a
(a) Borang Aduan di bawah Seksyen 29(1) Akta SPRM 2009 No Aduan: IPJ/RPT/NO/0099/2023;
/akn/my/judgment/high-court/2026/b614b220-5fb4-44ac-b988-3173a7ce831a
High Court of Malaysia23 Feb 2026WA-42(Ors)-3-02/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42(Ors)-3-02/2025 ANTARA MOHAMAD SHAFIQ BIN ABDUL HALIM …PERAYU/ TERTUDUH LAWAN PENDAKWARAYA …PENDAKWAAN (Dalam perkara Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Permohonan Jenayah No: WA-64-152-11/2024) Dalam perkara mengenai Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Perbicaraan Jenayah No: WA-62R- 30-03/2023, Pendakwa Raya v Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim Dan Dalam perkara Seksyen 51 dan/atau Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah 02/04/2026 19:49:05 WA-42(Ors)-3-02/2025 Kand. 21 S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Dan Dalam perkara Seksyen 60(3) dan/atau Seksyen 163 dan/atau Seksyen 164 Akta Keterangan 1950 Dan Dalam perkara Fasal 5 dan/atau Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan Dan Dalam perkara bidang kuasa sedia ada Mahkamah ANTARA MOHAMAD SHAFIQ BIN ABDUL HALIM …PEMOHON LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 ALASAN PENGHAKIMAN A. Latarbelakang
section
1. Perayu tertuduh melalui Perbicaraan Jenayah No: WA-62R-30- 03/2023, menghadapi pertuduhan seksyen 48(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”) Penolong Penguasa Shahidan Muhammad Bin Saparudin, di bawah seksyen 30(1)(a) Akta SPRM. Kesalahan tertuduh ialah gagal menghadirkan diri di hadapan pegawai tersebut bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan satu siasatan yang dijalankannya.
section
2. Perayu tertuduh telah membuat permohonan untuk penzahiran dokumen untuk pihak pendakwaan membekalkan dokumen-dokumen berikut, yang menurut Pemohon adalah relevan untuk tujuan pembelaannya dalam perbicaraan WA-62R-30-03/2023: “Bahawa Responden dan/atau mana-mana entiti yang mempunyai kustodi, jagaan dan kawalan (custody, care and control) mengemukakan, memberikan dan menzahirkan kepada Pemohon dokumen/item, sama ada dalam bentuk fizikal dan/atau diambil semula dari peranti storan digital, yang berhubung dengan pertuduhan terhadap Pemohon seperti di bawah:- S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
a
(a) Borang Aduan di bawah Seksyen 29(1) Akta SPRM 2009 No Aduan: IPJ/RPT/NO/0099/2023;
b
(b) Pernyataan Pemohon penuh/lengkap kepada SPRM Malaysia, bagi No Aduan: IPJ/RPT/NO/0099/2023;
c
(c) Pernyataan Pemohon yang penuh/lengkap di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009, bertarikh 6/3/2023, bagi No Aduan: IPJ/RPT/NO/0102/2023;
d
(d) Item “DVD POLIS DIRAJA MALAYSIA” yang dirujuk dalam Laporan Pemeriksaan, Presint 7, Repot: 1747/23, No. Rujukan Makmal: 23F0913, bertarikh 16/3/2024 yang disediakan oleh Insp. Vicnes Ponnusamy;
e
(e) Item “DVD-R JABATAN SIASATAN JENAYAH POLIS DIRAJA MALAYSIA” dan “DVD-R POLIS DIRAJA MALAYSIA” yang dirujuk dalam Laporan Analisis, Presint 7 Repot: 1747/23, No. Rujukan Makmal: 23F0912, bertarikh 17/3/2023 yang disediakan oleh Insp. Nur Farah Syuhada Bt Hamdan;
f
(f) Laporan Polis, Nombor Repot: Presint 7, Repot: 1747/23, di mana pegawai penyiasatnya adalah DSP Kamarulnizam Bin Alias, yang telah dirujuk dalam dokumen dalam Permohonan-Permohonan (Prayers) 1(d) dan 1(e) di atas. S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
section
3. Hakim Bicara membenarkan permohonan pemohon setakat relif di para (c) iaitu Pernyataan Pemohon yang penuh/lengkap di bawah seksyen 53(3) Akta SPRM 2009, bertarikh 6/3/2023, bagi No Aduan: IPJ/RPT/NO/0102/2023 dizahirkan oleh Responden kepada Pemohon. Ini atas alasan Pemohon dalam affidavit sokongan menyatakan dokumen ini yang diserahkan kepadanya melalui Ikatan Dokumen Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah Responden adalah tidak lengkap.
section
4. Bagi dokumen di para (a) dan (b), kedua-duanya menurut affidavit jawapan tambahan Responden, telah diserah oleh Responden kepada Pemohon melalui serahan Jilid 4 pada 3.1.2025. Dalam erti kata lain, kedua-dua dokumen di relif (a) dan (b) adalah relevan dan jika tidak kerana Responden mendeposkan kedua-duanya telah diserahkan kepada Pemohon, Hakim Bicara akan memutuskan kedua-duanya juga dibenarkan untuk dizahirkan.
section
5. Mahkamah ini berpendirian bahawa dokumen di para (a) dan (b) adalah sama seperti satu laporan maklumat pertama “First Information Report” dan “Pernyataan 112” Pemohon itu sendiri. Maka berdasarkan nas otoriti dan deposisi pihak Responden yang menyatakan serahan dokumen lengkap telah dibuat, menunjukkan Responden telah bertindak mematuhi prinsip yang telah diputuskan dalam kes Mahkamah atasan (lihat: kes PP v Raymond Chia Kim Chwee & Anor; Zainal Bin Hj Ali v PP [1985] 2 MLJ 436 (SC), Haji Abdul Ghani Bin Ishak v PP [1980] 2MLJ 196 (HC)). S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
section
6. Meskipun Pemohon membantah serahan Jilid 4 ini atas alasan ia tidak lengkap, namun affidavit jawapan tambahan Responden jelas menyenaraikan dokumen-dokumen ini dan mendeposkan dokumen-dokumen init diakui terima oleh Pemohon. Tiada apa-apa fakta yang dikemukakan untuk menunjukkan kenapa Responden perlu bertindak menyembunyikan dokumen-dokumen ini, khususnya bersabit kandungan dokumen, bertentangan dengan deposisi Responden bahawa dokumen-dokumen telah diserahkan.
section
7. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa serahan dokumen tersebut telahpun disempurnakan oleh Responden kepada Pemohon melalui serahan Jilid 4 ini.
section
8. Bagi dokumen di para (d) hingga (f), Responden mendeposkan dokumen-dokumen tersebut tiada dalam jagaan atau simpanan Responden. Ini secara zahirnya adalah logic kerana dokumen tersebut jelas bertanda “DVD@DVD-R@laporan polis PDRM yang dirujuk oleh Pegawai analis PDRM atau Pegawai Penyiasat PDRM.
section
9. Kesemua dokumen ini timbul dalam laporan analsis yang Pemohon telahpun mempunyai dokumen laporan analisis ini dalam milikannya. DVD@DVD-R PDRM@laporan polis adalah perkara yang timbul dalam siasatan pihak polis dan secara munasabah akan menjadi bahan bukti mereka. Oleh itu, untuk pihak SPRM pula membuat serahan (di mana SPRM menafikan mempunyai milikan dokumen-dokumen ini) kepada Pemohon, bermakna pihak SPRM S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam siasatan satu agensi yang lain.
section
10. Malahan, jika dilihat kepada kandungan Pernyataan Pemohon yang membuat pembetulan kepada pernyataan awalnya yang dirakam pada 22.2.2023, Pemohon membezakan siasatan yang dibuat oleh PDRM ke atasnya dan siasatan oleh SPRM, meskipun membabitkan perihal subjek yang sama iaitu penyataannya dalam TikTok. Oleh itu, jelas, atas pendirian Pemohon sendiri, kedua-dua siasatan yang dijalankan oleh PDRM dan SPRM adalah berasingan.
section
11. Tambahan pula, dokumen-dokumen tersebut dideposkan oleh Responden sebagai tidak berada dalam milikan Responden. Mahkamah ini berpendapat tiada apa niat di pihak Responden untuk menyembunyikan dokumen-dokumen PDRM jika jelas dokumen berada dalam milikan Responden. Ini dapat dilihat melalui serahan yang dibuat menerusi Jilid 2 (lihat: ms 87 pdf. CMS atau ms 85 rekod) berupa: i. Laporan Pemeriksaan Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensic PDRM, Presint 7 Report 1747/23 No. Rujukan Makmal 23F0913 bertarikh 16.3.2023; ii. Laporan Pemeriksaan Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik PDRM, Presint 7 Report 1747/23 No. Rujukan Makmal 23F0912 bertarikh 17.3.2023. S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
12. Oleh itu, tiada apa-apa deposisi bermerit di pihak Pemohon untuk mengerakkan Mahkamah ini untuk memutuskan Hakim Bicara telah khilaf dalam mencapai keputusannya membenarkan permohonan Pemohon setakat sebagaimana perintah yang diberikan. Dengan ini, rayuan Perayu ditolak. Bertarikh 23hb Februari 2026 -t.t.- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR Timbalan Pendakwa Raya : Noorhani Bte Muhmeed Ayub Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) KL Peguam Tertuduh Perayu :
section
1. Chetan Jethwani
section
2. Tang Jia Yearn Tetuan Chetan Jethwani & Company S/N 1par627oyUamD5LQQUoxwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.