orang warganegara Bangladesh dari Jalan Industri 1 ke sebuah kilang di Jalan TU61. Setelah menurunkan kedua-dua penumpang warganegara Bangladesh tersebut lebih kurang jam 1.00 tengah hari, OKT telah berehat sebentar dan berhenti di tepi jalan berdekatan jalan MITC ke arah Auto City. 380 [ 46 ] Menurut OKT, apabila pihak Grab telah membatalkan pesanan, beliau telah berasa tertekan dan membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibunya di nombor 8, Jalan Krubong Perdana 19, Taman Krubong Perdana, Krubong memandangkan beliau telah berada di kawasan berhampiran rumah ibu beliau. 385 [ 47 ] Ketika OKT sedang menunggu di lampu isyarat di Sekolah Munshi, secara tiba-tiba ada seseorang yang beliau tidak pasti siapa telah mengetuk tingkap kereta OKT di bahagian kiri sebelah penumpang hadapan dengan kuat dan menarik-narik pemegang pintu hadapan untuk cuba membukanya seperti mempunyai niat jahat dan menjerit ‘ooi bukak pintu’. OKT tidak pasti itu adalah tindakan seorang anggota 390 Polis menyebabkan beliau berasa panik dan terus memotong barisan di hadapan apabila lampu isyarat bertukar hijau. [ 48 ] Dalam keadaan panik dan takut tersebut, beliau telah terlanggar pembahagi jalan di lampu isyarat di sebelah kanan tayar hadapan. Namun, OKT telah 395 meneruskan pemanduan dan tidak menyedari bahawa tayar kereta beliau telah pecah sehinggalah ketika OKT berada di Lebuh SPA menuju ke arah Krubong. OKT telah meneruskan pemanduan sehingga ke rumah ibunya meskipun tayar kereta beliau berada dalam keadaan ‘flat out’. OKT juga menafikan beliau telah melanggar apa-apa lampu isyarat. 400 [ 49 ] OKT menyatakan beliau berasa panik ketika pintu kenderaan beliau diketuk kerana pernah mengalami pengalaman diserang oleh seorang lelaki India yang mabuk pada tahun 2016 ketika bekerja di Pasir Gudang. Ketika itu, lelaki India tersebut telah cuba mengetuk cermin semua sisi kereta, cuba membuka pintu, 405 apabila dia tidak berjaya, lelaki India itu telah mematahkan nombor plat kereta hadapan dan mematahkan bilah wiper di belakang. [ 50 ] Menurut OKT, apabila sampai di rumah ibunya beliau mendapati bahawa ibunya tiada di rumah kerana mengambil adiknya di sekolah. Kemudian OKT telah 410 mengambil gambar seorang berbaju anggota berjalan berlegar-legar di hadapan rumah ibunya, Beliau telah mengambil gambar dan menghantar ke whatsapp group keluarga dan bertanya “siapa ada buat hal dengan polis ni? Polis dah datang rumah!”. Tidak lama kemudian barulah ibunya sampai di rumah. 415 [ 51 ] Apabila sampai di rumah ibunya, OKT juga baru terperasan bahawa di ruangan kaki tempat duduk penumpang hadapan kereta ada sebuah beg berwarna coklat. OKT menafikan bahawa beg tersebut adalah miliknya dan berkemungkinan ia kepunyaan warga Bangladesh yang duduk di kerusi hadapan kereta pada hari itu. Beg itu kemudian didapati terdapat sebilah kerambit. 420 [ 52 ] Mahkamah telah menimbangkan keterangan pembelaan OKT tersebut. Pembelaan OKT menyatakan bahawa kejadian tersebut lebih kurang sama seperti yang berlaku pada beliau pada tahun 2016 tersebut. OKT menyatakan bahawa beliau ada membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut. Walau 425 bagaimanapun, laporan polis yang dikatakan telah dibuat di Balai Polis Pasir Gudang tersebut tidak pernah dikemukakan di Mahkamah ini. Malahan tiada nombor repot yang dikemukakan di Mahkamah ini bagi menyokong kebenaran keterangan beliau. Sekiranya benar laporan polis telah dibuat seharusnya laporan polis tersebut hendaklah dikemukakan di Mahkamah ini. 430 [ 53 ] Pada peringkat Pemeriksaan Balas dan Pemeriksaan Semula, OKT juga tidak konsisten dalam jawapannya apabila ditanyakan soalan mengenai siapakah yang cuba membuka pintu OKT dan adakah beliau adalah anggota Polis? Semasa Pemeriksaan Balas, OKT telah menjawab pada waktu itu tidak jelas. Apabila 435 ditanyakan soalan sama ada ketika kejadian SP1 dan SP2 memakai uniform Polis? OKT telah menjawab benar. [ 54 ] Sebaliknya, ketika peringkat Pemeriksaan Semula, OKT telah memberikan penjelasan bahawa SP1 dan SP2 ini bukanlah anggota Polis. Tiada sebarang 440 penjelasan diberikan oleh OKT ini berkenaan jawapan beliau yang mengatakan kedua dua SP1 dan SP2 ini bukanlah anggota Polis, namun beliau mengakui bahawa ketika kejadian kedua-duanya memakai pakaian uniform Polis. [ 55 ] Mengenai pembelaan OKT mengenai beliau ada menghantar gambar ke 445 whatsapp group keluarga, ini tidak dibuktikan juga. Tiada rekod mengenai perkara whatsapp tersebut dikemukakan di Mahkamah ini. Malahan tiada saksi dari kalangan ahli keluarga beliau yang telah dipanggil sebagai saksi di Mahkamah ini bagi membuktikan kebenaran keterangan beliau. 450 [ 56 ] Mengenai keterangan pembelaan OKT berkaitan penjumpaan beg silang warna coklat yang mengandungi sebilah kerambit adalah kepunyaan penumpang warganegara Bangladesh tidak dibuktikan. OKT telah gagal untuk memanggil saksi penumpang warganegara Bangladesh tersebut ke Mahkamah bagi membuktikan bahawa ia adalah kepunyaan penumpang warganegara Bangladesh tersebut. 455 [ 57 ] Malahan rekod pesanan dari Grab mengenai penumpang warganegara Bangladesh yang menumpang kenderaan OKT juga tidak dikemukakan di Mahkamah. Selain itu, pembelaan OKT mengenai kewujudan penumpang Bangladesh ini juga tidak ditimbulkan semasa kes pendakwaan. 460 [ 58 ] Pembelaan OKT juga menafikan beliau telah melanggar apa-apa lampu isyarat. Namun demikian, dari keterangan SP1 dan SP2 telah menyatakan bahawa OKT dalam percubaan melarikan diri dari ditahan telah melanggar beberapa lampu isyarat teruatamanya lampu isyarat berdekatan Sekolah Munshi. Selain itu, 465 kenderaan OKT juga telah melanggar divider menyebabkan tayar kanan hadapannya rosak. Kerosakan ini dapat dilihat melalui gambar-gambar yang telah dikemukakan. [ 59 ] Mahkamah berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan 470 oleh OKT merupakan penafian semata-mata “bare denial” tanpa sebarang keterangan yang boleh menyokong pembelaannya. Mahkamah berpandangan bahawa keterangan pembelaan ini adalah difikirkan kemudian (after thought). [ 60 ] Kesimpulannya Mahkamah mendapati bahawa OKT telah gagal 475 menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Manakala pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melebihi keraguan yang munasabah terhadap OKT. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa OKT bersalah dan disabitkan atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. HUJAHAN MITIGASI OKT 480 [ 61 ] Dalam mitigasi rayuan secara bertulis dan lisan, OKT menyatakan bahawa ini adalah kesalahannya yang pertama dan tidak mempunyai rekod sabitan jenayah sebelum ini. [ 62 ] OKT juga telah memberi kerjasama yang baik semasa siasatan polis 485 dijalankan dan sentiasa hadir ke Mahkamah setiap kali kes disebut. [ 63 ] Selain itu, OKT juga merupakan penanggung keluarga, mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 tahun, ibu bapa yang telah tua, dan adik beradik lain seramai lapan orang yang masih bersekolah. 490 [ 64 ] OKT merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia dan bekerja sebagai Production Manager dengan pendapatan bersih RM6000 sebulan di Pasir Gudang. 495 HUJAHAN PEMBERATAN [ 65 ] Timbalan Pendakwa Raya memohon agar Mahkamah memberi hukuman yang setimpal. HUKUMAN MAHKAMAH 500 [ 66 ] Setelah Mahkamah mendengar rayuan mitigasi oleh OKT dan hujahan pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya dan setelah Mahkamah mempertimbangkan ini adalah kesalahan pertama OKT dan setelah Mahkamah mengambil kira kepentingan awam bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah serius, maka Mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut: 505 Bagi kes No: MA-62-79-11/2022: Pertuduhan 1 - Hukuman denda RM5,000.00 gagal bayar enam (6) bulan penjara. Pertuduhan 2 - Hukuman penjara lima (5) tahun dari tarikh hukuman hari ini dan sebatan rotan sebanyak satu (1) kali. 510 Bagi kes No: MA-62-80-11/2022: Pertuduhan 3 - Hukuman penjara enam (6) bulan dari tarikh hukuman hari ini dan denda RM5,000.00, gagal bayar enam (6) bulan penjara. Sabitan dan hukuman ini hendaklah diendoskan di dalam lesen. Tertuduh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama 2 tahun dari 515 tarikh sabitan. Eksibit bukan fizikal iaitu beg sandang dan sebilah kerambit dikembalikan kepada pendakwaan untuk dilupuskan. [ 67 ] Mahkamah juga telah mendengar permohonan OKT bagi menangguhkan 520 pelaksanaan hukuman penjara dan sebatan. Setelah mempertimbangkan hujahan OKT dan Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman penjara dan sebatan dengan syarat berikut: