Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83-209-03/2024 PENDAKWA RAYA LWN MOHAMAD JEFFNY BIN JOHARI (NO. K/P: 810822-02-5165)
KA-83-209-03/2024
Magistrates Court of Malaysia29 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“9. Manakala di dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263 (HC), YA Suffian telah membincangkan dengan analogi mengenai prosedur di dalam menilai sesuatu keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan seterusnya membuat keputusan di akhir kes pembelaan i”
“46. Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontra Ambross Anthony v PP [1996] CLJ 705 di mana Edger Joseph Jr HMP berkata: “speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a”
“52. Mahkamah ini, dalam menjatuhkan hukuman, merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83-209-03/2024 PENDAKWA RAYA LWN MOHAMAD JEFFNY BIN JOHARI (NO. K/P: 810822-02-5165)
1
PENDAHULUAN OKT di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan. OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
2
Pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 27/02/2024 jam lebih kurang jam 3.00 petang, bertempat di kawasan Flamingo and Restaurant, Jalan Tunku Habsah, Alor Setar di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Mohammad Fakrol Azri bin Ahmad Farae, No. K/P: 961028-02-5553. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan.
3
Perbicaraan penuh telah dijalankan dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT. Di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri. OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA kandang saksi dan tidak mempunyai saksi lain. Di akhir kes peringkat pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT bersalah dan disabitkan atas pertuduhan serta menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dari tarikh sabitan.
4
Terkilan dengan keputusan tersebut, OKT telah tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman manakala pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke atas hukuman tersebut.
5
PERUNTUKAN DAN PRINSIP UNDANG-UNDANG Autoriti bagi beban pembuktian di akhir kes pendakwaan dapat dirujuk pada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dan juga prinsip yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11 Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.
6
Selanjutnya, kes Balachandran juga memutuskan bahawa: The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
7
Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan: “It is therefore follows that there is only once exercise that a judge sitting along under Section 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accused would be entitled to an acquittal”
8
Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerima pakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut:
i
the close of Prosecution’s case, subject to the evidence led by the Prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits two or more inferences, the draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question, IF I now call the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “YES” the defence should be called. S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA If the answer is “NO” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) After the defence is called, the accused elects to remain silent, the convict;
IV
(iv) After defence is called, the accused elect to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] 1 MLJ 263.
9
Manakala di dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263 (HC), YA Suffian telah membincangkan dengan analogi mengenai prosedur di dalam menilai sesuatu keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan seterusnya membuat keputusan di akhir kes pembelaan iaitu: “The position may be conveniently stated as follows: -
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt.
b
(b)If you accept or believe the accused’s explanation
c
If you do not accept or believe the accused explanation. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
e
If you do not accept or believe the accused explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
10
Keraguan munasabah ditakrifkan Mahkamah seperti di dalam kes PP v Saimin [1971] 2 MLJ 16 memutuskan seperti berikut: - “It is not possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA charge. “It has again been said that “reasonable doubt” is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.”
11
INTIPATI PERTUDUHAN Intipati yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan adalah: i. OKT menyebabkan cedera kepada SP2; ii. Kecederaan tersebut adalah kecederaan parah sepertimana dalam definisi seksyen 320 Kanun Keseksaan; iii. OKT mengetahui bahawa dia akan menyebabkan cedera parah kepada SP2; dan iv. Perbuatan OKT tersebut dibuat dengan sengaja. Seksyen 320 Kanun Keseksaan menyatakan hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan ‘parah’: a) Hilang tenaga kelakina; b) Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata; c) Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga; d) Hilang sesuatu anggota atau sendi; e) Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi; f) Cacat selama-lamanya kepala atau muka; g) Patah atau retak tulang atau selisih sendi; h) Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama sepuluh hari.
12
FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN OKT dan mangsa di dalam kes ini iaitu SP2 merupakan rakan sekerja yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di Kelab Flamingo. Pada 27.2.2024 jam lebih kurang 3 petang, semasa SP2 berada di tempat kerja sedang bersiap memakai baju kerja, SP2 telah dipanggil oleh OKT. SP2 telah pergi kepada OKT dan bertanyakan kepada OKT kenapa. OKT mengatakan tidak ada apa-apa dan hanya mahu bersembang. Namun, setelah SP2 memusingkan badannya, OKT telah datang dari arah belakang dan terus memukul SP2 secara berterusan dengan cara menumbuk dan menendang SP2 berkali-kali di bahagian kepala dan badan SP2.
13
SP2 menahan pukulan OKT dan telah terjatuh. SP2 cuba untuk bangun dan menahan tangannya di atas tanah dan OKT telah menendang tangan kiri SP2. SP2 telah berkata sakit-sakit namun SP2 masih terus memukul dan menendang SP2. Kemudian, OKT telah pergi ke kenderaanya dan mengambil besi pembuka tayar. Setelah itu, OKT telah bertindak mengejar SP2 dengan membawa besi pembuka tayar tersebut. OKT juga telah mengetuk kereta milik SP2 dengan menggunakan besi pembuka tayar tersebut dan masih mengejar SP2. SP2 telah bersembunyi di sebuah kedai makan Cina.
14
Kemudian SP2 telah membawa kenderannya pulang ke rumah dan meminta bantuan ayahnya untuk membawanya ke hospital. SP2 telah pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati SP2 mengalami patah yang berpecah-pecah pada tulang radius ulna tangan kiri serta kesan bengkak pada bahagian belakang kepala.
15
SP2 telah ditawarkan pembedahan namun SP2 menolak kerana masalah kewangan dan telah pulang ke rumah atas risiko sendiri. Pada ketika itu tangan SP2 di simen dan SP2 diberikan ubat tahan sakit. Keesokan hari nya, SP2 telah S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA pergi semula ke hospital kerana sakit. SP2 telah bersetuju untuk melakukan pembedahan kerana dapat bantuan daripada SOCSO.
16
Pada 9.3.2024, SP2 telah masuk ke wad. SP2 menjalani pembedahan dengan memasukkan besi pada tulang ulna tangan kiri pada 10.3.2024 dan telah dibenarkan keluar wad pada 11.3.2024. SP2 menyatakan setelah pulang dari hospital, SP2 tidak dapat bekerja. Pada 27.5.2024, SP3 mengesahkan tulang yang patah tersebut telah bersambung dan SP2 telah discaj daripada menerima rawatan.
17
SP2 menyatakan kejadian tersebut berlaku kerana OKT telah menuduhnya mencalarkan kereta OKT pada 19.2.2024. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Isu – Sama ada OKT menyebabkan cedera kepada SP2?
18
Berdasarkan keterangan SP2, setelah SP2 pergi kepada OKT apabila dipanggil oleh OKT, SP2 telah berpusing dengan membelakangi OKT, OKT telah datang dari arah belakang dan memukul SP2 dengan menyepak dan menumbuk SP2 bertubi-tubi. OKT telah menumbuk di bahagian kepada dan menyepak di bahagian badan SP2. SP2 telah jatuh dan cuba bangun dengan menahan tangannya di atas tanah, OKT telah bertindak menendang tangan kirinya. SP2 telah memaklumkan bahawa beliau sakit namun OKT tetap terus memukul dan menendang SP2.
19
Keterangan SP2 ini telah disokong dan konsisten sebagaimana laporan polis (P4) yang dibuat oleh SP2 sendiri. Selain itu, laporan perubatan SP2 (P4) pada bahagian sejarah juga menceritakan perkara yang sama. SP1 yang merawat SP2 di bahagian kecemasan juga telah menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian yang berlaku. Maklumat ini dapat dilihat pada laporan polis P10.
20
Laporan Polis P4 yang dibuat SP2, laporan polis P10 yang dibuat SP1, bahagian sejarah pesakit pada laporan perubatan adalah konsisten dengan keterangan SP2 yang menyatakan bahawa SP2 telah dipukul oleh OKT dan ini mengesahkan bahawa kecederaan tersebut adalah disebabkan perbuatan OKT. SP2 juga telah pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada hari yang sama sejurus kejadian.
21
Selain kecederaan patah tulang radius ulna, SP1 juga mengesahkan SP2 mengalami kecederaan bengkak di bahagian belakang kepala. Keterangan ini konsisten dengan keterangan SP2 yang menyatakan OKT telah menumbuk di bahagian kepala dari arah belakang.
22
Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan rakaman CCTV di tempat kejadian terutamanya rakaman CCTV P9C yang telah menunjukkan bahawa OKT telah memukul dan menendang SP2. Rakaman CCTV ini telah dikemukakan dan diterima masuk oleh Mahkamah sebagai keterangan melalui SP4 yang merupakan eksekutif kelab di tempat kejadian yang mempunyai akses dan kawalan ke atas CCTV.
23
Berdasarkan keterangan-keterangan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan di mahkamah ini, mahkamah ini mendapati bahawa tiada fakta lain yang dapat menyangkal bahawa kecederaan tersebut bukan disebabkan oleh perbuatan OKT. Isu – Sama ada kecederaan yang dialami olah SP2 tersebut adalah kecederaan parah?
24
Bagi definisi cedera parah, mahkamah ini merujuk kepada seksyen 320 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan:
320
Cedera Parah Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan ‘parah’: S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA a) Hilang tenaga kelakian; b) Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata; c) Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga; d) Hilang sesuatu anggota atau sendi; e) Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi; f) Cacat selama-lamanya kepala atau muka; g) Patah atau retak tulang atau selisih sendi; h) Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama sepuluh hari.
25
Seksyen 320(g) Kanun Keseksaan adalah jelas menyatakan bahawa patah atau retak tulang adalah cedera parah. SP1 yang merawat SP2 di bahagian kecemasan mengesahkan SP2 mengalami ‘closed comminuted fracture distal end left radius’ dan ‘soft tissue injury over occipital region’ yang bermaksud tulang radius ulna di pergelangan tangan kiri patah yang berpecah-pecah serta kesan bengkak pada bahagian belakang kepala.
26
Manakala SP3, pakar bahagian ortopedik, yang pernah melihat pesakit sekali setelah pembedahan, mengesahkan berdasarkan rekod-rekod perubatan SP2, SP2 mengalami ‘closed comminuted fracture distal end left radius’. SP3 mengesahkan SP2 telah menjalani pembedahan memasukkan besi di dalam tangan kirinya dan telah dilepaskan dari menerima rawatan pada 27.5.2024 kerana tulang tersebut telah bersambung.
27
Pihak peguam bela telah membangkitkan isu bahawa terdapatnya percanggahan keterangan berkenaan doktor-doktor yang merawat SP2 iaitu melibatkan Doktor Amirul, Doktor Ong dan Doktor Wong. SP1 Doktor yang merawat SP2 semasa di bahagian kecemasan menyatakan terdapat penglibatan Doktor Amirul dari bahagian Ortopedik semasa pemeriksaan SP1 ke atas SP2. Manakala SP3, pakar bahagian Ortopedik menyatakan tidak melihat nama Doktor Amirul dalam rekod-rekod perubatan SP2 yang dilihatnya S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA dan menyatakan peranan Doktor Ong yang menjalankan pembedahan dan Doktor Wong adalah doktor on call yang membuat cadangan untuk pembedahan kepada SP2. Pegawai penyiasat, SP5 pula menyatakan hanya mengambil rakaman percakapan Doktor Alia kerana SP2 tidak memberitahu tahu mengenai penglibatan doktor lain. SP5 tidak mempunyai pengetahuan tentang Doktor Amirul, Doktor Ong dan Doktor Wong.
28
Mahkamah ini mengambil maklum proses rawatan di hospital kerajaan melibatkan ramai doktor yang akan merawat seorang pesakit, ini juga telah disahkan sendiri oleh SP3. Percanggahan keterangan ini tidak mengganggu gugat dapatan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP2 adalah ‘closed comminuted fracture distal end left radius’ dan ‘soft tissue injury over occipital region’ yang mana telah disahkan oleh SP1 dan SP3 tanpa sebarang keraguan.
29
Selain itu, pihak peguam bela juga telah berhujah bahahawa kecederaan yang dialami oleh SP2 adalah tidak serius sebagaimana keterangan SP1 dan SP3. Peguam berhujah bahawa SP2 dalam keadaan sedar dan stabil serta dirawat di zon hijau. SP2 telah pergi ke hospital sendiri berjalan kaki dan tidak memerlukan apa-apa bantuan. SP2 juga hanya dibekalkan dengan ubat tahan sakit biasa. Malah, perbuatan SP2 yang memilih untuk discaj atas risiko sendiri dan pembedahan juga adalah satu bentuk pilihan serta kepatahan tersebut boleh sembuh dengan simen sahaja. Maka, kecederaan yang dialami SP2 bukanlah kecederaan parah.
30
Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan pakar adalah satu bentuk pendapat sama ada kecederaan tersebut serius atau tidak, parah atau tidak. Seksyen 320 Kanun Keseksaan adalah jelas bahawa kecederaan patah tulang adalah dikategorikan sebagai kecederaan parah.
31
Mahkamah ini melihat kepatahan tersebut adalah pada bahagian tangan, maka sudah semestinya SP2 mampu untuk berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda. Mahkamah ini juga merujuk kepada keterangan daripada SP1 dan laporan perubatan (P1) yang menyatakan pergerakan pergelangan kiri dan S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA tangan terhad disebabkan oleh sakit. Keterangan SP2 menyatakan selepas pembedahan SP2 tidak buat kerja lagi.
32
Mahkamah ini memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP2 yang disahkan oleh SP1 dan SP3 iaitu ‘closed comminuted fracture distal end left radius’ adalah kecederaan parah sebagaimana didefinisikan di bawah seksyen 320(g) Kanun Keseksaan. Isu – sama ada OKT dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada SP2?
33
Penjelasan dengan sengaja menyebabkan cedera parah dapat dilihat kepada peruntukan seksyen 322 Kanun keseksaan.
322
Dengan sengaja menyebabkan cedera parah. Barang siapa dengan sengaja menyebabkan cedera, jika cedera yang dia bermaksud hendak menyebabkan atau dia ketahui mungkin menyebabkan cedera parah, dan jika cedera yang dia sebabkan itu ialah cedera parah, adalah dikatakan "dengan sengaja menyebabkan cedera parah". Huraian —Seseorang tidaklah dikatakan dengan sengaja menyebabkan cedera parah melainkan jika dia menyebabkan cedera parah serta bermaksud hendak menyebabkan atau dia ketahui mungkin menyebabkan cedera parah. Tetapi dia adalah dikatakan dengan sengaja menyebabkan cedera parah jika, bermaksud hendak menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan satu jenis cedera parah, ia sebetulnya menyebabkan cedera parah jenis yang lain. MISALAN A, yang bermaksud atau ketahui mungkin mencacatkan selama-lamanya muka Z, mengenakan suatu pukulan yang tidak mencacatkan selama-lamanya muka Z, akan tetapi menyebabkan Z menderita kesakitan tubuh yang amat sangat selama sepuluh hari. A telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah.
34
Berkenaan elemen pengetahuan, mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 yang menyatakan seperti berikut: “Knowledge refers to a mental state of awareness of a fact. Since courts cannot penetrate the mind of an accused and thereafter state its perceptions with certainty, resort to other evidence is necessary. Animus possidendi, as a state of mind, may be determined on a case-to-case basis by taking into consideration the surrounding circumstances. (See Ong Ah Chuan v P.P [1981] 1 MLJ 64; P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; Surentheran Selvaraja v P.P [2005] 2 CLJ 264].”
35
Bagi membuktikan elemen OKT dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah pada SP2, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT bermaksud hendak menyebabkan cedera parah atau OKT mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan cedera parah ke atas SP2.
36
Bagi elemen ini, mahkamah ini melihat kepada siri perbuatan OKT yang mana OKT telah bertubi-tubi memukul SP2 iaitu dengan menumbuk di bahagian kepala dan menendang di bahagian badan sehingga SP2 terjatuh. Kemudian SP2 cuba bangun, namun OKT masih memukul dan menyepak tangan kiri OKT. SP2 telah berkata bahawa beliau sakit tetapi OKT tetap masih memukul SP2. Kemudian selepas kejadian tersebut, OKT masih mengejar SP2 dengan membawa besi pembuka tayar dan SP2 telah bersembunyi di kedai makan.
37
Perbuatan OKT ini jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai niat dan dengan sengaja ingin menyebabkan kecederaan parah kepada SP2. Perbuatan OKT ini juga jelas bahawa OKT mengetahui bahawa perbuatannya itu akan menyebabkan cedera parah kepada SP2. S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA Dapatan mahkamah di akhir kes pendakwaan.
38
Mahkamah setelah mempertimbangkan dan meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan membuat penilaian maksima telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie kes di mana elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan. Mahkamah seterusnya telah mengarahkan OKT untuk membela diri. OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan OKT tidak mepunyai saksi lain.
39
Mahkamah mendapati bahawa versi pembelaan OKT adalah pada tarikh masa dan tempat sebagaimana pertuduhan, OKT telah memanggil SP2 untuk bertanyakan berkenaan kejadian calar kereta yang berlaku. SP2 telah pergi kepada OKT dan semasa perbualan antara OKT dan SP2, SP2 telah membuat pengakuan bahawa bukan SP2 sahaja yang mencalarkan kereta OKT namun terdapat orang lain juga. Akibat daripada pengakuan SP2 tersebut, OKT telah berasa marah dan bertindak menumbuk di bahagian muka namun SP2 telah mengelak dan terkena bahu. Kemudian OKT juga ada menendang SP2.
40
Kemudian, SP2 lari dan OKT mengejar SP2. SP2 ada terjatuh. Kemudian OKT ada berbincang dengan SP2 di garaj hadapan office dan OKT bertanya sama ada SP2 ada mengalami kecederaan, sekiranya ada OKT mahu membawa ke klinik namun SP2 menjawab beliau Ok sahaja. OKT menafikan ada niat untuk menyebabkan kecederaan parah pada SP2.
41
Semasa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dan dirujuk dengan rakaman cctv P9C, OKT bersetuju bahawa individu di dalam rakaman video tersebut adalah OKT dan SP2. OKT bersetuju bahawa rakaman cctv tersebut melihatkan bahawa OKT telah menumbuk dan menendang SP2 dan SP2 terjatuh. Semasa SP2 jatuh, OKT masih lagi memukul SP2 bertalu-talu.
42
Mahkamah ini mendapati keterangan OKT adalah bertukar-tukar. Pada awalnya OKT mengatakan SP2 telah melarikan diri dan dikejar oleh OKT, kemudian OKT menafikan mengejar SP2 tetapi memanggil SP2 untuk berbincang semula. Begitu juga pada awalnya OKT menafikan terus memukul SP2 setelah SP2 jatuh. Namun, setelah di mainkan rakaman CCTV (P9C), OKT mengakui ada memukul SP2 berkali-kali setelah SP2 jatuh. OKT menafikan berkali-kali apabila disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya bahawa OKT telah menendang SP2 di bahagian tangan semasa SP2 jatuh. Namun penelitian mahkamah pada rakaman CCTV (P9C) adalah kelihatan pada rakaman tersebut OKT ada menendang beberapa kali semasa SP2 jatuh.
43
Mahkamah setelah meneliti keterangan OKT mendapati keterangan OKT adalah sukar dipercayai, bersifat penafian dan rekaan semata. Keterangan OKT berkenaan kejadian semasa pemeriksaan utama adalah berlainan semasa pemeriksaan balas apabila dirujuk kepada rakaman CCTV.
44
Selain itu, mahkamah ini mendapati bahawa fakta versi pembelaan iaitu OKT telah diprovok oleh SP2 berkenaan pengakuannya yang telah mencalarkan kereta OKT, fakta mengenai SP2 terjatuh dan OKT telah bertanyakan SP2 sama ada SP2 cedera dan mahu dibawa ke klinik, tidak pada bila-bila masa fakta-fakta ini diletakkan pada saksi-saksi pendakwaan terutamanya kepada SP2 sendiri. Versi pembelaan ini hanya timbul semasa OKT memberi keterangan di mahkamah. Malah semasa pemeriksaan balas terhadap SP2, pihak pembelaan sendiri telah mencadangkan bahawa keterangan SP2 bahawa OKT memukulnya kerana SP2 menoreh kereta OKT adalah rekaan semata.
45
Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan mempunyai obligasi untuk meletakkan fakta pembelaan ini kepada saksi-saksi pendakwaan dari awal peringkat pendakwaan supaya mahkamah ini dapat membuat penilaian sepenuhnya atas fakta versi pembelaan. Kegagalan pihak pembelaan ini telah menjurus kepada pembelaan yang bersifat penafian semata-mata.
46
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontra Ambross Anthony v PP [1996] CLJ 705 di mana Edger Joseph Jr HMP berkata: “speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, it is to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, the defence is a recent invention in other words, ‘ keep up its sleeve’, as it were-and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock thus detracting from the weight to be accorded to be defence.”
47
Setelah mempertimbangkan keseluruhan kes, keterangan kesemua saksi-saksi, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan.
48
ALASAN-ALASAN BAGI HUKUMAN YANG DIJATUHKAN Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman telah mempertimbangkan hujahan mitigasi daripada OKT dan juga hujahan pemberatan daripada timbalan pendakwa raya.
49
Pihak pembelaan telah membuat rayuan berdasarkan latar belakang OKT yang berusia 44 tahun, seorang duda yang kematian isteri. OKT berkerja sebagai pengawal keselamatan secara sambilan, OKT hanya dipanggil apabila terdapat shift dengan pendapatan sangat minima. OKT juga menanggung ibu yang lanjut usia berumur 70 tahun yang telah kematian suami pada 14.10.2024. OKT adalah individu yang menjaga dan mengurus hal ehwal ibu yang uzur dan mengalami masalah penglihatan dan bergantung sepenuhnya kepada OKT untuk urusan harian. OKT juga mempunyai seorang anak perempuan usia 21 tahun yang menuntut di UUM di peringkat ijazah sarjana muda. Anak ini masih S/N VlX8781YkmxKugbhgdDvA di bawah tanggungan OKT dan anak ini tidak ada tempat lain selain OKT dan datuk juga telah meninggal. Anak ini ada penyakit asthma yang kronik dan sering dimasukkan ke wad kerana asthma dan seorang berisiko untuk masalah paru-paru.
50
Peguam bela juga telah berhujah bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT dan juga mohon mahkamah ini mengambil kira keterangan SP1 dan SP3 yang menyatakan bahawa kecederaan yang dialami SP2 adakah tidak serius. SP2 masih stabil dan di rawat di zon hijau semasa kejadian. Peguam bela juga mohon mahkamah mengambil kira kejadian berlaku kerana dakwaan SP2 telah mencalarkan kereta OKT.
51
Manakala pihak pendakwaan telah menghujahkan kecederaan yang dialami SP2 adalah kecederaan parah sebagaimana yang didefinisikan seksyen 320 Kanun Keseksaan. Akibat dari kecederaan parah yang dialami SP2, SP2 tidak dapat lakukan kerja berat dan menyebabkan kesan jangka panjang pada kehidupan harian. Selepas rawatan pertama SP2 telah pulang ke rumah dahulu kerana menyelesaikan tuntutan dengan socso dan ini menunjukkan SP2 memerlukan bantuan tambahan untuk rawatan. Apabila dicederakan tertuduh, mangsa sukar dapat pekerjaan menyebabkan kesulitan kepada SP2. Pihak pendakwaan juga memohon agar mahkamah ini mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan OKT sendiri. Kesalahan yang dilakukan adalah keganasan yang bagi implikasi serius kepada orang awam, hukuman tegas diperlukan supaya kesalahan ini tidak berulang dan menjadi contoh kepada masyarakat.
52
Mahkamah ini, dalam menjatuhkan hukuman, merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
(a)the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
(b)the circumstances in which it was committed;
c
(c)the rampancy of such offence in the area;
d
(d)the offender’s previous record;
e
(e)the offender’s contribution and support to his family members;
f
(f)the offenders means;
g
(g)the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
(h)the age and health of the accused;
i
(i)whether it is his first offence;
j
(j)whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
(k)whether the accused had pleaded guilty;
l
(l)status of the accused;
m
(m)whether there was violence during the crime; and
n
(n)public interest, etc.
53
Mahkamah ini juga memberikan penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan OKT sendiri. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes, Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest... ’
54
Mahkamah ini setelah mempertimbangkan hujahan daripada pihak-pihak memutuskan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT iaitu penjara 24 bulan dari tarikh sabitan.
55
KESIMPULAN Atas alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah berlandaskan undang-undang, setimpal dan wajar. Bertarikh 1 Mac 2026 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya Nur Huda Diyanah binti Amir Hamzah, TPR Vatchira Wong Rui Fern Bagi Pihak Tertuduh Mohd Khairul Hafizuddin Bin Ramli, Ilyana Syafiqa binti Md Saad (Tetuan Khairul Hafizuddin & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.