Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2), ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-61JSK-1-02/2022 ANTARA MOHAMAD NIZAM BIN AZIZAN ... PIHAK MERAYU NO. K/P: 710508-02-6137 DAN PENDAKWA RAYA .... PIHAK MENENTANG
KA-61JSK-1-02/2022
Sessions Court of Malaysia26 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ther evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt”. Dalam kes Mah Kok Cheong v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: **Note : Serial number will be used to verify”
“sed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
“cused touched her breast and that rubbed his penis to her back and also PW6's police report which was done at the earliest opportunity corroborate the evidence of PW6 [See Public Prosecutor v. Mardai [1949] CLJU 65; [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ 33]. The subsequent complaint by PW6 to PW3 and the said police report im”
“hall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission" and see also the Federal Court authority of Ho Ming Siang v. Public Prosecutor [1966] CLJU 68; [1966] 1 LNS 68. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFIL”
“r will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 [31] That the Respondent was charged with a sexual offence is clear and in Mohd. Rusziani Mislan v. Public Prosecutor [2018] CLJU 119; [2018] 1 LNS 119 at paragraph [22], SM Komathy JC (now Judge) held and with which the Court agrees: "The”
“- CIC) bagi mangsa adalah menimbulkan syak wasangka dan Mahkamah boleh menggunpakai anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Di dalam kes Ahmad Hafizal bin Darusalam lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 830, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa walaupun rakaman CIC tidak diserahkan **Note : Serial numbe”
“h dan kejadian amang seksual fizikal dan ini telah menyebabkan OKT diperjudis kerana tidak dapat membela diri secara spesifik dan sempurna. Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Muhammad Shan Abdullah [2020] CLJU 2067; [2020] 1 LNS 2067; [2020] MLJU 2260 di mana, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[29] In Mohd”
“dan ini telah menyebabkan OKT diperjudis kerana tidak dapat membela diri secara spesifik dan sempurna. Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Muhammad Shan Abdullah [2020] CLJU 2067; [2020] 1 LNS 2067; [2020] MLJU 2260 di mana, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[29] In Mohd Hanif Kassim v. Public Prosecutor & A”
“ercanggahan material di dalam keterangan SP3. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 Di dalam kes Mohd Ridzuan bin Mohd Yasin lwn. PP [2021] MLJU 2543, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “Bagi Mahkamah, keterangan saksi terutamanya mangsa sepe”
“an telah mengemukakan keterangan sokongan melalui keterangan bapa SP3 (SP2), Pegawai Psikoloji Kanan (SP5) dan Laporan Sesi Kaunseling Mangsa (Eksibit P10). Merujuk kepada kes Ahmad Imtiaz lwn. PP [2022] CLJU 586 di mana Mahkamah Tinggi Sabah telah memutuskan seperti berikut:- "[30] Corroboration **Note : Serial number”
“the originality of this document via eFILING portal 11 kejadian. Ini menunjukkan SP3 berada dibawah pemeliharan, pengawasan dan kuasa OKT. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Yong Cohan [2022] MLJU 3703 yang menyatakan seperti berikut : “[39] Keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya SP1 yang disokong oleh”
“an accused's fundamental right to defend his case is not prejudiced or derogated, the charge remains a valid charge. His Lordship Choo Kah Sing JC cited the Federal Court case of Law Kiat Liang v. PP [1965] CLJU 81; [1965] 1 LNS 81 which in turn referred to and adopted the following statement of Atkin J in the case of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2), ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-61JSK-1-02/2022 ANTARA MOHAMAD NIZAM BIN AZIZAN ... PIHAK MERAYU NO. K/P: 710508-02-6137 DAN PENDAKWA RAYA .... PIHAK MENENTANG
1
Di dalam kes ini, pertuduhan terhadap Orang Kena Tuduh selepas ini disebut sebagai OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada bulan Jun tahun 2019 jam antara 1.30 petang sehingga 2.00 petang bertempat di dalam bilik muzik di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, di dalam Daerah Kota Setar, Dalam Negeri Kedah, telah melakukan amang seksual fizikal dengan menggeselkan kemaluan kamu di punggung seorang kanak-kanak bernama XXX No Kad Pengenalan xxxx-xx-xxxx berumur 11 tahun (semasa kejadian) yang mana kamu mempunyai hubungan amanah dengannya. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 Akta yang sama.”
2
OKT telah diwakili oleh seorang peguam dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai tujuh
7
orang saksi. Kes telah dibicarakan oleh Hakim lain dengan keterangan SP1 sehingga SP5. Apabila saya diarahkan untuk sambung bicara kes ini, saya telah mendengar keterangan SP6 dan SP7. Pada akhir kes Pendakwaan, OKT telah dipanggil untuk membela diri. OKT dan seorang lagi saksi pembelaan telah memberi keterangan dan pada akhir kes Pembelaan, saya telah mendapati pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah terhadap OKT. OKT didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan dan dihukum penjara sepuluh (10) tahun dari tarikh hukuman dan dikenakan dua
2
sebatan rotan. OKT juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya berdasarkan seksyen 26 AKKSTKK 2017 dan Pengawasan polis selama 2 tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan berdasarkan seksyen 27 AKKSTKK 2017.
3
OKT tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan kini merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Atas permohonan pihak Pembelaan, saya telah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman bagi kes ini sementara rayuan di Mahkamah Tinggi dilupuskan. Fakta Kes dan Keterangan
4
Saksi-saksi pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a. SP1 - Sjn Rahimi bin Ramli (Jurufoto) b. SP2 - Hisham bin Hashim (Bapa Mangsa) c. SP3 – XXX (Mangsa) d. SP4 - Ramlee bin Abu Bakar (Guru Besar) e. SP5 - Maznah binti Hassan (Pegawai Psikologi) f. SP6 - Dr Padmaan Sankaraan (Pegawai Perubatan) g. SP7- Insp Siti Sarah binti Abdul Rahim (Pegawai
5
Kes Pendakwaan SP3 telah memberi keterangan bahawa OKT ialah Guru Muzik beliau. SP3 telah memberi keterangan mengenai kejadian yang berlaku di bilik muzik Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu semasa SP3 berada di dalam Darjah 4 dan 5. Kejadian cabul tersebut dilakukan oleh guru muziknya bernama Mohd Nizam bin Azizan atau dipanggil sebagai Cikgu Nizam oleh SP3. SP3 telah mengecamkan OKT sebagai Cikgu Nizam di Mahkamah. SP3 tidak dapat mengingati tarikh yang tepat namun beliau menyatakan bahawa kejadian berlaku pada bulan Jun tahun 2019 dan kejadian tersebut berlaku lebih daripada 10 kali.
Preamble
Menurut SP3, kejadian tersebut berlaku di dalam bilik OKT di dalam bilik muzik. Semasa kejadian tersebut berlaku, semua pelajar lain telah keluar dari bilik muzik dan OKT telah meminta SP3 mengemas dan mengunci bilik muzik. SP3 kemudian telah dipanggil masuk ke dalam bilik OKT apabila OKT berada di dalam bilik muzik tersebut. OKT kemudian telah meminta SP3 mengunci bilik OKT. Semasa SP3 berada di dalam bilik OKT, OKT telah meminta SP3 untuk membuka seluar SP3 dan SP3 menurut arahan OKT. Pada masa tersebut SP3 tidak memakai seluar dalam. Kemudian, OKT telah membuka seluar dan seluar dalam OKT dan OKT telah duduk di atas kerusi. OKT telah meminta SP3 untuk duduk di atas OKT dan OKT cuba memasukkan kemaluan OKT ke dalam punggung SP3 namun tidak berjaya. Pada masa tersebut SP3 duduk di atas kemaluan OKT. SP3 juga telah menunjukkan kejadian ini menggunakan patung anatomi di Mahkamah yang menunjukkan OKT telah menggesel kemaluan OKT kepada punggung SP3 secara naik turun sepertimana ditunjukkan oleh SP3 di Mahkamah. SP3 juga menyatakan mengenai kejadian-kejadian yang lain di mana OKT ada meminta SP3 menghisap kemaluan OKT namun SP3 tidak ingat mengenai tarikh kejadian tersebut berlaku. SP3 juga menyatakan kejadian-kejadian seksual seperti ini terus berlaku sehingga bulan 1 atau 2 tahun 2020 semasa SP3 berada di dalam Darjah 6.
6
Selepas Pegawai penyiasat selesai memberi keterangan, Pihak Pendakwaan telah menutup kes. Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. OKT telah dipanggil untuk membela diri di atas pertuduhan terhadapnya.
7
Kes Pembelaan OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT telah mengajar Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Kuala Kedah dari bulan Oktober 2010 sehingga 31.12.2020 bagi darjah 4, 5 dan
6
Bagi darjah 4, seramai 32 ke 35 orang murid yang mengikuti Pendidikan Muzik tersebut. Daripada kumpulan muzik ini, OKT telah menubuhkan pasukan Boria yang terdiri daripada 17 orang pelajar termasuk simpanan. Selepas kelas muzik tamat, biasanya tak sampai 5 orang murid akan menolong beliau mengemas barang-barang dan sapu lantai. Mereka ialah Irfan Danish (SD2), Faiz Danish dan yang lain OKT tidak berapa ingat nama. Kerja ini akan memakan masa dalam 5 ke 10 minit. SP3 adalah salah seorang murid yang telah menghadiri kelas muzik OKT. OKT telah mengenali SP3 sejak SP3 berada di dalam Darjah 3. SP3 tidak berapa menonjol dalam subjek muzik dan bukan ahli pasukan Boria. SP3 telah memohon untuk menjadi ahli pasukan Boria tetapi tidak dipilih. SP3 tidak pernah membantu kemas bilik muzik selepas habis kelas muzik. OKT menyatakan bahawa beliau tidak pernah melakukan perbuatan amang seksual terhadap SP3. Pada penghujung tahun 2020, OKT telah membawa kumpulan Boria untuk meraikan kejayaan atas persembahan yang dilakukan ke Langkawi selama 5 hari. Mereka telah balik pada 3.1.2021 dan OKT ditangkap atas pertuduhan ini pada 6.1.2021.
8
SD2 adalah bekas pelajar OKT yang berumur 17 tahun semasa memberi keterangan di Mahkamah. Beliau telah mengikuti kelas Muzik OKT pada tahun 2018 sehingga 2020 sejak beliau dalam Darjah 4 sehingga Darjah 6. SD2 juga salah seorang anggota kumpulan Boria. SD2 bersama Muhammad Faiz dan seorang lagi rakan akan membantu OKT untuk mengemas bilik Muzik selepas kelas muzik.
3
SD2 kenal SP3 dan berada dalam kelas yang sama sejak Darjah SD2 menyatakan bahawa SP3 tidak membantu OKT selepas kelas muzik dan tidak pernah nampak SP3 berseorangan dengan
9
Pihak Pembelaan telah menutup kes selepas ini.
10
Isu dan Pendapat (Findings of Fact) Intipati kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 adalah: a) Kesalahan tersebut dilakukan terhadap seorang kanak-kanak; b) Kesalahan yang dilakukan melibatkan sentuhan pada bahagian badan kanak-kanak; c) Sentuhan dilakukan bagi maksud seksual; dan Untuk membuktikan hubungan amanah yang dinyatakan dibawah seksyen 16 AKKSTKK, pihak pendakwaan merujuk kepada seksyen 16(2)(c) AKSTKK yang menyatakan seperti berikut:-
16
Orang yang mempunyai hubungan amanah
2
Dalam seksyen ini, seseorang dikatakan mempunyai hubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanak-kanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada-
c
guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta; Oleh yang demikian, pihak Pendakwaan juga perlu membuktikan intipati bahawa OKT adalah pada sepanjang masa berkenaan seorang guru di sekolah SP3 yang mempunyai hubungan amanah dengan SP3.
11
Pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa SP3 adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian melalui keterangan SP3, keterangan bapa SP3 (SP2) dan juga kad pengenalan SP3. SP3 berumur 11 tahun semasa kejadian. Di dalam kes Thee Lian Iuan lwn. PP [2016] 10 CLJ 674, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa umur mangsa boleh dibuktikan dengan pengemukaan kad pengenalan mangsa semasa perbicaraan. Adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan intipati pertama bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017. Pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa SP3 merupakan seorang kanak-kanak semasa kejadian sepertimana yang diperuntukkan di dalam AKKSTKK 2017 dimana SP3 berada dibawah umur 18 tahun.
12
SP3 telah memberi keterangan mengenai kejadian yang telah berlaku sepertimana di dalam pertuduhan. Keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan bahawa sentuhan OKT dibuat bagi maksud seksual adalah seperti berikut: OKT telah menyuruh SP3 membuka seluar SP3 sepenuhnya dan OKT telah membuka seluar dan seluar dalam OKT sepenuhnya. OKT telah menyentuh SP3 dengan menggunakan kemaluannya dan kemudian menggesel kemaluan OKT kepada punggung SP3. Bahagian badan-badan yang terlibat adalah bahagian kemaluan dan punggung dan ini secara jelas adalah satu tindakan dengan maksud seksual.
13
Bapa SP3 (SP2) telah memberi keterangan bahawa beliau mendapat makluman berkenaan kejadian daripada SP3 sendiri pada 5.2.2021 di mana SP3 selepas bangun dari tidur terus menjerit-jerit dan memberitahu mengenai kejadian ini kepada SP2 sepertimana laporan polis Eksibit P4. Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP3 konsisten sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula terutamanya mengenai kejadian yang berlaku.
14
SP4 merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dimana OKT bekerja dan SP4 telah mengesahkan bahawa OKT adalah guru muzik kepada SP3 semasa SP3 bersekolah di sekolah tersebut. Merujuk kepada seksyen 16(2)(c) AKKSTKK 2017, adalah jelas bahawa seorang guru mempunyai hubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanak-kanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya. Kejadian seperti di dalam pertuduhan berlaku dalam lingkungan jam 1.30 – 2.00 petang di dalam bilik muzik semasa SP3 berada di sekolah. SP3 masih berada di dalam kelas dalam kawasan sekolah tersebut. OKT yang merupakan guru muzik kepada SP3 telah mengarahkan SP3 untuk mengunci pintu bilik muzik sebelum kejadian. Ini menunjukkan SP3 berada dibawah pemeliharan, pengawasan dan kuasa OKT. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Yong Cohan [2022] MLJU 3703 yang menyatakan seperti berikut : “[39] Keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya SP1 yang disokong oleh SP2 dan SP3 mengesahkan bahawa OKT adalah guru tuisyen kepada SP1 sejak awal tahun 2018 sehinggalah tarikh kejadian pada 22.9.2018. OKT juga dicamkan di mahkamah oleh SP1 sebagai orang yang menjadi guru tuisyennya. Hasil siasatan pegawai penyiasat SP5 juga turut mengesahkan perkara yang sama yang mana SP1 adalah pelajar kelas tuisyen kepada OKT. Sepanjang tempoh SP1 berada di dalam kelas tuisyen OKT, SP1, SP1 berada di bawah pemeliharaan, pengawasan dan kuasa OKT. [40] Oleh yang demikian, berdasarkan alasan-alasan tersebut, mahkamah berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah dapat memenuhi elemen-elemen utama untuk pertuduhan tersebut. Justeru itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan tersebut dan dengan demikian, mahkamah ini telah memanggil OKT membela diri atas pertuduhan pindaan tersebut.” Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen hubungan amanah.
15
SP3 telah memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah setelah Mahkamah memutuskan bahawa SP3 mengetahui kewajipan bercakap benar dan boleh memberikan keterangan secara bersumpah. Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 17 dan 18 AKKSTKK yang memperuntukkan seperti berikut:
17
Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.”
18
Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.” Berdasarkan peruntukan seksyen 17 dan 18 AKKSTKK, Mahkamah boleh mensabitkan seseorang bagi apa-apa kesalahan di bawah AKKSTKK atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak. Oleh yang demikian, Mahkamah boleh menerima keterangan SP3 tanpa apa-apa keterangan sokongan.
16
Walaupun keterangan SP3 tidak memerlukan keterangan sokongan, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah mengemukakan keterangan sokongan melalui keterangan bapa SP3 (SP2), Pegawai Psikoloji Kanan (SP5) dan Laporan Sesi Kaunseling Mangsa (Eksibit P10). Merujuk kepada kes Ahmad Imtiaz lwn. PP [2022] CLJU 586 di mana Mahkamah Tinggi Sabah telah memutuskan seperti berikut:- "[30] Corroboration The incident happened between the accused and PW6 inside the said shop. Despite no eyewitness at the scene, the evidence of PW3 who testified that PW6 subsequently told her that the accused touched her breast and that rubbed his penis to her back and also PW6's police report which was done at the earliest opportunity corroborate the evidence of PW6 [See Public Prosecutor v. Mardai [1949] CLJU 65; [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ 33]. The subsequent complaint by PW6 to PW3 and the said police report implicated the accused.” Berdasarkan kes yang dirujuk di atas, Mahkamah berpendapat bahawa walaupun tiada saksi mata yang dapat menyokong keterangan SP3 mengenai kejadian amang seksual fizikal yang berlaku, tindakan SP3 yang telah memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada bapanya, lapuran polis yang telah dibuat oleh bapa SP3 selepas mendapat tahu mengenai kejadian tersebut dan keterangan dan lapuran (Eksibit P10) oleh Pegawai Psikoloji Kanan (SP5) adalah satu keterangan sokongan. Di dalam kes PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “Walaupun tiada peruntukan undang-undang bahawa keterangan pengadu dalam kes-kes seksual memerlukan keterangan sokongan, namun, adalah menjadi amalan Mahkamah untuk melihat keterangan demikian. Sekiranya keterangan pengadu adalah "unusually convincing", sabitan dalam kes-kes seksual boleh dibuat tanpa keterangan sokongan. Dalam kes ini, HMS telah memutuskan bahawa SP4 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangannya jelas menunjukkan bahawa responden sesungguhnya telah memasukkan kemaluannya ke dalam faraj SP4.” Mahkamah telah merujuk kepada keseluruhan nota keterangan bagi kes ini dan juga kepada rakaman prosiding di dalam Mahkamah bagi melihat dan mendengar keterangan SP3. Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP3 adalah ‘unusually convincing’. SP3 seorang saksi yang jujur apabila dilihat pada ‘demeanour’ beliau semasa memberikan keterangan di Mahkamah. Beliau juga tidak menokok tambah cerita. Daripada keterangan SP3 secara keseluruhan dan keterangan sokongan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa SP3 seorang yang kredibel. Daripada ‘demeanour’ SP3 dan juga cara beliau memberi keterangan, Mahkamah mendapati beliau seorang saksi yang dapat dipercayai. Pada semua peringkat soal balas, mangsa dapat menjawab soalan yang ditujukan dan memberi jawapan secara jujur. Keterangan beliau adalah konsisten pada sentiasa waktu. Tiada alasan bagi seseorang kanak-kanak untuk membuat suatu tuduhan yang palsu dan amat serius terhadap cikgunya. Dirujuk kepada misalan 2, Seksyen 14 AKKSTKK 2017 dimana telah dinyatakan: “Explanation 2—In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration, among others, the part of the body that is touched, the nature and extent of the act of touching or the physical contact and all other circumstances surrounding the conduct.” Adalah jelas daripada keterangan SP3 bahawa perbuatan OKT menyentuh SP3 dengan menggunakan kemaluannya dan kemudian menggesel kemaluan OKT kepada punggung SP3 adalah suatu sentuhan yang dibuat bagi maksud seksual. Di dalam kes Nelson a/l Gnanaregasam lwn. PP [2009] 6 MLJ 622, Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan: “Pengadu (SP2) merupakan satu-satunya saksi pendakwaan yang dapat menyatakan sama ada kemasukan telah berlaku. Dia telah memberikan keterangan bahawa kemasukan itu berlaku. Di dalam menimbangkan sesuatu kes, di samping fakta dan undang-undang yang perlu diteliti, perkara utama lain yang perlu diberikan penekanan, adalah terhadap demenour saksi. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, Mahkamah tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan daripada Ushah a/p Kanan, mangsa di dalam kes ini. Keterangannya adalah begitu menyakinkan. Walaupun keadaan IQ beliau sedemikian rupa, ini tidak bermakna keterangannya perlu ditolak terus, Mahkamah perlu menghalusi keterangannya secara terperinci dan cuba memahamkan apa yang ingin disampaikan olehnya itu, dalam erti kata lain kita perlulah menimbangkan keterangan daripada saksi seperti ini dengan tidak meletakkan tahap ujian yang begitu tinggi seperti saksi-saksi normal yang lainnya, walaupun ia tidak bererti kita perlu meletakkan tahap pemahaman kita di tahap IQnya, namun apa yang perlu diberikan penekanan adalah apakah maksud yang ingin disampaikan oleh saksi seperti ini melalui keterangannya” Di dalam kes PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “Walaupun tiada peruntukan undang-undang bahawa keterangan pengadu dalam kes-kes seksual memerlukan keterangan sokongan, namun, adalah menjadi amalan Mahkamah untuk melihat keterangan demikian. Sekiranya keterangan pengadu adalah "unusually convincing", sabitan dalam kes-kes seksual boleh dibuat tanpa keterangan sokongan. Dalam kes ini, HMS telah memutuskan bahawa SP4 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangannya jelas menunjukkan bahawa responden sesungguhnya telah memasukkan kemaluannya ke dalam faraj SP4.” Mahkamah berpendapat tindakan OKT yang telah menyentuh SP3 dengan menggunakan kemaluannya dan kemudian menggesel kemaluan OKT kepada punggung SP3 bagi maksud seksual. Pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen kedua dan ketiga pertuduhan.
17
SP5 adalah seorang Pegawai Psikoloji Kanan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Beliau telah menemubual SP3 dan mengendalikan lukisan ADHTP iaitu Art Drawing House Tree Person terhadap SP3 pada 27.1.2021 di bilik kaunseling Pusat Temuduga Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Hasil temubual dan pengendalian lukisan ADHTP, SP5 telah membuat suatu Laporan Sesi Kaunseling Mangsa (Eksibit P10).
Preamble
Mengikut SP5, SP3 menyatakan bahawa guru muziknya Cikgu Nizam telah melakukan gangguan seksual terhadapnya semasa SP3 masuk ke dalam bilik muzik dengan tujuan menyalin pakaian bagi menghadiri kelas KAFA. Selain dari itu, guru muzik tersebut juga pernah memanggil SP3 dengan alasan meminta bantuan kemas bilik muzik sebaliknya terus menganggu SP3 dengan tingkahlaku seksual. SP5 telah mendapati bahawa SP3 mengalami trauma dan tekanan yang tinggi. SP3 berada dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil akibat daripada insiden gangguan aktiviti seksual oleh OKT terhadap beliau.
18
Pihak pembelaan telah membangkitkan isu bahawa SP3 tidak menceritakan kejadian ini kepada SP2 sehingga tahun 2021 dan tidak menceritakan perkara ini kepada rakan-rakan SP3. SP3 setiap kali ditanya mengenai kejadian ini menyatakan beliau takut dan telah dipesan oleh OKT untuk tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa. SP3 hanya memberitahu SP2 pada 5.2.2021 kerana pada masa tersebut SP3 telah meninggalkan sekolah rendahnya dan SP3 masih teringat-ingatkan kejadian tersebut dan berasa trauma. SP3 juga masih mendapatkan rawatan psikiatri sokongan semasa memberi keterangan sepertimana dinyatakan SP2 dan perkara ini disokong oleh SP5 yang telah hadir memberi keterangan di Mahkamah.
19
Pihak pembelaan telah membangkitkan isu bahawa terdapat percanggahan material di dalam keterangan SP3. Di dalam kes Mohd Ridzuan bin Mohd Yasin lwn. PP [2021] MLJU 2543, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “Bagi Mahkamah, keterangan saksi terutamanya mangsa seperti SP7 memang terdedah kepada percanggahan-percanggahan. Namun ia tidak menjadikan keterangan tersebut perlu ditolak dengan mentah tanpa membandingkannya dengan keterangan-keterangan lain sama ada oleh saksi yang sama atau saksi-saksi yang lain.”
20
Pihak pembelaan telah berhujah bahawa terdapat percanggahan material mengenai tarikh dan kejadian amang seksual fizikal dan ini telah menyebabkan OKT diperjudis kerana tidak dapat membela diri secara spesifik dan sempurna. Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Muhammad Shan Abdullah [2020] CLJU 2067; [2020] 1 LNS 2067; [2020] MLJU 2260 di mana, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[29] In Mohd Hanif Kassim v. Public Prosecutor & Anor Appeal [2015] 3 CLJ 984, Choo Kah Sing JC in a charge for rape held that in cases where the time, date or place does not constitute an essential ingredient of the offence, mere non-compliance with s. 153 of the CPC on the time, date or place will not vitiate the validity of the charge. As long as the general particulars of the time, date or place are stated in the charge and the exercise of an accused's fundamental right to defend his case is not prejudiced or derogated, the charge remains a valid charge. His Lordship Choo Kah Sing JC cited the Federal Court case of Law Kiat Liang v. PP [1965] CLJU 81; [1965] 1 LNS 81 which in turn referred to and adopted the following statement of Atkin J in the case of R v. Severo Dossi [1918] 13 Cr App R 158: "From time immemorial a date specified in an indictment has never been a material matter unless it is actually an essential part of the offence." [30] See also the provisions of sections 156 CPC reproduced below: "That no error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission" and see also the Federal Court authority of Ho Ming Siang v. Public Prosecutor [1966] CLJU 68; [1966] 1 LNS 68. [31] That the Respondent was charged with a sexual offence is clear and in Mohd. Rusziani Mislan v. Public Prosecutor [2018] CLJU 119; [2018] 1 LNS 119 at paragraph [22], SM Komathy JC (now Judge) held and with which the Court agrees: "The appellant was not prejudiced by the failure of the prosecution to specify the date of the incident in the charge. The charge provided sufficient particulars for him to prepare his defence. In sexual offences the essential ingredients are the identity of the offender and the sexual act itself" [32] It is indisputable that the Respondent is facing a charge on a sexual offence against a child and, therefore, as pointed out by the prosecution, any defect in the Charge on date and time of the incident would not make it defective." Merujuk kepada kes di atas, adalah jelas bahawa tarikh, masa dan tempat kejadian tidak membentuk intipati pertuduhan dan oleh yang demikian, pertuduhan di dalam kes ini tidak cacat/ defektif.
21
Daripada keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati SP3 tiada motif untuk menipu dan tiada bukti bahawa SP3 mempunyai dendam terhadap OKT. Keterangan SD2 tidak menyokong dakwaan dendam terhadap OKT kerana tidak terpilih menyertai pasukan boria, sebaliknya SD2 mengesahkan mangsa adalah seorang pendiam dan tidak pernah mempunyai konflik dengan OKT. Mahkamah juga setuju dengan hujah pihak Pendakwaan bahawa ia bukanlah suatu hal yang mudah bagi seseorang kanak-kanak seusia SP3 untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah mengenai perkara yang menyebabkan trauma dan tekanan terhadap dirinya, namun SP3 dalam kes ini dapat menceritakan satu per satu perbuatan yang dilakukan oleh OKT dan sebarang percanggahan jika ada sekalipun adalah tidak material dan adalah langsung tidak menjejaskan kes pendakwaan.
22
Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa kegagalan pihak Pendakwaan untuk mengemukakan rakaman dan transkrip temuduga kanak-kanak (Child Interview Centre - CIC) bagi mangsa adalah menimbulkan syak wasangka dan Mahkamah boleh menggunpakai anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Di dalam kes Ahmad Hafizal bin Darusalam lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 830, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa walaupun rakaman CIC tidak diserahkan kepada pihak pembelaan, ianya tidak menjadikan kes pendakwaan menjadi fatal kerana pihak pembelaan tidak diprejudiskan di atas kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan rakaman CIC kepada pihak pembelaan kerana mangsa dalam kes di hadapan mahkamah telah dipanggil untuk memberi keterangan secara lisan di mahkamah dan pihak pembelaan juga telah diberi peluang untuk menyoal balas mangsa. Seksyen 3 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 memperuntukkan seperti berikut :
3
(1) Seseorang saksi kanak-kanak boleh, pada mana-mana peringkat suatu perbicaraan, memberi keterangan dalam mana-mana satu atau gabungan cara yang berikut:
a
dengan mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan;
b
dengan rangkaian secara langsung; atau
c
dengan rakaman video.
2
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana keterangan yang diberikan di bawah subseksyen
1
hendaklah disifatkan sebagai keterangan yang diberikan dalam mahkamah terbuka. Berdasarkan peruntukan di atas, undang-undang adalah jelas bahawa seorang saksi kanak-kanak boleh memberi keterangan dengan salah satu cara atau mana-mana gabungan cara dalam seksyen 3(1) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 di atas.
23
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu mempertimbangkan semua keterangan yang telah dikemukakan di hadapannya dan perlu memutuskan samada Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap keraguan munasabah. Ini seperti yang dikatakan di dalam Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: a) At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. b) If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. c) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian diluar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt”. Dalam kes Mah Kok Cheong v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “ …in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is - Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt? I say ‘the sole question’ advisedly because in this country the accused will not have been called on for a defence at all unless the prosecution have first proved a case”.
24
OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. Dalam kes yang dibicarakan ini, Mahkamah mendapati keterangan OKT adalah satu penafian semata-mata. OKT semasa memberi keterangan cuba menyatakan bahawa motif SP3 menuduh OKT melakukan kejadian ini adalah kerana SP3 tidak berpuas hati kerana tidak terpilih masuk ke dalam pasukan borianya. SD2 yang telah memberi keterangan adalah bekas pelajar OKT yang cuba menyatakan bahawa SP3 tidak pernah diarahkan oleh OKT untuk mengemas di bilik stor di bilik muzik kerana OKT kebanyakannya akan menyuruh SD2, “Faiz” dan seorang lagi rakan yang SD2 tidak sebut nama. SD2 juga menyatakan bahawa sepanjang beliau hadir ke kelas muzik beliau tidak pernah nampak OKT berseorangan dengan SP3 sahaja. Namun begitu, semasa disoal balas oleh pihak pendakwaan, SD2 tidak dapat mengesahkan samada kehadirannya di sekolah pada bulan Jun 2019 (merujuk kepada waktu kejadian) adalah penuh ataupun tidak. SD2 juga menyatakan mungkin ada hari yang beliau tidak dapat hadir ke sekolah. SD2 juga mengesahkan bahawa sebelum ini SD2 tidak pernah melihat SP3 mempunyai masalah dengan OKT mahupun SD2 sendiri, ini menunjukkan SP3 bukan pelajar yang bermasalah yang mempunyai dendam terhadap OKT.
25
Mahkamah telah meneliti keterangan OKT dan SD2 dan mendapati keterangan mereka langsung tidak dapat dipercayai. Keterangan pihak OKT adalah satu penafian semata-mata. Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Di dalam kes DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. We have read the record with some care and we have listened to what counsel for the appellant and the appellant himself have said at the appeal before us. We have however not heard a single good and sufficient reason for allowing the appeal.” Juga di dalam kes PP v. Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “The learned judge went on to say that he found It’s difficult to understand how the President could entertain doubt on the prosecution case merely on the strength of the applicant’s denial and his observation of the demeanour of the applicant after making specific findings of fact at the close of the prosecution case that the applicant had raped the girl.”
26
Alasan Di dalam kes Mahadzir bin Yusof & Anor lwn. PP [2011] 1 MLJ 297, Mahkamah menyatakan: “It is settled law that the duty of accused person at the defence's case is merely to cast a reasonable doubt on the prosecution's case”. Mahkamah berpendapat, pihak Pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Daripada keterangan, adalah jelas bahawa Pihak Pendakwaan telah buktikan segala elemen dibawah seksyen 14(a) dan 16 AKKSTKK 2017 dan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu Mahkamah telah sabitkan OKT dengan kesalahan seperti pertuduhan.
27
Seterusnya untuk menentukan hukuman tersebut, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang lwn. Pendakwa Raya (1987) 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut:- a) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan, ianya akan berulang; b) Cara kesalahan dilakukan; c) Kehadiran faktor-faktor mitigasi; dan d) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama.
28
Kes ini adalah mengenai satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah. OKT merupakan guru di sekolah dan mangsa merupakan anak murid kepada OKT. OKT telah mengambil kesempatan terhadap seorang kanak-kanak yang telah datang ke sekolah untuk belajar. Ibubapa seseorang murid menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat sepanjang mereka berada di sekolah. Perbuatan OKT telah merampas kebahagiaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga beliau mengalami trauma dan stigma dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri. OKT telah mengambil kesempatan terhadap seorang kanak-kanak yang telah meletakkan kepercayaan sepenuhnya ke atas beliau dengan melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Kebahagiaan dan keamanan kanak-kanak ini telah dirampas dan dihancurkan.
29
Di dalam kes Public Prosecutor lwn. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635, YA Hakim Mahkamah Tinggi berkata: “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan, perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ adalah merupakan asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini. Peguambela telah mengemukakan rayuan bahawa OKT mengalami penyakit ‘anxiety disorder’ dan menerima rawatan di hospital. OKT seorang guru jurusan opsyen muzik dan mula berkhidmat sejak tahun 1997. OKT amat berkemahiran dalam bidang boria dan di bawah pemimpinan beliau, pasukan boria sekolah telah berjaya di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Peguambela juga telah menyatakan bahawa selama 28 tahun OKT berkhidmat sebagai guru, OKT seorang pendidik yang cemerlang dan tugasnya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. OKT juga tiada sebarang masalah dengan pentadbir atau rakan sekerja ataupun murid-murid di bawah jagaannya. OKT telah disahkan sebagai guru cemerlang seperti yang dinyatakan di dalam laporan prestasi beliau dan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Prestasi OKT pada setiap tahun adalah cemerlang dan meningkat dari setahun ke setahun. Peguambela menyatakan bahawa OKT merupakan ‘first time offender’ dan tidak pernah lakukan apa-apa kes jenayah. OKT telah pun insaf dan janji dengan Mahkamah yang mulia ini untuk tidak mengulangi perbuatannya. Isu mengenai OKT tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lalu telah dibincangkan di dalam kes Public Prosecutor lwn. Mohd. Azmi bin Ja’afar (2003) 2 MLJ 189, dimana YA Hakim Mahkamah Tinggi telah berkata: “It is definitely not in the public interest to be lenient and merciful in the present case. The accused may be a first offender. The accused may have saved much judicial time. Yet due weight must be given to the fact that the accused had committed a most serious offence. And in the opinion of the court, the right and proper sentence was imprisonment for a term of eight years with effect from the date of arrest and ten strokes of the rotan (see p 192E).” OKT telah dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 yang dibaca bersama seksyen 16 Akta yang sama. Hukuman yang diperuntukkan dibawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 ialah hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Seksyen 16 AKKSTKK 2017 pula memperuntukkan seperti berikut: Person in a relationship of trust “(1) If a person who commits any offence under this Act or any offence specified in the Schedule against a child, is in a relationship of trust with the child, such person shall, in addition to the punishment to which he is liable for such offence, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years and shall also be punished with whipping of not less than two strokes.” Mahkamah telah mengambil kira semua faktor seperti yang dibincangkan di atas dan telah mengenakan hukuman penjara sepuluh (10) tahun dari tarikh hukuman dan dua (2) sebatan rotan. OKT juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya berdasarkan seksyen 26 AKKSTKK 2017 dan Pengawasan polis selama 2 tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan berdasarkan seksyen 27 AKKSTKK 2017. Semasa hukuman dijatuhkan, OKT berumur 54 tahun. Mahkamah merujuk kepada seksyen 25 AKKSTKK 2017 yang mana diperuntukkan seperti berikut: “Walau apa pun perenggan 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini ialah lelaki yang mahkamah berpandangan berumur lebih 50 tahun, orang itu masih boleh dihukum dengan hukuman sebat.” Oleh yang demikian, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman sebatan rotan keatas OKT.
30
Berdasarkan alasan seperti yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa prinsip pencegahan, kepentingan awam dan pengajaran menjadi pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman yang tersebut adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Bertarikh 29 Ogos 2025 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) (Hakim Mahkamah Sesyen) (Mahkamah Sesyen 2) (Alor Setar) (Kedah) Peguam bagi pihak OKT : En Y.K. Loo Tetuan Y.K Loo & Co. Timbalan Pendakwa Raya : Pn Nurfatin Mastura bt Asri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.