Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to 430 ten years or with fine or with whipping or with any two of such punishments. S/N cZjfuJetykG/I/bpDsrkA [36] Bagi ketiga-tiga pertuduhan, mangsa(SP2) telah dengan terperinci menjelaskan perlakuan Perayu/Tertuduh yang telah memegang kemaluan mangsa, mencium mangsa dan menggeselkan kemaluan mangsa dengan 435 kemaluan Perayu/Tertuduh sendiri. [37] Bagi pertuduhan kedua, SP6 telah mengesahkan keterangan SP2 dan sekaligus mengecam Perayu/Tertuduh. SP6 menyatakan beliau telah tidur atas katil yang sama dengan SP2 dan telah melihat perbuatan 440 Perayu/Tertuduh kepada SP2 dan juga telah mendengar bunyi ciuman. Keterangan ini adalah merupakan keterangan sokongan (‘corroborative evidence’) yang tidak dapat disangkal oleh Perayu/Tertuduh. [38] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana dalam 445 memutuskan bahawa pertuduhan adalah tidak cacat, memandangkan, kesemua pertuduhan menyatakan satu tempoh masa yang tertentu, iaitu ‘hujung bulan 12 tahun 2018’, ‘21/8/2013’ dan hujung bulan 9 tahun 2013.’ [39] Pelbagai otoriti turut menjelaskan dan memutuskan tarikh spesifik 450 sesuatu kesalahan seksual adalah bukan satu kemestian, malah ia adalah ‘tidak vital’ bagi kes-kes seksual. [40] Dalam satu kes rogol, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di dalam kes Ku Lip See v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 455 MLJ 194, bahawa walaupun pertuduhan tidak menyatakan tarikh spesifik kesalahan itu dilakukan tetapi cuma menyatakan ianya dilakukan pada bulan Mei dan Jun 1978 adalah tidak cacat kerana masa dan tempat telah dibutirkan dengan cukup bagi tertuduh untuk membela diri. 460 S/N cZjfuJetykG/I/bpDsrkA [41] Rujukan juga turut dibuat kepada keputusan di dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v. Public Prosecutor & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737; [2004] 3 MLJ 405. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan memutuskan: 465 " In a sexual offence, the essential ingredients are the sexual act and the identity of the offender. The date is not a vital ingredient of the charge". [42] Maka, pada pandangan Mahkamah ini, Perayu/Tertuduh adalah sama sekali tidak diprejudiskan kerana ketiadaan tarikh spesifik berlakunya 470 kejadian di dalam pertuduhan-pertuduhan di atas kerana tempat kesalahan dikatakan dilakukan telah dinyatakan dengan spesifik dan seperti dalam kes Ku Lip See v PP (supra), lingkungan masa yang tertera di dalam pertuduhan adalah cukup jelas dan memberi notis yang memadai bagi membolehkan Perayu/Tertuduh membawa Pembelaan. 475 [43] Peguam Perayu/Tertuduh turut membangkitkan isu pertuduhan melibatkan kesalahan seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah cacat kerana tidak menyatakan secara spesifik bagaimana Perayu/Tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa. 480 [44] Walaupun mengikut keterangan SP2, terdapat beberapa perbuatan mencabul iaitu "memeluk", "mencium" dan "menggesel", namun dalam pertuduhan ia dinyatakan secara umum. Peguam Perayu/Tertuduh selanjutnya membuat rujukan kepada peruntukan seksyen 154 KTJ yang 485 mewajarkan pertuduhan memberikan butirannya secara jelas kepada Tertuduh. S/N cZjfuJetykG/I/bpDsrkA [45] Dalam kes PP lwn. Gokul Pariyar [2021] 1 LNS 1155, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut – 490 “[32] Mahkamah ini berpendapat bagi pertuduhan s. 354 Kanun itu, Pendakwaan tidak perlu menyatakan apakah perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh ke atas mangsa. Bagi kesalahan mencabul, intipati yang penting ialah Tertuduh melakukan kekerasan jenayah (criminal force) ke 495 atas mangsa iaitu SP1 dalam kes semasa. [33]" Kekerasan jenayah" ada di takrifan di bawah s. 350 Kanun itu yang berbunyi seperti berikut: 500 "Whoever intentionally uses force to any person, without that person's consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used, is said to use criminal force to that other." 505 [34] Semasa perbicaraan nanti barulah Pendakwaan "elicit" keterangan bagi membuktikan Tertuduh dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa.” 510 [46] Kes yang sama turut menjelaskan definisi “modesty” didalam konteks seksyen 354 Kanun Keseksaan seperti berikut – “[35] Mahkamah ini sedar perkataan "modesty" di bawah s. 354 Kanun 515 itu tidak diberikan takrifan oleh Badan Parlimen. Sehubungan itu ia bergantung kepada sesuatu fakta kes yang perlu dibuktikan oleh pendawaan. Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah India iaitu kes State of S/N cZjfuJetykG/I/bpDsrkA Punjab v. Major Singh AIR [1967] SC 63, di mana AK Sarkar CJ berkata di halaman 65: 520 "Intention and knowledge are of course states of mind. They are nonetheless facts which can be proved. They cannot be proved by direct evidence. They have to be inferred from the circumstances of each case. Such an inference, one way or the other, can only be made if a reasonable 525 man would, on the facts of the case, make it. The question in each case must, in my opinion, be: will a reasonable man think that the act was done with the intention of outraging the modesty of the woman or with knowledge that it was likely to do so? The test of the outrage of modesty must, therefore, be whether a reasonable man will think that the act of the offender was 530 intended to or was known to be likely to outrage the modesty of the woman. In considering the question, he must imagine the woman to be a reasonable woman and keep in view all circumstances concerning her, such as, her station and way of life and the known notions of modesty of such a woman. The expression 'outrage her modesty' must be read with the words 'intending 535 to or knowing it to be likely that he will'. So read, it would appear that though the modesty to be considered is of the woman concerned, the word 'her' was not used to indicate her reaction. Read all together, the words indicate an act done with the intention or knowledge that it was likely to outrage the woman's modesty, the emphasis being on the intention and knowledge." 540 [47] Hasil dapatan Mahkamah dalam kes PP lwn. Gokul Pariyar(supra) ini juga adalah tiada keperluan keterangan sokongan terhadap keterangan SP2 dengan merujuk kepada Mazlan bin Mahadi [2018] MLJU 1818 dan Dato Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2015] 2 CLJ 145. 545 [48] Maka, Mahkamah ini memutuskan bahawa keempat-empat Pertuduhan adalah tidak cacat sebagaimana yang dibangkitkan oleh Peguam terpelajar bagi Perayu/Tertuduh. S/N cZjfuJetykG/I/bpDsrkA [49] Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap 550 Kanak-kanak 2017 (“Akta 792”) memperuntukan seperti berikut: “16 Person in a relationship of trust If a person who commits any offence under this Act or any offence specified 555 in the Schedule against a child, is in a relationship of trust with the child, such person shall, in addition to the punishment to which he is liable for such offence, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years and shall also be punished with whipping of not less than two strokes.” 560 In this section, a person is said to be in a relationship of trust with a child if the child is under his care, supervision or authority, including but not limited to—