Content
1 MALAYSIA 5 DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DALAM DAERAH KLANG DALAM PERKARA KES JENAYAH NO: BL-62JSK-51-05/2025 ANTARA 10 PENDAKWA RAYA LAWAN 15 MOHAMAD KAMARUL IRWAN BIN ISMAIL (NO.KP: 950616-03-6167) 20 ALASAN PENGHAKIMAN 25 PENDAHULUAN 5 Orang Kena Tuduh (OKT) Mohamad Kamarul Irwan bin Ismail telah dituduh di hadapan Mahkamah ini buat pertama kalinya pada tarikh 2 Mei, 2025 bagi suatu pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang berbunyi seperti berikut: 10 “Bahawa kamu pada 24.4.2025 jam lebih kurang 7.30 pagi, bertempat di dalam tandas Masjid Ar Rahman beralamat di Jalan Pandamaran Jaya 63, Kawasan 10 Pelabuhan Klang, dalam Daerah Klang, dalam Negeri Selangor, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang 15 kanak-kanak perempuan bernama Chempaka Nur Adrianna binti Nor Kamarul Nizam (No.KP: 110430-10-0990) yang berumur 13 tahun dengan cara mencium bibir kanak-kanak tersebut bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Kanak- 20 Kanak 2017” HUKUMAN Bagi seseorang OKT yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan 25 di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah adalah penjara untuk tempoh tidak lebih dua puluh (20) tahun dan turut dikenakan sebatan. Tiada jumlah minima ditetapkan bagi kedua-dua hukuman terbabit. Selanjutnya, seksyen 26 turut memperuntukkan 30 bahawa mahkamah, sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman 5 boleh memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap OKT. Seksyen 27 pula memperuntukkan berkenaan dengan perintah pengawasan polis terhadap OKT setelah selesai menjalani hukuman pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun dan tidak lebih daripada tiga (3) tahun. 10 Setelah berpuashati bahawa OKT telah benar-benar memahami sebab dan akibat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan di atas, mengakui benar akan fakta kes yang dibacakan oleh juru bahasa Mahkamah serta eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh Timbalan 15 Pendakwa Raya, mendengar rayuan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, hukuman enam (6) tahun penjara dari tarikh tangkapan (29 April 2025) dan satu kali sebatan. Selanjutnya, OKT telah diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan selama tempoh pemenjaraan di bawah seksyen 26 dan kemudiannya diletakkan di bawah 20 pengawasan polis selama dua (2) tahun setelah selesai menjalani hukuman pemenjaraan. Di dalam menjatuhkan hukuman tersebut, Mahkamah telah mengambilkira faktor-faktor berikut: 25 30 Pengakuan bersalah 5 OKT telah menukar pengakuan kepada mengaku bersalah terhadap pertuduhan di atas semasa tarikh sebutan kali keempat bagi lantikan peguam bela pada tarikh 11 November, 2025. 10 Pengakuan bersalah OKT ini telah diambilkira sebagai salah satu faktor peringanan semasa menjatuhkan hukuman ke atas OKT seperti mana yang telah digariskan di dalam otoriti-otoriti kes terdahulu. Yang Arif Hakim Visu Sinnadurai (pada masa itu) dalam kes Public 15 Prosecutor v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47 telah memutuskan bahawa: “It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused 20 admits his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial...” Mahkamah Agung di dalam kes Mohammad Abdullah Ang Swee Kang v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167 telah memutuskan bahawa bagi Orang Kena Tuduh yang telah mengaku bersalah, diskaun sekitar 25 satu perempat atau satu pertiga wajar dipertimbangkan. Mohamad Azmi SCJ (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut: “It is generally accepted that the extent of the reduction on account 5 of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence”. Selanjutnya, turut diputuskan bahawa diskaun yang berhak diterima oleh OKT bukanlah daripada jumlah maksima hukuman yang boleh 10 dikenakan ke atasnya iaitu 20 tahun penjara bagi kes ini. Sebaliknya, ia adalah diskaun daripada hukuman yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah ke atas OKT tersebut sekiranya OKT meminta dibicarakan dan telah didapati bersalah selepas suatu perbicaraan penuh. Ini adalah seperti mana yang diputuskan oleh Cumming-Bruce LJ di dalam kes R v Boyd 15