tetap tetapi sebaliknya tinggal di rumah ibubapanya di No.5, Kampung Chepoh Lorong Seri Ujung. [46] Rumah tersebut adalah merupakan rumah arwah ibu tertuduh dan kini dimiliki secara bersama-sama dengan adik beradiknya termasuk SP2. Kos untuk ubahsuai rumah tersebut dikatakan telah dibahagi dan ditanggung bersama adik beradik dan SP2 memang mengetahui berkenaan ubahsuai tersebut. Malahan SP2 yang meminta tertuduh untuk memantaunya memandangkan SP2 bekerja di Bukit Kayu Hitam. [47] Menurut tertuduh, kerja ubahsuai tersebut dijalankan oleh seorang yang dikenali sebagai Boy dan seorang pembantu yang dikenali sebagai Din. Tertuduh walaubagaimanapun tidak dapat mengingati nombor telefon Boy memandangkan nombor telefon Boy disimpan di dalam telefon bimbit miliknya yang telah dirampas oleh pihak polis. Manakala bagi Din, OKT memang tidak menyimpan nombor telefonnya. [48] Pada hari kejadian, lebih kurang jam 4.00 petang, tertuduh mendakwa dia sedang tidur di bahagian depan ruang tamu di sofa iaitu di ruang sebelah meja bulat. Sebelum mula tidur, tidak ada siapa yang datang dan tertuduh telah mula tidur dalam jam 10.00 pagi atau 10.30 pagi sebelum digerakkan oleh polis. Dari masa tertuduh mula tidur sehinggalah digerakkan oleh polis, tertuduh tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tersebut. [49] Keterangan tertuduh telah kemudiannya disokong oleh SD2 yang merupakan jiran di rumah tersebut yang telah mengenali tertuduh sejak tahun 2019. SD2 yang tinggal bersama suami dan anaknya nampak tertuduh ditangkap pada hari kejadian. Ini diketahuinya apabila mendengar pihak polis memaklumkan kawan tertuduh yang berada di luar rumah. [50] Kawan tertuduh yang dimaksudkan adalah Boy dan SD2 nampak Boy dan tertuduh telah digari dan dibawa pergi oleh pihak polis. [51] SD2 mengesahkan bahawa rumah tersebut sememangnya sedang diubahsuai dan menyatakan bahawa yang menjalankan kerja ubahsuai tersebut adalah seorang yang dikenali sebagai Abang Not lebih kurang 2 minggu sebelum kejadian. SD2 mengetahui berkenaan ubahsuai ke atas rumah tersebut kerana SD2 pernah masuk ke tempat ubahsuai tersebut melalui pintu belakang rumah tersebut. Malahan kali terakhir masuk melihat ubahsuai adalah sehari sebelum kejadian tertuduh ditangkap. [52] Berkaitan Boy, menurut SD2, Boy kerap ke rumah tersebut untuk mengemasnya. Selepas kejadian tertuduh ditangkap, Boy telah datang ke rumah tersebut. Boy telah bercerita kepada suaminya apa yang berlaku pada hari kejadian di mana polis dikatakan telah meminta Boy diam dan masuk ke rumah tersebut. Pada masa itu, rumah tersebut tidak berkunci. [53] SD2 menyatakan bahawa Boy datang ke rumah menaiki basikal sepertimana kelihatan di gambar P9(1) manakala motosikal di dalam gambar tersebut adalah milik tertuduh. SD2 tidak pernah lagi bertemu dengan Boy selepas itu. Analisis di akhir kes pembelaan [54] Secara amnya, teras pembelaan tertuduh adalah berkaitan akses pihak ketiga ke atas rumah tersebut memandangkan dadah dijumpai di dalam peti sejuk sedangkan tertuduh ditangkap di ruang tamu rumah. Berdasarkan keterangan ini, peguam tertuduh menghujahkan bahawa pihak PR telah gagal di dalam membuktikan tertuduh mempunyai milikan eksklusif ke atas dadah tersebut. [55] Perhatian mahkamah ini telah dibawa kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Teck Seng & anor v PP [2018] 10 CLJ 315 serta keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Denish Madhavan [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 CLJ 209. [56] Di atas teras ini, peguam tertuduh menghujahkan bahawa beban pihak PR adalah turut termasuk untuk mengecualikan kemungkinan akses individu lain ke atas rumah tersebut secara lebih spesifik lagi, akses kepada peti ais tersebut. Ia sepertimana pemerhatian yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Denish Madhavan (supra) seperti berikut; “the cardinal point that was highlighted was no more than that, apart from proving the elements needed to constitute possession, the prosecution must also prove the element of exclusive power to deal in order to establish “possession” in criminal law WHICH MEANS that the prosecution is also duty bound to exclude the probability of the drugs being placed without the knowledge of the accused.” [57] Puan TPR di dalam hujahannya menegaskan bahawa pembelaan tertuduh tidak membawa apa-apa kesan ke atas kes PR kerana ia diselaputi oleh pemikiran terkemudian, rekaan dan pembelaan kosong. Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh Puan TPR yang akan diulas selepas ini. [58] Memulakan analisis, mahkamah mempertimbangkan terlebih dahulu hujahan peguam tertuduh berkenaan pemeriksaan balas Puan TPR ke atas OKT dan SD2. Ini kerana peguam menghujahkan bahawa pihak PR telah gagal untuk memeriksa balas tertuduh dan SD2 berkait bahagian-bahagian material pembelaan. Peguam telah membawa perhatian mahkamah kepada kes Wong Swee Chin v PP [1980] CLJU 138 serta kes PP lwn Devasivasharman Sanmuganathan & satu lagi [2023] 1 LNS 1181 dan menghujahkan bahawa ia terjumlah kepada pihak PR menerima keterangan pihak pembelaan. [59] Kedua-dua autoriti yang dirujuk oleh peguam tertuduh ini menekankan peri pentingnya suatu pemeriksaan balas. Ia termasuk pemeriksaan balas oleh pihak PR. Jika pihak PR gagal mencabar fakta-fakta material pembelaan, ia terjumlah kepada penerimaan keterangan material pembelaan. [60] Perkara yang sama pernah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Ayoromi Helen v PP [2005] 1 CLJ yang telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam kes Wong Swee Chin (supra) dan mengatakan; “This rule would apply with equal force to witnesses called by the defense as well. This is particularly so as there is a duty on the prosecution to negate defences that have been raised and the burden of proof is on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt till the end of the case. This would therefore require cross-examination of evidence given by the defense witnesses by the prosecution in order to discharge the burden it carries.” [61] Prinsip ini juga adalah prinsip yang sering digunapakai dan diterima dalam beberapa keputusan duluan seperti di dalam kes kes Yusri bin Pialmi v. Pendakwa Raya [2010] 4 CLJ 828; [2010] MLJU 535 oleh Mahkamah Persekutuan dan oleh Mahkamah Rayuan dalam Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v. Public Prosecutor [2022] CLJU 127; [2022] 1 LNS 127; [2022] 2 MLJ 512. [62] Apa yang penting yang digariskan di dalam prinsip ini adalah keperluan pihak PR untuk menyoal balas saksi-saksi di bahagian penting dalam keterangan tertuduh dan SD2. Kegagalan PR melakukan sedemikian boleh terjumlah kepada penerimaan kebenaran keterangan-keterangan tersebut. [63] Persoalannya sekarang, adakah Puan TPR telah gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Semasa prosiding, mahkamah mendapati Puan TPR telah mengemukakan pemeriksaan balas ke atas tertuduh dan SD2 berkaitan penama-penama ini. Adakah ini tidak memadai. [64] Peguam tertuduh di dalam hujahannya tidak menyatakan di bahagian mana kegagalan pemeriksaan balas tersebut dijalankan. Bagi hemat mahkamah, teras pembelaan adalah berkaitan kewujudan beberapa nama yang disebut iaitu Boy, Din dan Abang Not. Oleh itu, setiap yang berkaitan perkara ini adalah bahagian penting yang perlu diperiksa balas sesempurnanya oleh pihak PR. [65] Meneliti pemeriksaan balas yang dijalankan oleh Puan TPR, mahkamah mendapati bahawa Puan TPR telah memeriksa tertuduh dan SD2 berkaitan penama Boy serta Din. Semasa OKT diperiksa balas, Puan TPR telah bertanyakan beberapa soalan berkaitan Boy serta Din dan meletakkan kepada tertuduh bahawa kedua-dua penama ini adalah semata-mata rekaan. Manakala ke atas SD2 turut diperiksa balas berkenaan butiran Boy sehingga di satu keadaan SD2 mengakui tidak kenal siapa Boy ini. [66] Sehubungan dengan itu, mahkamah berpuashati bahawa pemeriksaan balas yang dijalankan oleh Puan TPR telah mencabar kewujudan penama Boy dan Din ini. Ia telah meletakkan pendirian pihak PR yang mempertikaikan kesahihan kewujudan kedua-dua penama ini. Oleh itu, hujahan peguam tertuduh bahawa PR menerima fakta berkaitan Boy dan Din ini adalah tersasar. [67] Teras hujahan peguam berkaitan pembelaan ini adalah pihak PR tidak berjaya membuktikan bahawa hanya tertuduh yang menghuni dan menetap di rumah tersebut. Menurut peguam tertuduh, pihak PR hanya bergantung kepada keterangan SP2 semata-mata serta P52 iaitu rakaman percakapan Sulaiman bin Saad. Peguam turut menghujahkan bahawa SP6 turut mengakui tiada keterangan kukuh yang dapat menunjukkan bahawa mana-mana individu lain mendiami rumah tersebut namun di dalam rumah tersebut terdapat pakaian dan botol air yang menunjukkan rumah tersebut mungkin didiami oleh ramai orang. [68] SP6 dihujahkan sebagai gagal untuk menjalankan siasatan sempurna apabila mengakui tidak menjalankan siasatan siapakah pemilik pakaian-pakaian, kain-kain yang tergantung serta tersadai di ruang rumah, serta beg hitam serta isi kandungnya seperti yang kelihatan di gambar P9(4) dan (5). SP6 turut dikatakan gagal untuk menyiasat keadaan rumah tersebut yang dikatakan sedang diubahsuai. Ini dikatakan telah menimbulkan tanda tanya jika dibandingkan dengan keterangan tertuduh dan SD2, secara khususnya dalam mengenepikan sebarang akses oleh orang lain terhadap rumah tersebut. [69] Persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah sama ada watak Boy dan Din yang dibangkitkan ini memberi kesan ke atas keterangan-keterangan daripada saksi-saksi PR terutama di dalam membangkitkan kewujudan watak yang dikatakan turut mempunyai akses ke atas rumah tersebut. Penelitian mahkamah ke atas pemeriksaan balas yang dijalankan ke atas SP2, SP3, SP4 dan SP6 mendapati bahawa semasa kes di peringkat pendakwaan, tiada pemeriksaan balas yang dijalankan yang membangkitkan 2 watak ini untuk diberi penjelasan oleh mereka. [70] Di samping itu, terdapat beberapa aspek di dalam pemeriksaan balas ke atas saksi-saksi pendakwaan yang turut menimbulkan persoalan jika dibandingkan dengan keterangan tertuduh di peringkat pembelaan. Pertamanya berkaitan tertuduh menyatakan bahawa dia tidak tinggal di rumah tersebut secara tetap. Perkara ini tidak pernah dibangkitkan terutamanya semasa SP2 memberi keterangan. Keterangan ini pula bercanggahan dengan SD2 yang menyatakan bahawa tertuduh tinggal di rumah tersebut secara tetap. Jika ini benar, kenapa perkara yang sama tidak dibangkitkan kepada SP2. [71] Keduanya berkaitan ubahsuai rumah serta kosnya yang kononnya ditanggung oleh adik beradik tertuduh termasuk SP2. Ini juga langsung tidak berbangkit semasa SP2 memberi keterangan. Sekali lagi mahkamah menegaskan, jika fakta ini suatu yang benar-benar berlaku, pastinya ia akan dibangkitkan semasa pemeriksaan ke atas SP2 memandangkan SP2 adalah saksi yang terbaik untuk menjelaskannya. [72] Selanjutnya berkaitan identiti penama Boy, ia langsung tidak dapat diingati oleh tertuduh terutamanya nombor telefonnya yang dikatakan disimpan di dalam telefon bimbit tertuduh yang dirampas oleh pihak polis. Namun agak pelik kerana isu berkaitan telefon bimbit dirampas tidak pernah disoal balas kepada SP3, SP4 dan SP6. Sedangkan semasa pemeriksaan utama dan disokong oleh keterangan dokumen, jelas tiada sebarang telefon bimbit yang dirampas daripada tertuduh. [73] Kedua-dua tertuduh dan SD2 juga gagal untuk memberi deskripsi jelas berkaitan penama Boy ini. Malahan keterangan SD2 bagi pandangan mahkamah adalah mencurigakan. Ini kerana ia bercanggahan apabila membangkitkan pula nama Abang Not sedangkan nama ini tidak pernah dibangkitkan oleh tertuduh di dalam keterangannya. Selain itu, keterangan SP2 berkaitan perbicangan yang kononnya berlaku di antara Boy dan suaminya juga adalah suatu keterangan dengar cakap yang tidak sewajarnya menjadi asas kepada mahkamah ini untuk berpegang dengannya. [74] Prinsip undang-undang berkaitan keterangan dengar cakap adalah mantap. Apa yang dimaksudkan sebagai keterangan dengar cakap pernah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Nanda Kumar Kunyikanan & anor v PP [2011] 8 CLJ 406 seperti berikut; “[85] What is hearsay? It is defined by Mr LMD De Silva for the Privy Council in Subramaniam v. PP [1956] 1 WLR 965 at p. 970, PC in this way: Evidence of a statement made to a witness by a person who is not himself called as a witness may or may not be hearsay. It is hearsay and inadmissible when the object of the evidence is to establish the truth of what is contained in the statement. It is not hearsay and is admissible when it is proposed to establish by the evidence, not the truth of the statement, but the fact that it was made. The fact that the statement was made, quite apart from its truth, is frequently relevant in considering the mental state and conduct thereafter of the witness or of some other person in whose presence the statement was made. ……… [95] In The Queen v. Benz And Another [1989] 168 CLR 110, at 144, Gaudron and McHugh JJ said that a strong case could be made for admitting hearsay evidence where it appears to have a high degree of reliability. [96] In Walton v. The Queen [1989] 166 CLR 283, at 293, Mason CJ said: The hearsay rule should not be applied inflexibly. When the dangers which the rule seeks to prevent are not present or are negligible in the circumstances of a given case there is no basis for a strict application of the rule. Equally, where in the view of the trial judge those dangers are outweighed by other aspects of the case lending reliability and probative value to the impugned evidence, the judge should not then exclude the evidence by a rigid and technical application of the rule against hearsay. It must be borne in mind that the dangers against which the rule is directed are often very considerable, as evidenced by the need for the rule itself.” [75] Selanjutnya mahkamah berpandangan bahawa adalah mustahil untuk seorang yang tidak jelas perwatakannya dibenarkan tinggal di dalam rumah yang dipersetujui oleh tertuduh sebagai rumah pusaka yang ditinggalkan kepada tertuduh dan adik beradiknya. Ini diperkuatkan dengan ketiadaan apa-apa keterangan secara dokumen untuk menunjukkan bahawa wujud orang lain termasuk seorang yang dikenali sebagai Boy. [76] Di dalam masa yang sama, keterangan SP5 jelas menunjukkan bahawa hanya DNA tertuduh sahaja yang wujud di dalam rumah tersebut. Tidak wujud DNA orang lain selain tertuduh. Keterangan SP5 ini walaupun diperiksa balas oleh peguam tertuduh, namun kekal tidak berubah serta terkesan. Tertuduh tidak mengemukakan apa-apa keterangan lain di peringkat pembelaan untuk mencabar keterangan SP5 dan laporannya di P36. [77] Sehubungan dengan itu, di atas pertimbangan maksimum mahkamah ke atas keterangan-keterangan di peringkat pembelaan dan ditimbal balik dengan keterangan-keterangan di peringkat pendakwaan, mahkamah yakin bahawa watak-watak yang dibangkitkan oleh tertuduh adalah rekaan semata-mata. Ia tidak wujud pun sebaliknya diwujudkan untuk melepaskan tertuduh semata-mata. [78] Mahkamah turut mempertimbangkan hujahan peguam tertuduh berkaitan kewujudan bahagian rumah tersebut yang sedang diubahsuai. Fakta ini tidak dipertikaikan oleh pihak PR kerana ternyata keterangan tertuduh serta SD2 berkaitan perkara ini termasuk kewujudan sebuah pintu yang dikatakan boleh diakses tidak dipersoalkan. Menurut hujahan peguam tertuduh, SP6 dikatakan telah gagal untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil gambar yang boleh membantu mahkamah ini. SP6 juga dihujahkan sebagai gagal untuk menjalankan siasatan berkaitan kontraktor yang menjalankan ubahsuai tersebut yang berkemungkinan adalah Boy, Din atau Abang Not. [79] Bagi mahkamah ia berbalik kepada asas pembelaan tertuduh berkaitan kewujudan akses oleh pihak ketiga sama ada oleh Boy, Din atau Abang Not. Ia sepertimana yang telah diulas oleh mahkamah di awal penghakiman peringkat pembelaan bahawa watak-watak yang dibangkitkan oleh tertuduh adalah rekaan semata-mata. Walaupun siasatan SP6 mungkin tidak lengkap, namun keterangan kes ini dengan jelas menunjukkan bahawa hanya tertuduh seorang sahaja yang mempunyai kawalan ke atas rumah tersebut termasuk ke atas peti sejuk di mana dadah-dadah ditemui. [80] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam tertuduh bahawa jika siasatan-siasatan lanjut dijalankan ia mungkin membantu mahkamah di dalam menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan dengan lebih jelas. Namun fungsi mahkamah bukanlah sebat juruaudit kepada siasatan dan menentukan apakah bentuk siasatan yang lebih wajar dijalankan. Fungsi mahkamah adalah menentukan di dalam penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan, sama ada satu kes tanpa keraguan telah dibuktikan. Keputusan di akhir kes [81] Di atas premis ini, mahkamah merumuskan bahawa berdasarkan penilaian maksima mahkamah ke atas keseluruhan keterangan, tertuduh gagal membangkitkan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. Tertuduh turut gagal memberi penjelasan berkaitan andaian pengetahuan yang telah dibuat oleh mahkamah di akhir kes pendakwaan. [82] Sehubungan dengan itu, mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan satu kes tanpa keraguan munasabah ke atas tertuduh. Tertuduh dengan ini disabitkan ke atas kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan kepadanya. Hukuman [83] Peguam tertuduh telah memohon mahkamah untuk tidak mengenakan hukuman mati dan menyatakan bagi pihak tertuduh perkara-perkara berikut: a) tertuduh adalah seorang buruh ketika kejadian; b) tertuduh telah bercerai dan mempunyai seorang anak berumur 19 tahun; c) tertuduh turut menanggung bapanya; dan d) ini kesalahan tertuduh kali pertama. [84] Tertuduh turut tidak boleh dikenakan hukuman sebatan memandangkan umurnya sudah mencapai 51 tahun. [85] Puan TPR seperti kebiasaannya telah menegaskan bahawa mahkamah perlu menjatuhkan hukuman bagi menunjukkan ketegasan mahkamah dengan memberi pertimbangan utama ke atas kepentingan awam. Walaubagaimanapun, bagi pihak PR, tiada desakan dikemukakan oleh Puan TPR bagi mahkamah ini mengenakan hukuman mati. [86] Menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 telah dipinda iaitu hendaklah dihukum apabila disabitkan dengan mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [87] Bagi maksud tersebut, mahkamah telah menimbangkan bahawa ini kesalahan pertama tertuduh dan oleh itu wajar tertuduh diberi peluang kedua. Keterangan kes turut menunjukkan bahawa kes ini tidak melibatkan keterangan secara langsung pengedaran namun sebaliknya berdasarkan andaian pengedaran. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam tertuduh agar tertuduh diberi pertimbangan untuk tidak dikenakan hukuman mati. [88] Mahkamah menegaskan betapa tertuduh sangat bernasib baik apabila hanya dihakimi selepas Akta 846 berkuatkuasa di mana hukuman sudah berubah dan mahkamah mempunyai pilihan di dalam menjatuhkan hukuman. [89] Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Bertarikh: 29hb. April 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzaman Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Jayaraj a/l Thurairaj Nur Shafiqah binti Zainudin Tetuan T. Jayaraj & Co. Peguambela & Peguamcara Suite B, No.49, Tingkat Satu Jalan Cempaka ½ Persiaran Cempaka 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Bicara : 12hb. Februari, 2025 Tarikh Keputusan : 24hb. Mac, 2025 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Keterangan 1950 ➢ Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009 ➢ Kanun Prosedur Jenayah ➢ Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 ➢ PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 ➢ Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237 ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 ➢ Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870 ➢ Mahazir bin Md Salleh v PR [2017] MLJU 1978 ➢ Abdullah Zawawi v. PP [1985] CLJ Rep 19; [1985] 2 MLJ 16 ➢ Mahazir bin Md Salleh (supra) ➢ Mahmod Yary Mohammad & 2 ors v PP [2019] 1 LNS 208 ➢ Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717 ➢ Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 ➢ Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 ➢ Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169 ➢ Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392 ➢ PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89 ➢ Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS 1455; [2014] 5 MLJ 259 ➢ Tan Teck Seng & anor v PP [2018] 10 CLJ 315 ➢ PP v Denish Madhavan [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 CLJ 209 ➢ PP v Denish Madhavan (supra) ➢ Wong Swee Chin v PP [1980] CLJU 138 ➢ PP lwn Devasivasharman Sanmuganathan & satu lagi [2023] 1 LNS 1181 ➢ Ayoromi Helen v PP [2005] 1 CLJ ➢ Wong Swee Chin (supra) ➢ Yusri bin Pialmi v. Pendakwa Raya [2010] 4 CLJ 828; [2010] MLJU 535 ➢ Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v. Public Prosecutor [2022] CLJU 127; [2022] 1 LNS 127; [2022] 2 MLJ 512 ➢ Nanda Kumar Kunyikanan & anor v PP [2011] 8 CLJ 406 ➢ Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 ➢ DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.