Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-112-06/2022]
JA-45A-112-06/2022
High Court of Malaysia11 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [37] Arakian, Mahkam”
“nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge”
“e. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17). [36] Selain itu, dengan mengambil pendekatan kepada prinsip yang diutarakan oleh kes t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-112-06/2022]
1
Tertuduh (OKT) di dalam kes ini telah dituduh dengan dua (2) pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB1952). Pertuduhan pertama mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 610.82 gram yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB 1952 dan pertuduhan kedua memiliki dadah berbahaya jenis Heroin seberat bersih 3.13 gram yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) akta yang sama.
2
Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati satu kes Prima Facie gagal dibuktikan terhadap OKT. Justeru itu OKT telah diarahkan untuk lepas dan bebas tanpa dipanggil untuk membela diri. [3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (TPR) telah memfailkan rayuan. Berikut merupakan alasan-alasan Mahkamah kerana melepas dan bebas OKT.
4
Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut : Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 2.10.2021, jam lebih kurang 13.20 hrs, di KM 56.3, Jalan Lebuh Raya Senai – Desaru, dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 610.82 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 2.10.2021, jam lebih kurang 13.20 hrs, di KM 56.3, Jalan Lebuh Raya Senai – Desaru, dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Heroin seberat 3.13 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.”
5
Pada 02.10.2021, jam lebih kurang 12.20 tengah hari, Insp Nur Hazwan bin Abdul Razak iaitu Pengadu (SP5) dalam kes ini telah bersama-sama anggotanya daripada cawangan trafik Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi (IPD) telah menjalankan tugasan kawalan lalu lintas di Lebuh Raya Senai-Desaru. Semasa SP5 dan anggotanya sedang menjalankan pemantauan sekatan jalan raya (roadbolock) dari arah Desaru ke Senai (KM 56.3), SP5 telah melihat sebuah kenderaan jenis Myvi berwarna perak dengan no pendaftaran: JPF 9162 (Myvi itu) sedang menghala ke arah Senai, telah membuat pusingan U (u-turn) secara mendadak menuju ke arah Desaru. [6] SP5 dan anggotanya yang pada masa tersebut berada di dalam kenderaan jenis Mitsubishi Outlander telah mengekori Myvi itu pada jarak 100 meter. SP5 kemudiannya telah menyalakan lampu beacon kenderaan lalu memberikan arahan kepada Myvi itu untuk berhenti dengan menggunakan pembesar suara. Namun begitu, OKT enggan dan terus memandu dengan laju menghala ke arah Desaru. [7] Semasa kejar mengejar itu berlaku, SP5 telah melihat dengan jelas, OKT telah mencampak keluar satu (1) objek melalui tingkap sebelah kiri pemandu Myvi itu. Berdasarkan kepada keterangan SP5 dalam Mahkamah, pada ketika itu, SP5 hanya melihat OKT seorang diri sahaja berada di dalam Myvi itu. [8] Setelah itu, OKT telah memberhentikan Myvi itu di tepi jalan. SP5 dan anggotanya telah pergi ke arah Myvi itu di mana OKT masih berada di dalamnya. SP5 seterusnya telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dan terus bertanyakan kepada OKT apakah barang yang telah dicampak oleh OKT ketika dikejar sebentar tadi. OKT menafikan ada mencampakkan apa-apa. [9] Tidak berpuas hati dengan jawapan OKT, SP5 telah meminta OKT menunjukkan lokasi objek tersebut dicampak. OKT telah menunjukkan kepada SP5 kononnya tempat OKT mencampakkan objek yang dikatakan itu, namun SP5 tidak menjumpai apa-apa barang atau objek serupa yang dilihat tadi di tempat tersebut. [10] Kemudiannya, SP5 telah meminta anggota lain untuk meluaskan perimeter carian di sekitar kawasan tersebut. Seterusnya, SP5 bersama anggotanya yang bernama Koperal Hafizi dan Koperal Nasir telah menjumpai satu (1) beg plastik hitam (P6(1) di mana isi kandunganya telah berselerak. Lokasi P6(1) ini dijumpai adalah berhampiran dengan saluran air yang terletak pada jarak lebih kurang 100 meter dari tempat OKT memberhentikan Myvi itu. [11] Bersaksikan OKT, SP5 telah membuka P6(1). Di dalam P6(1), SP5 telah menjumpai satu (1) bungkusan plastik bertulisan Cina berwarna hijau kekuningan (P6(2), di dalamnya pula terdapat satu
1
beg plastik lutsinar yang terkandung serbuk disyakki dadah berbahaya (P6(3 – 12). [12] SP5 kemudiannya telah mengumpulkan semua barang kes (P61- 12) dan dimasukkan semula ke dalam satu (1) peket plastik barang kes. OKT dan barang rampasan telah dibawa balik ke IPD Kota Tinggi bersama-sama Myvi itu yang dipandu oleh OKT. [13] Di IPD Kota Tinggi, SP5 telah membuat serahan OKT dan barang rampasan kepada Pegawai Penyiasat iaitu Insp Siti Shamsiah binti Md Nor (SP6). SP5 turut menyediakan dokumen yang berkaitan untuk diserahkan kepada SP6. [14] Pada 14/10/2021, SP6 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa. Barang kes telah diserah secara kendiri kepada Puan Liew Chyi iaitu Pegawai Kimia (SP2). Satu resit rasmi JKM dengan no makmal 21-FR-J-05219 (P9) telah diserahkan oleh SP2 kepada SP6 sebagai bukti penerimaan. SP2 kemudiannya telah menjalankan proses analisa ke atas barang kes. Analisa SP2 telah direkodkan dalam satu laporan kimia (P10) di mana mengesahkan terdapatnya dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 610.02 gram dan dadah berbahaya jenis Heroin dengan berat bersih 3.13 gram. . PEMBUKTIAN KES PRIMA FACIE DI AKHIR KES PENDAKWAAN [15] Perkara yang perlu dibuktikan oleh Pendakwaan adalah seperti berikut:
a
Dadah yang dipertuduhkan tersenarai sebagai dadah berbahaya di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).
b
OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dirampas di tempat kejadian.
c
OKT telah mengedar dadah yang dirampas di tempat kejadian di bawah peruntukan seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dengan menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB. DADAH YANG DIPERTUDUHKAN TERSENARAI SEBAGAI DADAH BERBAHAYA DI DALAM JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (ADB 1952) [16] Di dalam kes ini, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah mendapati hasil analisa SP2 tidak dipertikaikan memandangkan keterangan SP2 berdasarkan kepada peruntukan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah iaitu keterangan pakar. Seangkatan dengan peruntukan tersebut, Mahkamah juga merujuk kepada kes Munusamy v PP (1987) 1 MLJ 492 (SC): “Held: (5) In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step”. [17] Seterusnya dalam kes Mahkamah Rayuan, Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 6 MLJ 197 juga telah merujuk kepada kes Munusamy v PP. Dalam kes Tarmizi bin Yaacob, Mahkamah telah memutuskan bahawa, keterangan ahli kimia merupakan satu keterangan prima facie melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. [18] Berbalik kepada kes di Mahkamah ini, berpandukan kepada kes Munusamy v PP, Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan SP2 dan laporan kimia yang dikeluarkannya merupakan satu keterangan prima facie yang sewajarnya diterima masuk sebagai keterangan. RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES [19] Mahkamah ini merujuk kepada barang kes (P6(1-12) yang dirampas oleh SP5 telah dikawal dengan baik oleh SP5 sehiggalah ia diserahkan kepada SP2. Keadaan yang sama juga telah dilakukan oleh SP2 apabila menerima barang kes daripada SP5 sebelum menyerahkannya kepada SP2 di Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. [20] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak Pendakwaan berserta dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa bicara, Mahkamah ini berpuashati bahawa rantaian keterangan barang kes adalah utuh dan tidak terputus dari mula barang kes ini dijumpai sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah ini untuk tujuan perbicaraan. [21] Oleh itu Mahkamah ini berpuashati intipati pertama telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan OKT MEMPUNYAI MILIKAN, JAGAAN DAN KAWALAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS DI TEMPAT KEJADIAN. [22] Intipati kedua yang perlu dibuktikan oleh Pendakwaan ialah, dadah berbahaya sepertimana dalam kedua-dua pertuduhan berada dalam milikan OKT. Selain itu Pendakwaan juga hendaklah membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah berbahaya tersebut di tempat kejadian. [23] Berdasarkan kepada keterangan SP5, Mahkamah ini akur bahawa telah ada keterangan daripada P5 yang mana beliau telah melihat OKT membaling objek keluar dari dalam kenderaan yang dipandu OKT semasa dikejar. Selain itu, tindakan OKT yang cuba melarikan diri semasa SP5 menunjukkan P6(1) bersama-sama kandungannya kepada OKT telah memberi inferens negatif terhadap kebolehpercayaan OKT. [24] Selain itu, tingkah laku OKT yang telah membuat pusingan U serta gagal memberhentikan kenderaannya apabila diarahkan oleh SP5 terjumlah kepada satu tindakan cubaan untuk melarikan diri. Pada pandangan Mahkamah, keterangan ini sahaja sudah boleh menjurus kepada satu inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai di tempat kejadian. Namun adakah keadaan ini sudah cukup untuk membuktikan OKT mempunyai pengetahuan secara langsung dan seterusnya memiliki dan mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah berbahaya yang dijumpai? Rujukan kes PP v. Mohd Farid Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401 oleh Augustine Paul J : “It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, the existence of the dangerous drug but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v. PP [1980] 1 MLJ 49.” ANALISA MAHKAMAH [25] Dalam keterangan SP5 di Mahkamah, tarikh kejadian berada dalam tempoh perintah kawalan Covid-19. Oleh itu terdapat banyak kereta yang sedang menunggu giliran untuk melepasi roadblock yang dalam pantauan SP5 dan anggotanya daripada laluan Desaru ke Senai. Boleh dikatakan barisan kenderaan pada masa itu menjangkau 6 hingga 7 KM. Perlu diberi perhatian bahawa, Jalan Raya Desaru ke Senai ini merupakan laluan awam yang dilalui oleh ramai orang pada setiap hari. [26] Dengan berdasarkan kepada keadaan di atas, satu isu yang telah meletakkan Mahkamah ini berada dalam penasaran ialah lokasi barang kes tersebut dijumpai. [27] Bebalik kepada fakta kes Pendakwaan dan keterangan SP5. Dalam keterangannya, SP5 menyatakan bahawa semasa SP5 mengejar kenderaan OKT, SP5 telah melihat OKT mencampakkan satu objek keluar dari kereta. Namun SP5 tidak pula menjelaskan kepada Mahkamah bahawa pada ketika itu, apakah objek yang telah dicampakkan oleh OKT. Walaupun SP5 telah melihat OKT mencampakkan sesuatu, tetapi SP5 langsung tidak memberhentikan kenderaannya untuk menyiasat atau mengutip objek tersebut, sebaliknya, SP5 terus bertindak mengejar OKT tanpa mengarahkan mana-mana anggotanya untuk mencari dan objek yang dicampakkan itu. Disebabkan oleh kekhilafan itu, objek tersebut telah berada dalam keadaan terbiar, di suatu tempat yang terbuka di mana boleh dikacau ganggu oleh mana-mana orang atau entiti lain yang melalui jalan tersebut. [28] Tindakan diambil apabila OKT memberhentikan kenderaannya dan ditahan oleh SP5 di mana seterusnya SP5 telah mengarahkan OKT menunjukkan tempat OKT mencampakkan objek tadi semasa sedang dikejar. OKT telah membawa SP5 dan anggotanya ke satu lokasi yang dipercayai objek tersebut dicampak. Namun semasa OKT menunjukkan tempat itu, SP5 dan anggotanya tidak menjumpai apa-apa barang di tempat yang ditunjukkan. Berdasarkan kepada keterangan SP5 dan keadaan semasa kejar mengejar, ia bukanlah sesuatu yang pelik atau misteri. [29] Lanjutan daripada itu, SP5 dan anggotanya telah meluaskan perimeter carian, kemudiannya barulah SP5 dan anggotanya menjumpai satu bungkusan (P6(1) beserta kandungannya dalam keadaan berselerakan berhampiran saluran air. [30] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa, lokasi SP5 menjumpai dadah berbahaya itu adalah di tepi jalan. Jalan tersebut merupakan laluan awam yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang melaluinya. Persoalannya adakah bungkusan P6(1) tersebut serta kandungannya, adalah bungkusan atau objek yang sama SP5 lihat dicampakkan oleh OKT semasa kejar mengejar itu? Hal ini berterusan menjadi tanda tanya apabila SP5 dan anggotanya langsung tidak menemui apa-apa barang salah, di lokasi yang ditunjukkan oleh OKT pada awalnya. [31] Lagi menggusarkan Mahkamah ini adalah, andaian-andaian lain yang tiba-tiba timbul berdasarkan kepada lokasi dadah tersebut dijumpai. Antaranya, oleh kerana bungkusan itu dijumpai berhampiran saluran air, nescaya terdapat kemungkinan bahawa bungkusan itu telah pun berada di situ sebelum ia dijumpai oleh SP5 dan anggotanya, dek kerana ia telah dibawa oleh arus air yang mengalir daripada tempat lain sehinggalah ia berhenti atau tersekat di lokasi tersebut. [32] Kemungkinan lain, bungkusan tersebut telah dicampakkan lebih awal daripada masa kejadian melihat kepada kesan selerakkan pada bungkusan tersebut semasa ditemui. Inferens ini tidak boleh dinafikan memandangkan lokasi itu adalah kawasan awam dan laluan banyak kenderaan setiap hari. Lebih menyedihkan bahawa SP5 sendiri mengakui bahawa tiada barang kes dijumpai di lokasi yang ditunjukkan oleh OKT. Berdasarkan inisiatif SP5 sendiri apabila meluaskan perimeter carian, barulah P6(1-12) dijumpai. [33] Secara ringkasnya, inferens yang buruk telah wujud terhadap kes Pendakwaan dalam pembuktian milikan, jagaan dan kawalan OKT ke atas barang kes. Kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah adalah seperti yang berikut:
a
P6(1-12) bukanlah objek/bungkusan yang telah dicampakkan oleh OKT semasa kejar mengejar;
b
P6(1-12) boleh diakses dan diletakkan oleh orang lain selain OKT yang melalui jalan tersebut;
c
P6(1-12) berkemungkinan telah dibawa oleh aliran air yang mengalir di tempat kejadian dan bukanlah bungkusan yang sama dicampakkan oleh OKT.
d
lokasi yang ditunjukkan oleh OKT tidak ada barang salah ditemui, maka inferens yang boleh dibuat adalah, OKT tidak mencampakkan apa-apa objek semasa kejar mengejar di mana bercanggah dengan keterangan SP5.
e
Dadah berbahaya yang dijumpai di tempat kejadian dan dirampas oleh SP5 bukanlah kepunyaan OKT. [34] Inferens-inferens buruk ini telah gagal dijelaskan oleh Pendakwaan. Natijahnya, ia telah menimbulkan satu kelompangan yang sangat besar dalam kes Pendakwaan. Kelompangan yang wujud ini telah bertapak dalam minda Mahkamah tanpa sebarang remedi sekaligus mengekalkan inferens buruk yang telah wujud. Keadaan ini malangnya telah memberi faedah kepada OKT. Rujukan kepada kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 oleh Alauddin PCA : [27] When there are two inferences, the inference most favourable to the appellant should be drawn. In Tai Chai Keh v Public Prosecutor [1948–1949] Supp MLJ 105 at p 108, His Lordship Laville J said: ... Where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted. (See also Public Prosecutor v Syed Mohamed Faysal bin Syed Ibrahim [2004] 6 MLJ 302; [2004] 4 AMR 31). [35] Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan Pendakwaan telah gagal membuktikan pemilikan dadah terhadap OKT dengan mengecualikan akses orang lain terhadap dadah tersebut. Rujukan kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 (FC) di mukasurat 124 oleh Zulkefli Makinudin FCJ : [15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17). [36] Selain itu, dengan mengambil pendekatan kepada prinsip yang diutarakan oleh kes tersohor Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 MLJ 237 oleh Thompson J : “to establish ‘possession’ for the purpose of criminal law, two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of things possessed. Dan di muka surat 239, ‘ intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by the direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” Hakim yang sama di mukasurat 239 menyatakan – “possession itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9 th Ed) p304: A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner the exclusions of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see an occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances… There must be some evidence that I am doing or having done something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the things as his own had the intention of doing so”. “once possession is proved then before then accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was appointed on by Gordon-Smith Ag CJ in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex (1949) MLJ 54, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [37] Arakian, Mahkamah mendapati milikan tidak dibuktikan terhadap OKT. ANGGAPAN MENGEDAR DI BAWAH SEKSYEN 37(da) ADB 1952 [38] Oleh kerana intipati pemilikan gagal dibuktikan oleh Pendakwaan terhadap OKT, maka anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB telah gagal diaktifkan. Oleh itu Mahkamah tidak akan mengulas lanjut isu ini.
para
[39] Kesimpulannya, Mahkamah ini berpendapat bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT, maka OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh: 17 SEPTEMBER 2025 tt (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Pendakwaraya : Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguam : Tetuan Thina & Co Peguambela & Peguamcara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.