Content
Page 1 of 15 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH NO: PB-41S-3-10/2021 ANTARA MOHAMAD NAJMI BIN MOHD REJAB DAN PENDAKWA RAYA ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan oleh Mohamad Najmi bin Mohd Rejab hanya terhadap perintah sabitan yang diberikan oleh Majistret pada 27.7.2021. [2] Setelah mendengar rayuan ini, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan. Selanjutnya hukuman yang dikenakan oleh Majistret tersebut dikekalkan. Berikut adalah alasan untuk keputusan tersebut. Page 2 of 15 Kes Pendakwaan [3] Pertuduhan terhadap Perayu seperti berikut: - awa kamu pada 18/7/2018 jam lebih kurang 2.30 pagi di Jalan Perai Jaya dalam Daerah Seberang Perai Tengah dalam Negeri Pulau Pinang, telah didapati ada dalam milikan kamu dadah-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 5.81 gram. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. [4] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 3 orang saksi untuk membuktikan kes pendakwaan. Fakta kes adalah sepertimana yang dihuraikan oleh Majistret di dalam Alasan Penghakimannya. [5] Pada 18 Julai 2018 jam lebih kurang 2.30 pagi, SP1 bersama anggota polis dari Balai Polis Perai telah menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah. [6] Apabila sampai di Jalan Perai Jaya, SP1 bersama anggota telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha Y150Z nombor pendaftaran TBX 3077 yang dinaiki oleh satu lelaki Melayu. [7] SP1 telah perkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa dan meminta lelaki Melayu tersebut mengemukakan pengenalan diri. Butir pengenalan diri lelaki tersebut adalah Mohamad Najmi bin Mohd Rejab (950417-08-6479) iaitu tertuduh/perayu dalam kes ini. Page 3 of 15 [8] SP1 telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap tertuduh dan hadapan sebelah kiri seluar jeans berwarna biru jenama Hanzo yang dipakai olehnya. [9] SP1 telah memeriksa kandungan kotak Eclipse tersebut dan menjumpai item-item berikut: - a. Satu paket plastik lutsinar mengandungi 10 biji pil berwarna merah jambu dengan anggaran berat 3.3 gram; b. satu paket plastik lutsinar mengandungi 10 biji pil berwarna merah jambu dengan anggaran berat 3.3 gram; c. satu paket plastik lutsinar mengandungi 10 biji pil berwarna merah jambu dengan anggaran berat 3.3 gram; d. satu paket plastik lutsinar mengandungi 10 biji pil berwarna merah jambu dan 3 biji pil berwarna biru dengan anggaran berat 4.3 gram. Kesemua pil tersebut adalah disyaki dadah. [10] Tertuduh telah ditangkap dan dibawa balik ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Hasil Laporan Kimia telah mengesahkan bahawa - Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 5.81 gram. Page 4 of 15 Keputusan di akhir kes Pendakwaan pada 12.2.2020 [11] Di akhir kes pendakwaan, Majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie maka OKT telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. [12] Pihak Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap keputusan tersebut. Rayuan oleh pihak Pendakwa Raya (No Kes: PA-41LB-4-02/2020) [13] YA Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan tersebut telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan rayuan pihak pendakwaan dibenarkan. Tertuduh telah dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut. Kes Pembelaan [14] Perbicaraan kes pembelaan telah dijalankan pada 07/12/2020 dan tertuduh telah memberi keterangan bersumpah dan merupakan saksi tunggal pembelaan. [15] Keterangan tertuduh bahawa sebelum dia ditangkap pada malam tersebut dia berada di Bandar Perda bersama kawan-kawannya. Selepas minum dan bersembang, tertuduh hendak balik ke rumahnya yang terletak di kawasan belakang Pasaraya Besar Pacific dengan menunggang motosikal. Page 5 of 15 [16] Apabila sampai di lampu trafik Perai, tertuduh telah mengikut laluan Hotel Ixora untuk menuju ke rumahnya. Pada jarak 15 20 meter, tertuduh telah nampak dua orang di hadapannya. [17] Tertuduh kemudiannya ditahan oleh dua orang tersebut dan dia diarahkan untuk turun dari motosikal. Seorang telah membuat pemeriksaan badan dan beg tertuduh, manakala seorang lagi telah memeriksa motosikal yang ditunggangi olehnya. [18] Tertuduh mendakwa bahawa anggota polis yang memeriksa moto yang terdapat di dalam raga motosikal. Keadaan raga motosikal adalah terbuka. [19] Tertuduh menafikan tin E dari dalam poket seluar yang dipakainya dan dia menafikan barang kes tersebut kepunyaannya. Dapatan Majistret [20] Majistret telah telah meneliti dan menilai keterangan tertuduh dan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Beliau mendapati keterangan tertuduh tidak kredibel, satu rekaan dan bersifat penafian semata-mata. [21] Keterangan tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan terhadap keterangan SP1 yang mengakui telah menjumpai barang kes dari poket seluar yang dipakai oleh tertuduh. SP1 juga menegaskan tidak ada penglibatan orang lain semasa beliau melakukan Page 6 of 15 pemeriksaan ke atas tubuh badan tertuduh. Semasa disoal balas, SP1 tidak setuju dengan cadangan peguam bela bahawa Konst. RF202554 Ec motosikal yang ditunggangi oleh tertuduh. [22] Majistret mendapati keterangan tertuduh tidak pada bila-bila menunjukkan SP1 berniat jahat atau hendak menganiayanya. Tertuduh mengakui bahawa dia tidak kenal anggota yang menjalankan pemeriksaan keatasnya pada malam tersebut. Majistret tidak mendapati apa-apa sebab untuk beliau meragui atau menolak keterangan SP1. [23] Tertuduh juga dalam keterangannya mengakui bahawa sepanjang masa dia menunggang motosikal tersebut bersendirian, ini menunjukkan bahawa pada sepanjang masa tersebut motosikal adalah dalam kawalan tertuduh sendiri. [24] Tertuduh juga mengakui bahawa kain buruk yang terdapat dalam raga motosikal adalah miliknya dan dia telah meletak kain buruk tersebut ke dalam raga motosikal dan selepas itu kain buruk tersebut tidak diusik. [25] Majistret berpendapat bahawa sekiranya tin Eclipse tersebut terletak di bawah kain buruk di dalam raga motosikal, maka tentulah tertuduh ada melihat tin Eclipse tersebut semasa dia meletakkan kain buruk ke dalam raga motosikal. [26] Setelah meneliti dan menilai keseluruhan keterangan pembelaan dan pendakwaan serta hujahan kedua-dua pihak, Majistret mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan bukan sahaja gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah bahkan langsung tiada Page 7 of 15 keraguan yang ditimbulkan terhadap kes pendakwaan. Majistret mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. [27] Pada 27/07/2021, Majistret memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan kesalahannya sepertimana pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga puluh (30) bulan dari tarikh sabitan dan tiga (3) sebatan rotan. Prinsip Rayuan [28] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan campur tangan untuk mengubah keputusan oleh Mahkamah Rendah berhubung perkara-perkara yang menyentuh dapatan fakta kerana dapatan fakta tersebut adalah hasil dari penilaian teliti keterangan saksi-saksi di hadapan Majistret/Hakim Mahkamah Sesyen yang membicarakan sesuatu kes dan beliau adalah dalam kedudukan yang terbaik untuk membuat penemuan fakta tersebut. [29] Dalam kes Lai Kim Hon & Ors v. PP [1980] 1 LNS 197; [1981] 1 MLJ 84, Mahkamah Persekutuan mengatakan: "The principle of law governing appeals in criminal cases on questions of fact is well established, in that the Appeal Court will not interfere unless the balance of evidence is grossly against the conviction especially upon a finding of a specific fact involving the evaluation of the evidence of a witness founded on the credibility of such witness. Page 8 of 15 In the instant case the learned trial judge very carefully analysed all the available evidence before him and made specific finding of fact founded upon that which he believed to be the truth. He also drew certain inferences from facts specifically found. In this respect we may form our independent view but we should only do so where the fact upon which the inference was drawn was either unwarranted or manifestly against the weight of evidence. That was not the case here." [30] Begitu juga di dalam kes Public Prosecutor v. Wan Razali Kassim [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ 79 diputuskan: "An appellate court should be slow to interfere with the finding of fact by a lower court as an appellate court does not have the advantage of seeing and hearing the witnesses and therefore of assessing their credibility." [31] Berpandukan nas-nas yang dirujuk di atas, Mahkamah ini hanya akan mengganggu keputusan oleh Majistret jika terdapat kesilapan, salah arah atau bercanggah dengan undang-undang sedia ada dalam keputusan tersebut. Alasan Rayuan [32] Mahkamah ini telah meneliti Petisyen Rayuan dan hujahan yang dikemukakan oleh tertuduh dan dapatlah dirumuskan bahawa alasan-alasan rayuan tertuduh adalah seperti berikut:-